Salamm..
Mulanya kami dari Kelian Farm mengucapkan tahniah kepada pemain bola sepak negara dan juga coach Rajagopal (dato???) kerana berjaya membawa pulang Piala AFF ke Malaysia..Lebih manis kejayaan diperolehi dengan menewaskan Indonesia yang jelas memandang rendah dan enteng terhadap kita..Tak kira apa semua isu, apa jua cerita membabitkan 2 negara, samapi masalah rumahtangga pon, suma cerita panas..Sampai upin dan Ipin yang tak bersalah pon jadi tempat lepas geram..bangang betoll..Komfem isu laser tu 7 keturunan tak abih cerita..Tu tak masuk pemain import dari India lagi..Ingat import Sivaji d Boss ka???hahaha...Tahniah sekali lagi dan diharap skuad negara terus maju dan tidak leka dengan kejayaan yang dikecapi sekrang..Ayuh Malaysia...Kepada pemimpin politik jangan amik kesempatan dan tumpang glamor dengan kejayaan ni..Biarkan bola sepak malaysia bebas dari politik bodoh sesetengah orang...
Balik kepada cerita penternakan...Baru ni aku terbaca tentang projek penternakan Boer di Pondok Tanjong, Perak..Dah lama rasanya projek ni kata nak buat tapi pasai pa tak start sepenuhnya lagi..Apa yang berlaku..Humm musykill??..Poilitik lagi ka??..Dalam papper yang aku baca tu, projek Boer pondok Tanjong masih lagi mempelawa penternak-penternak untuk koin projek kat sana..Tapi tak cerita plak camna nak mohon,,Cam ajak-ajak ayam ja..Dulu aku pernah mohon gak tapi tak dak respon pon..Jadi aku nak mintak la pada pihak yang berkenaan supaya amik peserta yang nak betul-betul komit..jangan la dok perabih sangat duit kerajaan..Dan yang paling penting jangan la dok mencemarkan nama Industri Penternakan ni..Bagi la ada daya maju sikit penternakan Malaysia ni..
Untuk operasi mingguan Kelian farm, minggu ni kami buat disinfektan kandang..Disinfektan atau pembasmian kuman amat penting dalam bidang penternakan dan perlu dilakukan sebulan sekali..Disinfektan merupakan kaedah mencuci kandang dengan bahan pembasmi kuman..Campuran bahan membasmi kuman seperti Virodin dan Lindores dengan air dengan kadar yang tertentu dan disembur ke seluruh kandang..Kaedah ini perlu dititikberatkan oleh ladang ternakan bagi memastikan punca penyakit, kuman atau bakteria dapat dibasmi atau dikurangkan..
Jadi la kot takat ni..Dok CC ni serabot..Tak leh nak pikir nak tulih apa..Tulisan pon serabot..Lecehhh..Sory minggu lepas takdan update..Ada kerja yang perlu diberehkan..Insyaallah jumpa lagi minggu depan..Selamat menternak di hujung minggu..Hidup Harimau Malaya...
1 orang mencari kambing:
Tulisan amat menarik & penuh infomasi. Saya memang berminat nak mendalami ilmu berkenaan industri ternak kambing ni. Blog sebegini merupakan suatu punca ilmu yg amat berguna kpd saya. Teruskan menulis ya.
Post a Comment