Yang Melawat Kambing2 di Kandang~~

Showing posts with label Isu Penternakan. Show all posts
Showing posts with label Isu Penternakan. Show all posts

27 June 2010

Jabatan Sampah

Salam..

La dah tunjuk pukoi 1.11 a.m...lagi sejam nak tunggu game Mexico ngan Argentina..boring kat kandang, dan nak ilang rasa ngantok, aku mai la CC ni utk tgk pa ada dalam umah aku..so far ada lagi orang yang sudi tengok..Tq diucapkan..

Camna ngan bisnes kawan2..terutama geng kambing la..banyak stok lagi nak jual??Posa dah nak dekat ni..Tak jual abess ni terok gak r nak membele ni..Tempat aku kurang aktif sket meniaga baru2 ni..Tak beberapa rancak..Mungkin delay sebab tembung ngan kenduri2 besar..

Baru ni aku ada pi pejabat haiwan..Saja jalan-jalan cari pasal sambil sambil nak tanya camna nak wat permit..Kebetulan ada kambing aku nak keluar ke Grik, so aku tanyalah..(wat2 rajin)..Tak banyak pon..2 ekor je utk sembelihan..

Tapi jawapan yang aku dapat memang dah agak dan memang nak cari pasal ni..Sume permit boleh buat kat pejabat..Tapi nuu kena amik kat Aloq star..2 jam dari tempat aku..Padahal nak gi Grik tu sejam je..Apa crita??Takkan tak leh proceed dari sini..Main faks dah la..kambing yang nak untuk sepuluh dua puluh ringgit dah kena tanggung kos kat 100 dah kalo gi amik kat sana..Bodo betoi la depa buat ke..Lepas tu siap tanya ada kenai sapa2 ka dekat Aloq Setaq utk mudah keja..Aku cakap kenai Rozita Che Wan ja kat Aloq Setaq..Aku pon tak tau pasai apa aku bg jawapan tu..geng tu pon blur..ingat aku mabok kot..

Hangat hati betoi la..benda yang mudah dan senang, pon nak bagi payah penternak..bukan aku nak jual utk bela..nak sembelih makan..tak yah wat ujian darah pon..Baik suroh aku pegi Putrajaya amik permit tu..boleh gak aku round2 KL ke mana2 ka..dah alang2 nak nyusahkan aku..

Dulu aku dah tanya pegawai kat Putrajaya tentang permit ni..dia cakap bole siap kat pejabat haiwan daerah ja..ni dak..suma nak hantaq ke Aloq Setaq..Kalo camni hampa tutup je la pejabat tu..Tak la orang sakit ati..Nasib baik mood aku baik gak aritu..(sebab orang nak beli kambing la)..kalo dak komfem sumpah seranah ponya..Abis kalo camni ponya gaya, no wonder la orang bawak kambing seludup or tak dak permit..Dah nak masuk cara baik pon macam haram lagi..Bagi aku Jabatan Haiwan kat Baling ni adalah JABATAN SAMPAHH..Tak Payah ada lagi baguss..

Hahha sorry agak panas dan emosi sket post ni..saja nak kasi bukak mata aku ni..takot layu tengok bola..aku supporter Argentina..Bukan sebab Messi..Dari Maradona, Ortega, Batistuta, Crespo, Requelme dan Messi adalah kesinambungan individu hebat dalam pasukan Argentina..Kepada England..Naik kapal terbang balik nanti hati2 ya..jangan sedih2..Hahahhaha..Aku suka..


13 January 2010

Ruangan Untuk Penternak Kompleenn


Halloo..Hawa Yuu..

Hahaha sora Abang Kassim Pon Pon Raja Lawak sempoi gak..Walaupun tahapa-hapa dia punya lawak tapi aku suka..

Cukup bab raja lawak..skit ja promot dah la..trak dak komisen pon..tadi aku jalan-jalan keliling laman web..Saja masuk laman web Kementerian Pertanian atau MOA (walaupun aku menyampah nak baca apa yang depa tulis ataupun maklumkan)..ada la aku jumpa blog tok menteri kita ngan timbalan-timbalan dia..
Ada la gak ruangan untuk penternak, petani, serta pengusaha produk pertanian, membuat cadangan, pertanyaan, komen, rungutan dan juga tempat melepaskan emosi..

So aku rasa ni adalah salah satu platform yang agak baik untuk kita bincangkan masalah penternakan kambing dan juga ternakan lain untuk pengetahuan tok-tok menteri..(Tapi ntah depa baca ka dak Wallahualam)..Kalo nak tengok try bukak Blog Dato Johari, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas tani..Setakat ni semua aduan serta komen diberi maklumbalas walaupun tak pasti samada Dato sendiri atau Setiausaha dia yang balas..Tapi lepas tu ada la susulan daripada pihak bawahan ni..(Sekali suruh baru nak mai kandang puak ni pon..kalo tak harammm..) Kira ada susulan orait la tuh..

Tapi kalo pakat-pakat geng kita serbu blog tu pastu bincang tentang masalah penternakan ni mungkinla ada sinar baru dalam bidang penternakan ni..Selagi masalah kita tok menteri tak tau munkin takat tu je la usaha kita..Dedak dok naik ja..Nak minta pegawaia haiwan mai pantau atau mintak bantuan nasihat, boleh la dok pi 7, 8 kali naik pejabat..Kalo tok menteri harap-harap harga dedak tu turun bagi munasabah la skit..pegawai pon mai la takdan orang nak suroh mai..

Takat ni la kot..Anyway aku pon tak tulih komplen pa lagi kat dato..Idea nak tulih tu banyak (terutama bab-bab komplen dan tak puast atii..Huh manusia cam aku ni mana ada perasaan puas ati dengan apa yang ada..)Tengah pikiaq nak tulih cara emosi ka, atau nak tulih cara berhemah ala-ala surat minta bantuan subsidi kambing atau pun bahasa sempoi Pakcik Kasim..Hahaha..Hallo Datoo..Hawa Yuu..

11 November 2009

Masih ada kambing dalam kandang~~

Salam..


Banyak betoi problem untuk aku nak update blog ni..Hangin betoi..Sekarang aku dah tak bole update blog ni cam dulu..Telekom dah takmau pasang Line kat tempat aku..Depa kata terlampau banyak masalah..Ada plak..Aku bayaq bulan2 takdak masalah plak..La ni aku kena amik inisiatif lain untuk update umah aku ni di siber kafe..nak idopkan balik keghairahan aku dalam bidang penternakan ni bersama kawan-kawan ternak..


Anyway aku masih hidup..Projek aku still berjalan macam biasa walaupun dah tak seghairah dulu..Untuk makluman banyak kandang kat tempat aku dah banyak bungkuih..even big player dalam bidang ternakan ni pon ada yang tutup kedai dan kalo menten pon dah setengah nyawa..Realiti penternakan sekarang dan aku rasa bukan kat tempat aku saja yang jadi..Aku rasa satu negara ada masalah yang sama..Salah sapa???


Malas nak ulas dulu..Aku nak buat comeback ja dalam posting ni..Projek kambing aku still ada..Sekarang projek Kelian Farm tengah "re building" ..Aku percaya industri penternakan ni tak akan mati dan masih mampu menjana keuntungan asalkan ada kemahuan dan ubah cara pemikiran kita..Tempoh projek Kelian Farm sudah menjangkau hampir 4 tahun dan aku rasa sudah sampai masanya Kelian Farm perlu masuk ke arah tempoh matang dan stabil dalam Industri penternakan ni..Insyaallah dengan berkat sokongan serta dorongan family, rakan2 (sorry Jabatan Haiwan takdak langsung tolong aku..cuma aku kredit kpd beberapa orang pegawai cam Encik Zikri dan Encik Din dari JPV Grik yang banyak bantu aku walaupun depa takdak kena mengena pon dalam projek aku nih..) Kelian Farm akan dapat terus bertahan..Alhamdulillah sekarang ni projek dah menunjukkan tanda-tanda kebangkitan (Cam Arsenal dan Kedah i hope) dalam pengurusan serta profit..


Rakan-rakan yang masih lagi berjuang dalam bidang ni, teruskan berusaha dan sama-sama kita beroleh kejayaan..Insyaallah

26 October 2007

Serasi Ke??

salam...


tadi ada 2 orang paklong datang cari kambing kat kelian farm..sambil2 borak dan takde borak lain melainkan topik penternakan kambing ni..seorang daripada pakcik tu cakap dia minat nak bela kambing tapi dia cakap dia tak boleh bela sebab tak rasi.. tak rasi ni maksudnya tak serasi..kalo omputih cakap "not matching" kot? (ade ke org putih bele kambing ni tengok rasi ke tak rasi?)..kat Baling ni orang panggil tak sekuung..pastu di cakap aku bertuah sebab kambing kat kelian farm ni menjadi dan rasi dengan tuannya..

serasi ke??

aku sebenarnya tak paham sangat dengan konsep serasi ke tak serasi..kalo camtu, that's mean kalo nak ternak kambing or nak setup projek kambing ni kene pegi tilik tangan dulu ke nak tau serasi ke tak??kan itu dah jadi khurafat..tapi aku percaya ramai dari kalangan penternak tak buat bende khurafat ni..but ramai lagi yg percaya pada ke"serasi"an seseorang itu utk menternak kambing..dan aku dapati ramai yg percaya tentang keserasian ni terdiri daripada Orang Melayu dan beragama Islam..Aku ingat selama aku berkawan dengan penternak India, Cina, Iban dan lain2 takdepun mantion pasal hal ni..cuma apek kambing kat sg bakap ni tu cakap "aiya itu hali ala ong, ala hali ong takdak maaaa"..aku taknak la sentuh hal ni dalam bidang keagamaan sebab aku pun kurang arif dalam hukum hakam agama ni so kenela refer kat org2 yg arif dan berpengetahuan..

balik pada serasi tadi,..kalo setup projek tak berjaya, tu maknanya tak serasi ke??kambing banyak mati tu tak serasi ke..dan kalo nampak tak serasi ni (hasil tilikan kita sendirila), projek kita kena stop ke??..abis..belanja dah banyak abis..takkan buang duit gitu2 je..ni kandang ribu2 ni nak bg sapa duduk??tak duduk rugi.ni ada sikit ari lagi tuan punya kandang tu tinggal dalam kandang tu..kalo tak protes pun, gila la maknanye tu..

tp bagi aku semuanya berbalik kepada kehendak Allah Taala yg mana semua kejadian, takdir serta rezeki datang daripadaNya..yang penting tanggungjawab kita sebagai penternak dan pengusaha projek ternakan adalah menguruskan dan mengatur projek serta operasi harian dengan betul dan sempurna..perlu ada pengetahuan serta kemahiran..kena belajar banyak utk cari apa yg kita tak tahu dan bukannnya puas dengan apa yg kita tau..dan bila dah tau, kita tau pulak camna nak laksanakannya dalam projek kita..sekarang ni bela kambing bukannya pakai lepas hentam kromo je dengan takde ilmu..sekarang ni kalo kambing berkelakuan pelik sikit dah tau apa yg dia nak, apa yg dia sakit, vitamin ape takde dalam badan dan sebagainya lain..baru projek kita akan maju dan berdaya saing..dan semuanya dari ilmu yang diperolehi.dan bila semuanya berjalan dengan teratur, maka aku percaya tuhan tak akan mengsia2kan usaha hambanya dengan begitu sahaja melainkan atas kehendak Nya yg kita tak dapat atasi..

jadi mai mana konsep serasi ni..aku percaya konsep ni datang dari tok nenek kita dahulu..dan aku mmg tak nafikan cara org dulu2 bela nampak serasi..kandang takda, tidur bawah rumah ja,makan main terabur je kat mana2..tapi kambing cantik, bulat, mongel dan menyelerakan..still aku percaya tu semua rezeki tuhan yg bagi dan kambing tu sihat sebab dulu2 takde racun dan kawasan ragut pun luas..boleh pilih makanan dan penyakit pun kurang sebab udara tak tercemar..cuba lepas sekarang ni tanpa kawalan..kalo tak kene penyakit, org sakit yg tolong bawa balik kambing kita tolong jual..(tp sesen pun kita takdapat r)..takpun kambing tu jadi gemuk dan sihat dengan maki sumpah seranah orang kampung sebab makan pokok serta tanaman dorang..berkat ke lagu tu???

tp konsep ni aku tak tolak bulat2..aku masih lagi mencari apa yg sebenarnya dengan serasi kambing dengan penternak atau pengusaha..bukan buat reserach pun cuma sekadar nak tau..bg aku memang ada konsep keserasian tu dalam projek kita ni..(aih sekejap cam tak percaya, sekarang ni percaya pulak)...aku ada beberapa pendapat dalam hal dr segi psikologi, komunikasi, kepercayaan, semangat (ceee ye2 je cam profesor je aku kategorikan mende2 ni..ade kene mengene ke??) ni tp nantila aku post lain sebab dah banyak sangat aku tulis, dan aku bukannya suka tulis sangat..tp aku suka berinteraksi tambah dalam bab ternakan ni..sambil2 cari mood nak tidoo..

ok selamat berhujung minggu dan selamat beropen house..kepada geng2 mybob dan boervilla selamat beropen kandang...bbq kambing..tentu menyelerakan..

26 August 2007

Projek Orang Kaya...

Ternakan kambing..mendengar saja projek ternakan kambing ni pastinya terbayangkan kandang yang besar (25 x 50, 30 x 80 dll) dan tinggi, kambing boer, jamnapari, kawasan luas dan tentu sekali melibatkan kos berpuluh2 ribu malah ratus ribu yang perlu utk membagunkan projek kambing..jadi kalo yg ada simpanan sikit2 tu tak boleh bela ka???ternakan ni utk org2 yang kaya2 saja ka??



Baru ni saya ada terbaca blog rakan ternakan kita Langkasuka Farm (Pembekal Kambing Jamnapari Pure) yang membuat pemilihan kambing jamnapari mereka dari Indonesia untuk dibawa masuk ke Malaysia..Melihat dari keadaan penternak saudara kita di sana, ternyata mereka tidak memerlukan modal yang besar utk dibelanjakan dalam projek penternakan ini..mereka menjadikan bidang penternakan ini bidang sampingan namun begitu masih lagi mendatangkan pulangan yang lumayan kepada mereka.Kebanyakkan penduduk kampung menternak dalam kuantiti yang kecil tetapi dapat dipasarkan dengan harga yang tinggi kerana mereka di sana walaupun membela secara kecil kecilan namun baka kambing jamnapari yang kebanyakkan diternak oleh mereka adalah berkualiti dan sesuai utk dijadikan baka..tidak ada alasan bg kita utk memulakan projek kambing ini biarpun secara kecil asalkan ada minat, kemahuan, usaha serta kesungguhan pasti ada jalan untuk kejayaan..



Diharapkan dengan paparan gambar2 kandang dr saudara kita di sana dapat membuka mata kita kembali terhadap perspsi kita mengenai projek penternakan kambing yang mana dapat dijadikan salah satu pogram pembasmian kemiskinan negara..namun begitu perlu ada strategi dan ketilitian bagi merancang projek penternakan ini walaupun membela secara kecil-kecilan kerana masih lagi memerlukan komitmen harian seperti kos harian serta tugasan harian dan lain2 yang mana sekiranya dipandang remeh pasti akan mendatangkan masalah terhadap projek penternakan yang dilaksanakan...Jadi perlu ada perancangan serta hala tuju terhadap apa yang kita hendak buat biarpun kecil projek itu dan tentu sekali projek yang berskala besar bagi kepastian terhadap hasil yg kita akan perolehi daripada apa yang kita usahakan..sekian dr kelian farm (Semua gambar yang dipaparkan adalah ihsan dari Langkasuka Farm ..tq)

21 August 2007

proposal projek kelian farm

td aku siapkan lg poposal pojek ternakan kelian farm aku ni utk kesekian kalinya..dah berapa sekian pon aku dah tak ingat tp lebih jugak la 10 buah..kali ni utk bank petanian pulak..ntah ape pulak jawapan yg bakal kelian farm dengaq lagi setelah satu satu permohonan kami ntah..takde jawapan, repon, feedback dan tak berkesudahan..harap kali ni ade la jugak hasilnya..masa potostat poposal td tergerak ati aku utk kira balik perbelanjaan aku utk segala pemohonan pembiayaan yg pernah aku buat..masuk duit potostat, print, minyak, duit topup (tepon pegawai utk dapatkan feedbak, foloup dll..kalo takde foloup mmg tah ke mana aku punya poposal tu..nak harap depa tepon..huhhh) ade la kat RM300..nak sama dengan aku punya perbelanjaan kos operasi bulanan aku..jawapan..hampeh setakat ni..suma pegawai yang berkenaan suma aku kasi by hand punya..dr pjbat haiwan, mara, sampai ke tan sri muhyidin yasin (sampai kena kepung la aku ngan jpa3 la)..rasa macam buang masa dan tenaga aku ja selama ni atas poposal ni.

sekarang ni banyak betui dengaq pasai bantuan sana, bantuan sini, org nak bg tu, nak bg ni, duit sana duit sini macam2 la..sebenarnya aku tak kesah sangat pasal dapat ke tak bantuan2 sebegini..ada rezki ada la..bergantung la kita mampu tara mana..kita buat la yg mana kita mampu..bukan perlu nak terus buat besar dan grand..mcm poposal aku tu, benda dah ada (aku punya cash flow sendiri bikin) antaq je la..tp aku terkilan..jwpn aku terima sering mengecewakan..baru ni mara rejek aku punya poposal sebab aku punya kambing jual murah daripada bapak dan ibu kambing yang aku beli buat baka..(issykk..takkan kalo kita jual ayaq soya lebih dari harga mesin soya tu sendiri..).lain2 rejek sebab isu yang remeh..takde pun pasal akaun ke, perancangan ke..sampai aku bg ubat banyak mana pun jadi isu utk rejek ketas keje aku..haram kandang aku pun tak penah mai..kalo tak nak kasi, tak nak tolong tak kisah..sekurang2 tolong respek segala usaha dan penat aku..tak tau tanya..jgn dok buat pandai dan nilai sdr..memangla ketas keja aku simpel ja dan tak tebal sampai 500 ms cam konsultan2 dorang buat tp aku paham apa yang aku buat..ni pakai konsultan buat pastu submit..pastu pakat2 takjub wah ketas keja ko bagos la, hebat la, tak penah aku jumpa ketas keja setebal ni..tp dr mula submit sampai ke org yg tandatangan utk kelulusan pinjaman tah paham ke tk apa benda yg ditulis tu..konsultan tu sdr pun mungkin tak tau apa benda yg dia tulis..janji masuk

tahlah..aku rasa isu sebegini bukan saja kena kat batang idung aku..mungkin ramai jugak yg penah kena..aku tak kelapaq sangat dan kebuloq sangat, dambakan sangat bantuan2 begini..aku buat je apa yang ada..insyaallah kalo rezki aku takde sapa yang boleh halang..sekat mcm mana pon tuhan maha adil lagi maha penyayang..cuma aku harap yg berkenaan..tuluslah kalo buat kerja..aku bukan mintak dipuji, dihormati ke ape2 la yang mendatangkan ujub dalam diri aku..cuma mintak segala yg aku buat ni DIHARGAI walaupun tak dapat apa yang dihajati kerana sememangnya tu bukan rezki aku lagi..end..(mungkin ada yang tak paham apa yang aku tulih dengan ayat2 berbelit aku ni..haha..)