Yang Melawat Kambing2 di Kandang~~

17 September 2007

Medicated Block Urea Molas (MUMBS)

Hari ni nak cerita sikit pasal supplement tambahan utk ternakan..




BLOK UREA MOLAS (UREA MOLASSES BLOCK - UMB)


Blok Urea Molas (UMB) bukanlah bahan yang baru diperkenalkan. Ia telah digunakan dengan meluas di Padang Pasir Sahara di Afrika bagi membekalkan makanan yang mengandungi protein dan tenaga yang tinggi kepada ternakan di musim kemarau yang panjang. Ia di blok atau diketulkan keras dalam bentuk empat segi atau bulat supaya senang dibahagikan dan dibawa oleh penternak-penternak untuk ternakan mereka, yang tidak boleh mendapat makanan lain di musim kemarau.


Blok Urea Molas mengandungi Urea, sebagai unsur ammonia (NH3) bagi menghasilkan "bacterial protein" dan gula molas pula sebagai unsur tenaga. Ia juga dicampurkan dengan lain-lain dedak sebagai bahan pepejal, galian-galian yang diperlukan dan simen untuk mengeraskan blok. Selepas lebih kurang seminggu disediakan blok urea molas telah sedia untuk digunakan.
Urea juga adalah unsur ammonia (NH3) bagi merangsang selera makan haiwan ruminan. Apabila ternakan ruminan tidak dapat memperolehi makanan berpanjangan, ia juga tidak akan dapat unsur protein. Maka kandungan ammonia di dalam perut rumennya akan kurang. Ammonia adalah bahan perangsang selera makan bagi ruminan. Apabila tiada Ammonia, selera makan ruminan akan terjejas, ia tidak berselera untuk makan walaupun apabila sampai musim banyak rumput (hujan semula). Dengan pemberian peratusan Urea (Ammonia) yang tinggi di dalam UMB pengumpulan Ammonia di dalam rumen akan dapat terlaksana dan ini akan memberi rangsangan makan semula kepada ternakan. Bukti ada menunjukkan bahawa Ammonia juga akan merangsang bakteria di dalam rumen untuk mencerna rufaj (roughage) terutama daripada rumput yang kurang bermutu, dengan lebih berkesan lagi dan menghasilkan kadar penghadaman yang lebih tinggi.


MEDICATED UREA MOLASSES BLOCK (MUMB)

Medicated Urea Molasses Block (MUMB) dihasilkan dengan mencampurkan ubat-ubatan tertentu umpamanya ubat cacing ke dalam UMB dan menjadikan UMB sebagai pembawa (carrier). Bebiri adalah ternakan ruminan yang sering mengalami masalah kecacingan dan diberi MUMB yang mengandungi ubat cacing dalam anggaran pengambilan 50 - 100 gram blok sehari bagi seekor. Di dalam adunan MUMB tersebut telah dicampurkan sejumlah ubat cacing yang menepati keperluan untuk menghapuskan pengumpulan cacing di dalam ternakan apabila ternakan ini memakan MUMB di antara 50 - 100 gram sehari. Ia didapati lebih berkesan kerana ternakan amat gemar memakan adunan MUMB ini disebabkan ia mengandungi gula molas yang manis. Di samping itu MUMB juga memberikan unsur zat protein, tenaga dan galian yang tinggi kepada ternakan.


Pada masa kini MUMB yang dipelopori pembikinannya di Institut Haiwan terus diproses di Institut Haiwan secara mekanikal untuk dibekalkan kepada kesemua empat ladang bebiri terbesar di Jabatan Perkhidmatan Haiwan bagi membasmi masalah cacing di dalam ternakan bebiri. Kesan penggunaannya adalah amat ketara dengan pengurangan jumlah kematian ternakan jika dibandingkan dengan kaedah lama iaitu cara suntikan ubat.



KESIMPULAN PENGGUNAAN MUMB DI LADANG-LADANG BEBIRI/KAMBING JABATAN PERKHIDMATAN HAIWAN

Daripada data-data dan bukit-bukti yang telah diperolehi didapati penggunaan MUMB adalah lebih bermenfaat jika dibandingkan dengan cara pemberian ubat cacing kepada ternakan bebiri melalui kaedah suntikan setiap sebulan sekali seperti yang diamalkan dahulu. Ia didapati adalah lebih berkesan dari segi kos, penjimatan masa dan tenaga kerja. Selain daripada mendapatkan ubat cacing dengan lebih murah setiap tahun bagi seseekor bebiri MUMB juga dapat membekalkan protein, tenaga dan galian kepada bebiri.
Penemuan kaedah ini patut digunapakai oleh semua pengusaha ternakan bebiri terutamanya, kerana biasanya bebiri adalah haiwan yang amat bermasalah dan sering dijangkita serangan cacing.
Dibandingkan dengan lain-lain jenis ruminan, bebiri adalah spesis yang banyak mengakibatkan kematian apabila diserang jangkitan cacing. Jelas MUMB adalah pada waktu ini kaedah yang sesuai sekali bagi mengubati cacing dengan berkesan

Nutriblock keluaran MARDI merupakan salah satu contoh penggunaan mumbs dalam bentuk pepejal dan molife dalam bentuk cecair..selain itu juga mumbs merupakan alternatif yang baik utk diet ternakan dengan penambahan selera makan dan juga menambahkan kadar pertumbuhan..dan dengan itu ia amat baik dijadikan makanan tambahan harian utk ternakan dan membantu kekurangan makanan ternakan akibat kemarau, banjir dan sebagainya sepertimana yang berlaku di negara afrika..boleh dapatkan maklumat melalui Mardi dan Jabatan Haiwan yang berdekatan..atau layari http://www.dodon.org/ atau www.johor.gov.my/ihk/vermalay2004/mumb.htm

DAN TUNGGU KEMUNCULAN KELIAN'S MUMBS DI PASARAN..(HAHAHA masih dalam xperimen kat kambing sendiri..alhamdulillah ada perubahan terutama kambing yang kalah dan tak cukup zat cam kambing kampung..cuma nak improve dr segi kualiti dan rupa bentuk and nutriblock mardi dah naik harga..itulah kesan takda saingan..tunggu kemunculan kelian's mumbs bg mewujudkan persaingan yg sihat dalam industri ternakan..hahaha gelak lagi)

sebarang maklumat dan pertanyaan hubungi
nasri kelian farm
o134001083








0 orang mencari kambing: