Yang Melawat Kambing2 di Kandang~~

27 December 2007

Rumput Abih..

Salam penternakan..

Arini aku buat kerja letih sikit..ni semua gara2 rumput aku dah kurang dan terbantut..sekarang tempat aku dah nak masuk musim kemarau..jadi rumput-rumput lambat sikit naik..tempat aku juga mengalami kesukaran untuk mendapatkan bekalan air perigi atau air bawah tanah (air 'boring')..rumput selama ni mengharapkan air hujan semata-mata unuk subur..selain tu juga rumput ni bantut disebabkan keadaan tanah yang kurang nutrien akibat penanaman tembakau sebelum ni yang menjejaskan struktur serta kesuburan tanah..






jadi aku terpaksa membuat alternatif lain utk makanan ternakan aku..antara alternatif yang aku ambil ialah:


1. melebihkan dedak (kos naik sikit la..)

2. ambil daun-daun hutan seperti mengkudu, balik angin, keduduk,pisang hutan dan sebagainya yang boleh dimakan oleh ternakan dan tidak berbahaya..(ada yang boleh jadi ubat semulajadi kepada ternakan tersebut..leceh kerana terpaksa tebas pokok2 dan buat jalan utk masuk dalam semak-samun)

3. kurangkan rumput napier dan gantikan dengan selaput tunggul, rumput israel (jangan banyak dan sebaganya..)

4. lepaskan utk ragut secara bebas..(tak semua kerana kawasan tak luas)

aku juga sekarang tengah mencari rakan2 kampung utk upah amik daun kelapa sawit dan jerami padi utk support makanan tu..kekurangan rumput ni membuatkan kerja harian semakin leceh dan kos semakin meningkat...jadi lepas ni aku ingat nak cari sumber air bawah tanah juga utk support musim ini..(agak susah sebab kawasan Kelian Farm adalah kawasan bukit..sapa2 yang ada petua utk cari air bawah tanah di kawasan bukit boleh kongsi dengan saya dan rakan2 penternak lain..)..selain itu aku juga nak luaskan kawasan rumput napier dan mungkin juga nak buat silaj utk back up makanan tu..





jadi utk penternak2 serta bakal pnternak..dinasihatkan supaya tanam rumput dulu sebelum mulakan projek ternakan..rumput ni penting utk menampung 80% kos operasi makanan ternakan kambing ni..sediakan kawasan rumput dengan secukupnya..kalo boleh putar tanah serta kapur (lagi elok sertakan dengan taik ayam atau kambing) atas tanah tersebut 2 atau 3 bulan sebelum tanam..dan tanam rumput seelok-eloknya musim hujan agar cepat naik dan kawasan rumput juga kalo boleh ada sumber air seperti sungai, "carok", dan air bawah tanah yang murah utk siram rumput tersebut bila musim kemarau..dapatkan nasihat daripada jabatan haiwan dan juga penternak yang berpengalaman supaya rumput yang ditanam subur dan mengcukupi utk ternakan kelak..semoga berjaya..






26 December 2007

Yea..Yea Aku Kaya

Salam..

Alhamdulillah..pas banyak dugaan serta cooobaaaann..aku akhirnya berjaya memperolehi pinjaman yang aku usahakan sejak setahun dulu..terima kasih atas pertolongan pihak bank Pertanian Sik dan Sungai Petani terutamanya En. Hisham dan En. Mustafa yang banyak membantu aku dan Kelian Farm dalam permohonan pembiayaan projek ternakan kambing di Kelian Farm..

Walaupun jumlah yang diberikan tidak sebesar mana, namun ianya memberi semangat serta kekuatan buat aku utk memajukan Kelian Farm dan juga Industri penternakan ini..Kepada pihak2 yang berkenaan serta yang terlibat dalam bidang pertanian terutamanya bidang penternakan..sokongan serta dorongan pihak kalian amat kami harapkan terutamya orang2 baru seperti kami..walaupun tidak dengan wang ringgit, dan teknikal..sokongan moral, khidmat nasihat serta tunjuk ajar sudah memadai buat kami..bukannya kami harapkan dari segi bantuan subsidi serta wang ringgit (tapi kalo ada lagi bagoooss..)..memadai dengan melawat ladang serta tapak projek kami walaupun sebulan sekali sahaja sudah cukup membuat kami bersemangat serta berani utk meneruskan projek ini dengan lebih jauh..

tapi hakikatnya, apa yang berlaku sekarang kerenah birokrasi, sikap sambil lewa membelenggu penternak2 baru utk maju dalam bidang ini..sokongan moral yang diharapkan ada kalanya dipandang enteng oleh sesetengah pihak..kalo begini caranya, hasrat Pak Lah dalam bidang penternakan akan tinggal hasrat sahaja..tukar PM lain terus berkubur hasrat dan cita2 murni dengan kewujudan wawasan serta cita2 lain pula oleh kerajaan baru..(aku tak bermaksud tukar kerajaan ke hapa..undian di tangan anda..)

Apapun sekali lagi terima kasih kepada mereka yang banyak serta sudi membantu aku dalam bidang penternakan kambing ni..aku mohon peruntukan Skim Usahawan Ternak Komersil Siswazah (SUTKS) yang diperuntukkan utk graduan2 lepasan IPT..banyak lagi yang aku mohon cuma yang ini sahaja yang lekat..yang lain aku tak tau r sebab apa tak dapat..apa2 pun semoga dengan sokongan seperti akan membolehkan Kelian Farm serta ladang2 dan projek2 lain akan lebih maju..Majulah Ternakan Untuk Negara

24 December 2007

Halatuju penternakan kambing (proposal simpel penternakan)

Aku baru buat kertas kerja lain..balik2 kertas kerja nak tunjuk kat org..ntah org paham ke tak pun aku tak tau..aku terpikir utk post kali ni aku cuba simpelkan arah tuju penternakan kambing ni utk mudahkan kawan2 paham..(kalo pahamla..tak paham jugak memang aku sendiri yg tak pandai nak xplain..bukan salah hampa) mudah2an rakan2 semua dapat faham apa yang saya nak sampaikan ni, terutamanya utk member semangat kepda penternak2 baru dan juga bakal penternak tentang potensi besar dalam bidang penternakan kambing ni...

Ni sebagai contoh utk tentukan ke mana kita dengan 50 ekor kambing betina..(nak lebih pun takpa, nak kurang pun takda masalah...)






Jumlah induk kambing = 50 ekor
Kadar Kelahiran = 3 kali dalam masa 2 tahun
Jarak Antara Kelahiran = 8 bulan






Untuk satu2 masa, sekiranya induk2 tersebut beranak, maka jumlah anak yang diperolehi adalah sebanyak 50 ekor (sekiranya ibu beranak hanya seekor anak sahaja)

Kebiasaan kambing merupakan ternakan yang biasanya beranak kembar..jadi sekiranya faktor ini diambil kira, maka anak kambing tersebut akan bertambah lagi 50 ekor dan menjadikan jumlah keselurhan anak yang diperolehi 100 ekor bagi setiap kelahiran..

Jadi dalam masa 2 tahun jumlah kelahiran di ladang anda dengan 50 ekor ialah = 300 EKOR!! WOW..Tapi kena ingat tu semua kalo kambing tu beranak semua, kembar lagi semua, takda kematian, pengurusan yang cukup efisyen dan lain2...






Apapun semua ini tak mustahil..andaikan anak yang diperolehi tu hanya 200 ekor sahaja setelah kita tolak dari segi peratus kematian, kadar kelahiran kembar yang kurang dan kadar kelahiran yang kurang..(100 ekor tu dikurangkan)..daripada anak2 yang diperolehi tu, kita amik sebahagian anak2 betina utk dijadikan induk dikandang kita, jumlah induk yang ada akan bertambah dari tahun ke setahun..jadi jumlah kelahiran yang diperolehi mungkin lebih daripada yang kita jangkakan dengan hanya menggunakan 50 ekor induk tersebut..


Dari sini dapat dilihat, ternakan kambing memang berpotensi utk berkembang dengan lebih luas..ini kerana ternakan kambing mempunyai kadar kelahiran yang tinggi serta tempoh bunting yang cepat..cuma suma ni drp pengalaman serta pemerhatian aku ni serta berpandukan atas kertas juga...diharapkan rakan2 lain bertanya lebih lanjut atau study lebih lagi..apa yang saya bagi hanya basic utk lihat ke mana penternakan kambing ni boleh pergi dan sejauhmana potensinya secara rambang..ada apa2 masalah atau komen boleh kita bincang utk sama2 belajar dan sama2 membangunkan industri penternakan ni..












05 December 2007

Kambing Katjang/Kampung Betina Murah..




Kepada penggemar-penggemar, penternak-penternak, serta bakal penternak kambing....

nak mula projek kambing tapi........


1. bajet rendah

2. takut risiko

3. cari pengalaman


belalah kambing kampung dulu (murah, lasak, dan tahan penyakit)

tapi

mana nak cari kambing kampung murah??

Kami di Kelian Farm ada menjual Induk Kampung Betina yang sesuai utk dikacukkan dengan lain2 baka..berat 15kg ke 25kg ke atas..

Harga RM 200 hingga RM 280 bergantung berat serta kuantiti (Harga pasaran RM15/kg...kalo 20kg dah harga RM300 dah...kami paling tinggi pun RM 280)

Kami juga menyediakan pakej pejantan kacukan (boer cross, jamnapari cros etc..) yang sesuai utk dikacukkan dengan kambing kampung tersebut..dengan harga yang menarik dan boleh dirunding...

Permintaan bergantung pada stok ternakan di ladang..utk maklumat lanjut sila hubungi kami..

nasri kelian farm

013-4001083
(p/s: gambar tu semua adalah anak kambing kampung kacukan..takde kene mengena dengan iklan ni)

23 November 2007

Kambing Pawah ke Kambing Kawah??

minggu lepas aku dapat tahu yg aku tak tersenarai dalam penerima penternak2 yg menerima kambing pawah..walaupun aku telah "dijanjikan" akan diberikan beberapa ekor kambing utk dipawah oleh pihak berkenaan semasa proses penilaian dilakukan, aku tak berharap sangat dapat kerana ramai yg memohon utk pogram ni..jadi kalo nasib baik dapat dan kalo takde rezki, mingkin ari lain aku dapat..mungkin pasni giliran aku..



tapi pastu aku berhubung dengan pihak berkenaan berkenaan dengan masalah ternakanku..dan kebetulan aku di situ aku sempat la jugak tanya pasal kambing pawah tu..aku berharap mungkin tahun depan aku ada dalam list dorang..tp aku terkejut..dorang suruh aku isi borang lain utk penilaian semula..kenapa kena nilai semula??apa yang tak kena??takde ranking ke dalam org2 yg patut dapat dan sapa dapat lepas tu..kalo takde sistem ranking komfem mesti ada cross line punya dalam pemilihan camni..sedara2 dorang ke yg dapat, rakan2 minum kopi ke dan yang seangkatannyalah..tp itu andaian aku saja waktu tu jd aku pun siasat la skit2..



aku tanya la 2,3 org yg dapat..nak kata bg kat org miskin, yg kaya kandang ratus ribu pun dapat, nak kata yang kumpulan kaya dapat, yang kandang baru siap kemarin dengan stor belakang rumah jd tempat letak kambing pun dapat..yg lagi best, yang takde kandang pun dapat..lagi banyak pulak tu dari org lain..peh yang tu yg buat aku teruja utk tahu apa yg berlaku dalam pemberian kambing pawah ni..tak puas ati la..nak tau jugak apa yg kita kurang, apa yg kita takda, apa yang kita lebih sebab yg dapat pun takda spesifikasi lengkap pun..mesti ada konspirasi ni..



last2 aku dapat tahu jugak..bocor rahsia ni oleh org2 berkenaan jugak..terlepas cakap kat org tua aku..hehehe..dia cakap.."Apasal cikgu tak cakap anak cikgu bela kambing..kita dah bagi kat semua member2 kita dah..yang takdak kandang pun kita bagi..lain kali suro dia jumpa saya masa nak serah borang tu"..kata org berkenaan kat bapak aku..takde lak dalam borang tu suroh kasi kat org2 berkenaan masa submit borang ni..huh baru aku rasa inilah permainan politik kotor..(kot??)

dipendekkan story, lepas sound dan tunjukkan rasa tak puas ati lebih kurang kat pihak berkenaan, aku ngan family plan utk buat bantahan..mula2 telefon pegawai yg berkenaan ..kemudian disusuli dengan bantahan secara bertulis dan aku nak hantar kat pihak atasan dekat Alor Setar..tapi aku hold dulu nak hantar tu, sebab pejabat haiwan daerah janji nak bg kami ternakan sebelum hujung tahun ni..(tu kira sogok ke??)..kami amik sikap tunggu dan lihat..

apa2 pun, sebenarnya aku tak hadap sangat dengan kambing2 free (sebenarnya pawah) dorang nak kasi..tbelum tentu kambing atau lembu yg dorang kasi tu berkualiti..tah2 yg berpenyakit pun ade..masuk je kandang terus gol..dengan yg ada kat kandang pun gol..tapi ini lebih kepada rasa kecewa dan tak puas ati dengan cara kerja pihak berkenaan..kalo kerja mereka bagus, ada perasaan nak tolong penternak2 terutamanya penternak baru, ada sikap nak tengok industri ternakan dan Daerah Baling ni sendiri maju..mungkin aku tak kisah sangat dengan apa yg berlaku sebab perkhidmatan yg diberikan memuaskan..tapi sebaliknya..kalo dah 5,6 kali telefon baru datang, datang setakat suntik dan terus blah tanpa beri penerangan apa2 pun, nak jumpa asyik takda dan yang ada pun tak boleh pakai, sudah tentu aku tak puas ati dengan kerja "baik" yg dorang buat.

mula2 aku nak biarkan sahaja kerana takut aku susah kerja sebab masing2 akan rasa tak seronok bekerjasama atr satu sama lain..tp bila dipikirkan..memang aku dah tak seronok berurusan dengan dorang dan jika dibiarkan..perbuatan camni akan menjadi amalan dan memang akan merosakkan minda serta jiwa masyarakat kita dengan amalan2 buruk serta keji yg diamalkan tanpa ada sebarang halangan..dan yg akan menjadi mangsa adalah di kalangan kita sendiri terutamanya penternak2 kecil yang belum sempat mengecapi apa2 yg diimpikan dah tersembam ke bumi sebab kurang bimbingan dan tunjuk ajar daripada pihak terlibat dan akhirnya akan menjadikan masyarakat kita kurang ajar sebab tak cukup ajar..

19 November 2007

Ternakan Sakit Mata

Kenapa ternakan sakit mata, mata berair, kabur dan sebagainya...

ada beberapa kemungkinan ternakan mengalami keadaan tersebut..


1. Ternakan Stress (perubahan cuaca, persekitaran, kemasukan ternakan dan sebagainya)

2. wap air kencing dan najis ternakan bawah kandang naik di sebelah malam

3. jerebu dan pencemaran habuk..

4. pisah dengan ibu (cerai susu)

5. dan beberapa lagi sebab2 yg sama dengan manusia (tapi kalo sebab mengintai yg jadi ketumbik itu tak pasti....boleh buat kajian ni)


Ada beberapa langkah utk mengatasi masalah sakit mata dari berlaku...


1. kerapkan penggunaan anti stress utk perubahan cuaca, persekitaran dan sebagainya yg boleh mengakibatkan ternakan stress..

2. bersihkan najis serta air kencing di bawah kandang dengan kerap sekurang2nya sekali sehari (bergantung kepada ketinggian kandang dan kelembapan lantai)

3. pastikan pengudaraan dalam kandang ternakan tersebut cukup dan selesa utk ternakan..

4. Sediakan garam galian utk dijilat dan juga sekali sekala support gula merah/molases dalam air minuman utk tenaga.

5. kalo pasang api jangan biarkan asap terlalu tebal dan memedihkan mata..

6.perlu ada ubat Pink Eye Terramycin di kandang (ubat yg wajib ada pd setiap penternak)..senang dan mudah digunakan..(kat Kelian Farm kami jual sebotol RM 25 sahaja)


Sekiranya berlaku sakit mata..

1. utk rawatan moden semburkan pink eye terramycin ke mata ternakan tersebut.kekerapan semburan bergantung kepada tahap sakit mata tersebut..sebaik2nya pink eye terramycin disembur kepada ternakan yg menunjukkan tanda2 sakit mata awal seperti keluar air mata, taik mata, kambing selalu menggosokkan matanya dan mata nampak bengkak dan sepet sikit supaya menghalang jangkitan kuman di mata ternakan tersebut dan menyebabkan jangkitan tersebut menjadi serius...selain itu pink eye terramycin ini juga kami gunakan semasa kemasukan ternakan baru dikandang dengan menyembur semua mata ternakan tersebut agar tidak berlaku jangkitan awal kepada ternakan tersebut..

2. cara tradisional juga boleh digunakan dengan menitiskan air limau nipis di matanya..selain itu penggunaan air garam juga boleh diamalkan..

3. payah2 sgt nak cari bahan2 tu, pegi kedai kat belakang rumah cari eyemo..pun boleh guna...

4. tp kalo selaput mata tu terlalu serius..pergi farmasi cari gentamycin (ubat sakit mata plus steroid utk manusia)..pakai sampai ilang selaput..pastu jgn pakai sebab ada kesan sampingan

sakit mata merupakan sakit yang biasa dialami oleh ternakan..tak bahaya sangat pd peringkat awal tapi kalo tak dikawal akan menyebabkan keadaan lagi serius seperti buta dan mati..utk mengatasi masalah ini perlu tahu punca2 masalah tersebut dan cara mencegah dan mengatasinya..

sekadar berkongsi pengalaman dan pengetahuan yg sedikit ni utk manfaat semua..



17 November 2007

Kembali lagi

Assalamualaikum...

lama tak mengadap blog ni..ada technical error skit kat komputer.senang cakap baru ni komputer aku ada lingkup sikit..jd 2 minggu la jugak tak mengadap blog ni..kalo tak tengok sehari blog ni dan blog rakan2 yg lain mcm tak cukup je kerja penternakan utk 1 hari..tu sindrom utk penyakit mat blogger ke??

sekarang komputer dah ok..jadi pasni aku sambung balik keje part time aku malam2 ni..tapi itu pun kalo sempat..sebab sejak kebelakangan ni, banyak customer Kelian Farm berurusan utk pembelian kambing pada waktu malam..

ada beberapa sebab yg dorang suka amik kambing malam2 ni..(pukul 1 - 2 pagi pulak tu)..

1. siang biasanya ada kerja lain..jadi malam biasanya depa free dan boleh berurusan dengan lebih senang

2. bawak ternakan waktu malam ni tak panas sangat..tapi sebenarnya ada bahaya jugak..bawak malam ni kambing senang dapat radang paru2 sebab terlampau sejuk dan stress..

3. sebab utamanya ialah takdak permit...hahaha..tp urusan permit ni kalo difikirkan memang leceh dan lambat..banyak prosedur (birokrasi???) kena buat..buat blood test, pengesahan masuk dan keluar ternakan, kuarantin dan sebagainya..walaubagaimanapun aku tak nafikan keperluan utk semua perkara ni..memang penting prosedur ni utk memastikan ternakan yg akan dibawa masuk atau keluar bebas dari penyakit berbahaya dan berjangkit..

namun begitu, aku rasa prosedur ni boleh lagi dipermudahkan bagi membolehkan urusan jual beli ternakan sekiranya pihak yang terlibat kreatif dan komitmen dalam melakukan perkhidmatannya..

ni atr pendapat aku bagi mengurangkan prosedur2 remeh ni..

1. pihak yang terlibat perlu melakukan lawatan atau jadual berkala ke kandang2 atau kawasan penternakan bagi memastikan kawalan penyakit dapat dilaksanakan..boleh buat blood test semasa lawatan tu jadi boleh gunakan keputusan blood test tu utk tempoh2 tertentu.

2. permit tu bagi arrange utk satu hala saja..contoh kalo penjualan kambing tu melibatkan 2 negeri boleh pakai permit keluar atau masuk ternakan satu negeri saja utk permohonan..

3.bawak ja pegawai haiwan tempat masing2 masa urusan jual beli kambing tu..komfem org tak cakap apa punya..upah la pegawai haiwan tu char koe teow ka, pasembuq ka mesti ok punya..haha..

apa2 pun itu hanya pandangan otak aku yg masih lagi baru dan mentah dalam industri ni..cara penerimaan dan perlaksanaannya bergantung pada hakikat sebenar tugas serta prosedur ni..yg boleh mudah kita mudahkan dan dalam masa yg sama yg perlu dilakukan tak boleh diabaikan..tapi kerenah prosedur dan birokrasi ni perlu dikurangkan agar tidak membebankan atau menyusahkan penternak dalam berurusan..sekiranya kerenah2 leceh camni tak diambil tindakan, Malaysia tidak akan jadi negara yang bebas penyakit ternakan disebabkan penternak mengambil cara mudah utk berurusan jual beli ternakan yang juga disebabkan cara susah yg diamalkan oleh pihak2 yg terlibat..dan sekiranya ini berlaku, matlamat negara utk menjadi pengeksport makanan halal hub (tah aku tak beberapa ingat dia punya pogram tu) hanya tinggal laungan ja..sebabnya atas kita sendiri lah..

01 November 2007

Sapa Salah??

salam...

petang tadi aku order dedak lagi..huh..DEDAK NAIK LAGI..kali ni apek tu cakap naik lagi RM1..baru 2 minggu lepas naik singgit dah..sekarang dedak dah harga RM39.50 per guni (50 kg)..peh menyirap ja darah aku dengan apek tua ni..cam nak toreh je taik lalat kat pipi dia tu..biar puas ati aku..sedap2 ati je letak harga sesuka ati.

tapi pas aku kool balik (dalam masa beberapa saat ja nak kool), aku tanya toke tu, pehal naik lagi..tak untung lagi ka?..dia pun kata "mana ala untung, ini mau jaga customer mali kedai maa"..pastu dia brek..brek..brek merapu ape tah aku dah tak nak dengar..malas nak layan apek ni..takde mood nak layan sebab bengang dengan isu lapok ni dah macam tak berkesudahan..

Serabut betul dengan isu ni..sebab ianya akan menjejaskan kos operasi harian aku..so bila operasi naik..terpaksala kena jual mahal..pastu kena tangkap masuk penjara sebab jual daging dengan harga melampau..ai pening...

post kali ni aku bukan nak cari jalan penyelesaiannya..tgh kusut2 ni malas nak pikir mende2ni..lagipun dah banyak cara penyelesaian yg diketengahkan oleh rakan2 penternak melalui yahoogroups, blog2 dan lain2..idea semuanya bagus tapi aku tak pasti perlaksanaannya dah jalan ke belum sebab tak nampak kesan pun ke atas isu kenaikkan harga dedak ni..malas nak pikir..nantila dalam keadaan waras n good mood aku cuba postkan penyelesaiaanya serta tindakan perlaksanaan terhadap penyelesaian tersebut..

post kali ni aku suka hati utk cari pasal sapa yang patut disalahkan atas kenaikkan harga..mungkin tak de kene mengena but at least serabut aku pasal mende ni kurang sikit..mcm cakap saudara Wady dr Saujana Putra Goat Farm (bro..sabar..tu sume lumrah org meniaga dan menternak..belajar dr pengalaman), mmg sedap kalo tuduh2 org dan buat kita rasa gembira..hahha

sapa yg patut disalahkan??

1. penternak...

penternak makin ramai..dan permintaan utk dedak makin meningkat..ni kot sebab harga naik..tp haloo..penternak ramai pun sebab nak majukan industri ni..baru nak naik 15% keluaran daging kambing yg dapat dikeluarkan dah nak naik harga..bagi aku kemunculan ramai penternak tak salah sebab dorang melakukan satu perkara yg betul utk meningkatkan ekonomi diri dan juga negara..so penternak tak salah..n of coz aku juga penternak dan aku mmg takleh disalahkan..hahaha

2. toke kedai dedak..

"wa talak tau, itu balang datang, wa angkat, kasi untung sikit olang mau beli wa jual la..wa talak tau la itu kos lu makan kambing itu..wa meniaga mau untun talak mau lugi loo..sapa mau lugi..haiya.."

3.pengilang dan pembuat dedak..

itu barang mentah, hampas soya, jagung, oat suma naik..apa macam mau kasi murah..kasi naik jugak la..itu barang suma import..tara kasi naik kalu,..ini bisnes tutup la macha..(ajiicam..kilang dedak Hj Hamid Sg Kob tu dah tak buat dedak dah..dia cakap tak untung..kos mahal..)

4. Petani Soya, Jagung, Gandum dan sebagainya..

"err..we don't know..we just plant our crops not for ur dedak (err..what is dedak??)..so we cannot tanam much2 takut we rugii...u all nak banyak..u all plant urself la"

4.Pengimport Bahan Mentah

Nak murah, pi amik sendiri la barang2 tu...(ayat orng yg pegang AP import bahan2 mentah ni..mentang2 la dia sorang ja ada AP)

5.Tok Menteri dan Kejaan

Hahaha..boleh ke nak disalahkan??tp isu ni kalo ada yg turun padang mungkin ada jalan penyelesaiaan..anyway tok2 menteri yg berkaitan kena pantau apa yg berlaku sekarang ni..canang suro majukan sektor pertanian ni memang hebat..tak ingat punya gelombang pertanian kat seluruh negara ni..but as usual la..jgn tgk dari segi dasar ja perlaksanan..ramai org ternak, dah capai matlamat..tapi ape yg berlaku kat penternak..sendiri tanggung..penternak dah menanggung tanggungjawab negara utk membekalkan daging dan mengurangkan kadar import daging luar..so kene la ada rasa respek sikit dengan penternak..pantau apa yg berlaku baru matlamat sebenar utk melahirkan usahawan tani yg berjaya akan tercapai..kalo gini caranya dan takda pemantauan, mmg nak ramaikan usahawan tani lingkup yg sebelum ni dah ramai jugak yg lingkup atas kecuaian sendiri dan juga kecuaian pihak yg mentadbir..takleh komen lebih2 nanti kena gam..masuk penjara..silap2 masuk ISA..kena cabut kuku (org cakap).tido berdiri (org cakap gak) dan tak bule makan roti canai..(pun org habaq)..eeiii takuut

dahla..malas nak cari salah org lagi (salah sendiri buat tak nampak je...)..kalo ikut banyak lagi aku nak salahkan..toke minyak, jiran aku, pakcik kantin sekolah dan ramai la..tak larat nak tulis..so sapa yg salah..hahaha..terpulang..apa2 yg berlaku berbalik pada kita utk muhasabah balik diri ni utk lihat balik apa yg sebenarnya berlaku terhadap diri kita dan juga persekitaran..setiap problem mesti ada penyelesaiannya..dan aku masih lagi mencari penyelesaiannya utk diri aku sendiri (wah puitis betul aku ni??)

(sorry..post ni berserabut sikit hasil karya org yg berserabut dan hanya difahami oleh org yg serabut juga..yg tak faham jangan serabut kepala..rileks2 kan otak dengan pegi tengok ternakan kat kandang tu dah bagi makan ke belum???)

26 October 2007

Serasi Ke??

salam...


tadi ada 2 orang paklong datang cari kambing kat kelian farm..sambil2 borak dan takde borak lain melainkan topik penternakan kambing ni..seorang daripada pakcik tu cakap dia minat nak bela kambing tapi dia cakap dia tak boleh bela sebab tak rasi.. tak rasi ni maksudnya tak serasi..kalo omputih cakap "not matching" kot? (ade ke org putih bele kambing ni tengok rasi ke tak rasi?)..kat Baling ni orang panggil tak sekuung..pastu di cakap aku bertuah sebab kambing kat kelian farm ni menjadi dan rasi dengan tuannya..

serasi ke??

aku sebenarnya tak paham sangat dengan konsep serasi ke tak serasi..kalo camtu, that's mean kalo nak ternak kambing or nak setup projek kambing ni kene pegi tilik tangan dulu ke nak tau serasi ke tak??kan itu dah jadi khurafat..tapi aku percaya ramai dari kalangan penternak tak buat bende khurafat ni..but ramai lagi yg percaya pada ke"serasi"an seseorang itu utk menternak kambing..dan aku dapati ramai yg percaya tentang keserasian ni terdiri daripada Orang Melayu dan beragama Islam..Aku ingat selama aku berkawan dengan penternak India, Cina, Iban dan lain2 takdepun mantion pasal hal ni..cuma apek kambing kat sg bakap ni tu cakap "aiya itu hali ala ong, ala hali ong takdak maaaa"..aku taknak la sentuh hal ni dalam bidang keagamaan sebab aku pun kurang arif dalam hukum hakam agama ni so kenela refer kat org2 yg arif dan berpengetahuan..

balik pada serasi tadi,..kalo setup projek tak berjaya, tu maknanya tak serasi ke??kambing banyak mati tu tak serasi ke..dan kalo nampak tak serasi ni (hasil tilikan kita sendirila), projek kita kena stop ke??..abis..belanja dah banyak abis..takkan buang duit gitu2 je..ni kandang ribu2 ni nak bg sapa duduk??tak duduk rugi.ni ada sikit ari lagi tuan punya kandang tu tinggal dalam kandang tu..kalo tak protes pun, gila la maknanye tu..

tp bagi aku semuanya berbalik kepada kehendak Allah Taala yg mana semua kejadian, takdir serta rezeki datang daripadaNya..yang penting tanggungjawab kita sebagai penternak dan pengusaha projek ternakan adalah menguruskan dan mengatur projek serta operasi harian dengan betul dan sempurna..perlu ada pengetahuan serta kemahiran..kena belajar banyak utk cari apa yg kita tak tahu dan bukannnya puas dengan apa yg kita tau..dan bila dah tau, kita tau pulak camna nak laksanakannya dalam projek kita..sekarang ni bela kambing bukannya pakai lepas hentam kromo je dengan takde ilmu..sekarang ni kalo kambing berkelakuan pelik sikit dah tau apa yg dia nak, apa yg dia sakit, vitamin ape takde dalam badan dan sebagainya lain..baru projek kita akan maju dan berdaya saing..dan semuanya dari ilmu yang diperolehi.dan bila semuanya berjalan dengan teratur, maka aku percaya tuhan tak akan mengsia2kan usaha hambanya dengan begitu sahaja melainkan atas kehendak Nya yg kita tak dapat atasi..

jadi mai mana konsep serasi ni..aku percaya konsep ni datang dari tok nenek kita dahulu..dan aku mmg tak nafikan cara org dulu2 bela nampak serasi..kandang takda, tidur bawah rumah ja,makan main terabur je kat mana2..tapi kambing cantik, bulat, mongel dan menyelerakan..still aku percaya tu semua rezeki tuhan yg bagi dan kambing tu sihat sebab dulu2 takde racun dan kawasan ragut pun luas..boleh pilih makanan dan penyakit pun kurang sebab udara tak tercemar..cuba lepas sekarang ni tanpa kawalan..kalo tak kene penyakit, org sakit yg tolong bawa balik kambing kita tolong jual..(tp sesen pun kita takdapat r)..takpun kambing tu jadi gemuk dan sihat dengan maki sumpah seranah orang kampung sebab makan pokok serta tanaman dorang..berkat ke lagu tu???

tp konsep ni aku tak tolak bulat2..aku masih lagi mencari apa yg sebenarnya dengan serasi kambing dengan penternak atau pengusaha..bukan buat reserach pun cuma sekadar nak tau..bg aku memang ada konsep keserasian tu dalam projek kita ni..(aih sekejap cam tak percaya, sekarang ni percaya pulak)...aku ada beberapa pendapat dalam hal dr segi psikologi, komunikasi, kepercayaan, semangat (ceee ye2 je cam profesor je aku kategorikan mende2 ni..ade kene mengene ke??) ni tp nantila aku post lain sebab dah banyak sangat aku tulis, dan aku bukannya suka tulis sangat..tp aku suka berinteraksi tambah dalam bab ternakan ni..sambil2 cari mood nak tidoo..

ok selamat berhujung minggu dan selamat beropen house..kepada geng2 mybob dan boervilla selamat beropen kandang...bbq kambing..tentu menyelerakan..

22 October 2007

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamualaikum..


Tak lewat lagi kot utk mengucapkan Selamat Hari Raya..rayakan sebulan..ahahaha...yg seronok nak lama..yg wajib bebal betul nak buat lama2..(utk org2 tertentu la)..dan Maaf Zahir dan Batin sekiranya sepanjang saya mengendalikan blog ini ada yg terguris hati, terkasar bahasa, dan segalanya ter ter..(ter ni kiranya takde niat la kan)..anyway mmg itulah aku sebenarnya dan cuba sedaya upaya mengubah diri menjadi lebih baik dari sebelumnya..aminn..semoga ibadah puasa ni diberkati tuhan dan dapat diteruskan segalama amalan serta ibadat yang kita amalkan di bulan puasa ini di bulan2 yg lain..dan jangan jadikan bulan syawal ni bulan cover balik dosa2 serta perkara2 lagho yg kita jaga masa bulan puasa yg lalu..


bulan puasa ni juga bulan yang agak mencabar bagi aku dan family kelian farm utk menghadapai puasa..baru2 ni rumah aku kena pecah masuk..banyak barang beharga yg budak2 setan ni bedal..antaranya laptop yg aku gunakan sekarang dan laptop mak aku ..campur skit dengan barang kemas dengan duit sikit..tapi alhamdulillah berkat bulan Ramadan serta berkat bacaan Yassin surau aku, dapat balik laptop aku dan mak aku balik selepas 2 hari kena rompak walaupun yg lain cam barang kemas dan henset dah kena jual..


tp aku tak taula camna dengan ibadat poasa aku baru ini..mintak2 la ada la sikit keberkatan poasa yg aku dapat bulan poasa lalu..memang tak buleh sabar punya..yg tak dapat aku terima penyamun2 ni buat onar pada bulan mulia..setakat yg aku tau, semua syaitan,jin dan iblis semua dibelenggu dan dirantai pada bulan ni..tp bg depa yang buat benda haram jadah ni..aku rasa memang tak layak dipanggil manusia..malah mungkin lebih keji dari syaitan dan iblis..takdak sapa pun yang hasut dorang tp bila dah nafsu tu macam iblis...yg buat tu lak org yang mengaku Islam dengan namanya Islam..dan aku kenal betul pulak setan2 tu..takpa..korang buleh lari dari aku dan polis..tp jangan ingat dunia ni korang yang punya..jangan ingat setiap kejahatan takda balasan..dahlah mencemar dan merosakkan nama baik agama dan bangsa sendiri..aku tak taula..org lain sanggup angkat najis, cuci sampah, kena maki hamun utk dapat keberkatan rezeki dunia..aku tak dapat terima yg mengatakan mereka ni tak dapat berpikir sebab cara pecah masuk umah aku ni pun dah tunjuk mereka ni berpikir secara waras tapi bodoh..sekarang korang rasala hidup dalam pelarian...


huh over la pulak sembang pasal malaun2 ni..cuma aku memang bengang sikit walaupun barang aku dah dapat sebab yg setan tu aku penah anggap dia adik beradik aku..pecah umah dalam bulan puasa..dan buat org tua aku susah ati..satu family aku trauma nak tinggal rumah..pegi raya pun teringat rumah..peh kalo dapatla setan tu takde ampun punya..anyway pasni aku boleh sambung balik kerjaya sambilan aku sebagai penulis blog ternakan kelian farm..walaupun banyak maklumat ternakan yang hilang lepas depa delete semua pogram laptop aku (terror it gak penyamun haprak ni)..aku akan dapatkan maklumat2 terkini penternakan melalui rakan2 ternak serta rakan seperguruan aku kat Institut haiwan Kluang aku dulu..


Ok selamat hari raya sekali lagi...Pastikan rumah kediaman serta kandang anda selamat kalo anda nak pegi jalan beraya rumah org kerana kemungkinan ada org nak beraya kat rumah serta kandang kita masa kita tak ada sebab pegi beraya..






04 October 2007

Malam2 Terakhir Ramadan

Minggu ni dah masuk 10 malam terakhir bulan Ramadan..rasa2nya kejap ja Ramadan ni bersama2 kita..Jadi di malam2 terakhir ni marilah sama2 kita berusaha meningkatkan ibadah kita ke tahap paling maksimum dan semoga mendapat keberkatan atas segala amalan yang kita lakukan..dan juga mendapat keberkatan malam lailatul qadar yang dijanjikan...

minggu ni juga aku perati masjid dah makin kurang jemaah...dulu masa awal puasa penuh saf dia macam nak semayang jumaat..tp malam2 last ni yg penuh dengan keberkatan, aku perati saf dah tinggal suku..pas 8 rakaat dah tinggal 4,3 saf..ni masjid aku kira kat pekan la jugak..kalo masjid kat kandang aku lagi la..berapa kerat je tinggal...

patutnya minggu2 last ni kita makin pulun dengan ibadat dan amalan2 soleh..ini terbalik pulak..malam2 ujung minggu ni la pulak sibuk ngan bende2 lain..nak shopping raya pun malam..siang tak sempat ngan urusan keje la ladang la...(bila nak sempat..tak cukup ke 24 jam yg tuhan bagi ni)..kadang2 kat masjid tu aku tengok sayu je..yg stay sampai 20+3 yg tua2..itupun gagah2 dengan terbongkok2 nak teruskan terawih..yang muda mana??lepak kedai mamak pas rakaat 8 (lepaknye leh plak 2,3 jam)..still ok tp takkan stay lg lg 30 minit dalam masjid tu dah rasa rimas dah..sebulan sekali ja..mana ada terawih bulan lain..nak jumpa balik tahun depan r..itu pun kalo rezki tuhan bg umo kita panjang...

aku bukannya nak bg syarahan panjang2..dan aku bukannya baik sangat pun..sama juga kadang time 8 rakaat aku keluar jugak sometime..penat buat keje siang tadi kalo mak aku tanya apasal tak abis 20..ape punya alasan..tp kot mana pun muhasabah diri kita seharian kena ada..apa tujuan idup kita..dah banyak sangat dah ka amalan kita nak jumpa dan mengadap tuhan..umo kita bukannya lama sangat..makin ari makin singkat..sekarang alasan sibuk utk alasan kita kurang beribadah..dah tua guna alasan sakit la, tak larat la..abis bila...(aku dedikasikan post ini utk diri aku sendiri..)

01 October 2007

Mari Kira Untung Kambing

Formula mencari keuntungan projek ternakan kambing...
Harga Dedak : RM40 utk 50kg (peh mahal gila dedak ni..dedak ape rm 40 ni..untung ke..)
Target tempoh kambing beranak hingga boleh dijual : 10 bulan..
Target berat kambing semasa dijual : 20 Kg (paling ringan la ni..)
Harga kambing dijual : RM 15 sekilo (lembu pun dah rm 18 sekilo paling murah..)
So camna nak untung..
bergantung pada kos harian makanan ternakan terutamanya dedak yg diberi..
jumlah ideal kuantiti dedak yg diberikan utk seekor kambing dewasa : 500g
jadi
utk 500g bg seekor kambing= RM 0.40 (dr harga dedak yang saya berikan tadi..)
jadi
dari RM 0.40 sen kos+kos rumput+kos letrik+kos upah+kos ubat harian = (kita amiklah Rm 0.30sen) jadi kos harian bagi seekor ternakan = RM 0.70 sehari...(wah ini pun dah kira tinggi punya kos ni)
Kos sehari utk seekor = RM0.70
Kos sebulan utk seekor= RM0.70 x 30 hari = RM21
tempoh bela ternakan selama 10 bulan = RM21 x 10 = RM210
Jualan kambing 20KG x RM 15 =RM 300
KEUNTUNGAN KASAR JUALAN : RM 90.00
Boleh nampak tak bagaimana pojek ini menjana keuntungannya..itupun saya amik kos operasi yang agak tinggi dengan pemberian dedak yang agak mahal..dedak masih lagi dalam RM35 ke bawah masih boleh didapati walaupun berlaku kenaikkan harga yang mendadak..kalo bg rumput banyak lagi bagus..biasanya kos harian ternakan kebanyakkan pojek hanya RM 0.50 sehari bagi seekor..sebenarnya kos makanan utk 10 bulan tu tak sampai tak sampai dalam figure tu kerana kambing mula betul2 makan lepas 2 bulan setengah ke 3 bulan iaitu selepas cerai susu..sebelum tu dia tumpang curi makan mak dia ja..itu pun makan tak banyak..jadi kos dah boleh save dah kat situ..
utk kenaikkan berat badan pulak pastikan baka yang kita jadikan induk dan pejantan mampu menghasilkan anak yang baik..yg saya masukkan tu adalah berat minimum bg seekor kambing kacukan dalam 10 bulan..(kes bantut)..kalo baka yang baik boleh hasilkan 25 kg ke atas dan ada yang mampu mencecah 40kg dan mampu meningkat badannya dalam masa 6-8 bulan sahaja..
utk rumusan yg saya bg tu boleh dikira utk untung bersih kita ambik la RM 40...haha sikit je??okla tu dengan berat badan 20 kg...jual dengan harga RM15 sekilo..(mane nak dapat dah harga ni..boleh rujuk harga kambing kat kementerian hal ehwal pengguna..mau2 dekat RM30 sekilo..)kos harian pun tinggi lebih kurang RM0.70 (paling tinggi pun RM0.50 je)..what can we aspect kan?namun sebenarnya keuntungan projek boleh dijana 2 hingga 3 kali ganda dari ini sekiranya kos harian makanan kita dapat kurangkan, aspek pembakaan ternakan yang berkualiti ditekankan,pengurangan jumlah kematian,kos2 lain yang lebih murah dan lain2 lagi..ini baru jualan utk sembelihan kalo jualan baka mesti lebih dari tu..apa2 bergantung kepada kebijaksanaan kita utk menguruskan projek ternakan terutamanya dalam kos pemberian makanan..
sebenarnya saya masukkan formula ni utk kefahaman org yang baru atau mula nak berjinak2 dengan ternakan kambing ni bg mengetahui hala tuju projek penternakan kambing ni..dapat idea masa borak dengan pakcik yg datang kandang tadi..kita takleh nak cerita kat org2 yg berumur ni keuntungan 3,4 tahun, cash flow dan sebagainya biru mata pakcik tu nanti..jadi cerita dalam bentuk harian operasi seekor kambing tu hingga jual dan dapat untung baru senang sikit geng2 ni faham..nnt bila dah join bidang ni baru dorang nampak lebih jelas..dan yg dah xpert utk rancangan perniagaan ni utk lebih cantik lagi boleh buat cash flow dalam 10 tahun tengok berapa tahun break event point dia..ini yg saya bg utk kefahaman bg keuntungan kasar seekor2 kambing tu dijual..apa2 pun aspek pemasaran main peranan yg penting..buat perancangan dulu bagaimana kita dapat menjual kambing kita tepat pada tempoh yg ditetapkan...jangan harap pelanggan saja cari kita..kita perlu mencari pelanggan terlebih dahulu insyaallah lama2 nnt kita akan dicari org juga..tp kalo formula yg saya masukkan ni ada percanggahan boleh dibincangkan..mana tau saya silap atau ada idea2 baru..sama2 kongsi..

21 September 2007

Kejamnya Manusia Sekarang..

Just dapat emel dr member..rasa nak kongsi dengan member2 sekalian..semakin hari semakin kejam dan bodoh tindakan manusia dengan perbuatan2 yg tidak berperikemanusiaan..baru2 ni dengan kes kematian adik nurin yang sungguh tragis..semoga si pemangsa tu mendapat balasan di dunia dan juga di akhirat..amin..ini pula kisah penganiayaan terhadap makhluk Allah yg lain..aku just copy, edit dan paste n samala2 muhasabah diri kita di mana tahap iman serta kemanusiaan yg ada pd diri kita sekarang..

"Utk pengetahuan insan2 yg mempunyai hati dan perasaan... Terdapat seorang Jepun di New York sedang menjual suatu produk baru; yg dikenali sebagai 'Kucing Bonsai'. Apa yang orang Jepun ini buat ialah memadatkan seekor anak kucing ke dalam balang atau botol yang diperbuat daripada kaca. Kemudian, dua batang straw akan dimasukkan ke dalam balang itu melalui dua lubang kecil yg ditebuk di atas penutup balang itu. Tujuan dua straw itu ialah satu utk memberi makanan kepada anak kucing itu, dan satu lagi utk mengeluarkan najisnya. Untuk memastikan anak kucing itu membesar dan mengikut rupa dan saiz balang atau botol itu, dia akan memberi anak kucing itu makan sejenis dadah yang akan menjadikan tulangnya lembut, supaya badannya mudah utk mengikut bentuk dalaman balang itu. Dia hanya akan berhentikan pemberian makanan dadah ini sekiranya anak kucing itu mati. Adakah penganiayaan dan pengzaliman seperti ini dapat dihentikan? Anak kucing itu pasti tidak boleh bergerak di dalam balang itu, apatah lagi utk membersihkan badannya, dan langsung tak boleh membuat apa-apa. Kalau dia menjerit sekalipun, siapa yang akan mendengar jeritan batinnya di dalam balang itu? Barangan yang zalim seperti ini telah dipasarkan secara meluas di serata New York, Indonesia dan New Zealand. Jika anda ingin mendapat maklumat lanjut berhubung perkara ini, layarilah: http://www.bonsaikitten.com/Lihat sahaja gambar-gambar ini... Amat zalim dan menyakitkan!



Orang Jepun ini ingat dia mempunyai daya kreativiti yang tinggi utk membuat duit, padahal perangainya itu tak ubah seperti orang gila lagi zalim. Apa yang lebih menyedihkannya ialah, dia menganiaya haiwan yang tidak dapat mempertahankan diri mereka. Padahal masih banyak lagi objek lain yang boleh dikormesialkan. Bukan menzalimi benda hidup seperti anak-anak kucing itu! Kami benar-benar mengharap penganiayaan seperti ini dapat dihentikan secepat mungkin. Jika 'kucing bonsai' seperti ini menjadi trend baru dan setiap orang ingin membelinya, tiada apa lagi yang dapat kami katakan lagi jika unsur-unsur kemanusiaan sudah hilang dalam sanubari manusia itu sendiri. Jika anda masih mempunyai naluri kemanusiaan, sila sebarkan berita ini kepada seramai mungkin kenalan2 anda.

Kami mengharapkan kerjasama penuh daripada anda semua. Kita mesti berjuang untuk membebaskan anak-anak kucing itu daripada belenggu kezaliman. Bayangkan anda menjadi seperti mereka, apa perasaan anda? Tolong sebar-sebarkan (forward) maklumat ini ke seluruh dunia. Tolonglah selamatkan kucing-kucing ini dan kemungkinan haiwan-haiwan yang lain daripada terus dianiayai!!! (If possible, please translate this message to your home language and let as many people to know about this cruelty which is happening around you.) Kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas keprihatinan anda membaca dan memanjangkan maklumat ini. - Pencinta Haiwan -

17 September 2007

Medicated Block Urea Molas (MUMBS)

Hari ni nak cerita sikit pasal supplement tambahan utk ternakan..




BLOK UREA MOLAS (UREA MOLASSES BLOCK - UMB)


Blok Urea Molas (UMB) bukanlah bahan yang baru diperkenalkan. Ia telah digunakan dengan meluas di Padang Pasir Sahara di Afrika bagi membekalkan makanan yang mengandungi protein dan tenaga yang tinggi kepada ternakan di musim kemarau yang panjang. Ia di blok atau diketulkan keras dalam bentuk empat segi atau bulat supaya senang dibahagikan dan dibawa oleh penternak-penternak untuk ternakan mereka, yang tidak boleh mendapat makanan lain di musim kemarau.


Blok Urea Molas mengandungi Urea, sebagai unsur ammonia (NH3) bagi menghasilkan "bacterial protein" dan gula molas pula sebagai unsur tenaga. Ia juga dicampurkan dengan lain-lain dedak sebagai bahan pepejal, galian-galian yang diperlukan dan simen untuk mengeraskan blok. Selepas lebih kurang seminggu disediakan blok urea molas telah sedia untuk digunakan.
Urea juga adalah unsur ammonia (NH3) bagi merangsang selera makan haiwan ruminan. Apabila ternakan ruminan tidak dapat memperolehi makanan berpanjangan, ia juga tidak akan dapat unsur protein. Maka kandungan ammonia di dalam perut rumennya akan kurang. Ammonia adalah bahan perangsang selera makan bagi ruminan. Apabila tiada Ammonia, selera makan ruminan akan terjejas, ia tidak berselera untuk makan walaupun apabila sampai musim banyak rumput (hujan semula). Dengan pemberian peratusan Urea (Ammonia) yang tinggi di dalam UMB pengumpulan Ammonia di dalam rumen akan dapat terlaksana dan ini akan memberi rangsangan makan semula kepada ternakan. Bukti ada menunjukkan bahawa Ammonia juga akan merangsang bakteria di dalam rumen untuk mencerna rufaj (roughage) terutama daripada rumput yang kurang bermutu, dengan lebih berkesan lagi dan menghasilkan kadar penghadaman yang lebih tinggi.


MEDICATED UREA MOLASSES BLOCK (MUMB)

Medicated Urea Molasses Block (MUMB) dihasilkan dengan mencampurkan ubat-ubatan tertentu umpamanya ubat cacing ke dalam UMB dan menjadikan UMB sebagai pembawa (carrier). Bebiri adalah ternakan ruminan yang sering mengalami masalah kecacingan dan diberi MUMB yang mengandungi ubat cacing dalam anggaran pengambilan 50 - 100 gram blok sehari bagi seekor. Di dalam adunan MUMB tersebut telah dicampurkan sejumlah ubat cacing yang menepati keperluan untuk menghapuskan pengumpulan cacing di dalam ternakan apabila ternakan ini memakan MUMB di antara 50 - 100 gram sehari. Ia didapati lebih berkesan kerana ternakan amat gemar memakan adunan MUMB ini disebabkan ia mengandungi gula molas yang manis. Di samping itu MUMB juga memberikan unsur zat protein, tenaga dan galian yang tinggi kepada ternakan.


Pada masa kini MUMB yang dipelopori pembikinannya di Institut Haiwan terus diproses di Institut Haiwan secara mekanikal untuk dibekalkan kepada kesemua empat ladang bebiri terbesar di Jabatan Perkhidmatan Haiwan bagi membasmi masalah cacing di dalam ternakan bebiri. Kesan penggunaannya adalah amat ketara dengan pengurangan jumlah kematian ternakan jika dibandingkan dengan kaedah lama iaitu cara suntikan ubat.



KESIMPULAN PENGGUNAAN MUMB DI LADANG-LADANG BEBIRI/KAMBING JABATAN PERKHIDMATAN HAIWAN

Daripada data-data dan bukit-bukti yang telah diperolehi didapati penggunaan MUMB adalah lebih bermenfaat jika dibandingkan dengan cara pemberian ubat cacing kepada ternakan bebiri melalui kaedah suntikan setiap sebulan sekali seperti yang diamalkan dahulu. Ia didapati adalah lebih berkesan dari segi kos, penjimatan masa dan tenaga kerja. Selain daripada mendapatkan ubat cacing dengan lebih murah setiap tahun bagi seseekor bebiri MUMB juga dapat membekalkan protein, tenaga dan galian kepada bebiri.
Penemuan kaedah ini patut digunapakai oleh semua pengusaha ternakan bebiri terutamanya, kerana biasanya bebiri adalah haiwan yang amat bermasalah dan sering dijangkita serangan cacing.
Dibandingkan dengan lain-lain jenis ruminan, bebiri adalah spesis yang banyak mengakibatkan kematian apabila diserang jangkitan cacing. Jelas MUMB adalah pada waktu ini kaedah yang sesuai sekali bagi mengubati cacing dengan berkesan

Nutriblock keluaran MARDI merupakan salah satu contoh penggunaan mumbs dalam bentuk pepejal dan molife dalam bentuk cecair..selain itu juga mumbs merupakan alternatif yang baik utk diet ternakan dengan penambahan selera makan dan juga menambahkan kadar pertumbuhan..dan dengan itu ia amat baik dijadikan makanan tambahan harian utk ternakan dan membantu kekurangan makanan ternakan akibat kemarau, banjir dan sebagainya sepertimana yang berlaku di negara afrika..boleh dapatkan maklumat melalui Mardi dan Jabatan Haiwan yang berdekatan..atau layari http://www.dodon.org/ atau www.johor.gov.my/ihk/vermalay2004/mumb.htm

DAN TUNGGU KEMUNCULAN KELIAN'S MUMBS DI PASARAN..(HAHAHA masih dalam xperimen kat kambing sendiri..alhamdulillah ada perubahan terutama kambing yang kalah dan tak cukup zat cam kambing kampung..cuma nak improve dr segi kualiti dan rupa bentuk and nutriblock mardi dah naik harga..itulah kesan takda saingan..tunggu kemunculan kelian's mumbs bg mewujudkan persaingan yg sihat dalam industri ternakan..hahaha gelak lagi)

sebarang maklumat dan pertanyaan hubungi
nasri kelian farm
o134001083








14 September 2007

Mesin Rumput Untuk Dijual

Untuk post kali ni, aku nak promosi mesin rumput buatan member aku.."sokonglah barangan keluaran bumiputra"


Maklumat mengenai mesin rumput tersebut:

- Mesin Rumput jenis "Chopper"
- Berkuasa elektrik 2 hp
- rpm : 1460
- Mementingkan ciri2 keselamatan dengan starter 2 button..
- Ringan dan mudah alih
- mempunyai roda utk memudahkan pergerakan mesin..
- Boleh sangkut guni terus..
- dibuat berdasarkan pengalaman mencipta mesin dan jentera dan juga menternak kambing

Harga serendah :RM2500


Berminat??Hubungi kami,
nasri 0134001083
salleh 0195594382

12 September 2007

Selamat Berpuasa

Kami di Kelian Farm mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pengunjung blog kelian farm dan juga kepada penternak2 serta seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam..Jadikan bulan yang berkat ini dipenuhi dengan amalan2 serta perkara2 kebajikan serta beroleh manfaat..Kami juga memohon kemaafan sempena bulan yang mulia ini di atas segala kesilapan serta kesalahan yang ada dalam penulisan di blog kelian farm ni..

Perbanyakkan solat2 sunat serta bertarawikh di malam hari..azam sikit tarawikh ni dari 8 rakaat ke 20 rakaat termasuk solat witir sekali..mana nak cari lagi solat sunat yang istimewa ni selain di bulan puasa ni lah..sapa2 peminat degawan ke, kabir hero kabir zero ke, cinda ke, bulan ni off la sikit tengok cerita tu..moh kita pi masjid buat amalan tu bg banyak sikit..dahla kita punya amalan pun nipis je (merujuk kepada aku)..

bila puasa tu janganlah sekadar menahan lapar dan dahaga ja..kalo macam tu bg penternak time bg ternakan makan dedak ke rumput ke, mesti terliur punya tengok ternakan tu makan dengan berselera sekali..nampak napier tu sedap macam salad tambah mayonis je..hahaha..puasa juga perlu meliputi menahan nafsu2 lain seperti nafsu pandangan, pemikiran, dan semua sekali gerak geri kita agar beroleh keberkatan dalam puasa kita..dan janganla jadikan puasa ni sebagai satu alasan bg kita tidak atau kurang melakukan kerja seharian..senang crita kira nak tegolek, tebaring je..konon2 lapar..perlu diingat nabi serta para sahabat berjuang menegakkan agama Islam ni tak kira masa malah di bulan puasa juga nabi serta para shuhada dan sahabat berperang dengan musuh2 Allah sebagai tanggungjawab utk menegakkan agama Islam..kita punya tanggungjawab sekarang ni lebih kepada perjuangan hawa nafsu sendiri..takkan tak boleh lawan..(juga merujuk kepada diri sendiri)

Bulan puasa juga umpama bulan rezki..mana2 tempat ada ja jamuan berbuka puasa..di pasar ramdan huh..macam nak bolot 1 lori je tengok kuih muih dan lauk pauk bermacam2..jalan2 masa tu pulak perot tengah lapar..huhu dugaan..tp apa apa pun kawal nafsu dalam perbelanjaan utk berbuka..waktu berbuka memang nikmat yang diperolehi bg org yang berpuasa tp kadang tengok terlebih pulak nikmat yang dinikmati tu..makanan berpuluh jenis depan mata tp yg sentuh 2,3 ketul je..makan pulak overdos..biasanya bulan puasa bulan yang baik utk kesihatan badan serta menguruskan badan..tp la ni mcm terbalik..lg puasa lg tambah berat badan..(turut menjadikan diri sendiri sebagai rujukan dan peringatan)..selamat berbuka puasa dan dapat merasai nikmat sebenar berbuka..

di bulan puasa ini juga mengajar kita erti keinsafan serta kesyukuran terhadap nikmat yang diperolehi..zakat fitrah wajib atas kita umat Islam agar sama2 membantu insan2 lain yang tidak bernasib baik agar sama2 merasa nikmat dr Allah kepada hambanya..ingat tak semua yang kita ada adalah milik kita..sebahagiannya adalah amanah daripadaNya kepada kita utk hambaNya yang lain.."aku kerja penat2 jadi semua ni hak akula"..tu semua perkataan orang2 bodoh yang lahir dari hati yang hitam dan busuk..semoga kita sentiasa dilindungi dan dirahmati oleh Allah SWT agar terpelihara iman kita daripada segala perkara keji dan mungkar..amin

Selamat menunaikan ibadah puasa dari kami..

10 September 2007

Anti Stress Neo-TM

Dalam ruangan ini, aku akan paparkan ubat2 pilihan kelian farm dan pengalaman aku menggunkannya utk ternakan kambing di Kelian Farm..bermula dengan penggunaan anti stress..

Penggunaan Anti Stress Neo-TM



Ada pelbagai jenis anti stress di pasaran bagi kegunaan industri ternakan di negara kita..bagi Kelian Farm, kami memilih penggunaan anti stress Neo-TM yang telah disyorkan oleh beberapa orang pegawai jabatan haiwan untuk kegunaan operasi penternakan Kelian Farm..Penggunaan anti stress Neo-TM dapat membantu mengawal ternakan daripada ketegasan (stress) yang kronik akibat perubahan persekitaran di sekelilingnya seperti perubahan kandang, perubahan cuaca, kematian anak, perubahan jadual pemberian makanan yang ketara, perubahan makanan dan lain-lain lagi...Ternakan sememangnya sensetif dengan persekitarannya dan perubahan persekitaran akan menjadikan ternakan itu tidak selesa dan menghadapi masalah untuk menyesuaikan dirinya dengan benda serta persekitaran yang baru..dan sekiranya ianya tidak diambil langkah pencegahan, stress ini akan mendatang kesan yang lagi buruk kepada ternakan tersebut seperti sakit radang paru2, batuk, cirit birit, selsema dan bagi kes-kes yang kronik akan menyebabkan kematian..keadaan stress ini senang dialami oleh ternakan2 terutama ternakan ayam dan kambing kerana ternakan ini cukup sensitif dengan persekitarannya..jadi penggunaan anti stress Neo-TM ini adalah penyelesaiannya dan dapat dijadikan amalan sebagai keperluan ubat harian yang perlu diberikan kepada ternakan dengan penggunaannya melibatkan kos harian yang cukup serendah sekitar 2 atau 3 sen sehari..Dan sejak menggamalkan anti stress Neo TM ini, kadar kematian ternakan di Kelian Farm semakin menurun dan tiada lagi kematian yang disebabkan stress dan radang paru2 yang sering dialami Kelian Farm satu ketika dahulu sebelum mengamalkan Neo TM ini..

Kandungan Anti Stress Neo tm

Oxytetracycline, Neomycine Sulphate, Vit A, D3, K, B2, B12 dan lain-lain yang baik untuk kesihatan serta kesejahteraan haiwan ternakan..

Cara Penggunaan

Bagi kami di kelian farm, anti stress ini selain diberikan pada waktu2 kritikal seperti kemasukan baru serta perubahan cuaca yang mendadak, kami juga mengamalkannya sebagai ubatan harian dalam 2 hari berturut turut dan selang sehari..pemberian diberikan di waktu pagi sahaja dan pastikan semua ternakan memperolehinya daripada air yang diminum..untuk waktu ketegasan pemberian diberikan dengan kadar 90 liter air untuk sebungkus anti stress bagi seminggu yang pertama kemasukan ternakan baru manakala pada hari biasa pemberian diberikan secara berselang seli dengan kadar 180 liter air bagi sebungkus anti stress Neo TM (kalo bagi air dalam bentuk besen sederhana besar tu lebih kurang 1 sudu teh je penggunaanya).

Bagaimana Untuk Mendapatkannya??

Boleh dapatkan maklumat mengenainya di pejabat haiwan yang berdekatan atau dapatkannya di Kelian Farm dengan harga RM25 sebungkus utk 200 gram berat bersih..

Hubungi kelian farm utk maklumat lanjut di

nasri
'0134001083

"Menjana Kesejahteraan Ternakan"

09 September 2007

Bola dan Ternakan

Salam penternakan...

dah lama tak update blog ni ngan bahan2 berilmiah..macam biasa alasan lama.."bz sikit"..tp alasan tu sebenarnya tak dapat diterima sekiranya ada pengurusan masa yang terancang..sebagai usahawan ternak ni sistem ni perlu ada pada setiap individu tersebut bg menguruskan masa kita yang rasa macam tak cukup ja 24 jam..hahaha..(tak baik rasa camtu..kena syukur apa yang ada..tp sikap manusia tak pernah puas dengan apa yang ada)

apa yg aku nak tulis kat sini bukan berkaitan dengan hal ternakan sangat dan juga pengurusan masa yang aku cakap td..tp nak cakap pasal BOLA (tak ilmiah lagi arini)..oih apa kena mengena bola dengan penternakan??entah..aku pun susah nak kaitkan tapi apa yang pasti aku suka permianan yang dikenali sebagai the greatest and beautiful game ni..bukan nak cerita sangat bola tapi sebagai penghargaan aku kepada team Malaysia dan Kedah..



sehari sebelum kemerdekaan Malaysia ke 50 kita telah dihadiahkan oleh beberapa pejuang muda negara dengan kemenangan bergaya Malaysia ke atas Myanmar 3-1..rasanya belum terlewat utk aku ucapkan tahniah kepada pemain2 Malaysia serta penyokong dan rakyat MAlaysia kerana komitmen serta semangat sayangkan negara yang tak berbelah bagi..sebernarnya game tu bukan berprestij sangat pun..sukan sea lg org pandang..tp atas nama bola sepak ni menyatukan rakyat Malaysia tak kira bangsa dan agama..masing2 mahukan kemenangan buat Malaysia tanah air yang tercinta..tak mahu lagi maruah negara dicalar dan dipersendakan lg sepertimana yg diterima dalam asia cup baru ni...kekalahan asia cup aritu membuatkan org marah, hilang pertimbangan, sampai ada yg nak bakar Jalur Gemilang..juga kekalahan tu juga mengajar kita menjadi rakyat derhaka..kerabat diraja turut dimaki hamun atas kegagalan dalam perlawanan tersebut...sampai camtu impak kekalahan MAlaysia..tp bilamana Malaysia menang ja seluruh rakyat Malaysia yang cintakan permainan bola sepak dan sayangkan Malaysia meraikan kemenangan tersebut..walaupun suasana kegembiraan serta semangat tersebut tak sama seperti menyambut kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 tp kemenangan tersebut membuatkan kita berbangga serta mendabik dada..Proud To Be Malaysian..tp apa pun bukannya game tu sangat yang nak dipuji tp semangat perjuangan yang ditunjukkan oleh wakil2 Malaysia membuatkan kita boleh berasa megah dengan kejayaan kita sendiri sebab semangat yang dipamerkan itu mewakili semangat orang Malaysia sebenarnya..berjuang hingga titisan yang terakhir dalam apa jua yg kita buat..samala dengang kita buat ternakan..(hahah nak selit jugak)




dan juga tahniah kepada player kedah kerana kejuaraan hatrik yang diperolehi semalam (tp paper dengan media lapor kemenangan kedah cam lapor budak sekolah menang bola je..kalo team2 lain sampai 2,3 mukasurat crita dia)..semangat juang anak muda yang ditunjukkan perlu dicontohi oleh golongan muda Malaysia yang lain..tak kirala dalam apa jua perkara pun termasuklah dalam bidang penternakan ni..dan merupakan satu pengorbanan yang dilakukan aku dengan tidak pergi ke stadium bg menyokong pasukan kedah ni kerana beban dan tugas aku sebagai seorang usahawan ternak membataskan semua ini...aku sememangnya pecinta bola sepak di atas mahupun di luar padang..namun aku terpaksa melakukan pengorbanan dengan mengenepikan minatku terhadap bola sepak (mcm pro ja tp kaki sembang bola ja.. sepak bola pun kasut yang jauh dr bola) utk mengejar cita2ku serta harapan keluargaku dalam penternakan kambing ni..(huh ini pun pengorbanan tuh)..semoga pengorbanan yang aku lakukan ini berbaloi..amin..





adoi cam takdak cerita lain..bukan apa..relaks2 sikit sebab pasni banyak info, produk serta macam2 cerita dr kelian farm akan dilampirkan selepas ini..selain tu blog kelian farm ni juga macam suram sebab tuan punya blog ni masih tercari2 idea yang sesuai utk menjadikan blog ini ceria dan interaktif..sapa2 ada idea dan kepakaran bolehla mintak tolong ajarkan..abag halim tolooongg..hahaha..tp apapun isi serta maklumat itu yang penting utk dikongsi bersama..harap maklumat yang disampaikan sedikit sebanyak dapat membantu dalam mepertingkatkan pengetahuan dalam bidang penternakan khasnya dan bidang2 lain amnya (termasuk bola..haha)sekian..



02 September 2007

Selamat Hari Merdeka-50

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yg ke-50 kepada semua pelawat2 di kelian farm..Semoga kemerdekaan ini yang dikecapi ini dapat dipertahankan oleh kita semua..dan semoga kebahaggan serta kesejahteraan yang dikecapi ini akan berkekalan selamanya..amin

26 August 2007

Projek Orang Kaya...

Ternakan kambing..mendengar saja projek ternakan kambing ni pastinya terbayangkan kandang yang besar (25 x 50, 30 x 80 dll) dan tinggi, kambing boer, jamnapari, kawasan luas dan tentu sekali melibatkan kos berpuluh2 ribu malah ratus ribu yang perlu utk membagunkan projek kambing..jadi kalo yg ada simpanan sikit2 tu tak boleh bela ka???ternakan ni utk org2 yang kaya2 saja ka??



Baru ni saya ada terbaca blog rakan ternakan kita Langkasuka Farm (Pembekal Kambing Jamnapari Pure) yang membuat pemilihan kambing jamnapari mereka dari Indonesia untuk dibawa masuk ke Malaysia..Melihat dari keadaan penternak saudara kita di sana, ternyata mereka tidak memerlukan modal yang besar utk dibelanjakan dalam projek penternakan ini..mereka menjadikan bidang penternakan ini bidang sampingan namun begitu masih lagi mendatangkan pulangan yang lumayan kepada mereka.Kebanyakkan penduduk kampung menternak dalam kuantiti yang kecil tetapi dapat dipasarkan dengan harga yang tinggi kerana mereka di sana walaupun membela secara kecil kecilan namun baka kambing jamnapari yang kebanyakkan diternak oleh mereka adalah berkualiti dan sesuai utk dijadikan baka..tidak ada alasan bg kita utk memulakan projek kambing ini biarpun secara kecil asalkan ada minat, kemahuan, usaha serta kesungguhan pasti ada jalan untuk kejayaan..



Diharapkan dengan paparan gambar2 kandang dr saudara kita di sana dapat membuka mata kita kembali terhadap perspsi kita mengenai projek penternakan kambing yang mana dapat dijadikan salah satu pogram pembasmian kemiskinan negara..namun begitu perlu ada strategi dan ketilitian bagi merancang projek penternakan ini walaupun membela secara kecil-kecilan kerana masih lagi memerlukan komitmen harian seperti kos harian serta tugasan harian dan lain2 yang mana sekiranya dipandang remeh pasti akan mendatangkan masalah terhadap projek penternakan yang dilaksanakan...Jadi perlu ada perancangan serta hala tuju terhadap apa yang kita hendak buat biarpun kecil projek itu dan tentu sekali projek yang berskala besar bagi kepastian terhadap hasil yg kita akan perolehi daripada apa yang kita usahakan..sekian dr kelian farm (Semua gambar yang dipaparkan adalah ihsan dari Langkasuka Farm ..tq)

21 August 2007

proposal projek kelian farm

td aku siapkan lg poposal pojek ternakan kelian farm aku ni utk kesekian kalinya..dah berapa sekian pon aku dah tak ingat tp lebih jugak la 10 buah..kali ni utk bank petanian pulak..ntah ape pulak jawapan yg bakal kelian farm dengaq lagi setelah satu satu permohonan kami ntah..takde jawapan, repon, feedback dan tak berkesudahan..harap kali ni ade la jugak hasilnya..masa potostat poposal td tergerak ati aku utk kira balik perbelanjaan aku utk segala pemohonan pembiayaan yg pernah aku buat..masuk duit potostat, print, minyak, duit topup (tepon pegawai utk dapatkan feedbak, foloup dll..kalo takde foloup mmg tah ke mana aku punya poposal tu..nak harap depa tepon..huhhh) ade la kat RM300..nak sama dengan aku punya perbelanjaan kos operasi bulanan aku..jawapan..hampeh setakat ni..suma pegawai yang berkenaan suma aku kasi by hand punya..dr pjbat haiwan, mara, sampai ke tan sri muhyidin yasin (sampai kena kepung la aku ngan jpa3 la)..rasa macam buang masa dan tenaga aku ja selama ni atas poposal ni.

sekarang ni banyak betui dengaq pasai bantuan sana, bantuan sini, org nak bg tu, nak bg ni, duit sana duit sini macam2 la..sebenarnya aku tak kesah sangat pasal dapat ke tak bantuan2 sebegini..ada rezki ada la..bergantung la kita mampu tara mana..kita buat la yg mana kita mampu..bukan perlu nak terus buat besar dan grand..mcm poposal aku tu, benda dah ada (aku punya cash flow sendiri bikin) antaq je la..tp aku terkilan..jwpn aku terima sering mengecewakan..baru ni mara rejek aku punya poposal sebab aku punya kambing jual murah daripada bapak dan ibu kambing yang aku beli buat baka..(issykk..takkan kalo kita jual ayaq soya lebih dari harga mesin soya tu sendiri..).lain2 rejek sebab isu yang remeh..takde pun pasal akaun ke, perancangan ke..sampai aku bg ubat banyak mana pun jadi isu utk rejek ketas keje aku..haram kandang aku pun tak penah mai..kalo tak nak kasi, tak nak tolong tak kisah..sekurang2 tolong respek segala usaha dan penat aku..tak tau tanya..jgn dok buat pandai dan nilai sdr..memangla ketas keja aku simpel ja dan tak tebal sampai 500 ms cam konsultan2 dorang buat tp aku paham apa yang aku buat..ni pakai konsultan buat pastu submit..pastu pakat2 takjub wah ketas keja ko bagos la, hebat la, tak penah aku jumpa ketas keja setebal ni..tp dr mula submit sampai ke org yg tandatangan utk kelulusan pinjaman tah paham ke tk apa benda yg ditulis tu..konsultan tu sdr pun mungkin tak tau apa benda yg dia tulis..janji masuk

tahlah..aku rasa isu sebegini bukan saja kena kat batang idung aku..mungkin ramai jugak yg penah kena..aku tak kelapaq sangat dan kebuloq sangat, dambakan sangat bantuan2 begini..aku buat je apa yang ada..insyaallah kalo rezki aku takde sapa yang boleh halang..sekat mcm mana pon tuhan maha adil lagi maha penyayang..cuma aku harap yg berkenaan..tuluslah kalo buat kerja..aku bukan mintak dipuji, dihormati ke ape2 la yang mendatangkan ujub dalam diri aku..cuma mintak segala yg aku buat ni DIHARGAI walaupun tak dapat apa yang dihajati kerana sememangnya tu bukan rezki aku lagi..end..(mungkin ada yang tak paham apa yang aku tulih dengan ayat2 berbelit aku ni..haha..)

07 August 2007

bz,bz,bz

Minggu ni bz sikit dari minggu biasa..member aku nazrol@minai dah tak keja dah kat kandang kelian farm..dah dapat keja kat sony..jd engineer kat sana..(hahaha dari jaga kambing terus dapat engineer).jadi takdakla org nak bagi makan kambing2 ni..so kenala aku take over kerja2 kuli balik yg dah lama tak buat..kambing2 dah macam mogok dah bila rumput ngan dedak tu aku yang bagi..slow2 je dia makan..taktau la dia mogok ke sopan depan aku..dulu masa minai ni ada rakus je dia makan rumput2 tuh..anyway tq minai..good luck with ur new job..kambing2 kat sini mesti miss dengan hang punya bebel kat depa tu..haha..tp jgn buat kilang sony tu macam kat kandang plak..

minggu ni jugak aku sibuk buat pogram kasi kat anak2 kambing aku..tujuan kasi ni utk mengelakkan anak2 ni bila dah besar nanti bagi benih kat mak kakak dorang plak..ni kiranya pogram perancangan keluarga kambing la..hahah..secondly aku nak tengok samada betul atau tidak org cakap kalau kasi ni kambing boleh naik 2 atau 3 kali ganda..betul tak kita tengok dulu..kalo betul buleh la dijadikan sebagai pogram utk anak2 kambing bagi tujuan jualan daging ni..baru lebih sikit keuntungan dia daripada jual ternakan yang tak dikasi ni.

Cerita sikit bab pogram kasi kambing aku ni..first aku nak ucapkan terima kasih dekat Mr. Tan, penolong pegawai JPH Baling kerana sudi datang melawat kandang dan buat pogram ni..aku select anak2 kambing aku dalam 4-6 bulan yang mana aku tak mau jadikan baka utk dikasi..pogram kasi ni menggunakan alat yang dikenali sebagai burdizzo..alat dia macam..alah lupa lak apa nama alat serupa dengan burdizzo ni tp lebih kurang playar la.burdizo ni dikapit di pangkal zakar kambing tersebu..ini bertujuan utk memutuskan urat di dalam zakar tersebut putus..Ia dibiarkan kapit selama 5-6 saat bagi memastikan urat zakar tersebut putus.Sebelum tu kambing tersebut disuntik dengan ubat kebas di zakarnya agar kambing tu takla sakit sangat..selepas tu sembur tempat yg dikasi tu dengan iodine ke ubat semburan luka ka bagi pencegahan daripada bakteria di tempat luka tersebut..

Daripada pemerhatian aku, lepas kasi tu agak seminggu jugak la kambing2 tu slow sikit time makan, main2 dan sebagainyala yg biasa dorang buat..tp Mr Tan cakap ini normal bagi kambing2 ni utk lega dari sakit dan stress serta nak biasakan diri dengan keadaan baru dia tu..kasi ni elok dibuat dari umur kambing tu 4-6 bulan kerana tempoh tersebut merupakan tempoh pembesaran kambing yang agak tinggi..yg tua2 ni menurut Mr. Tan boleh jugak kasi tp kadar kenaikkan tak tinggi mana dah..dan tak ekonomik..takmau pakai jantan tu kasi sembelih je utk kekah ke kenduri ke dan mcm2 lg

Kasi ni ada beberapa cara..yang tradisional pakai getah pun boleh buat tp aku tak xpert lg..kaedah burdizo ni aku boleh buat sendiri.senang ja tp heheh..aku tak cukup kuat nak kapit zakar budak2 tu..kesian jugak aku tengok tp nak wat camna..pengurusan kambing kena jaga jugak jgn sampai induk kita beli dekat RM1000 last2 kawin ngan jantan RM500 je..tak ke rugi..

minggu ni jugak sibuk tgh riki ladang kelapa sawit utk nak pajak daun kelapa sawit bila time bulan poasa ni..nampak gaya kat utara sekarang mcm nak kemarau..kalo kemarau komfem rumput lambat naik dan tak besar..nak pakai sprinkler hohoho...berapa banyak modal tuh..so kena la ada backup plan utk makanan kambing ni..takut abis je rumput last2 hantam dedak je..ooo letih camni..minggu ni bz sikit dan seterusnya pun nampak gaya sama ja...uuuii bukan senang nak senang ni..end

25 July 2007

Analisis Komersil Konsep Penternakan Kambing


adoi lama tak tulis blog..bukak blog just tengok2 je..letih..balik dr kandang je dah kat isyak..satgi pi balik kandang tidoq sana jd pak guard..tp nak buat jugak amal kebajikan sikit2 dengan sharing maklumat yang saya ada..

kebanyakkan la ni ramai yg teruja dengan bidang penternakan ni terutama kambing la..tapi kita tau tak ke mana hala tuju kita kalo buat bidang ni..untung banyak tak?ke setakat nak sahut seruan pak lah je..jgn pakai terjun je..kena jugak buat research dlm bidang ni..apa kita nak buat..nak start dengan berapa ekoq..takut nanti mcm2 kita nak buat, last2 habuk pun takde..

ok kat atas ni saya sertakan analisis konsep penternakan yang dibuat oleh CIK NORDIN, PERFECT AGRO yang boleh dijadikan panduan bagi penternak dan juga bakal penternak konsep mana yang kita nak buat serta hala tuju bidang yg kita nak buat..(untung ke tak? banyak ke sikit?)

sory kecik sangat tak nampak..takpa double click kat gambar tu utk paparan yang lebih jelas..tu adalah sebagai panduan bagi menentukan halatuju penternakan serta analisis purata pendapatan sebulan dalam masa 10 tahun..lumayan kan..bela 5 ekor pun buleh buat projek..tapi pesan tokwan saya "tiada jalan mudah untuk mudah dan tak susah mana pun utk susah"so fikir2 kan..



Perjumpaan Dengan Abang Halim Ulu Yam

Pada hari ahad 22hb Julai 2007, saya telah berpeluang bertemu dengan abang halim http://ladanguluyam.blogspot.com./ di kandang saya kelian farm..(tp banyak sembang kat kedai kopi makndak)..banyak ilmu serta idea yang saya perolehi hasil perbincangan dengan beliau..dari pengamatan saya, abang halim ni merupakan seorang berpandangan yang jauh dalam setiap aspek yang dibincangkan dari pasal ternakan sampai la ke bab bola..(selit2 gak sikit2)..beliau tidak lokek dalam memberikan ilmu terutama dari segi skill serta strategi pemasaran dan memberikan pandangan bagi membantu perkembangan industri ternakan kelian farm..terima kasih kerana banyak membantu saya dalam membuka ruang pemikiran saya yg masih lagi sempit dan naif dalam menghadapi cabaran idup yang makin lama rasanya makin takut kita nak hadapinya..best dapat kenal dgn abg halim..trust me..tq so much abg halim..nanti kita jumpa lg insyaallah..kim salam kat kakak..(lupa lak nak tanya nama kakak)

11 July 2007

Promosi Kayu Murah Utk Pembinaan Kandang

Kami menawarkan promosi pembelian kayu kilang untuk pembinaan serta penyelenggaraan kandang dengan harga yang menarik serta murah

Berikut adalah beberapa jenis kayu yang biasa digunakan untuk membina kandang dan harga yang ditawarkan..

1. kayu 1 x 2 = RM 0.25 sen
2. kayu '2 x 3' = RM 1.00

dan lain-lain lagi jenis dan saiz kayu dengan harga yang menarik dan berpatutan..pembelian adalah secara pukal..

untuk maklumat lanjutdan tempahan sila hubungi

nasri
013-4001083
kelian farm,
kg carok kelian,mukim pulai
09100 Baling, Kedah
http://kelian-%20farm.blogspot./

Tunggu kemunculan pakej pembinaan kandang kambing dengan harga yang menakjubkan dr kami :)...

04 July 2007

Rumput Hidroponik

Salah satu alternatif penanaman foraj untuk ternakan dengan penggunaan kawasan yang minimum yang masih lg di peringkat kajian oleh agensi berkenaan..terdapat pro dan kontra dalam kaedah ini. namun ianya adalah salah satu usaha dalam membantu memperkembangkan industri ternakan di negara kita.










02 July 2007

Bebiri ke Kambing, Kambing ke Bebiri?

Assalamualaikum..lama tak update info tentang ternakan..bz sikit..(padahal tak pandai pun bab it maiti ni)..ada info sikit2 insyaallah akan di ├╝pdate"dari masa ke semasa..kali ni saya masukkan gambar2 kambing dan bebiri utk kita sama2 perati perbezaan di antara bebiri dan kambing..bebiri yang ditunjukkan adalah jenis baka hair sheep yg kalo lihat sekali imbas nampak lebih kurang kambing ja..

Antara Beberapa Gambar Baka Kambing Yang Femes Ngan Penternak


Kambing Boer

Kambing Kalahari


Kambing Saanen



Ni pulak gambar-gambar baka untuk bebiri..Jarang2 kita tau nama dorang sebab sekarang ni nama2 kambing je yg femes di kalangan penternak kita ni..

White Dorper (dah macam sannen dah gaya)



Santa Ines



Black Belly


Morada Nova


kat atas ni saya letakkan antara gambar2 kambing dan bebiri sebagai panduan bagi mengenalpasti ternakan yang hendak diternak terutamanya semasa membeli ternakan. Kenalpasti betul2 samada ianya bebiri atau kambing ternakan tersebut..bagi penternak yang baru mula utk nak masukkan ternakan dalam kandangnya, dinasihatkan agar membawa seseorang yang arif dan berpengalaman dalam bidang penternakan ini seperti pegawai JPH, atau penternak2 berpengalaman bagi menentukan ternakan yang dibeli adalah betul, baik dan berkualiti..sekian..


























13 June 2007

Kambing Murah Member Aku


Petang tadi aku ada melawat sebuah kandang kambing member dekat penang..kat mana tak buleh cakap la..saja jalan2 jumpa member sambil2 cari makan.sampai ja kandang member aku terus sambut aku dan bawak aku ke kandangnya dengan tergesa2..dia cakap dia ada beli kambing betina cross..ye ye je dia cakap kambing dia murah..RM 350 je..badan lebih kurang 30 kg ke atas la..ada 15 ekor..memang murah


aku pun bara n jeles jugak..punya la banyak tempat aku cari takde jugak yang murah tara tu..yg seludup pun tak murah camtu..tp tetiba aku cam tengok kambing die semacam je..ada cam tak kene ngan kambing tu..nampak bentuk badan pun lain..pas aku amati betui2 rupa2nya yg kata kambing tu rupanya BEBIRI..


aku sound member aku kata pasai apa beli bebiri ni..dia sound balik apa pulak bebiri..mana bulu panjang pun..hahaha..memang dah terkena member aku ni..aku cakap perati balik ekor dia..kan panjang semacam..dia cakap "ye la? kenapa panjang semacam kambing aku ni"."ini bukan kambing la..kalo eko panjang camni org panggil bebiri". aku sound balik


kesian member aku..rupanya dia terbeli bebiri baka babados dan santa inus..memang baka camni tak beberapa perasan kalo memang kita kenali bebiri ni melalui bulu panjang dan tebal sahaja..camna nak kambing ngan bapak boer dia tu..komfem sampai ke tua tak kawin2.


oleh itu kepada para penternak terutamanya yang baru menceburi MINTA PERHATIKAN BETUL2 TERNAKAN YANG HENDAK DIBAWA MASUK..kalau nak lihat perbezaan bebiri dengan kambing ni melalui ekornya..bebiri mempunyai ekor yang panjang manakala kambing mempunyai ekor yg pendek dan selalu menegak ke atas..mungkin penternak2 yang berpengalaman lebih arif lagi perbezaan antara kedua-dua haiwan tersebut..


selain itu, kambing dan bebiri memang tidak dapat dikahwinkan secara tabii dan semulajadi..yang luar daripada tu wallahhualam..ini kerana kromosom kambing adalah 60 manakala bebiri pula mempunyai 54 kromosom..memang tak leh kawin..macam la kita ngan beruk..sapa cakap bule memang die la beruk..


dr segi harga memang bebiri lebih murah dari kambing..samada pembelian dan penjualan baka mahupun daging..ini kerana daging kambing lebih banyak kelebihannya berbanding bebiri..kalo nak cerita kelebihannya tunggu update lain..dah letih nak taip ni..


sekian utk tatapan semua..harap amik iktibar daripada apa yang dituliskan ni..tambah time nak beli ternakan tu..perati betui2..jgn main kaut je kalo murah..nanti menyesal tak sudah..satu lg member aku ingat nak jual balik "kambing-kambing"dia tu..sapa2 beminat ngan bebiri bule la kontek aku..ok tq 4 supporting our industry..

05 June 2007

Panduan Penggunaan Tanah Untuk Projek Ternakan Kambing



Assalamualaikum..lama tak update blog. bz sikit dengan kambing-kambing kebelakangan ni. yang sakit, yang beranak, yang mogok lapar, pastu yang nak kawin..biasala tgh cuti sekolah masa ni la banyak kenduri kawin..

kat atas ni adalah panduan kepada penternak terutamanya yang baru bercadang baru nak mulakan penternakan kambing. panduan kat atas ni adalah panduan untuk pembahagian tanah untuk memulakan projek penternakan..boleh dijadikan rujukan utk bajet berapa pembahagian tanah utk kandang, rumput, berapa ekor kambing boleh masuk dan sebagainya..tp ini adalah sebagai panduan asas.terpulang kepada modal serta kemampuan yang kita ada..

setakat ni dulu..lambat sikit update sebab guna komputer ni pun tak berapa pandai lg..Insyaallah akan update lagi infomasi serta maklumat yang berkaitan ternakan utk ke depan..sekian..

sory kalo gambar kecik..tak reti ejas dah utk besarkan..tula dulu org suro belajar malas..sekarang org dah dah sampai ke mana,kita baru nak pakai kasut nak bejalan2..tp nak jugak ikut org..kan dah menyusahkan org lain jugak kena tunggu kita..

14 May 2007

Perasmian Kandang Maya Kelian Farm





Assalamualaikum dan salam penternakan

Dengan wujudnya blog ini maka secara rasminya kandang maya Kelian Farm dilancarkan. Diharapkan dengan kewujudan blog ini dapat menambahkan input serta pengetahuan kepada semua mengenai dunia ternakan serta menjalinkan hubungan persahabatan dan juga perniagaan antara kita semua


Sebarang komen serta cadangan mengenai blog ini dan juga maklumat mengenai penternakan amat dialu-alukan


Sekian..


Majulah Kambing Untuk Negara :)