Salam penternakan..
Yang Melawat Kambing2 di Kandang~~
27 December 2007
Rumput Abih..
Cakar kambing oleh Kuli Ladang waktu kambing jalan-jalan pada jam 6:23 AM 0 orang mencari kambing
Pecahan cerita kambing: Kelian Farm's Story
26 December 2007
Yea..Yea Aku Kaya
Salam..
Alhamdulillah..pas banyak dugaan serta cooobaaaann..aku akhirnya berjaya memperolehi pinjaman yang aku usahakan sejak setahun dulu..terima kasih atas pertolongan pihak bank Pertanian Sik dan Sungai Petani terutamanya En. Hisham dan En. Mustafa yang banyak membantu aku dan Kelian Farm dalam permohonan pembiayaan projek ternakan kambing di Kelian Farm..
Walaupun jumlah yang diberikan tidak sebesar mana, namun ianya memberi semangat serta kekuatan buat aku utk memajukan Kelian Farm dan juga Industri penternakan ini..Kepada pihak2 yang berkenaan serta yang terlibat dalam bidang pertanian terutamanya bidang penternakan..sokongan serta dorongan pihak kalian amat kami harapkan terutamya orang2 baru seperti kami..walaupun tidak dengan wang ringgit, dan teknikal..sokongan moral, khidmat nasihat serta tunjuk ajar sudah memadai buat kami..bukannya kami harapkan dari segi bantuan subsidi serta wang ringgit (tapi kalo ada lagi bagoooss..)..memadai dengan melawat ladang serta tapak projek kami walaupun sebulan sekali sahaja sudah cukup membuat kami bersemangat serta berani utk meneruskan projek ini dengan lebih jauh..
tapi hakikatnya, apa yang berlaku sekarang kerenah birokrasi, sikap sambil lewa membelenggu penternak2 baru utk maju dalam bidang ini..sokongan moral yang diharapkan ada kalanya dipandang enteng oleh sesetengah pihak..kalo begini caranya, hasrat Pak Lah dalam bidang penternakan akan tinggal hasrat sahaja..tukar PM lain terus berkubur hasrat dan cita2 murni dengan kewujudan wawasan serta cita2 lain pula oleh kerajaan baru..(aku tak bermaksud tukar kerajaan ke hapa..undian di tangan anda..)
Apapun sekali lagi terima kasih kepada mereka yang banyak serta sudi membantu aku dalam bidang penternakan kambing ni..aku mohon peruntukan Skim Usahawan Ternak Komersil Siswazah (SUTKS) yang diperuntukkan utk graduan2 lepasan IPT..banyak lagi yang aku mohon cuma yang ini sahaja yang lekat..yang lain aku tak tau r sebab apa tak dapat..apa2 pun semoga dengan sokongan seperti akan membolehkan Kelian Farm serta ladang2 dan projek2 lain akan lebih maju..Majulah Ternakan Untuk Negara
Cakar kambing oleh Kuli Ladang waktu kambing jalan-jalan pada jam 6:33 AM 0 orang mencari kambing
Pecahan cerita kambing: Kelian Farm's Story
24 December 2007
Halatuju penternakan kambing (proposal simpel penternakan)
Aku baru buat kertas kerja lain..balik2 kertas kerja nak tunjuk kat org..ntah org paham ke tak pun aku tak tau..aku terpikir utk post kali ni aku cuba simpelkan arah tuju penternakan kambing ni utk mudahkan kawan2 paham..(kalo pahamla..tak paham jugak memang aku sendiri yg tak pandai nak xplain..bukan salah hampa) mudah2an rakan2 semua dapat faham apa yang saya nak sampaikan ni, terutamanya utk member semangat kepda penternak2 baru dan juga bakal penternak tentang potensi besar dalam bidang penternakan kambing ni...
Cakar kambing oleh Kuli Ladang waktu kambing jalan-jalan pada jam 6:22 AM 0 orang mencari kambing
05 December 2007
Kambing Katjang/Kampung Betina Murah..
Cakar kambing oleh Kuli Ladang waktu kambing jalan-jalan pada jam 6:56 AM 0 orang mencari kambing
Pecahan cerita kambing: Jualan Kambing di Kelian Fam
23 November 2007
Kambing Pawah ke Kambing Kawah??
minggu lepas aku dapat tahu yg aku tak tersenarai dalam penerima penternak2 yg menerima kambing pawah..walaupun aku telah "dijanjikan" akan diberikan beberapa ekor kambing utk dipawah oleh pihak berkenaan semasa proses penilaian dilakukan, aku tak berharap sangat dapat kerana ramai yg memohon utk pogram ni..jadi kalo nasib baik dapat dan kalo takde rezki, mingkin ari lain aku dapat..mungkin pasni giliran aku..
tapi pastu aku berhubung dengan pihak berkenaan berkenaan dengan masalah ternakanku..dan kebetulan aku di situ aku sempat la jugak tanya pasal kambing pawah tu..aku berharap mungkin tahun depan aku ada dalam list dorang..tp aku terkejut..dorang suruh aku isi borang lain utk penilaian semula..kenapa kena nilai semula??apa yang tak kena??takde ranking ke dalam org2 yg patut dapat dan sapa dapat lepas tu..kalo takde sistem ranking komfem mesti ada cross line punya dalam pemilihan camni..sedara2 dorang ke yg dapat, rakan2 minum kopi ke dan yang seangkatannyalah..tp itu andaian aku saja waktu tu jd aku pun siasat la skit2..
aku tanya la 2,3 org yg dapat..nak kata bg kat org miskin, yg kaya kandang ratus ribu pun dapat, nak kata yang kumpulan kaya dapat, yang kandang baru siap kemarin dengan stor belakang rumah jd tempat letak kambing pun dapat..yg lagi best, yang takde kandang pun dapat..lagi banyak pulak tu dari org lain..peh yang tu yg buat aku teruja utk tahu apa yg berlaku dalam pemberian kambing pawah ni..tak puas ati la..nak tau jugak apa yg kita kurang, apa yg kita takda, apa yang kita lebih sebab yg dapat pun takda spesifikasi lengkap pun..mesti ada konspirasi ni..
last2 aku dapat tahu jugak..bocor rahsia ni oleh org2 berkenaan jugak..terlepas cakap kat org tua aku..hehehe..dia cakap.."Apasal cikgu tak cakap anak cikgu bela kambing..kita dah bagi kat semua member2 kita dah..yang takdak kandang pun kita bagi..lain kali suro dia jumpa saya masa nak serah borang tu"..kata org berkenaan kat bapak aku..takde lak dalam borang tu suroh kasi kat org2 berkenaan masa submit borang ni..huh baru aku rasa inilah permainan politik kotor..(kot??)
dipendekkan story, lepas sound dan tunjukkan rasa tak puas ati lebih kurang kat pihak berkenaan, aku ngan family plan utk buat bantahan..mula2 telefon pegawai yg berkenaan ..kemudian disusuli dengan bantahan secara bertulis dan aku nak hantar kat pihak atasan dekat Alor Setar..tapi aku hold dulu nak hantar tu, sebab pejabat haiwan daerah janji nak bg kami ternakan sebelum hujung tahun ni..(tu kira sogok ke??)..kami amik sikap tunggu dan lihat..
apa2 pun, sebenarnya aku tak hadap sangat dengan kambing2 free (sebenarnya pawah) dorang nak kasi..tbelum tentu kambing atau lembu yg dorang kasi tu berkualiti..tah2 yg berpenyakit pun ade..masuk je kandang terus gol..dengan yg ada kat kandang pun gol..tapi ini lebih kepada rasa kecewa dan tak puas ati dengan cara kerja pihak berkenaan..kalo kerja mereka bagus, ada perasaan nak tolong penternak2 terutamanya penternak baru, ada sikap nak tengok industri ternakan dan Daerah Baling ni sendiri maju..mungkin aku tak kisah sangat dengan apa yg berlaku sebab perkhidmatan yg diberikan memuaskan..tapi sebaliknya..kalo dah 5,6 kali telefon baru datang, datang setakat suntik dan terus blah tanpa beri penerangan apa2 pun, nak jumpa asyik takda dan yang ada pun tak boleh pakai, sudah tentu aku tak puas ati dengan kerja "baik" yg dorang buat.
mula2 aku nak biarkan sahaja kerana takut aku susah kerja sebab masing2 akan rasa tak seronok bekerjasama atr satu sama lain..tp bila dipikirkan..memang aku dah tak seronok berurusan dengan dorang dan jika dibiarkan..perbuatan camni akan menjadi amalan dan memang akan merosakkan minda serta jiwa masyarakat kita dengan amalan2 buruk serta keji yg diamalkan tanpa ada sebarang halangan..dan yg akan menjadi mangsa adalah di kalangan kita sendiri terutamanya penternak2 kecil yang belum sempat mengecapi apa2 yg diimpikan dah tersembam ke bumi sebab kurang bimbingan dan tunjuk ajar daripada pihak terlibat dan akhirnya akan menjadikan masyarakat kita kurang ajar sebab tak cukup ajar..
Cakar kambing oleh Kuli Ladang waktu kambing jalan-jalan pada jam 6:03 AM 0 orang mencari kambing
Pecahan cerita kambing: Kelian Farm's Story
19 November 2007
Ternakan Sakit Mata
Kenapa ternakan sakit mata, mata berair, kabur dan sebagainya...
ada beberapa kemungkinan ternakan mengalami keadaan tersebut..
1. Ternakan Stress (perubahan cuaca, persekitaran, kemasukan ternakan dan sebagainya)
2. wap air kencing dan najis ternakan bawah kandang naik di sebelah malam
3. jerebu dan pencemaran habuk..
4. pisah dengan ibu (cerai susu)
5. dan beberapa lagi sebab2 yg sama dengan manusia (tapi kalo sebab mengintai yg jadi ketumbik itu tak pasti....boleh buat kajian ni)
Ada beberapa langkah utk mengatasi masalah sakit mata dari berlaku...
1. kerapkan penggunaan anti stress utk perubahan cuaca, persekitaran dan sebagainya yg boleh mengakibatkan ternakan stress..
2. bersihkan najis serta air kencing di bawah kandang dengan kerap sekurang2nya sekali sehari (bergantung kepada ketinggian kandang dan kelembapan lantai)
3. pastikan pengudaraan dalam kandang ternakan tersebut cukup dan selesa utk ternakan..
4. Sediakan garam galian utk dijilat dan juga sekali sekala support gula merah/molases dalam air minuman utk tenaga.
5. kalo pasang api jangan biarkan asap terlalu tebal dan memedihkan mata..
6.perlu ada ubat Pink Eye Terramycin di kandang (ubat yg wajib ada pd setiap penternak)..senang dan mudah digunakan..(kat Kelian Farm kami jual sebotol RM 25 sahaja)
Sekiranya berlaku sakit mata..
1. utk rawatan moden semburkan pink eye terramycin ke mata ternakan tersebut.kekerapan semburan bergantung kepada tahap sakit mata tersebut..sebaik2nya pink eye terramycin disembur kepada ternakan yg menunjukkan tanda2 sakit mata awal seperti keluar air mata, taik mata, kambing selalu menggosokkan matanya dan mata nampak bengkak dan sepet sikit supaya menghalang jangkitan kuman di mata ternakan tersebut dan menyebabkan jangkitan tersebut menjadi serius...selain itu pink eye terramycin ini juga kami gunakan semasa kemasukan ternakan baru dikandang dengan menyembur semua mata ternakan tersebut agar tidak berlaku jangkitan awal kepada ternakan tersebut..
2. cara tradisional juga boleh digunakan dengan menitiskan air limau nipis di matanya..selain itu penggunaan air garam juga boleh diamalkan..
3. payah2 sgt nak cari bahan2 tu, pegi kedai kat belakang rumah cari eyemo..pun boleh guna...
4. tp kalo selaput mata tu terlalu serius..pergi farmasi cari gentamycin (ubat sakit mata plus steroid utk manusia)..pakai sampai ilang selaput..pastu jgn pakai sebab ada kesan sampingan
sakit mata merupakan sakit yang biasa dialami oleh ternakan..tak bahaya sangat pd peringkat awal tapi kalo tak dikawal akan menyebabkan keadaan lagi serius seperti buta dan mati..utk mengatasi masalah ini perlu tahu punca2 masalah tersebut dan cara mencegah dan mengatasinya..
sekadar berkongsi pengalaman dan pengetahuan yg sedikit ni utk manfaat semua..
Cakar kambing oleh Kuli Ladang waktu kambing jalan-jalan pada jam 3:17 PM 0 orang mencari kambing
Pecahan cerita kambing: Iklan di Kelian Farm
17 November 2007
Kembali lagi
Assalamualaikum...
lama tak mengadap blog ni..ada technical error skit kat komputer.senang cakap baru ni komputer aku ada lingkup sikit..jd 2 minggu la jugak tak mengadap blog ni..kalo tak tengok sehari blog ni dan blog rakan2 yg lain mcm tak cukup je kerja penternakan utk 1 hari..tu sindrom utk penyakit mat blogger ke??
sekarang komputer dah ok..jadi pasni aku sambung balik keje part time aku malam2 ni..tapi itu pun kalo sempat..sebab sejak kebelakangan ni, banyak customer Kelian Farm berurusan utk pembelian kambing pada waktu malam..
ada beberapa sebab yg dorang suka amik kambing malam2 ni..(pukul 1 - 2 pagi pulak tu)..
1. siang biasanya ada kerja lain..jadi malam biasanya depa free dan boleh berurusan dengan lebih senang
2. bawak ternakan waktu malam ni tak panas sangat..tapi sebenarnya ada bahaya jugak..bawak malam ni kambing senang dapat radang paru2 sebab terlampau sejuk dan stress..
3. sebab utamanya ialah takdak permit...hahaha..tp urusan permit ni kalo difikirkan memang leceh dan lambat..banyak prosedur (birokrasi???) kena buat..buat blood test, pengesahan masuk dan keluar ternakan, kuarantin dan sebagainya..walaubagaimanapun aku tak nafikan keperluan utk semua perkara ni..memang penting prosedur ni utk memastikan ternakan yg akan dibawa masuk atau keluar bebas dari penyakit berbahaya dan berjangkit..
namun begitu, aku rasa prosedur ni boleh lagi dipermudahkan bagi membolehkan urusan jual beli ternakan sekiranya pihak yang terlibat kreatif dan komitmen dalam melakukan perkhidmatannya..
ni atr pendapat aku bagi mengurangkan prosedur2 remeh ni..
1. pihak yang terlibat perlu melakukan lawatan atau jadual berkala ke kandang2 atau kawasan penternakan bagi memastikan kawalan penyakit dapat dilaksanakan..boleh buat blood test semasa lawatan tu jadi boleh gunakan keputusan blood test tu utk tempoh2 tertentu.
2. permit tu bagi arrange utk satu hala saja..contoh kalo penjualan kambing tu melibatkan 2 negeri boleh pakai permit keluar atau masuk ternakan satu negeri saja utk permohonan..
3.bawak ja pegawai haiwan tempat masing2 masa urusan jual beli kambing tu..komfem org tak cakap apa punya..upah la pegawai haiwan tu char koe teow ka, pasembuq ka mesti ok punya..haha..
apa2 pun itu hanya pandangan otak aku yg masih lagi baru dan mentah dalam industri ni..cara penerimaan dan perlaksanaannya bergantung pada hakikat sebenar tugas serta prosedur ni..yg boleh mudah kita mudahkan dan dalam masa yg sama yg perlu dilakukan tak boleh diabaikan..tapi kerenah prosedur dan birokrasi ni perlu dikurangkan agar tidak membebankan atau menyusahkan penternak dalam berurusan..sekiranya kerenah2 leceh camni tak diambil tindakan, Malaysia tidak akan jadi negara yang bebas penyakit ternakan disebabkan penternak mengambil cara mudah utk berurusan jual beli ternakan yang juga disebabkan cara susah yg diamalkan oleh pihak2 yg terlibat..dan sekiranya ini berlaku, matlamat negara utk menjadi pengeksport makanan halal hub (tah aku tak beberapa ingat dia punya pogram tu) hanya tinggal laungan ja..sebabnya atas kita sendiri lah..
Cakar kambing oleh Kuli Ladang waktu kambing jalan-jalan pada jam 10:41 AM 0 orang mencari kambing
Pecahan cerita kambing: Info Suka Suka
01 November 2007
Sapa Salah??
salam...
petang tadi aku order dedak lagi..huh..DEDAK NAIK LAGI..kali ni apek tu cakap naik lagi RM1..baru 2 minggu lepas naik singgit dah..sekarang dedak dah harga RM39.50 per guni (50 kg)..peh menyirap ja darah aku dengan apek tua ni..cam nak toreh je taik lalat kat pipi dia tu..biar puas ati aku..sedap2 ati je letak harga sesuka ati.
tapi pas aku kool balik (dalam masa beberapa saat ja nak kool), aku tanya toke tu, pehal naik lagi..tak untung lagi ka?..dia pun kata "mana ala untung, ini mau jaga customer mali kedai maa"..pastu dia brek..brek..brek merapu ape tah aku dah tak nak dengar..malas nak layan apek ni..takde mood nak layan sebab bengang dengan isu lapok ni dah macam tak berkesudahan..
Serabut betul dengan isu ni..sebab ianya akan menjejaskan kos operasi harian aku..so bila operasi naik..terpaksala kena jual mahal..pastu kena tangkap masuk penjara sebab jual daging dengan harga melampau..ai pening...
post kali ni aku bukan nak cari jalan penyelesaiannya..tgh kusut2 ni malas nak pikir mende2ni..lagipun dah banyak cara penyelesaian yg diketengahkan oleh rakan2 penternak melalui yahoogroups, blog2 dan lain2..idea semuanya bagus tapi aku tak pasti perlaksanaannya dah jalan ke belum sebab tak nampak kesan pun ke atas isu kenaikkan harga dedak ni..malas nak pikir..nantila dalam keadaan waras n good mood aku cuba postkan penyelesaiaanya serta tindakan perlaksanaan terhadap penyelesaian tersebut..
post kali ni aku suka hati utk cari pasal sapa yang patut disalahkan atas kenaikkan harga..mungkin tak de kene mengena but at least serabut aku pasal mende ni kurang sikit..mcm cakap saudara Wady dr Saujana Putra Goat Farm (bro..sabar..tu sume lumrah org meniaga dan menternak..belajar dr pengalaman), mmg sedap kalo tuduh2 org dan buat kita rasa gembira..hahha
sapa yg patut disalahkan??
1. penternak...
penternak makin ramai..dan permintaan utk dedak makin meningkat..ni kot sebab harga naik..tp haloo..penternak ramai pun sebab nak majukan industri ni..baru nak naik 15% keluaran daging kambing yg dapat dikeluarkan dah nak naik harga..bagi aku kemunculan ramai penternak tak salah sebab dorang melakukan satu perkara yg betul utk meningkatkan ekonomi diri dan juga negara..so penternak tak salah..n of coz aku juga penternak dan aku mmg takleh disalahkan..hahaha
2. toke kedai dedak..
"wa talak tau, itu balang datang, wa angkat, kasi untung sikit olang mau beli wa jual la..wa talak tau la itu kos lu makan kambing itu..wa meniaga mau untun talak mau lugi loo..sapa mau lugi..haiya.."
3.pengilang dan pembuat dedak..
itu barang mentah, hampas soya, jagung, oat suma naik..apa macam mau kasi murah..kasi naik jugak la..itu barang suma import..tara kasi naik kalu,..ini bisnes tutup la macha..(ajiicam..kilang dedak Hj Hamid Sg Kob tu dah tak buat dedak dah..dia cakap tak untung..kos mahal..)
4. Petani Soya, Jagung, Gandum dan sebagainya..
"err..we don't know..we just plant our crops not for ur dedak (err..what is dedak??)..so we cannot tanam much2 takut we rugii...u all nak banyak..u all plant urself la"
4.Pengimport Bahan Mentah
Nak murah, pi amik sendiri la barang2 tu...(ayat orng yg pegang AP import bahan2 mentah ni..mentang2 la dia sorang ja ada AP)
5.Tok Menteri dan Kejaan
Hahaha..boleh ke nak disalahkan??tp isu ni kalo ada yg turun padang mungkin ada jalan penyelesaiaan..anyway tok2 menteri yg berkaitan kena pantau apa yg berlaku sekarang ni..canang suro majukan sektor pertanian ni memang hebat..tak ingat punya gelombang pertanian kat seluruh negara ni..but as usual la..jgn tgk dari segi dasar ja perlaksanan..ramai org ternak, dah capai matlamat..tapi ape yg berlaku kat penternak..sendiri tanggung..penternak dah menanggung tanggungjawab negara utk membekalkan daging dan mengurangkan kadar import daging luar..so kene la ada rasa respek sikit dengan penternak..pantau apa yg berlaku baru matlamat sebenar utk melahirkan usahawan tani yg berjaya akan tercapai..kalo gini caranya dan takda pemantauan, mmg nak ramaikan usahawan tani lingkup yg sebelum ni dah ramai jugak yg lingkup atas kecuaian sendiri dan juga kecuaian pihak yg mentadbir..takleh komen lebih2 nanti kena gam..masuk penjara..silap2 masuk ISA..kena cabut kuku (org cakap).tido berdiri (org cakap gak) dan tak bule makan roti canai..(pun org habaq)..eeiii takuut
dahla..malas nak cari salah org lagi (salah sendiri buat tak nampak je...)..kalo ikut banyak lagi aku nak salahkan..toke minyak, jiran aku, pakcik kantin sekolah dan ramai la..tak larat nak tulis..so sapa yg salah..hahaha..terpulang..apa2 yg berlaku berbalik pada kita utk muhasabah balik diri ni utk lihat balik apa yg sebenarnya berlaku terhadap diri kita dan juga persekitaran..setiap problem mesti ada penyelesaiannya..dan aku masih lagi mencari penyelesaiannya utk diri aku sendiri (wah puitis betul aku ni??)
(sorry..post ni berserabut sikit hasil karya org yg berserabut dan hanya difahami oleh org yg serabut juga..yg tak faham jangan serabut kepala..rileks2 kan otak dengan pegi tengok ternakan kat kandang tu dah bagi makan ke belum???)
Cakar kambing oleh Kuli Ladang waktu kambing jalan-jalan pada jam 8:08 AM 0 orang mencari kambing
Pecahan cerita kambing: Info Suka Suka
26 October 2007
Serasi Ke??
salam...
tadi ada 2 orang paklong datang cari kambing kat kelian farm..sambil2 borak dan takde borak lain melainkan topik penternakan kambing ni..seorang daripada pakcik tu cakap dia minat nak bela kambing tapi dia cakap dia tak boleh bela sebab tak rasi.. tak rasi ni maksudnya tak serasi..kalo omputih cakap "not matching" kot? (ade ke org putih bele kambing ni tengok rasi ke tak rasi?)..kat Baling ni orang panggil tak sekuung..pastu di cakap aku bertuah sebab kambing kat kelian farm ni menjadi dan rasi dengan tuannya..
serasi ke??
aku sebenarnya tak paham sangat dengan konsep serasi ke tak serasi..kalo camtu, that's mean kalo nak ternak kambing or nak setup projek kambing ni kene pegi tilik tangan dulu ke nak tau serasi ke tak??kan itu dah jadi khurafat..tapi aku percaya ramai dari kalangan penternak tak buat bende khurafat ni..but ramai lagi yg percaya pada ke"serasi"an seseorang itu utk menternak kambing..dan aku dapati ramai yg percaya tentang keserasian ni terdiri daripada Orang Melayu dan beragama Islam..Aku ingat selama aku berkawan dengan penternak India, Cina, Iban dan lain2 takdepun mantion pasal hal ni..cuma apek kambing kat sg bakap ni tu cakap "aiya itu hali ala ong, ala hali ong takdak maaaa"..aku taknak la sentuh hal ni dalam bidang keagamaan sebab aku pun kurang arif dalam hukum hakam agama ni so kenela refer kat org2 yg arif dan berpengetahuan..
balik pada serasi tadi,..kalo setup projek tak berjaya, tu maknanya tak serasi ke??kambing banyak mati tu tak serasi ke..dan kalo nampak tak serasi ni (hasil tilikan kita sendirila), projek kita kena stop ke??..abis..belanja dah banyak abis..takkan buang duit gitu2 je..ni kandang ribu2 ni nak bg sapa duduk??tak duduk rugi.ni ada sikit ari lagi tuan punya kandang tu tinggal dalam kandang tu..kalo tak protes pun, gila la maknanye tu..
tp bagi aku semuanya berbalik kepada kehendak Allah Taala yg mana semua kejadian, takdir serta rezeki datang daripadaNya..yang penting tanggungjawab kita sebagai penternak dan pengusaha projek ternakan adalah menguruskan dan mengatur projek serta operasi harian dengan betul dan sempurna..perlu ada pengetahuan serta kemahiran..kena belajar banyak utk cari apa yg kita tak tahu dan bukannnya puas dengan apa yg kita tau..dan bila dah tau, kita tau pulak camna nak laksanakannya dalam projek kita..sekarang ni bela kambing bukannya pakai lepas hentam kromo je dengan takde ilmu..sekarang ni kalo kambing berkelakuan pelik sikit dah tau apa yg dia nak, apa yg dia sakit, vitamin ape takde dalam badan dan sebagainya lain..baru projek kita akan maju dan berdaya saing..dan semuanya dari ilmu yang diperolehi.dan bila semuanya berjalan dengan teratur, maka aku percaya tuhan tak akan mengsia2kan usaha hambanya dengan begitu sahaja melainkan atas kehendak Nya yg kita tak dapat atasi..
jadi mai mana konsep serasi ni..aku percaya konsep ni datang dari tok nenek kita dahulu..dan aku mmg tak nafikan cara org dulu2 bela nampak serasi..kandang takda, tidur bawah rumah ja,makan main terabur je kat mana2..tapi kambing cantik, bulat, mongel dan menyelerakan..still aku percaya tu semua rezeki tuhan yg bagi dan kambing tu sihat sebab dulu2 takde racun dan kawasan ragut pun luas..boleh pilih makanan dan penyakit pun kurang sebab udara tak tercemar..cuba lepas sekarang ni tanpa kawalan..kalo tak kene penyakit, org sakit yg tolong bawa balik kambing kita tolong jual..(tp sesen pun kita takdapat r)..takpun kambing tu jadi gemuk dan sihat dengan maki sumpah seranah orang kampung sebab makan pokok serta tanaman dorang..berkat ke lagu tu???
tp konsep ni aku tak tolak bulat2..aku masih lagi mencari apa yg sebenarnya dengan serasi kambing dengan penternak atau pengusaha..bukan buat reserach pun cuma sekadar nak tau..bg aku memang ada konsep keserasian tu dalam projek kita ni..(aih sekejap cam tak percaya, sekarang ni percaya pulak)...aku ada beberapa pendapat dalam hal dr segi psikologi, komunikasi, kepercayaan, semangat (ceee ye2 je cam profesor je aku kategorikan mende2 ni..ade kene mengene ke??) ni tp nantila aku post lain sebab dah banyak sangat aku tulis, dan aku bukannya suka tulis sangat..tp aku suka berinteraksi tambah dalam bab ternakan ni..sambil2 cari mood nak tidoo..
ok selamat berhujung minggu dan selamat beropen house..kepada geng2 mybob dan boervilla selamat beropen kandang...bbq kambing..tentu menyelerakan..
Cakar kambing oleh Kuli Ladang waktu kambing jalan-jalan pada jam 6:39 AM 0 orang mencari kambing
Pecahan cerita kambing: Isu Penternakan
22 October 2007
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Assalamualaikum..
Cakar kambing oleh Kuli Ladang waktu kambing jalan-jalan pada jam 8:00 AM 1 orang mencari kambing
Pecahan cerita kambing: Kelian Farm's Story
04 October 2007
Malam2 Terakhir Ramadan
Minggu ni dah masuk 10 malam terakhir bulan Ramadan..rasa2nya kejap ja Ramadan ni bersama2 kita..Jadi di malam2 terakhir ni marilah sama2 kita berusaha meningkatkan ibadah kita ke tahap paling maksimum dan semoga mendapat keberkatan atas segala amalan yang kita lakukan..dan juga mendapat keberkatan malam lailatul qadar yang dijanjikan...
minggu ni juga aku perati masjid dah makin kurang jemaah...dulu masa awal puasa penuh saf dia macam nak semayang jumaat..tp malam2 last ni yg penuh dengan keberkatan, aku perati saf dah tinggal suku..pas 8 rakaat dah tinggal 4,3 saf..ni masjid aku kira kat pekan la jugak..kalo masjid kat kandang aku lagi la..berapa kerat je tinggal...
patutnya minggu2 last ni kita makin pulun dengan ibadat dan amalan2 soleh..ini terbalik pulak..malam2 ujung minggu ni la pulak sibuk ngan bende2 lain..nak shopping raya pun malam..siang tak sempat ngan urusan keje la ladang la...(bila nak sempat..tak cukup ke 24 jam yg tuhan bagi ni)..kadang2 kat masjid tu aku tengok sayu je..yg stay sampai 20+3 yg tua2..itupun gagah2 dengan terbongkok2 nak teruskan terawih..yang muda mana??lepak kedai mamak pas rakaat 8 (lepaknye leh plak 2,3 jam)..still ok tp takkan stay lg lg 30 minit dalam masjid tu dah rasa rimas dah..sebulan sekali ja..mana ada terawih bulan lain..nak jumpa balik tahun depan r..itu pun kalo rezki tuhan bg umo kita panjang...
aku bukannya nak bg syarahan panjang2..dan aku bukannya baik sangat pun..sama juga kadang time 8 rakaat aku keluar jugak sometime..penat buat keje siang tadi kalo mak aku tanya apasal tak abis 20..ape punya alasan..tp kot mana pun muhasabah diri kita seharian kena ada..apa tujuan idup kita..dah banyak sangat dah ka amalan kita nak jumpa dan mengadap tuhan..umo kita bukannya lama sangat..makin ari makin singkat..sekarang alasan sibuk utk alasan kita kurang beribadah..dah tua guna alasan sakit la, tak larat la..abis bila...(aku dedikasikan post ini utk diri aku sendiri..)
Cakar kambing oleh Kuli Ladang waktu kambing jalan-jalan pada jam 8:08 AM 0 orang mencari kambing
Pecahan cerita kambing: Info Suka Suka
01 October 2007
Mari Kira Untung Kambing
Cakar kambing oleh Kuli Ladang waktu kambing jalan-jalan pada jam 7:49 AM 2 orang mencari kambing
Pecahan cerita kambing: Info Penternakan
21 September 2007
Kejamnya Manusia Sekarang..
Just dapat emel dr member..rasa nak kongsi dengan member2 sekalian..semakin hari semakin kejam dan bodoh tindakan manusia dengan perbuatan2 yg tidak berperikemanusiaan..baru2 ni dengan kes kematian adik nurin yang sungguh tragis..semoga si pemangsa tu mendapat balasan di dunia dan juga di akhirat..amin..ini pula kisah penganiayaan terhadap makhluk Allah yg lain..aku just copy, edit dan paste n samala2 muhasabah diri kita di mana tahap iman serta kemanusiaan yg ada pd diri kita sekarang..
"Utk pengetahuan insan2 yg mempunyai hati dan perasaan... Terdapat seorang Jepun di New York sedang menjual suatu produk baru; yg dikenali sebagai 'Kucing Bonsai'. Apa yang orang Jepun ini buat ialah memadatkan seekor anak kucing ke dalam balang atau botol yang diperbuat daripada kaca. Kemudian, dua batang straw akan dimasukkan ke dalam balang itu melalui dua lubang kecil yg ditebuk di atas penutup balang itu. Tujuan dua straw itu ialah satu utk memberi makanan kepada anak kucing itu, dan satu lagi utk mengeluarkan najisnya. Untuk memastikan anak kucing itu membesar dan mengikut rupa dan saiz balang atau botol itu, dia akan memberi anak kucing itu makan sejenis dadah yang akan menjadikan tulangnya lembut, supaya badannya mudah utk mengikut bentuk dalaman balang itu. Dia hanya akan berhentikan pemberian makanan dadah ini sekiranya anak kucing itu mati. Adakah penganiayaan dan pengzaliman seperti ini dapat dihentikan? Anak kucing itu pasti tidak boleh bergerak di dalam balang itu, apatah lagi utk membersihkan badannya, dan langsung tak boleh membuat apa-apa. Kalau dia menjerit sekalipun, siapa yang akan mendengar jeritan batinnya di dalam balang itu? Barangan yang zalim seperti ini telah dipasarkan secara meluas di serata New York, Indonesia dan New Zealand. Jika anda ingin mendapat maklumat lanjut berhubung perkara ini, layarilah: http://www.bonsaikitten.com/Lihat sahaja gambar-gambar ini... Amat zalim dan menyakitkan!
Orang Jepun ini ingat dia mempunyai daya kreativiti yang tinggi utk membuat duit, padahal perangainya itu tak ubah seperti orang gila lagi zalim. Apa yang lebih menyedihkannya ialah, dia menganiaya haiwan yang tidak dapat mempertahankan diri mereka. Padahal masih banyak lagi objek lain yang boleh dikormesialkan. Bukan menzalimi benda hidup seperti anak-anak kucing itu! Kami benar-benar mengharap penganiayaan seperti ini dapat dihentikan secepat mungkin. Jika 'kucing bonsai' seperti ini menjadi trend baru dan setiap orang ingin membelinya, tiada apa lagi yang dapat kami katakan lagi jika unsur-unsur kemanusiaan sudah hilang dalam sanubari manusia itu sendiri. Jika anda masih mempunyai naluri kemanusiaan, sila sebarkan berita ini kepada seramai mungkin kenalan2 anda.
Kami mengharapkan kerjasama penuh daripada anda semua. Kita mesti berjuang untuk membebaskan anak-anak kucing itu daripada belenggu kezaliman. Bayangkan anda menjadi seperti mereka, apa perasaan anda? Tolong sebar-sebarkan (forward) maklumat ini ke seluruh dunia. Tolonglah selamatkan kucing-kucing ini dan kemungkinan haiwan-haiwan yang lain daripada terus dianiayai!!! (If possible, please translate this message to your home language and let as many people to know about this cruelty which is happening around you.) Kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas keprihatinan anda membaca dan memanjangkan maklumat ini. - Pencinta Haiwan -
Cakar kambing oleh Kuli Ladang waktu kambing jalan-jalan pada jam 7:46 AM 4 orang mencari kambing
Pecahan cerita kambing: Kelian Farm's Story
17 September 2007
Medicated Block Urea Molas (MUMBS)
Hari ni nak cerita sikit pasal supplement tambahan utk ternakan..
BLOK UREA MOLAS (UREA MOLASSES BLOCK - UMB)
Blok Urea Molas (UMB) bukanlah bahan yang baru diperkenalkan. Ia telah digunakan dengan meluas di Padang Pasir Sahara di Afrika bagi membekalkan makanan yang mengandungi protein dan tenaga yang tinggi kepada ternakan di musim kemarau yang panjang. Ia di blok atau diketulkan keras dalam bentuk empat segi atau bulat supaya senang dibahagikan dan dibawa oleh penternak-penternak untuk ternakan mereka, yang tidak boleh mendapat makanan lain di musim kemarau.
Blok Urea Molas mengandungi Urea, sebagai unsur ammonia (NH3) bagi menghasilkan "bacterial protein" dan gula molas pula sebagai unsur tenaga. Ia juga dicampurkan dengan lain-lain dedak sebagai bahan pepejal, galian-galian yang diperlukan dan simen untuk mengeraskan blok. Selepas lebih kurang seminggu disediakan blok urea molas telah sedia untuk digunakan.
Urea juga adalah unsur ammonia (NH3) bagi merangsang selera makan haiwan ruminan. Apabila ternakan ruminan tidak dapat memperolehi makanan berpanjangan, ia juga tidak akan dapat unsur protein. Maka kandungan ammonia di dalam perut rumennya akan kurang. Ammonia adalah bahan perangsang selera makan bagi ruminan. Apabila tiada Ammonia, selera makan ruminan akan terjejas, ia tidak berselera untuk makan walaupun apabila sampai musim banyak rumput (hujan semula). Dengan pemberian peratusan Urea (Ammonia) yang tinggi di dalam UMB pengumpulan Ammonia di dalam rumen akan dapat terlaksana dan ini akan memberi rangsangan makan semula kepada ternakan. Bukti ada menunjukkan bahawa Ammonia juga akan merangsang bakteria di dalam rumen untuk mencerna rufaj (roughage) terutama daripada rumput yang kurang bermutu, dengan lebih berkesan lagi dan menghasilkan kadar penghadaman yang lebih tinggi.
MEDICATED UREA MOLASSES BLOCK (MUMB)
Medicated Urea Molasses Block (MUMB) dihasilkan dengan mencampurkan ubat-ubatan tertentu umpamanya ubat cacing ke dalam UMB dan menjadikan UMB sebagai pembawa (carrier). Bebiri adalah ternakan ruminan yang sering mengalami masalah kecacingan dan diberi MUMB yang mengandungi ubat cacing dalam anggaran pengambilan 50 - 100 gram blok sehari bagi seekor. Di dalam adunan MUMB tersebut telah dicampurkan sejumlah ubat cacing yang menepati keperluan untuk menghapuskan pengumpulan cacing di dalam ternakan apabila ternakan ini memakan MUMB di antara 50 - 100 gram sehari. Ia didapati lebih berkesan kerana ternakan amat gemar memakan adunan MUMB ini disebabkan ia mengandungi gula molas yang manis. Di samping itu MUMB juga memberikan unsur zat protein, tenaga dan galian yang tinggi kepada ternakan.
Pada masa kini MUMB yang dipelopori pembikinannya di Institut Haiwan terus diproses di Institut Haiwan secara mekanikal untuk dibekalkan kepada kesemua empat ladang bebiri terbesar di Jabatan Perkhidmatan Haiwan bagi membasmi masalah cacing di dalam ternakan bebiri. Kesan penggunaannya adalah amat ketara dengan pengurangan jumlah kematian ternakan jika dibandingkan dengan kaedah lama iaitu cara suntikan ubat.
KESIMPULAN PENGGUNAAN MUMB DI LADANG-LADANG BEBIRI/KAMBING JABATAN PERKHIDMATAN HAIWAN
Daripada data-data dan bukit-bukti yang telah diperolehi didapati penggunaan MUMB adalah lebih bermenfaat jika dibandingkan dengan cara pemberian ubat cacing kepada ternakan bebiri melalui kaedah suntikan setiap sebulan sekali seperti yang diamalkan dahulu. Ia didapati adalah lebih berkesan dari segi kos, penjimatan masa dan tenaga kerja. Selain daripada mendapatkan ubat cacing dengan lebih murah setiap tahun bagi seseekor bebiri MUMB juga dapat membekalkan protein, tenaga dan galian kepada bebiri.
Penemuan kaedah ini patut digunapakai oleh semua pengusaha ternakan bebiri terutamanya, kerana biasanya bebiri adalah haiwan yang amat bermasalah dan sering dijangkita serangan cacing.
Dibandingkan dengan lain-lain jenis ruminan, bebiri adalah spesis yang banyak mengakibatkan kematian apabila diserang jangkitan cacing. Jelas MUMB adalah pada waktu ini kaedah yang sesuai sekali bagi mengubati cacing dengan berkesan
Nutriblock keluaran MARDI merupakan salah satu contoh penggunaan mumbs dalam bentuk pepejal dan molife dalam bentuk cecair..selain itu juga mumbs merupakan alternatif yang baik utk diet ternakan dengan penambahan selera makan dan juga menambahkan kadar pertumbuhan..dan dengan itu ia amat baik dijadikan makanan tambahan harian utk ternakan dan membantu kekurangan makanan ternakan akibat kemarau, banjir dan sebagainya sepertimana yang berlaku di negara afrika..boleh dapatkan maklumat melalui Mardi dan Jabatan Haiwan yang berdekatan..atau layari http://www.dodon.org/ atau www.johor.gov.my/ihk/vermalay2004/mumb.htm
DAN TUNGGU KEMUNCULAN KELIAN'S MUMBS DI PASARAN..(HAHAHA masih dalam xperimen kat kambing sendiri..alhamdulillah ada perubahan terutama kambing yang kalah dan tak cukup zat cam kambing kampung..cuma nak improve dr segi kualiti dan rupa bentuk and nutriblock mardi dah naik harga..itulah kesan takda saingan..tunggu kemunculan kelian's mumbs bg mewujudkan persaingan yg sihat dalam industri ternakan..hahaha gelak lagi)
Cakar kambing oleh Kuli Ladang waktu kambing jalan-jalan pada jam 9:11 AM 0 orang mencari kambing
Pecahan cerita kambing: Info Penternakan
14 September 2007
Mesin Rumput Untuk Dijual
Untuk post kali ni, aku nak promosi mesin rumput buatan member aku.."sokonglah barangan keluaran bumiputra"
- Berkuasa elektrik 2 hp
- rpm : 1460
Cakar kambing oleh Kuli Ladang waktu kambing jalan-jalan pada jam 9:05 AM 0 orang mencari kambing
Pecahan cerita kambing: Mesin Rumput Untuk Dijual
12 September 2007
Selamat Berpuasa
Kami di Kelian Farm mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pengunjung blog kelian farm dan juga kepada penternak2 serta seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam..Jadikan bulan yang berkat ini dipenuhi dengan amalan2 serta perkara2 kebajikan serta beroleh manfaat..Kami juga memohon kemaafan sempena bulan yang mulia ini di atas segala kesilapan serta kesalahan yang ada dalam penulisan di blog kelian farm ni..
Perbanyakkan solat2 sunat serta bertarawikh di malam hari..azam sikit tarawikh ni dari 8 rakaat ke 20 rakaat termasuk solat witir sekali..mana nak cari lagi solat sunat yang istimewa ni selain di bulan puasa ni lah..sapa2 peminat degawan ke, kabir hero kabir zero ke, cinda ke, bulan ni off la sikit tengok cerita tu..moh kita pi masjid buat amalan tu bg banyak sikit..dahla kita punya amalan pun nipis je (merujuk kepada aku)..
bila puasa tu janganlah sekadar menahan lapar dan dahaga ja..kalo macam tu bg penternak time bg ternakan makan dedak ke rumput ke, mesti terliur punya tengok ternakan tu makan dengan berselera sekali..nampak napier tu sedap macam salad tambah mayonis je..hahaha..puasa juga perlu meliputi menahan nafsu2 lain seperti nafsu pandangan, pemikiran, dan semua sekali gerak geri kita agar beroleh keberkatan dalam puasa kita..dan janganla jadikan puasa ni sebagai satu alasan bg kita tidak atau kurang melakukan kerja seharian..senang crita kira nak tegolek, tebaring je..konon2 lapar..perlu diingat nabi serta para sahabat berjuang menegakkan agama Islam ni tak kira masa malah di bulan puasa juga nabi serta para shuhada dan sahabat berperang dengan musuh2 Allah sebagai tanggungjawab utk menegakkan agama Islam..kita punya tanggungjawab sekarang ni lebih kepada perjuangan hawa nafsu sendiri..takkan tak boleh lawan..(juga merujuk kepada diri sendiri)
Bulan puasa juga umpama bulan rezki..mana2 tempat ada ja jamuan berbuka puasa..di pasar ramdan huh..macam nak bolot 1 lori je tengok kuih muih dan lauk pauk bermacam2..jalan2 masa tu pulak perot tengah lapar..huhu dugaan..tp apa apa pun kawal nafsu dalam perbelanjaan utk berbuka..waktu berbuka memang nikmat yang diperolehi bg org yang berpuasa tp kadang tengok terlebih pulak nikmat yang dinikmati tu..makanan berpuluh jenis depan mata tp yg sentuh 2,3 ketul je..makan pulak overdos..biasanya bulan puasa bulan yang baik utk kesihatan badan serta menguruskan badan..tp la ni mcm terbalik..lg puasa lg tambah berat badan..(turut menjadikan diri sendiri sebagai rujukan dan peringatan)..selamat berbuka puasa dan dapat merasai nikmat sebenar berbuka..
di bulan puasa ini juga mengajar kita erti keinsafan serta kesyukuran terhadap nikmat yang diperolehi..zakat fitrah wajib atas kita umat Islam agar sama2 membantu insan2 lain yang tidak bernasib baik agar sama2 merasa nikmat dr Allah kepada hambanya..ingat tak semua yang kita ada adalah milik kita..sebahagiannya adalah amanah daripadaNya kepada kita utk hambaNya yang lain.."aku kerja penat2 jadi semua ni hak akula"..tu semua perkataan orang2 bodoh yang lahir dari hati yang hitam dan busuk..semoga kita sentiasa dilindungi dan dirahmati oleh Allah SWT agar terpelihara iman kita daripada segala perkara keji dan mungkar..amin
Selamat menunaikan ibadah puasa dari kami..
Cakar kambing oleh Kuli Ladang waktu kambing jalan-jalan pada jam 9:33 AM 1 orang mencari kambing
Pecahan cerita kambing: Info Suka Suka
10 September 2007
Anti Stress Neo-TM
Dalam ruangan ini, aku akan paparkan ubat2 pilihan kelian farm dan pengalaman aku menggunkannya utk ternakan kambing di Kelian Farm..bermula dengan penggunaan anti stress..
Penggunaan Anti Stress Neo-TM
Ada pelbagai jenis anti stress di pasaran bagi kegunaan industri ternakan di negara kita..bagi Kelian Farm, kami memilih penggunaan anti stress Neo-TM yang telah disyorkan oleh beberapa orang pegawai jabatan haiwan untuk kegunaan operasi penternakan Kelian Farm..Penggunaan anti stress Neo-TM dapat membantu mengawal ternakan daripada ketegasan (stress) yang kronik akibat perubahan persekitaran di sekelilingnya seperti perubahan kandang, perubahan cuaca, kematian anak, perubahan jadual pemberian makanan yang ketara, perubahan makanan dan lain-lain lagi...Ternakan sememangnya sensetif dengan persekitarannya dan perubahan persekitaran akan menjadikan ternakan itu tidak selesa dan menghadapi masalah untuk menyesuaikan dirinya dengan benda serta persekitaran yang baru..dan sekiranya ianya tidak diambil langkah pencegahan, stress ini akan mendatang kesan yang lagi buruk kepada ternakan tersebut seperti sakit radang paru2, batuk, cirit birit, selsema dan bagi kes-kes yang kronik akan menyebabkan kematian..keadaan stress ini senang dialami oleh ternakan2 terutama ternakan ayam dan kambing kerana ternakan ini cukup sensitif dengan persekitarannya..jadi penggunaan anti stress Neo-TM ini adalah penyelesaiannya dan dapat dijadikan amalan sebagai keperluan ubat harian yang perlu diberikan kepada ternakan dengan penggunaannya melibatkan kos harian yang cukup serendah sekitar 2 atau 3 sen sehari..Dan sejak menggamalkan anti stress Neo TM ini, kadar kematian ternakan di Kelian Farm semakin menurun dan tiada lagi kematian yang disebabkan stress dan radang paru2 yang sering dialami Kelian Farm satu ketika dahulu sebelum mengamalkan Neo TM ini..
Kandungan Anti Stress Neo tm
Oxytetracycline, Neomycine Sulphate, Vit A, D3, K, B2, B12 dan lain-lain yang baik untuk kesihatan serta kesejahteraan haiwan ternakan..
Cara Penggunaan
Bagi kami di kelian farm, anti stress ini selain diberikan pada waktu2 kritikal seperti kemasukan baru serta perubahan cuaca yang mendadak, kami juga mengamalkannya sebagai ubatan harian dalam 2 hari berturut turut dan selang sehari..pemberian diberikan di waktu pagi sahaja dan pastikan semua ternakan memperolehinya daripada air yang diminum..untuk waktu ketegasan pemberian diberikan dengan kadar 90 liter air untuk sebungkus anti stress bagi seminggu yang pertama kemasukan ternakan baru manakala pada hari biasa pemberian diberikan secara berselang seli dengan kadar 180 liter air bagi sebungkus anti stress Neo TM (kalo bagi air dalam bentuk besen sederhana besar tu lebih kurang 1 sudu teh je penggunaanya).
Bagaimana Untuk Mendapatkannya??
Boleh dapatkan maklumat mengenainya di pejabat haiwan yang berdekatan atau dapatkannya di Kelian Farm dengan harga RM25 sebungkus utk 200 gram berat bersih..
Hubungi kelian farm utk maklumat lanjut di
nasri
'0134001083
"Menjana Kesejahteraan Ternakan"
Cakar kambing oleh Kuli Ladang waktu kambing jalan-jalan pada jam 7:52 AM 1 orang mencari kambing
Pecahan cerita kambing: Iklan di Kelian Farm
09 September 2007
Bola dan Ternakan
Salam penternakan...
sehari sebelum kemerdekaan Malaysia ke 50 kita telah dihadiahkan oleh beberapa pejuang muda negara dengan kemenangan bergaya Malaysia ke atas Myanmar 3-1..rasanya belum terlewat utk aku ucapkan tahniah kepada pemain2 Malaysia serta penyokong dan rakyat MAlaysia kerana komitmen serta semangat sayangkan negara yang tak berbelah bagi..sebernarnya game tu bukan berprestij sangat pun..sukan sea lg org pandang..tp atas nama bola sepak ni menyatukan rakyat Malaysia tak kira bangsa dan agama..masing2 mahukan kemenangan buat Malaysia tanah air yang tercinta..tak mahu lagi maruah negara dicalar dan dipersendakan lg sepertimana yg diterima dalam asia cup baru ni...kekalahan asia cup aritu membuatkan org marah, hilang pertimbangan, sampai ada yg nak bakar Jalur Gemilang..juga kekalahan tu juga mengajar kita menjadi rakyat derhaka..kerabat diraja turut dimaki hamun atas kegagalan dalam perlawanan tersebut...sampai camtu impak kekalahan MAlaysia..tp bilamana Malaysia menang ja seluruh rakyat Malaysia yang cintakan permainan bola sepak dan sayangkan Malaysia meraikan kemenangan tersebut..walaupun suasana kegembiraan serta semangat tersebut tak sama seperti menyambut kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 tp kemenangan tersebut membuatkan kita berbangga serta mendabik dada..Proud To Be Malaysian..tp apa pun bukannya game tu sangat yang nak dipuji tp semangat perjuangan yang ditunjukkan oleh wakil2 Malaysia membuatkan kita boleh berasa megah dengan kejayaan kita sendiri sebab semangat yang dipamerkan itu mewakili semangat orang Malaysia sebenarnya..berjuang hingga titisan yang terakhir dalam apa jua yg kita buat..samala dengang kita buat ternakan..(hahah nak selit jugak)
adoi cam takdak cerita lain..bukan apa..relaks2 sikit sebab pasni banyak info, produk serta macam2 cerita dr kelian farm akan dilampirkan selepas ini..selain tu blog kelian farm ni juga macam suram sebab tuan punya blog ni masih tercari2 idea yang sesuai utk menjadikan blog ini ceria dan interaktif..sapa2 ada idea dan kepakaran bolehla mintak tolong ajarkan..abag halim tolooongg..hahaha..tp apapun isi serta maklumat itu yang penting utk dikongsi bersama..harap maklumat yang disampaikan sedikit sebanyak dapat membantu dalam mepertingkatkan pengetahuan dalam bidang penternakan khasnya dan bidang2 lain amnya (termasuk bola..haha)sekian..
Cakar kambing oleh Kuli Ladang waktu kambing jalan-jalan pada jam 7:25 AM 0 orang mencari kambing
Pecahan cerita kambing: Kelian Farm's Story
02 September 2007
Selamat Hari Merdeka-50
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yg ke-50 kepada semua pelawat2 di kelian farm..Semoga kemerdekaan ini yang dikecapi ini dapat dipertahankan oleh kita semua..dan semoga kebahaggan serta kesejahteraan yang dikecapi ini akan berkekalan selamanya..amin
Cakar kambing oleh Kuli Ladang waktu kambing jalan-jalan pada jam 7:54 AM 0 orang mencari kambing
Pecahan cerita kambing: Info Penternakan
26 August 2007
Projek Orang Kaya...
Ternakan kambing..mendengar saja projek ternakan kambing ni pastinya terbayangkan kandang yang besar (25 x 50, 30 x 80 dll) dan tinggi, kambing boer, jamnapari, kawasan luas dan tentu sekali melibatkan kos berpuluh2 ribu malah ratus ribu yang perlu utk membagunkan projek kambing..jadi kalo yg ada simpanan sikit2 tu tak boleh bela ka???ternakan ni utk org2 yang kaya2 saja ka??
Cakar kambing oleh Kuli Ladang waktu kambing jalan-jalan pada jam 7:12 AM 0 orang mencari kambing
Pecahan cerita kambing: Isu Penternakan
21 August 2007
proposal projek kelian farm
td aku siapkan lg poposal pojek ternakan kelian farm aku ni utk kesekian kalinya..dah berapa sekian pon aku dah tak ingat tp lebih jugak la 10 buah..kali ni utk bank petanian pulak..ntah ape pulak jawapan yg bakal kelian farm dengaq lagi setelah satu satu permohonan kami ntah..takde jawapan, repon, feedback dan tak berkesudahan..harap kali ni ade la jugak hasilnya..masa potostat poposal td tergerak ati aku utk kira balik perbelanjaan aku utk segala pemohonan pembiayaan yg pernah aku buat..masuk duit potostat, print, minyak, duit topup (tepon pegawai utk dapatkan feedbak, foloup dll..kalo takde foloup mmg tah ke mana aku punya poposal tu..nak harap depa tepon..huhhh) ade la kat RM300..nak sama dengan aku punya perbelanjaan kos operasi bulanan aku..jawapan..hampeh setakat ni..suma pegawai yang berkenaan suma aku kasi by hand punya..dr pjbat haiwan, mara, sampai ke tan sri muhyidin yasin (sampai kena kepung la aku ngan jpa3 la)..rasa macam buang masa dan tenaga aku ja selama ni atas poposal ni.
sekarang ni banyak betui dengaq pasai bantuan sana, bantuan sini, org nak bg tu, nak bg ni, duit sana duit sini macam2 la..sebenarnya aku tak kesah sangat pasal dapat ke tak bantuan2 sebegini..ada rezki ada la..bergantung la kita mampu tara mana..kita buat la yg mana kita mampu..bukan perlu nak terus buat besar dan grand..mcm poposal aku tu, benda dah ada (aku punya cash flow sendiri bikin) antaq je la..tp aku terkilan..jwpn aku terima sering mengecewakan..baru ni mara rejek aku punya poposal sebab aku punya kambing jual murah daripada bapak dan ibu kambing yang aku beli buat baka..(issykk..takkan kalo kita jual ayaq soya lebih dari harga mesin soya tu sendiri..).lain2 rejek sebab isu yang remeh..takde pun pasal akaun ke, perancangan ke..sampai aku bg ubat banyak mana pun jadi isu utk rejek ketas keje aku..haram kandang aku pun tak penah mai..kalo tak nak kasi, tak nak tolong tak kisah..sekurang2 tolong respek segala usaha dan penat aku..tak tau tanya..jgn dok buat pandai dan nilai sdr..memangla ketas keja aku simpel ja dan tak tebal sampai 500 ms cam konsultan2 dorang buat tp aku paham apa yang aku buat..ni pakai konsultan buat pastu submit..pastu pakat2 takjub wah ketas keja ko bagos la, hebat la, tak penah aku jumpa ketas keja setebal ni..tp dr mula submit sampai ke org yg tandatangan utk kelulusan pinjaman tah paham ke tk apa benda yg ditulis tu..konsultan tu sdr pun mungkin tak tau apa benda yg dia tulis..janji masuk
tahlah..aku rasa isu sebegini bukan saja kena kat batang idung aku..mungkin ramai jugak yg penah kena..aku tak kelapaq sangat dan kebuloq sangat, dambakan sangat bantuan2 begini..aku buat je apa yang ada..insyaallah kalo rezki aku takde sapa yang boleh halang..sekat mcm mana pon tuhan maha adil lagi maha penyayang..cuma aku harap yg berkenaan..tuluslah kalo buat kerja..aku bukan mintak dipuji, dihormati ke ape2 la yang mendatangkan ujub dalam diri aku..cuma mintak segala yg aku buat ni DIHARGAI walaupun tak dapat apa yang dihajati kerana sememangnya tu bukan rezki aku lagi..end..(mungkin ada yang tak paham apa yang aku tulih dengan ayat2 berbelit aku ni..haha..)
Cakar kambing oleh Kuli Ladang waktu kambing jalan-jalan pada jam 7:19 AM 2 orang mencari kambing
Pecahan cerita kambing: Isu Penternakan
07 August 2007
bz,bz,bz
Minggu ni bz sikit dari minggu biasa..member aku nazrol@minai dah tak keja dah kat kandang kelian farm..dah dapat keja kat sony..jd engineer kat sana..(hahaha dari jaga kambing terus dapat engineer).jadi takdakla org nak bagi makan kambing2 ni..so kenala aku take over kerja2 kuli balik yg dah lama tak buat..kambing2 dah macam mogok dah bila rumput ngan dedak tu aku yang bagi..slow2 je dia makan..taktau la dia mogok ke sopan depan aku..dulu masa minai ni ada rakus je dia makan rumput2 tuh..anyway tq minai..good luck with ur new job..kambing2 kat sini mesti miss dengan hang punya bebel kat depa tu..haha..tp jgn buat kilang sony tu macam kat kandang plak..
minggu ni jugak aku sibuk buat pogram kasi kat anak2 kambing aku..tujuan kasi ni utk mengelakkan anak2 ni bila dah besar nanti bagi benih kat mak kakak dorang plak..ni kiranya pogram perancangan keluarga kambing la..hahah..secondly aku nak tengok samada betul atau tidak org cakap kalau kasi ni kambing boleh naik 2 atau 3 kali ganda..betul tak kita tengok dulu..kalo betul buleh la dijadikan sebagai pogram utk anak2 kambing bagi tujuan jualan daging ni..baru lebih sikit keuntungan dia daripada jual ternakan yang tak dikasi ni.
Cerita sikit bab pogram kasi kambing aku ni..first aku nak ucapkan terima kasih dekat Mr. Tan, penolong pegawai JPH Baling kerana sudi datang melawat kandang dan buat pogram ni..aku select anak2 kambing aku dalam 4-6 bulan yang mana aku tak mau jadikan baka utk dikasi..pogram kasi ni menggunakan alat yang dikenali sebagai burdizzo..alat dia macam..alah lupa lak apa nama alat serupa dengan burdizzo ni tp lebih kurang playar la.burdizo ni dikapit di pangkal zakar kambing tersebu..ini bertujuan utk memutuskan urat di dalam zakar tersebut putus..Ia dibiarkan kapit selama 5-6 saat bagi memastikan urat zakar tersebut putus.Sebelum tu kambing tersebut disuntik dengan ubat kebas di zakarnya agar kambing tu takla sakit sangat..selepas tu sembur tempat yg dikasi tu dengan iodine ke ubat semburan luka ka bagi pencegahan daripada bakteria di tempat luka tersebut..
Daripada pemerhatian aku, lepas kasi tu agak seminggu jugak la kambing2 tu slow sikit time makan, main2 dan sebagainyala yg biasa dorang buat..tp Mr Tan cakap ini normal bagi kambing2 ni utk lega dari sakit dan stress serta nak biasakan diri dengan keadaan baru dia tu..kasi ni elok dibuat dari umur kambing tu 4-6 bulan kerana tempoh tersebut merupakan tempoh pembesaran kambing yang agak tinggi..yg tua2 ni menurut Mr. Tan boleh jugak kasi tp kadar kenaikkan tak tinggi mana dah..dan tak ekonomik..takmau pakai jantan tu kasi sembelih je utk kekah ke kenduri ke dan mcm2 lg
Kasi ni ada beberapa cara..yang tradisional pakai getah pun boleh buat tp aku tak xpert lg..kaedah burdizo ni aku boleh buat sendiri.senang ja tp heheh..aku tak cukup kuat nak kapit zakar budak2 tu..kesian jugak aku tengok tp nak wat camna..pengurusan kambing kena jaga jugak jgn sampai induk kita beli dekat RM1000 last2 kawin ngan jantan RM500 je..tak ke rugi..
minggu ni jugak sibuk tgh riki ladang kelapa sawit utk nak pajak daun kelapa sawit bila time bulan poasa ni..nampak gaya kat utara sekarang mcm nak kemarau..kalo kemarau komfem rumput lambat naik dan tak besar..nak pakai sprinkler hohoho...berapa banyak modal tuh..so kena la ada backup plan utk makanan kambing ni..takut abis je rumput last2 hantam dedak je..ooo letih camni..minggu ni bz sikit dan seterusnya pun nampak gaya sama ja...uuuii bukan senang nak senang ni..end
Cakar kambing oleh Kuli Ladang waktu kambing jalan-jalan pada jam 8:36 AM 1 orang mencari kambing
Pecahan cerita kambing: Kelian Farm's Story
25 July 2007
Analisis Komersil Konsep Penternakan Kambing
kebanyakkan la ni ramai yg teruja dengan bidang penternakan ni terutama kambing la..tapi kita tau tak ke mana hala tuju kita kalo buat bidang ni..untung banyak tak?ke setakat nak sahut seruan pak lah je..jgn pakai terjun je..kena jugak buat research dlm bidang ni..apa kita nak buat..nak start dengan berapa ekoq..takut nanti mcm2 kita nak buat, last2 habuk pun takde..
ok kat atas ni saya sertakan analisis konsep penternakan yang dibuat oleh CIK NORDIN, PERFECT AGRO yang boleh dijadikan panduan bagi penternak dan juga bakal penternak konsep mana yang kita nak buat serta hala tuju bidang yg kita nak buat..(untung ke tak? banyak ke sikit?)
sory kecik sangat tak nampak..takpa double click kat gambar tu utk paparan yang lebih jelas..tu adalah sebagai panduan bagi menentukan halatuju penternakan serta analisis purata pendapatan sebulan dalam masa 10 tahun..lumayan kan..bela 5 ekor pun buleh buat projek..tapi pesan tokwan saya "tiada jalan mudah untuk mudah dan tak susah mana pun utk susah"so fikir2 kan..
Cakar kambing oleh Kuli Ladang waktu kambing jalan-jalan pada jam 7:53 AM 0 orang mencari kambing
Pecahan cerita kambing: Info Penternakan
Perjumpaan Dengan Abang Halim Ulu Yam
Pada hari ahad 22hb Julai 2007, saya telah berpeluang bertemu dengan abang halim http://ladanguluyam.blogspot.com./ di kandang saya kelian farm..(tp banyak sembang kat kedai kopi makndak)..banyak ilmu serta idea yang saya perolehi hasil perbincangan dengan beliau..dari pengamatan saya, abang halim ni merupakan seorang berpandangan yang jauh dalam setiap aspek yang dibincangkan dari pasal ternakan sampai la ke bab bola..(selit2 gak sikit2)..beliau tidak lokek dalam memberikan ilmu terutama dari segi skill serta strategi pemasaran dan memberikan pandangan bagi membantu perkembangan industri ternakan kelian farm..terima kasih kerana banyak membantu saya dalam membuka ruang pemikiran saya yg masih lagi sempit dan naif dalam menghadapi cabaran idup yang makin lama rasanya makin takut kita nak hadapinya..best dapat kenal dgn abg halim..trust me..tq so much abg halim..nanti kita jumpa lg insyaallah..kim salam kat kakak..(lupa lak nak tanya nama kakak)
Cakar kambing oleh Kuli Ladang waktu kambing jalan-jalan pada jam 7:33 AM 1 orang mencari kambing
Pecahan cerita kambing: Kelian Farm's Story
11 July 2007
Promosi Kayu Murah Utk Pembinaan Kandang
Kami menawarkan promosi pembelian kayu kilang untuk pembinaan serta penyelenggaraan kandang dengan harga yang menarik serta murah
Berikut adalah beberapa jenis kayu yang biasa digunakan untuk membina kandang dan harga yang ditawarkan..
1. kayu 1 x 2 = RM 0.25 sen
2. kayu '2 x 3' = RM 1.00
dan lain-lain lagi jenis dan saiz kayu dengan harga yang menarik dan berpatutan..pembelian adalah secara pukal..
untuk maklumat lanjutdan tempahan sila hubungi
nasri
013-4001083
kelian farm,
kg carok kelian,mukim pulai
09100 Baling, Kedah
http://kelian-%20farm.blogspot./
Tunggu kemunculan pakej pembinaan kandang kambing dengan harga yang menakjubkan dr kami :)...
Cakar kambing oleh Kuli Ladang waktu kambing jalan-jalan pada jam 6:31 AM 1 orang mencari kambing
Pecahan cerita kambing: Iklan di Kelian Farm
04 July 2007
Rumput Hidroponik
Salah satu alternatif penanaman foraj untuk ternakan dengan penggunaan kawasan yang minimum yang masih lg di peringkat kajian oleh agensi berkenaan..terdapat pro dan kontra dalam kaedah ini. namun ianya adalah salah satu usaha dalam membantu memperkembangkan industri ternakan di negara kita.
Cakar kambing oleh Kuli Ladang waktu kambing jalan-jalan pada jam 6:30 AM 0 orang mencari kambing
02 July 2007
Bebiri ke Kambing, Kambing ke Bebiri?
Assalamualaikum..lama tak update info tentang ternakan..bz sikit..(padahal tak pandai pun bab it maiti ni)..ada info sikit2 insyaallah akan di üpdate"dari masa ke semasa..kali ni saya masukkan gambar2 kambing dan bebiri utk kita sama2 perati perbezaan di antara bebiri dan kambing..bebiri yang ditunjukkan adalah jenis baka hair sheep yg kalo lihat sekali imbas nampak lebih kurang kambing ja..
Black Belly
Cakar kambing oleh Kuli Ladang waktu kambing jalan-jalan pada jam 7:09 AM 0 orang mencari kambing
13 June 2007
Kambing Murah Member Aku
Cakar kambing oleh Kuli Ladang waktu kambing jalan-jalan pada jam 5:55 AM 0 orang mencari kambing
Pecahan cerita kambing: Kelian Farm's Story
05 June 2007
Panduan Penggunaan Tanah Untuk Projek Ternakan Kambing
Assalamualaikum..lama tak update blog. bz sikit dengan kambing-kambing kebelakangan ni. yang sakit, yang beranak, yang mogok lapar, pastu yang nak kawin..biasala tgh cuti sekolah masa ni la banyak kenduri kawin..
kat atas ni adalah panduan kepada penternak terutamanya yang baru bercadang baru nak mulakan penternakan kambing. panduan kat atas ni adalah panduan untuk pembahagian tanah untuk memulakan projek penternakan..boleh dijadikan rujukan utk bajet berapa pembahagian tanah utk kandang, rumput, berapa ekor kambing boleh masuk dan sebagainya..tp ini adalah sebagai panduan asas.terpulang kepada modal serta kemampuan yang kita ada..
setakat ni dulu..lambat sikit update sebab guna komputer ni pun tak berapa pandai lg..Insyaallah akan update lagi infomasi serta maklumat yang berkaitan ternakan utk ke depan..sekian..
sory kalo gambar kecik..tak reti ejas dah utk besarkan..tula dulu org suro belajar malas..sekarang org dah dah sampai ke mana,kita baru nak pakai kasut nak bejalan2..tp nak jugak ikut org..kan dah menyusahkan org lain jugak kena tunggu kita..
Cakar kambing oleh Kuli Ladang waktu kambing jalan-jalan pada jam 7:10 AM 0 orang mencari kambing
14 May 2007
Perasmian Kandang Maya Kelian Farm
Dengan wujudnya blog ini maka secara rasminya kandang maya Kelian Farm dilancarkan. Diharapkan dengan kewujudan blog ini dapat menambahkan input serta pengetahuan kepada semua mengenai dunia ternakan serta menjalinkan hubungan persahabatan dan juga perniagaan antara kita semua
Cakar kambing oleh Kuli Ladang waktu kambing jalan-jalan pada jam 7:17 AM 1 orang mencari kambing