Yang Melawat Kambing2 di Kandang~~
20 February 2010
Mini Zoo Kelian Farm~~
Cakar kambing oleh Anonymous waktu kambing jalan-jalan pada jam 7:13 PM 0 orang mencari kambing
Pecahan cerita kambing: Ayam Belanda, Ikan Laga, Iklan di Kelian Farm, Info Suka Suka, Kelian Farm's Story, Ubat di Kelian Farm
16 December 2009
Pelbagai Benih Rumput Ada Dijual
Cakar kambing oleh Kuli Ladang waktu kambing jalan-jalan pada jam 7:19 AM 8 orang mencari kambing
Pecahan cerita kambing: Iklan di Kelian Farm
27 May 2009
Benih Napier Taiwan Untuk Dijual
Salam...
Sekarang ni tengah time hujan gak..Syok gak bole tanam rumput ni..Benih takdak???Jangan bimbang..Kami ada banyak stok benih rumput Napier Taiwan..Lagu mana kira??
Tawaran Benih rumput Napier Taiwan untuk dijual
Seguni ( 20KG - 30 kg) = RM 20
1 Tan = RM 250
Untuk kuantiti yang lebih sila hubungi kami untuk urusan lebih lanjut
Terima Kasih..
Cakar kambing oleh Kuli Ladang waktu kambing jalan-jalan pada jam 6:59 AM 0 orang mencari kambing
Pecahan cerita kambing: Iklan di Kelian Farm
02 May 2008
Benih Napier Taiwan Untuk Dijual
Post kali ni pasai iklan..n maybe lama kot sebab esok dah adik aku nak balik..jadi blog ni terpaksa bercuti panjang lagi kot pasni...
aku nak iklan benih napier taiwan member aku..kat Utara ni dalam pemerhatian aku masih kurang lagi pembekal2 benih rumput..kalo nak oder banyak kena oder sampai KL, Seremban dan belah2 selatan nuh..jadi untuk menyenangkan para penternak terutama di sebelah Utara ni untuk dapatkan benih rumput, kami akan membekalkan benih rumput taiwan dengan harga yang berpatutan..
Benih Rumput Taiwan
Harga biasa = RM1.50 per kilo
Dan untuk pembelian 1 tan ke atas harga boleh dirunding utk mendapatkan harga yang berpatutan dengan kuantiti tersebut..
Untuk maklumat lanjut sila hubungi
Nasri 0134001083
Salleh 0195594382
Cakar kambing oleh Kuli Ladang waktu kambing jalan-jalan pada jam 7:41 AM 0 orang mencari kambing
Pecahan cerita kambing: Iklan di Kelian Farm
19 November 2007
Ternakan Sakit Mata
Kenapa ternakan sakit mata, mata berair, kabur dan sebagainya...
ada beberapa kemungkinan ternakan mengalami keadaan tersebut..
1. Ternakan Stress (perubahan cuaca, persekitaran, kemasukan ternakan dan sebagainya)
2. wap air kencing dan najis ternakan bawah kandang naik di sebelah malam
3. jerebu dan pencemaran habuk..
4. pisah dengan ibu (cerai susu)
5. dan beberapa lagi sebab2 yg sama dengan manusia (tapi kalo sebab mengintai yg jadi ketumbik itu tak pasti....boleh buat kajian ni)
Ada beberapa langkah utk mengatasi masalah sakit mata dari berlaku...
1. kerapkan penggunaan anti stress utk perubahan cuaca, persekitaran dan sebagainya yg boleh mengakibatkan ternakan stress..
2. bersihkan najis serta air kencing di bawah kandang dengan kerap sekurang2nya sekali sehari (bergantung kepada ketinggian kandang dan kelembapan lantai)
3. pastikan pengudaraan dalam kandang ternakan tersebut cukup dan selesa utk ternakan..
4. Sediakan garam galian utk dijilat dan juga sekali sekala support gula merah/molases dalam air minuman utk tenaga.
5. kalo pasang api jangan biarkan asap terlalu tebal dan memedihkan mata..
6.perlu ada ubat Pink Eye Terramycin di kandang (ubat yg wajib ada pd setiap penternak)..senang dan mudah digunakan..(kat Kelian Farm kami jual sebotol RM 25 sahaja)
Sekiranya berlaku sakit mata..
1. utk rawatan moden semburkan pink eye terramycin ke mata ternakan tersebut.kekerapan semburan bergantung kepada tahap sakit mata tersebut..sebaik2nya pink eye terramycin disembur kepada ternakan yg menunjukkan tanda2 sakit mata awal seperti keluar air mata, taik mata, kambing selalu menggosokkan matanya dan mata nampak bengkak dan sepet sikit supaya menghalang jangkitan kuman di mata ternakan tersebut dan menyebabkan jangkitan tersebut menjadi serius...selain itu pink eye terramycin ini juga kami gunakan semasa kemasukan ternakan baru dikandang dengan menyembur semua mata ternakan tersebut agar tidak berlaku jangkitan awal kepada ternakan tersebut..
2. cara tradisional juga boleh digunakan dengan menitiskan air limau nipis di matanya..selain itu penggunaan air garam juga boleh diamalkan..
3. payah2 sgt nak cari bahan2 tu, pegi kedai kat belakang rumah cari eyemo..pun boleh guna...
4. tp kalo selaput mata tu terlalu serius..pergi farmasi cari gentamycin (ubat sakit mata plus steroid utk manusia)..pakai sampai ilang selaput..pastu jgn pakai sebab ada kesan sampingan
sakit mata merupakan sakit yang biasa dialami oleh ternakan..tak bahaya sangat pd peringkat awal tapi kalo tak dikawal akan menyebabkan keadaan lagi serius seperti buta dan mati..utk mengatasi masalah ini perlu tahu punca2 masalah tersebut dan cara mencegah dan mengatasinya..
sekadar berkongsi pengalaman dan pengetahuan yg sedikit ni utk manfaat semua..
Cakar kambing oleh Kuli Ladang waktu kambing jalan-jalan pada jam 3:17 PM 0 orang mencari kambing
Pecahan cerita kambing: Iklan di Kelian Farm
10 September 2007
Anti Stress Neo-TM
Dalam ruangan ini, aku akan paparkan ubat2 pilihan kelian farm dan pengalaman aku menggunkannya utk ternakan kambing di Kelian Farm..bermula dengan penggunaan anti stress..
Penggunaan Anti Stress Neo-TM

Ada pelbagai jenis anti stress di pasaran bagi kegunaan industri ternakan di negara kita..bagi Kelian Farm, kami memilih penggunaan anti stress Neo-TM yang telah disyorkan oleh beberapa orang pegawai jabatan haiwan untuk kegunaan operasi penternakan Kelian Farm..Penggunaan anti stress Neo-TM dapat membantu mengawal ternakan daripada ketegasan (stress) yang kronik akibat perubahan persekitaran di sekelilingnya seperti perubahan kandang, perubahan cuaca, kematian anak, perubahan jadual pemberian makanan yang ketara, perubahan makanan dan lain-lain lagi...Ternakan sememangnya sensetif dengan persekitarannya dan perubahan persekitaran akan menjadikan ternakan itu tidak selesa dan menghadapi masalah untuk menyesuaikan dirinya dengan benda serta persekitaran yang baru..dan sekiranya ianya tidak diambil langkah pencegahan, stress ini akan mendatang kesan yang lagi buruk kepada ternakan tersebut seperti sakit radang paru2, batuk, cirit birit, selsema dan bagi kes-kes yang kronik akan menyebabkan kematian..keadaan stress ini senang dialami oleh ternakan2 terutama ternakan ayam dan kambing kerana ternakan ini cukup sensitif dengan persekitarannya..jadi penggunaan anti stress Neo-TM ini adalah penyelesaiannya dan dapat dijadikan amalan sebagai keperluan ubat harian yang perlu diberikan kepada ternakan dengan penggunaannya melibatkan kos harian yang cukup serendah sekitar 2 atau 3 sen sehari..Dan sejak menggamalkan anti stress Neo TM ini, kadar kematian ternakan di Kelian Farm semakin menurun dan tiada lagi kematian yang disebabkan stress dan radang paru2 yang sering dialami Kelian Farm satu ketika dahulu sebelum mengamalkan Neo TM ini..
Kandungan Anti Stress Neo tm
Oxytetracycline, Neomycine Sulphate, Vit A, D3, K, B2, B12 dan lain-lain yang baik untuk kesihatan serta kesejahteraan haiwan ternakan..
Cara Penggunaan
Bagi kami di kelian farm, anti stress ini selain diberikan pada waktu2 kritikal seperti kemasukan baru serta perubahan cuaca yang mendadak, kami juga mengamalkannya sebagai ubatan harian dalam 2 hari berturut turut dan selang sehari..pemberian diberikan di waktu pagi sahaja dan pastikan semua ternakan memperolehinya daripada air yang diminum..untuk waktu ketegasan pemberian diberikan dengan kadar 90 liter air untuk sebungkus anti stress bagi seminggu yang pertama kemasukan ternakan baru manakala pada hari biasa pemberian diberikan secara berselang seli dengan kadar 180 liter air bagi sebungkus anti stress Neo TM (kalo bagi air dalam bentuk besen sederhana besar tu lebih kurang 1 sudu teh je penggunaanya).
Bagaimana Untuk Mendapatkannya??
Boleh dapatkan maklumat mengenainya di pejabat haiwan yang berdekatan atau dapatkannya di Kelian Farm dengan harga RM25 sebungkus utk 200 gram berat bersih..
Hubungi kelian farm utk maklumat lanjut di
nasri
'0134001083
"Menjana Kesejahteraan Ternakan"
Cakar kambing oleh Kuli Ladang waktu kambing jalan-jalan pada jam 7:52 AM 1 orang mencari kambing
Pecahan cerita kambing: Iklan di Kelian Farm
11 July 2007
Promosi Kayu Murah Utk Pembinaan Kandang
Kami menawarkan promosi pembelian kayu kilang untuk pembinaan serta penyelenggaraan kandang dengan harga yang menarik serta murah
Berikut adalah beberapa jenis kayu yang biasa digunakan untuk membina kandang dan harga yang ditawarkan..
1. kayu 1 x 2 = RM 0.25 sen
2. kayu '2 x 3' = RM 1.00
dan lain-lain lagi jenis dan saiz kayu dengan harga yang menarik dan berpatutan..pembelian adalah secara pukal..
untuk maklumat lanjutdan tempahan sila hubungi
nasri
013-4001083
kelian farm,
kg carok kelian,mukim pulai
09100 Baling, Kedah
http://kelian-%20farm.blogspot./
Tunggu kemunculan pakej pembinaan kandang kambing dengan harga yang menakjubkan dr kami :)...
Cakar kambing oleh Kuli Ladang waktu kambing jalan-jalan pada jam 6:31 AM 1 orang mencari kambing
Pecahan cerita kambing: Iklan di Kelian Farm

