Yang Melawat Kambing2 di Kandang~~

13 January 2010

Ruangan Untuk Penternak Kompleenn


Halloo..Hawa Yuu..

Hahaha sora Abang Kassim Pon Pon Raja Lawak sempoi gak..Walaupun tahapa-hapa dia punya lawak tapi aku suka..

Cukup bab raja lawak..skit ja promot dah la..trak dak komisen pon..tadi aku jalan-jalan keliling laman web..Saja masuk laman web Kementerian Pertanian atau MOA (walaupun aku menyampah nak baca apa yang depa tulis ataupun maklumkan)..ada la aku jumpa blog tok menteri kita ngan timbalan-timbalan dia..
Ada la gak ruangan untuk penternak, petani, serta pengusaha produk pertanian, membuat cadangan, pertanyaan, komen, rungutan dan juga tempat melepaskan emosi..

So aku rasa ni adalah salah satu platform yang agak baik untuk kita bincangkan masalah penternakan kambing dan juga ternakan lain untuk pengetahuan tok-tok menteri..(Tapi ntah depa baca ka dak Wallahualam)..Kalo nak tengok try bukak Blog Dato Johari, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas tani..Setakat ni semua aduan serta komen diberi maklumbalas walaupun tak pasti samada Dato sendiri atau Setiausaha dia yang balas..Tapi lepas tu ada la susulan daripada pihak bawahan ni..(Sekali suruh baru nak mai kandang puak ni pon..kalo tak harammm..) Kira ada susulan orait la tuh..

Tapi kalo pakat-pakat geng kita serbu blog tu pastu bincang tentang masalah penternakan ni mungkinla ada sinar baru dalam bidang penternakan ni..Selagi masalah kita tok menteri tak tau munkin takat tu je la usaha kita..Dedak dok naik ja..Nak minta pegawaia haiwan mai pantau atau mintak bantuan nasihat, boleh la dok pi 7, 8 kali naik pejabat..Kalo tok menteri harap-harap harga dedak tu turun bagi munasabah la skit..pegawai pon mai la takdan orang nak suroh mai..

Takat ni la kot..Anyway aku pon tak tulih komplen pa lagi kat dato..Idea nak tulih tu banyak (terutama bab-bab komplen dan tak puast atii..Huh manusia cam aku ni mana ada perasaan puas ati dengan apa yang ada..)Tengah pikiaq nak tulih cara emosi ka, atau nak tulih cara berhemah ala-ala surat minta bantuan subsidi kambing atau pun bahasa sempoi Pakcik Kasim..Hahaha..Hallo Datoo..Hawa Yuu..

0 orang mencari kambing: