Yang Melawat Kambing2 di Kandang~~

03 February 2011

Kelian Farm dan KS Vet

Salam...

Buat seketika pogram untuk mengemaskini blog ni sekian kalinya terbantut..Gara-gara aku dah tak sempat sebab sibuk bebenor la sekarang..tapi bukan kat kandang..Aku dah buat keja luar..Sekarang ini Kelian Farm merupakan ejen berdaftar kepada KS VET..KS VET merupakan kompeni yang membekalkan ubatan, mineral, peralatan,makanan tambahan dan lain-lain yang berkaitan dengan ternakan ruminan, binatang peliharaan dan juga unggas..So lepas ni banyak aku updat pasal ubat dan supplement la untuk promosi dan marketing..Camna dengan Kelian farm??dah tutup??no no no..masih lagi berjalan sepertimana biasa (walaupun mengendurkan sedikit aktiviti jual beli ternakan)..Cuma lebih menumpukan sikit dekat promosi KS VET dan hanya berurusan di kandang Kelian Farm pada hari Jumaat dan Sabtu..

Baru-baru ni di kawasan Utara ni ramai penternak terutamanya trader mengeluh sebab kekurangan bekalan kambing dan juga lembu..Kambing yang biasanya masuk melalui Ausie dan juga Siam agak sukar diperolehi..Sebab Ausie baru-baru ni mengalami banjir yang menyukarkan proses kemasukan ternakan dan di Siam pula, nilai mata wang Malaysia yang susut teruk menyebabkan kos kemasukan lembu dan kambing menjadi sangat tinggi..Seekor lembu di Kuarantin Padang Besar mencecah nilai RM 7 sekilo dan nilai kambing RM 17 sekilo..susah la nak jual sebab kalo dah masuk kandang harga maybe dah naik sampai RM8 untuk lembu dan RM 20 untuk kambing..sapa mau beli..kalo feedlot, dedak sekarang pon dah melambong tinggi..So banyak trader dan penternak menambil sikap selamat dengan membeli skit-sikit sebab takut tak laku..

Ok..since aku pon dah menjadi ahli keluarga KS Vet, so aku akan ceritakan sikit antara produk killer kompeni KS Vet..Salah satu produk yang mendapat sambutan ialah 

HEMATOFOS B12..


HEMATOFOS B12 merupakan produk dari agromarket yang dihasilkan di Peru..Mengandungi vitamin B12, iron, kobalt, sodium, dan pelbagai lagi supplemen tambahan untuk ternakan.

Lebih merupakan tonik kepada ternakan dan mempercepatkan serta merangsang tenaga kepada ternakan yang mengalami masalah  anemia, kurus, hilang selera makan, sokongan mengalami masalah serta penyakit, keguguran bulu, membantu pertumbuhan dan kenaikan badan ternakan, produksi dan juga sesuai untuk meningkatkan penampilan ternakan dalam sesebuah pameran atau pertandingan

dosage : lembu atau kuda : 10-12 ml, kambing atau biri-biri :1ml/10kg, binatang kecil (small animals) : 1ml/5kg

Jangan dilupa harganya : RM 60 per 100 ml (berbaloi dengan harganya)

Ramai penternak yang menggunakan HEMATOFOS B12 ini berpuas hati dengan produk ini dan sering menngunakannya dalam rawatan sokongan dan juga rawatan cacing (hahaha..standad ayat promosi, tapi ni hasil dari maklumbalas yang aku kumpul balik)..

So sekarang ni aku cover marketing sebelah utara..aku cover dari Taiping, Perak hingga Perlis termasuk Kedah dan Penang..Fokus kami adalah memberi penerangan tentang penggunaan ubatan dan juga peralatan yang betul kepada para penternak dan juga mendapatkan maklum balas tentang produk tersebut khasnya dan juga suasana industri penternakan di Malaysia amnya..Jadi bagi aku sendiri, ni peluang terbaik aku untuk berjumpa dengan ramai penternak dan membuat kawan, serta memperolehi pengalaman dalam bidang penternakan ni..So sesiapa yang berminat untuk membuat temujanji atau bertanyakan maklumat yang berkaitan, boleh hubungi saya

nasri 
KS Vet or Kelian Farm
0134001083

P/s : boleh membuat pesanan melalui sms atau call..caj melalui kurier dan pos tidak termasuk dengan pembelian

0 orang mencari kambing: