Yang Melawat Kambing2 di Kandang~~

16 December 2010

Update Mingguan Blog...dan Pogram Cacing

Salam..

Mulai minggu ni, Kelian Farm maya ni akan di update seminggu sekali..Setiap Khamis, Malam Jumaat....Setiap paparan mingguan di sini akan meliputi operasi mingguan Kelian farm, aktiviti-aktiviti penternakan di sini, jualan dan pembelian, pengiklanan serta tulisan santai..

Minggu ni dapat resault makmal tinja kambing yang JPV Baling amik bulan lepas..(aku dan JPV dah kawan baik..hahaha..jangan kutuk depa lagi..)..Keputusan positif cacing dan koksidosis..(betoi dak ejaan aku ni..)..Kacau nihh..banyak plak tu..dan pelbagai jenis..Mai mana suma ni..Dulu aku bela cacing rimau habih suma dah..Ghaib belaka..tup-tup ada plak dalam perot depa ni...Patut r ghaib cacing aku..depa ni makan kot...

Kesimpulan, suma masalah ni dari pengurusan makanan ternakan serta penyelengaraan kandang yang tidak memuaskan..Senang kata suma ni mai dari aku la...Isykk...

Untuk tu aku kena rawat kesemua kambing aku dengan Pogram Pembasmian Cacing..(Pandai-pandai ja aku buat nama pogram tu sendiri)..Jadi ni aku senaraikan ubat yang aku guna untuk pogram cacing untuk dikongsi (dan dibeli kalo nak pakai..hhahaha)..Agak berkesan

Jenis ubat
* Rawatan cacing
-Ubat BOVIMEC dengan kepekatan 1.5% (L.A) RM100
Kepekatan agak tinggi sesuai untuk kambing yang betul-betul problem kecacingan..Tak dapat setel dengan dos rendah...
Cara penggunaan: 1ml untuk 60-75kg (otot atau bawah kulit)

*Rawatan koksidosis (munkin datang dari ayam kat kandang ni..)RM30
-Ubat KOMBITRIM (sulfur base)
Cocok otot atau bawah kulit (1ml 10kg)
-Anti Stress Neo Tm..(boh dalam ayaq minum)

*Rawatan tambahan
-Multivitamin RM28
-Tactic RM6 Untuk 30ml (mandian ternakan serta kandang untuk cegah kutu, hama dan sekenit dengan kaedah penggunaan 10ml untuk 5 liter ayaq)
-lindores RM 3 Untuk 60ml (untuk cuci kandang dan disinfektan..60 ml untuk 6 liter ayaq  (1:100)

Sapa-sapa yang berminat dengan ubat yang saya senaraikan untuk pogram basmi cacing tu boleh koling-koling atau sms kat saya...

Ok la kot..takat tu dulu rasanya..Untuk makluman pogram rawatab cacing (tukaq nama lagi..ikut suka la..) perlu dilakukan 2 kali setahun..kalau teruk 3 bulan sekali....Selok-eloknya dapatkan dulu hasil ujian makmal darah dan tinja ternakan..mintak bantuan JPV berdektana (aku dah geng dengan depa dah..hahha)..Baru kita dapat tentukan jenis penyakit, cacing dan seterusnya ubat serta rawatan yang kita perlukan..

Sekian..babai..

P/S..PROMOSI HEBAT....AYAM PIRU UNTUK DIJUAL..JANTAN..RM15 SEKILO...CEPAT SEMENTARA STOK DOK ADA...
-
-

0 orang mencari kambing: