Yang Melawat Kambing2 di Kandang~~

01 April 2010

Kelian Shop Online - Ubat Ternakan Utk Dijual

Ternakan merupakan makhluk hidup yang perlu makan dan minum untuk hidup..Ada kalanya, mereka juga akan sakit..Seperti manusia, ternakan juga memerlukan "Peti Pertolongan Cemas"..Tapi tak seperti peti pertolongan cemas yang kita ada kat rumah, ada beberapa jenis ubat yang mana mengikut saranan beberapa Pegawai Veterinar perlu ada di setiap kandang yang berskala sederhana dan besar..Yang kecik kambing 2,3 ekoq nak pakai pon boleh jugak..


Teramycin L.A 100 ml

Ubat antibiotik "broad spectrum" yang perlu ada di kandang ternakan..Boleh digunakan untuk pelbagai jenis penyakit seperti radang paru-paru, selsema, batuk, masalah dalaman yang tak dapat dikenal pasti dan pelbagai jenis penyakit lagi...Penggunaannya dengan cara suntikan di otot dan juga di bawah kulit..Kebiasaan diberikan dengan nisbah 1 ml untuk 10 kilogram..

Harga : RM 70

Dectomex (Doramex) 50 ml

Lebih dikenali dengan ubat 3 serangkai..Mujarab untuk penyakit cacing, kurap dan juga kutu yang terdapat kepada ternakan..Ianya digunakan dengan cara suntikan juga samada di otot atau daging dan juga di bawah kulit..Nisbah penggunaannya biasanya 1ml-2ml untuk ternakan (kambing..lembu lebih sikit..)

Harga : RM 80

Spay Luka Magtox (400 ml)

Digunakan untuk ternakan yang mengalami luka dan juga pendarahan luaran..Boleh juga digunakan untuk menghindar dan juga membunuh ulat lalat (maggot)..Biasa digunakan sebagai rawatan awal bagi mengelakkan luka tersebut menjadi lebih teruk akibat maggot..Penggunaan dengan cara semburan ke tempat yang luka dan kekerapan bergantung kepada luka tersebut.Saya juga biasa menggunakannya untuk merawat penyakit puru kambing saya..

Harga : RM 28
Pink Eye Spray

Digunakan untuk merawat mata ternakan yang bermasalah..Penggunaanya ialah dengan cara semburan di mata ternakan dan kekerapan bergantung kepada penyakit tersebut..Biasanya digunakan kepada kambing yang mengalami masalah mata seperti kekaburan, keputihan mata, mata tak boleh buka dan macam-macam lagi masalah yang melibatkan mata..

Harga : Rm 28

Mana nak dapat?? Kat Jabatan Haiwan pun tak dak?? Jangan Risau..Ubat-ubat ini akan sampai ke rumah saudara..tak payah letih-letih drive jauh dan penin mikir untuk beli ubat apa untuk letak di kandang dan yang penting SAVE MINYAK DAN DUIT UNTUK PERKARA LAIN..Kami akan menghantarnya terus ke rumah anda..

Cara Nak Oder??, Senang Saja:

1. Hubungi saya Nasri atau sms ja kat nombor ni = 0134001083

2. Kami akan berikan no acc yang berkenaan (Maybank atau Bank Islam)

3. Maklumkan tentang deposit bayaran ubatan yang dioder kepada kami melalui nombor di atas (sms pon boleh..)


4. Kami akan menghantar melalui pos atau kurier (Caj penghantaran tidak termasuk dengan harga belian barang..caj murah ja)

So untuk maklumat lanjut sila hubungi saya seperti nombor di atas..(Posting ni akan dok lama skit kat belah atas nih..post2 tebaru suma akan dok bawah post ni..saje kasi promo skit..hehe..nak tampong duit dedak kambing nih..)..Apa-pa pun untuk lebih keterangan serta khidmat nasihat tentang penggunaan ubat-ubat yang disyorkan di atas, sila rujuk kepada pegawai haiwan yang berdekatan..(Gambar-gambar dicopy dari laman web lain temasuk laman web dr dodon..Terdapat perbezaan dari segi bentuk botol ubat dan jenama..Tapi bahan, kandungan sama dengan ubat yang dijual serta pembuatnya adalah dari syarikat yang sama..)


0 orang mencari kambing: