Yang Melawat Kambing2 di Kandang~~

Showing posts with label Ubat di Kelian Farm. Show all posts
Showing posts with label Ubat di Kelian Farm. Show all posts

14 March 2011

Pagaq Letrik, susu ganti, dan Isu Pengurusan

Salam Penternakan...

Koi lama koi malas plak nak update..bukan apa..kadang buntu dengan apa yang nak update..Takkan nak syok sendiri nak tulis pasal diri sendiri kot..(lantak pi la ni hang punya  blog..)..Tapi maybe alasan klise macam "penat" dan "takdan" boleh lagi diterima kot..Untuk makluman sekali lagi aku sekarang menumpukan kepada pekerjaan sebagai ejen KS Vet..Kompeni yang membekalkan peralatan serta barang-barang vaterinar..Kelian Farm aku dah pilih beberapa orang untuk menjaga nya bagi sementara aku dok sebuk buat benda lain ni..

Untuk Kelian Farm..dari segi projek sedang berlaku transformasi dari segi tektikal operasi kepada pengurusan operasi..(Pehh bahasa apa ni..paham ka??)..Maksudnya, dari segi aku sendiri, dah kurang hands on di kandang, cuma monitor dan menyelia perkembangan projek..Bagi aku, sudah sampai masanya aku perlu bergerak lagi, walaupun yang masih ada ni lagi dok berteraboq lagi..takpa kita susun satu-satu..pendek kata sampai bila aku nak guna kederat nak potong rumput bagi makan kambing ja..nak juga merasa masuk ofis buat meeting projek juta-juta jugak..hahha..(tapi panjang kata, go n chop d grass broo till d golden age..)

Buat masa sekarang ni, idop aku agak tak karuan..terkejar sana, tekejar sini..tepon sana, tepon sini..(peehhh bizi la hang paklongg..cam orang lain tak bz)..Tapi aku mengaku la aku masih lagi dalam pembelajaran untuk menerima suasana camni..Insyaallah kalo dah boleh terima dengan suasana ni, ok la kot..

Ok..time untuk promot barang...Ada sesiapa nak cari pagar letrik..Kami ada pagaq letrik..boleh pi 18 KM..Rega Terbaik..hanya RM 560..Peh mana nak dapat..Tambah Rm100 untuk polywire dia..setel..dah boleh pagaq dah kawasan..Brand Gemini 120..12 V @ 2.6 watt..Untuk yang tak besa dengan pagaq letrik ni..jangan takut..pagaq ni bukan menyebabkan renjatan letrik..Hanya kejuta saja..Selamatt


Satu lagi susu ganti ternakan..RM 195 untuk 25 Kg...Murah dan menjimatkan...Boleh jual kat orang lagi..Hahaha..

berminat boleh hubungi aku Nasri (0134001083) atau terus ke kedai kompeni KS Vet di Bukit Kuda, Klang (0333429813)..tapi kalo boleh habaq la nama aku..ada la komisen kat aku lebih skit..hahaha

ok..kira ok la kot posting aku arini kot no...bole la..nanti aku update lg Insyaallah..Selagi aku berjiwa penternak...





17 February 2011

Q Rex untuk Rawatan FMD

Salamm..

Apa cerita??...Semoga semua sihat waalfiat dan sejahtera hendaknya...Dah macam nak berutus surat pulak ayat..Agak lama tak taip blog ni..kekok skit..(ideaa kasi mariii,,,!!)

Janji kata nak update tiap minggu??Ahahahaha...Soryy..Sekarang agak bizi dengan tugasan aku sebagai ejen bergerak KS Vet..Sat Utara, sat dok Selatan, Sat tak tau aku sendiri pon dok mana...tau2 dah ada kat kandang orang..hahaha..Baru la tau agak mencabar jugak kerja Salesman ni ...

Tapi buat masa sekarang operasi di kelian farm agak slow sikit...Dari segi marketing di Kelian Farm, tak dapat ditumpukan dengan sepenuhnya..Ramai kustomer aku komplen sebab Kelian Farm tak dapat bekalkan ternakan, bekalan makanan serta servis perkhidmatan macam dulu..sory sekali lagi kepada pihak berkenaan..

Untuk itu, kemungkinan besar Kelian Farm akan mengambil rakan kongsi untuk membantu aku dalam menguruskan operasi di Kelian farm..Aku tak tau samada itu idea yang terbaik tapi yang aku tau, kelian farm kini perlu mempunyai seseorang yang dapat membantu dalam menjalankan operaasi di Kelian Farm..(Nak kena menikah dah kot baru senang??)

Untuk hari ini, aku nak promot ubat untuk rawatan dan pencegahan FMD penyakit kuku dan mulut.. 

 

Q rex

Sebelum tu aku nak nyatakan di sini, FMD atau Penyakit Kuku dan Mulut ini tiada ubat yang khusus untuk merawatinya..Jadi Q Rex ini merupakan antibiotik yang mempunyai bahan yang dapat mengurangkan keaktifan virus yang yang menjadi punca masalah FMD ini..Selain itu antibiotik ini juga amat berkesan untuk masalah pernafasana, pneumonia, cirit, demam stress dan lain-lain..

Bahan aktif : Ceftiofur sodium 50mg

withdraw time..susu - 0 hari
                       daging - 8 hari

Penggunaan : lembu 1 ml untuk 50kg..Rawatan perlu dilakukan 3 hari berturut dalam masa 24 jam..

Harga : RM130 untuk 100ml

Untuk maklumat lanjut atau tempahan sila hubungi saya Nasri 013-4001083


Dapatkan nasihat doktor vateriner sebelum membuat rawatan untuk penyakit ini..

So setakat ni dulu kot..(hahaha tengah buntu ni..)..Jadi babai...Happy semua..

03 February 2011

Kelian Farm dan KS Vet

Salam...

Buat seketika pogram untuk mengemaskini blog ni sekian kalinya terbantut..Gara-gara aku dah tak sempat sebab sibuk bebenor la sekarang..tapi bukan kat kandang..Aku dah buat keja luar..Sekarang ini Kelian Farm merupakan ejen berdaftar kepada KS VET..KS VET merupakan kompeni yang membekalkan ubatan, mineral, peralatan,makanan tambahan dan lain-lain yang berkaitan dengan ternakan ruminan, binatang peliharaan dan juga unggas..So lepas ni banyak aku updat pasal ubat dan supplement la untuk promosi dan marketing..Camna dengan Kelian farm??dah tutup??no no no..masih lagi berjalan sepertimana biasa (walaupun mengendurkan sedikit aktiviti jual beli ternakan)..Cuma lebih menumpukan sikit dekat promosi KS VET dan hanya berurusan di kandang Kelian Farm pada hari Jumaat dan Sabtu..

Baru-baru ni di kawasan Utara ni ramai penternak terutamanya trader mengeluh sebab kekurangan bekalan kambing dan juga lembu..Kambing yang biasanya masuk melalui Ausie dan juga Siam agak sukar diperolehi..Sebab Ausie baru-baru ni mengalami banjir yang menyukarkan proses kemasukan ternakan dan di Siam pula, nilai mata wang Malaysia yang susut teruk menyebabkan kos kemasukan lembu dan kambing menjadi sangat tinggi..Seekor lembu di Kuarantin Padang Besar mencecah nilai RM 7 sekilo dan nilai kambing RM 17 sekilo..susah la nak jual sebab kalo dah masuk kandang harga maybe dah naik sampai RM8 untuk lembu dan RM 20 untuk kambing..sapa mau beli..kalo feedlot, dedak sekarang pon dah melambong tinggi..So banyak trader dan penternak menambil sikap selamat dengan membeli skit-sikit sebab takut tak laku..

Ok..since aku pon dah menjadi ahli keluarga KS Vet, so aku akan ceritakan sikit antara produk killer kompeni KS Vet..Salah satu produk yang mendapat sambutan ialah 

HEMATOFOS B12..


HEMATOFOS B12 merupakan produk dari agromarket yang dihasilkan di Peru..Mengandungi vitamin B12, iron, kobalt, sodium, dan pelbagai lagi supplemen tambahan untuk ternakan.

Lebih merupakan tonik kepada ternakan dan mempercepatkan serta merangsang tenaga kepada ternakan yang mengalami masalah  anemia, kurus, hilang selera makan, sokongan mengalami masalah serta penyakit, keguguran bulu, membantu pertumbuhan dan kenaikan badan ternakan, produksi dan juga sesuai untuk meningkatkan penampilan ternakan dalam sesebuah pameran atau pertandingan

dosage : lembu atau kuda : 10-12 ml, kambing atau biri-biri :1ml/10kg, binatang kecil (small animals) : 1ml/5kg

Jangan dilupa harganya : RM 60 per 100 ml (berbaloi dengan harganya)

Ramai penternak yang menggunakan HEMATOFOS B12 ini berpuas hati dengan produk ini dan sering menngunakannya dalam rawatan sokongan dan juga rawatan cacing (hahaha..standad ayat promosi, tapi ni hasil dari maklumbalas yang aku kumpul balik)..

So sekarang ni aku cover marketing sebelah utara..aku cover dari Taiping, Perak hingga Perlis termasuk Kedah dan Penang..Fokus kami adalah memberi penerangan tentang penggunaan ubatan dan juga peralatan yang betul kepada para penternak dan juga mendapatkan maklum balas tentang produk tersebut khasnya dan juga suasana industri penternakan di Malaysia amnya..Jadi bagi aku sendiri, ni peluang terbaik aku untuk berjumpa dengan ramai penternak dan membuat kawan, serta memperolehi pengalaman dalam bidang penternakan ni..So sesiapa yang berminat untuk membuat temujanji atau bertanyakan maklumat yang berkaitan, boleh hubungi saya

nasri 
KS Vet or Kelian Farm
0134001083

P/s : boleh membuat pesanan melalui sms atau call..caj melalui kurier dan pos tidak termasuk dengan pembelian

01 April 2010

Kelian Shop Online - Ubat Ternakan Utk Dijual

Ternakan merupakan makhluk hidup yang perlu makan dan minum untuk hidup..Ada kalanya, mereka juga akan sakit..Seperti manusia, ternakan juga memerlukan "Peti Pertolongan Cemas"..Tapi tak seperti peti pertolongan cemas yang kita ada kat rumah, ada beberapa jenis ubat yang mana mengikut saranan beberapa Pegawai Veterinar perlu ada di setiap kandang yang berskala sederhana dan besar..Yang kecik kambing 2,3 ekoq nak pakai pon boleh jugak..


Teramycin L.A 100 ml

Ubat antibiotik "broad spectrum" yang perlu ada di kandang ternakan..Boleh digunakan untuk pelbagai jenis penyakit seperti radang paru-paru, selsema, batuk, masalah dalaman yang tak dapat dikenal pasti dan pelbagai jenis penyakit lagi...Penggunaannya dengan cara suntikan di otot dan juga di bawah kulit..Kebiasaan diberikan dengan nisbah 1 ml untuk 10 kilogram..

Harga : RM 70

Dectomex (Doramex) 50 ml

Lebih dikenali dengan ubat 3 serangkai..Mujarab untuk penyakit cacing, kurap dan juga kutu yang terdapat kepada ternakan..Ianya digunakan dengan cara suntikan juga samada di otot atau daging dan juga di bawah kulit..Nisbah penggunaannya biasanya 1ml-2ml untuk ternakan (kambing..lembu lebih sikit..)

Harga : RM 80

Spay Luka Magtox (400 ml)

Digunakan untuk ternakan yang mengalami luka dan juga pendarahan luaran..Boleh juga digunakan untuk menghindar dan juga membunuh ulat lalat (maggot)..Biasa digunakan sebagai rawatan awal bagi mengelakkan luka tersebut menjadi lebih teruk akibat maggot..Penggunaan dengan cara semburan ke tempat yang luka dan kekerapan bergantung kepada luka tersebut.Saya juga biasa menggunakannya untuk merawat penyakit puru kambing saya..

Harga : RM 28
Pink Eye Spray

Digunakan untuk merawat mata ternakan yang bermasalah..Penggunaanya ialah dengan cara semburan di mata ternakan dan kekerapan bergantung kepada penyakit tersebut..Biasanya digunakan kepada kambing yang mengalami masalah mata seperti kekaburan, keputihan mata, mata tak boleh buka dan macam-macam lagi masalah yang melibatkan mata..

Harga : Rm 28

Mana nak dapat?? Kat Jabatan Haiwan pun tak dak?? Jangan Risau..Ubat-ubat ini akan sampai ke rumah saudara..tak payah letih-letih drive jauh dan penin mikir untuk beli ubat apa untuk letak di kandang dan yang penting SAVE MINYAK DAN DUIT UNTUK PERKARA LAIN..Kami akan menghantarnya terus ke rumah anda..

Cara Nak Oder??, Senang Saja:

1. Hubungi saya Nasri atau sms ja kat nombor ni = 0134001083

2. Kami akan berikan no acc yang berkenaan (Maybank atau Bank Islam)

3. Maklumkan tentang deposit bayaran ubatan yang dioder kepada kami melalui nombor di atas (sms pon boleh..)


4. Kami akan menghantar melalui pos atau kurier (Caj penghantaran tidak termasuk dengan harga belian barang..caj murah ja)

So untuk maklumat lanjut sila hubungi saya seperti nombor di atas..(Posting ni akan dok lama skit kat belah atas nih..post2 tebaru suma akan dok bawah post ni..saje kasi promo skit..hehe..nak tampong duit dedak kambing nih..)..Apa-pa pun untuk lebih keterangan serta khidmat nasihat tentang penggunaan ubat-ubat yang disyorkan di atas, sila rujuk kepada pegawai haiwan yang berdekatan..(Gambar-gambar dicopy dari laman web lain temasuk laman web dr dodon..Terdapat perbezaan dari segi bentuk botol ubat dan jenama..Tapi bahan, kandungan sama dengan ubat yang dijual serta pembuatnya adalah dari syarikat yang sama..)


20 February 2010

Mini Zoo Kelian Farm~~

Dah lama kelian farm sunyi dan sepi... I hate to see that... Kuli Ladang had called me from Baling said that telephone line in my home had been 'kidnapped' again!! Damn!! Terok btol those manusia.. I tot dah mati...

Kelian farm, dah makin besar, dari umah Kuli Ladang sendiri, sampaila ke kandang-kandang dan lain2 lain stuff.... So thanks to TOKEY BESAR aka madam di rumah yang kini sudah pun bergelar PENGETUA... Congrats!!

Kelian Farm, dah ada sebuah umah khas untuk Kuli Ladang beserta letrik dan air juga ASTRO untuk kemudahan beliau... Umah ni, memang dari awal lagi dah sedia ada, naik bersama kandang kambing yang pertama...

Kandang pulak dah masuk 3, boleh memuatkan sehingga 100-120 kambing... Tapi kalau kambing banyak pun, susah jugak sebab Kuli Ladang jer wat kije sensorang!!

Skang, kami juga dah ada koq, hehehe atau senang faham, kolam simen.. Awal2 dulu bela ikan keli, tapi tak dan sangat nak bela... so tukar kepada ikan hiasan, ikan laga...atau kedah panggil ikan karin!! (bukan adik bradik maya karin tau~~ ) Masih dalam permulaan, tapi sapa yang berminat, boleyhla kontek Kuli Ladang... Tak banyak sangat awal-awal ni, mungkin dalam 100 ekor, dapatla kot!!


Kami jugak ada bela ayam kampung dan ayam piru a.ka ayam belanda... Tak banyak sangat sebab masih baru... Sekarang tambah pulak dengan mini inkubator untuk menjadikan proses pengeraman berlaku dengan lebih baik.... 

ayam belanda/ayam piru


So, kalau korang ada berminat dengan apa2 stok yang kami ada... Just put on call for Kuli Ladang... Namanya Kuli Ladang, tapi senang citer, pengurus yang tak kurus la... Heheheh...


P/S: 

1- Kami juga punya ubat-ubat untuk ternakan... Kuli Ladang quite good in doctorin for those haiwansss... So, just ask him ok???

2- Kalau letak arnab n few binatang lagi, upgrade sikit umah Kuli Ladang, best per wat home stay~~