Assalamualaikum..
Tak lewat lagi kot utk mengucapkan Selamat Hari Raya..rayakan sebulan..ahahaha...yg seronok nak lama..yg wajib bebal betul nak buat lama2..(utk org2 tertentu la)..dan Maaf Zahir dan Batin sekiranya sepanjang saya mengendalikan blog ini ada yg terguris hati, terkasar bahasa, dan segalanya ter ter..(ter ni kiranya takde niat la kan)..anyway mmg itulah aku sebenarnya dan cuba sedaya upaya mengubah diri menjadi lebih baik dari sebelumnya..aminn..semoga ibadah puasa ni diberkati tuhan dan dapat diteruskan segalama amalan serta ibadat yang kita amalkan di bulan puasa ini di bulan2 yg lain..dan jangan jadikan bulan syawal ni bulan cover balik dosa2 serta perkara2 lagho yg kita jaga masa bulan puasa yg lalu..
bulan puasa ni juga bulan yang agak mencabar bagi aku dan family kelian farm utk menghadapai puasa..baru2 ni rumah aku kena pecah masuk..banyak barang beharga yg budak2 setan ni bedal..antaranya laptop yg aku gunakan sekarang dan laptop mak aku ..campur skit dengan barang kemas dengan duit sikit..tapi alhamdulillah berkat bulan Ramadan serta berkat bacaan Yassin surau aku, dapat balik laptop aku dan mak aku balik selepas 2 hari kena rompak walaupun yg lain cam barang kemas dan henset dah kena jual..
tp aku tak taula camna dengan ibadat poasa aku baru ini..mintak2 la ada la sikit keberkatan poasa yg aku dapat bulan poasa lalu..memang tak buleh sabar punya..yg tak dapat aku terima penyamun2 ni buat onar pada bulan mulia..setakat yg aku tau, semua syaitan,jin dan iblis semua dibelenggu dan dirantai pada bulan ni..tp bg depa yang buat benda haram jadah ni..aku rasa memang tak layak dipanggil manusia..malah mungkin lebih keji dari syaitan dan iblis..takdak sapa pun yang hasut dorang tp bila dah nafsu tu macam iblis...yg buat tu lak org yang mengaku Islam dengan namanya Islam..dan aku kenal betul pulak setan2 tu..takpa..korang buleh lari dari aku dan polis..tp jangan ingat dunia ni korang yang punya..jangan ingat setiap kejahatan takda balasan..dahlah mencemar dan merosakkan nama baik agama dan bangsa sendiri..aku tak taula..org lain sanggup angkat najis, cuci sampah, kena maki hamun utk dapat keberkatan rezeki dunia..aku tak dapat terima yg mengatakan mereka ni tak dapat berpikir sebab cara pecah masuk umah aku ni pun dah tunjuk mereka ni berpikir secara waras tapi bodoh..sekarang korang rasala hidup dalam pelarian...
huh over la pulak sembang pasal malaun2 ni..cuma aku memang bengang sikit walaupun barang aku dah dapat sebab yg setan tu aku penah anggap dia adik beradik aku..pecah umah dalam bulan puasa..dan buat org tua aku susah ati..satu family aku trauma nak tinggal rumah..pegi raya pun teringat rumah..peh kalo dapatla setan tu takde ampun punya..anyway pasni aku boleh sambung balik kerjaya sambilan aku sebagai penulis blog ternakan kelian farm..walaupun banyak maklumat ternakan yang hilang lepas depa delete semua pogram laptop aku (terror it gak penyamun haprak ni)..aku akan dapatkan maklumat2 terkini penternakan melalui rakan2 ternak serta rakan seperguruan aku kat Institut haiwan Kluang aku dulu..
Ok selamat hari raya sekali lagi...Pastikan rumah kediaman serta kandang anda selamat kalo anda nak pegi jalan beraya rumah org kerana kemungkinan ada org nak beraya kat rumah serta kandang kita masa kita tak ada sebab pegi beraya..
1 orang mencari kambing:
assalammualaikum...
saya tertarik dengan kisah bonsai kitten ini dan telah membuat sedikit research di internet.saudara jgn risau, sebenarnya bonsai kitten adalah sebuah internet hoax iaitu gurauan internet yang dilakukan oleh pelajar - pelajar MIT ( sebuah institusi pengajian yang elit).ramai orang telah terpedaya , ada yg ingin membeli bonsai kitten dan tidak kurang ada juga mengutuk kerana ia melambangkan kekejaman terhadap haiwan. FBI turut menyiasat laman web ini pada tahun 2001 atas aduan pengguna web yang lain.
maklumat lanjut boleh didapati di
http://en.wikipedia.org/wiki/Bonsai_Kitten
harap2 tidak ada yang ingin merealisasikan bonsai kitten ini. wallahualam.
catlover
Post a Comment