Yang Melawat Kambing2 di Kandang~~

28 August 2020

Kelian Farm - Ladang Kambing untuk 1 Malaysia

Dalam kerancakan suasana sekarang dalam industri penternakan kambing, banyak ladang serta penternak muncul untuk membangunkan industri penternakan yang sudah lama ditinggalkan. Kelian Farm yang terletak di utara semenanjung juga wujud untuk sama-sama memeriahkan industri ini. Kewujudan Kelian Farm bukanlah dalam bentuk persaingan kepada ladang-ladang serta penternak-penternak yang sedia ada tetapi lebih kepada membantu dalam meningkatkan pengeluaran daging kambing dalam negara yang masih lagi kekurangan daging kambing tempatan.

Ladang ini memulakan operasinya kira-kira setengah tahun yang lepas dan lebih kepada proses pembelajaran dalam bidang penternakan. Ia merupakan projek usaha keluarga dengan penglibatan ahli-ahli keluarga terlibat dalam pengurusan, perancangan hinggalah kerja harian seperti pemberian makanan dan sebagainya.

Dengan kemahiran serta pengalaman yang diperolehi, kini Kelian Farm memulakan operasinya dengan operasi ternakan berkonsepkan penternakan kambing Boer secara komersil

Kelian Farm juga menawarkan perkhidmatan jualan dan belian kambing baka, korban, aqiqah, serta perkhidmatan jualan makanan serta ubat-ubatan ternakan dengan harga yang berpatutan.

Dengan wujudnya blog sebegini diharapkan dapat membantu kami, penternak-penternak, bakal penternak serta yang berminat dalam menambahkan serta berkongsi pengetahuan dan maklumat dalam bidang penternakan ini di samping mewujudkan hubungan penternakan dan juga merapatkan ukhwah sesama kita..wassalam


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Kelian Farm,
Kg. Carok Kelian,
Mukim Pulai, 09100 Baling,
Kedah.
013-4001083 (Nasri)

12 June 2013

Pengumuman Penting Dari Kelian Farm..(pentinglaa sangat)

Pengumuman Penting....


Buat masa sekarang hampa semua boleh menghubungi saya di nombor 01119557924 ..Buat masa la nombor 0134001083 dan 0174407721 direhatkan sekejap..sekian terima kasih..Nombor baru ni ada Waasappp..hahaha dah maju ke depan dah kelian Farm ni dalam pengaplikasian teknologi terkini..Wee Chat ja aku tak letak sebab melaghoo sangat..Ehh ada..tapi malas nak main..(main tuu..ahahah)..Sekian post kali ini..Haaa kalo dok buat post post pendek gini kan syok..bersemangat siket nak udpate selalau..(berangan..hahaha)

23 April 2013

Ayam Kampung di Kelian Farm

Salammm...

Kan aku dah kata aku makin liat nak update....haha..biasa la daging tua memang la makin lama makin liat...(Cukup perenggan pertama aku ni..ringkas betoi hahha)..

Kali ni aku nak cerita pasai ayam kampung plak..Tapi sebenaqnya aku nak cerita apa yang aku buat dan hampa boleh bagi pengalaman dan pandangan hampaa kat aku sebab aku pon baru dalam bidang ni..Sebab la ni aku dah stat buat pojek ayam kampung...Mula dengan sikit sikit dulu...50 ekoq dulu lebih kurang....masa beli tu pak aku aka bos besaq Kelian Farm beli kat pasar tani dengan harga RM 1.80...siap free 2,3 ekoq lagi...hahaha..mana nak dapat harga tuu...Tapi ayam tu campoq campoq belaka laa...ayam kampung kacuk baka rr ntah...dengan ada juga 4,5 ekoq baka ayam korea ka apa hat rambut sejemput ja atas kepala tu..ada yang panggil ayam moden ka bodeng..tak tau la..sesah jaa....

Mula mula tu aku pening gak nak bela sebab tak tau cara yang "sistematik" bagai ni..so aku pon mengugel gugel la kat dalam internet ni untuk mendapatkan maklumat pasai ayam kampung ni..ada la 2,3 kaedah yang aku dapat...bagi tu bagi ni buat tu buat ni...cantik semua yang nak kena buat tu dan buat ni tu aku takdan nak buat sebab ayam dah masuk tapi prepare takdak langsung..ahhh bedal ja lah..gunalah mana yang ada...

Untuk anak ayam kampung hari mula beli..aku tempatkan dalam kotak dengan sangkar ayam yang memang ada kat rumah aku..bagi depa dok dalam seminggu..tapi aku tak letak pon lampu pemanas bagi kat depa malam malam seperti yang ramai penternak lain dok amal..untuk pemanasan dan mengurangkan serangga dan nyamuk..Alhamdulillah tak ada banyak masalah dan yang mati pon memang yang bermasalah dari mula dan juga dipijak..rasanya seekor ja kot yang mati...

Lepas sebulan aku ubah depa pi dok kat kandang ayam lama aku kerana makin besaq dan tak muat dah dengan reban yang ada...Selama sebulan setengah jugak la aku simpan dalam reban camni..Makanan aku bagi dedak ayam secara total pada peringkat ni..ada la sikit campoq dengan dedak gandum dan beras nasi tak habis..

Lepas sebulan setengah aku pindahkan ke kandang ayam di Kelian farm..kandang tu asalnya kandang kambing yang lama yang aku ubahsuai jadi reban ayam memandangkan kambing yang aku bela pon dah tak banyak..mulanya aku bagi dedak sahaja dalam 2 minggu tu..Tapi memandangkan kos makanan semakin meningkat dan aku berpendapat kalau diteruskan dengan cara pemberian dedak ni, kemungkinan untung jualan ayam nanti terlalu sikit dan mungkin tidak balik modal..Aku mencuba makanan sisa makanan asrama sebagai makanan tambahan..Pada mulanya aku rasa cuak jugak sebab ramai yang kata bagi makan sisa asrama atau kantin ni tak bagus..badan tak naik, tak sihat, penyakit macam macam..kerja pulak kena ghenyah sikit cam kena cuci la, basuh dulu la, pilih makanan la..macam macam..since aku pon dalam ujikaji try cuba dan tengok ja...aku malas nak amik pendekatan yang susah sangat..so aku amik sisa makanan asrama tu dan bagi ja semua kat ayam tanpa pilih, basuh dan sebagainya yang agak susah...Ayam ayam tu makan hatta darah daging dia sendiri pon dia makan..hahha..

Memandangkan sisa makanan yang banyak aku amik pendekatan tak bagi dedak dah...dalam masa yang sama, aku juga mendapati berat depa juga naik dengan mendadak..sampai aku tak sedaq depa naik terlebih berat badan dalam masa yang singkat ja...Kiranya dalam masa 3 bulan tu secara purata ayam ayam aku mencecah 2 kg ke atas..satu berat yang agak tinggi tapi agak susah untuk jual memandangkan harganya agak tinggi di pasaran..Nasib baik aku ada seorang brader lama buat ayam kampung ni dan tolong pasarkannya dengan harga RM9 sekilo timbang hidup...

Jadi percubaan pertama aku untuk ayam kampung kacukan ni kiranya agak berjaya..Dari segi kos yang pada awalnya agak tinggi dapat dikurangkan dengan pemberian makanan percuma dari sisa makanan asrama...Untuk jualan yang merupakan faktor utama penternakan ayam kampung ni aku bernasib baik kerana dibantu oleh pasaran yang sedia ada oleh kenalan penternak yang ada di kawasan sekitar..kalau tak agak meraba jugak la nak menjual ayam ni buat permulaan ni..

Untuk kemasukan yang seterusnya aku dah masuk 100 ekor..dengan pengalaman yang ada kami upgrade sikit cara penternakan..Nak cerita next post kot..post hatni pon aku amik kat sebulan nak taip..hahaha...kira rajin la..nak banding dengan geng aku hat buat blog ni dah bopa orang ja..wah masih nak membangga diri..haha babai..

alamak takleh nak upload gambaq laa...nanti aku masukkan ok...henset koman..camni laa.. apa apa pon jom layan barca ngan bayern dulu time nii








18 February 2013

Selamat Menyambut Tahun Baru Nak Tulis Balik,,,,

Salamm....

What d story mory....dah lama tak tengok kandang ni..berabok beruban dah...Tapi owner dia tetap menten rambut hitam walaupun baru (sudah) masuk 3 series tahun ni...aihhh muda lagii..(dok tak sedaq diri gitu sampai la..tu hat tak menikah2 lagi tu..)...hambuh sikit debu debu kat sini..Fuuhhhh...

Sudah masuk tahun baru maa...so sudah berapa tahun r aku buat projek kambing ni..haiissh agak lama jugak la...Kalau ikut dari perhitungan awai dalam cash flow aku dulu..aku dah SEPARA JUTAWAN dah ni..ahahahaha....Betoinya tak sampai lagi pon..sikit pon dak...tapi jangan silap..ni bukan silap projek tu tadak untung..tapi plan kita kadang kadang tak jadi apa yang kita nak..Biasalaa adat meniaga...Kalau kita tak belajaq dari kesilapan orang..Kita belajaq dari pengalaman sendiri..Pengalaman tu mahai..tu sebab kadang kadang kita lupa nak masukkan kos pengalaman tu dalam cash flow kita..mybe unjuran tu akan naik sepuluh tahun lagi..hahaha

Apa cerita geng breeding...Kat tempat aku dia macam ada pogram berpusing pusing dah..hat satu bunkuih hat lain plak naik...hat menten tak ramai sangat...tapi boleh lagi survive malah ada yang even better dari dulu..OK laa.. dari dok takuk lama....Tapi yang menten ramai dah beralih banyak kepada trading ja..kalo bela pon habuan sambil menyambil seronok nak bela baby kambing..tapi kuantiti yang sikit la..Tapi kot mana pon nak kena cari kat orang jugak..kat geng breeding jugak..tapi dah semua nak trading, sapa nak supply...dulu boleh la pakat pakat belagak Ausie la, Siam la, Indon la...la ni haahhhhhhaha...cari kambing cukup umoq cam cari d last dinosor on earth...teruk sangat perumpamaan tu..cam cari pookke la senang...habih masuk carok hutan cari kambing...Geng geng luaq pon tak mau masuk dah barang depa..Dengaq geng Ausie dok buat belagak pahit taik idung masin dok kawai depa punya kambing masuk kat Malaya ni...hamboihh...sampai nak sembelih pon ikut spek depa...depa tak penah makan sepak kot..ahahah..geram niii..

Emm satgi ada yang tanya pasai apa bunkuih...Faktor utama dia KOS TINGGI...hat len pikiaq sendiri la..haha sempoi dak perenggan ni aku buat sikit ja...pasai kos tinggi tu nanti la kita hurai kot lain..Bila?..tak janji..since aku dah berasa tua nak buat macam macam ni, so segala macam jin pemalas semua dok bedamping kat bahu aku ni..

Kalo kambing payah, kenapa tak tukaq alternatif lain...Mungkin dengan menternak biri-biri lagi untung kot...senang jual..macam tempat aku lebih kepada jualan aqiqah..so biri-biri ni kalau ikutnya cantik untuk bela sebab bela dalam setahun ja dah boleh buat kekah cukup umoq...Tapii..haa mesti ada tapii..kat tempat aku ni orang dia lain macam sikit..bukan maksud aku lain cam hidung kat dagu ka..lutut kat dahi ka..dakkk...lain dia depa tak mau biri biri ni..depa lebih prefer lembu or kambing..kalo kambing ni lagi baguih..lagi mujarab cam kata Re masa dia jadi tok bomoh cerita DO RE MI..lagi cantik kambinh hitam...hahahaha...macam macam..kalo biri biri ni depa tak mau sebab dia kadang kadang tak masuk akai pon...kacuk anjing, ekoq panjang, hat bulu tebai tak mau hat bulu tadak tak mau,..haish..nak kena kempen lagi kuat ni...cer buat makan biri biri golek kenuri free tengok..ada hat kata cam anjing tu amik 2,3 paha..hahaha

So far aku pon setakat ni lebih tumpu kepada trading..Since aku pon ada bukak bisnes kecik hat lain dan tadak sangkut paut ngan kambing, aku kena la bagi masa tu molek molek...kalo breeding cam dulu memang tak terligan aku nak buat..Bela ada jugak tapi tak banyak..Banyak benda kat kandang ni terbantut sikit dia punya perancangan sebab otak aku pon ada satu ja nak mikir  dan tangan Alhamdulillah aku bersyukur ada dua tangan walaupun bila kerja dok bayang kalo ada tangan cam sotong kurita kan syok..jenih manusia bukan puas dengan hat ada..

Jadi kot setakat ni aku merapu..Tahun baru, umoq pon dah start suku abad ni kena la slow sikit benda benda online gini..kena banyak dok kedai kopi dah la ni belagak cam orang tua..Online ni menyambil nyambil ja habuan dok cari jodoh dalam online gak mana tau kot kot kena..hahahha...haa dah start merapu..Ok jumpa lagi..Semoga tahun ni tahun yang sukses untuk geng geng penternak..Amin..(haha rilex ja buat entry merapu so tak yah la dok pikiaq panjang panjang nak mengarang kat sini..hahaha..sori)

04 September 2012

Politik Kambing vs Politik Malaysia..

Salaammmmm...

Tuu dia mau sembang bab politik pulak dahhh...Orang lain kalut aku pon nak kalut gak sembang...Ingat aku tak tau ka..Hahah..

Semenjak menjak ni bahang pilihanraya dah makin panas panas manja gitu..Semua benda mesti nak kait kaut ngan politik..Makan pon kena tempias politik..minum pon kena..tidoq pon kena..pi tandas pon kena..serba serbi kena..kadang kadang aku rasa manusia tak boleh nak buat benda benda asasi yang pelik sikit mesti teruss kena tempiasnyaa..Tak kira belah kerajaan ataupun pembangkang..Tapi 2,3 minggu ni memang isu yang kelauq agak panas, sensitif, serta agak kontroversi....Soqkabaq, Intenet, Tibi, radio, twiter, pesbuuk..kalo tak sembang bab politik tak sooohh...Aku rasa Malaysia adalah negara yang keseluruhan iklim sepanjang tahun adalah beriklim politik..Dan aku rasa budaya atau Typical Malaysia adalah budaya politik (bukan berpolitik..)..Aku ingat negara hat mempunyai pergolakan politik cam selatan Thai pon tak sembang bab politik hari hari..

Apapun jangan bimbang..post kali ni bukan aku nak sembang sokong sapa hantam sapa..(aku dah jemu dah sembang bab budaya politik ni..tak ke mana poon..)..Tapi aku nak sembang yang masa ni lah masa kaw kaw punya mintak bantuan, sumbangan, peruntukkan kat geng geng hat nak jadi calon or parti hat nak bertanding tu..kalo geng geng bela kambing lembu ni masa nilah nak mintak mesin chopper ka, pagaq cyclone ka, even kambing atau lembu pon Insyaallah depa akan tulun..Pedulikan sangat  kalo dapat nak kredit cam amik gambaq ka masuk paper ka walau kita tak berasa seronok, balunn ja..Ramai gak penternak penternak yang dapat masa mintak time time emas camni..Kita pi ja pejabat depa..Buat kalot sikit dalam pejabat..dengan bawak fail, dokumen, gambaq..sembang bagi kemaih sikit cam nak mintak tender pojek....Jack jack (ampu) sikit lebih kurang...Ugut sikit kalo depa buat payah kata sat tak dapat undi kami koott..insyaallah pojek hampa akan naik sebagai pojek anak ankat..(untuk tempoh masa yang sat la..pas habih PRU ni jangan la dok harap sangat..hahha)

Dengaq kata depa ni pon banyak gak dana..Dana luaq la dana dalam la..biasa la habuan depa ni pon adasat gak la kalau menang..Aku nak manyeru pada member member penternak khasnya untuk guna peluang peluang emas ni untuk mohon..mana la tau kot kot rezki kita Allah tetapkan kat situ mana kita nak tau asalkan halal...Tak kira la mana mana pihak pon..Time nak pankah ikut hampa la..itu hak masing masing..Sokong pilah parti mana pon sebab kita punya alasan masing masing  daripada apa yang kita fikirkan yang terbaik..

Aku sendiri sembang tapi aku sendiri pon tak try lagi..Ingat nak buat gak r muka sekupang nak pi mintak kat dato Azeez ngan Cikgu Joe..(Dr Mashitah, Ustaz Taib Azamuddin pon bole gak kot..)..hahaha..tapi kalo depa soh jabatan Haiwan bagi haha kim salam laa aku nak amik..(Belagak gila aku..)..pasai pa aku tak mau terima dari depa ni..haha ni bekait ngan surat aduan aku dulu..nanti r aku cerita apa yang depa buat pas aku sound Pengarah Jabatan Hewan ni..

Jadi gunakanlah masa emas ni dengan sebaik baiknya...Selamat beramal..Hahaha


29 August 2012

Dah jadi Jutawan Kambing?????

Salam Penternakan...


Lama tak tulih kat sini..baru-baru ni blog aku ni tak boleh nak log in..pasai pa pon tak tau la..keje tenet menenet ni memang la aku kurang arif..Ka geng geng JPV hack aku punya blog pasai aku kacau depa dulu??..Hahahha..Melawak ja..Depa ni baguihh..

Untuk 1st entry pas bopa lama aku tak tulih, aku memang banyak penda nak sembang kat sini...Tapi nak sembang la..Kalo kena tulih ni yang lemah skekk...Papapun bagi yang mengikuti perkembangan blog aku dari tahun 200 err ntah tak ingat..Tapi lama gak la..Camna hampa punya pogress dalam bidang ni..Hampa dok baca-baca cari maklumat lagi ka...atau dah start dengan keazaman yang membara ka, dah tinggai lagi RM2 5 kupang lagi nak cukup jutawan ka..Ka kandang dah jadi bangkai dah??..Hahah..Apapapun apa jua tindakan yang hampa amik, aku yakin itu adalah keputusan yang terbaik yang hampa ambik dan supaya Allah memberkati setiap usaha yang kita lakukan dan dipermudahkan jalan..

Sebut pasai jutawan..secara khususnya Jutawan Ternakan..lagi khususoon..Jutawan Kambing...Geng geng otai ternak kambing hampa dah sampai tahap mana??..Berapa ramai dah jutawan??..Hat ni la maklumat yang aku jarang (rasanya tak pernah kot) dengaq..Yang banyak dengaq projek bunkuiihh...Tak kira la projek Dato ka, Datin ka, Yb, ka Tokwan ka,..hat ni banyak..yang dok bunyi serender pon banyak..Kalau ikut dari segi stage atau tahap ni, patutnya ramai antara kita dah ada yg Mr Encik Juta Juta..kalau 5,6 tahun dok dalam bidang ni patutnya dah sedap dah..Tapi geng geng ni kalau jadi Encik Juta Juta ni bukan nak cerita kat orang pon..dok buat senyap ja..hat dok cerita depa kaya juta juta ni hat geng geng MLM, geng laboq laboq duit, geng gila pangkat ja..geng hat betoi betoi ka tadak dok cerita kat orang aih..nak bg orang serbu..hahah..

Aku rasa ada antara kita yg dah sampai tahap tu dalam geng ternak ni..Tapi aku tak rasa kekayaan depa ni mai secara direct dari penternakan semata secara tepatnya breeding la..maybe depa lebih kepada trading atau terjun dalam industri hiliran cam katering kambing, restoren dan produk2 berasaskan ternakan..sebab dari pengalaman aku yang tak sebarapa ni, bidang breeding ni susah skit untuk maju disebabkan kekurangan makanan dan kawasan, harga makanan yang melambung, tumbesaran ternakan tak sama cam tempat asai depa..(boer Malaya payah nak sama besaq ngan boer Ausie) dan yang penting dan yang aku takkan tinggai untuk blame ialah Kurang pemantauan dari jabatan haiwan tu sendri..hahahaha..(marah betoi hang ngan jabatan hewan noo..)

Ooo..lupa..ada geng kita hat jutawan dah..nak tengok hampa pi la kat Kg Pelet, tasek Gelugoq Seberang perai Penang www.puncakmutiara.com ..situ ada la jutawan ternak kambing..tak silap aku ladang dia Mutiara Farm kot..Tapi kaa..tempat dia bukan sebarang kandang..restoren la..tapi best la dia renovate dari kandang jadi restoren..memang best tempat tu..kambing pon depa buat lagi tp aku rasanya sebagai display ja la..sebab bila betoi2 oder makan kambing dia aku rasa kambing frozen gak..tapi memang sedap..cuba la try..dan cuba la p tengok..

Aku...??..emhh..dok tara tu la..tadak perkembangan apa pon..naik turun naik turun..sama ngan berat badan aku gak la...still dok bela lagi tapi lebih pada trading ja..Tapi trading pon payah gak la ni..harga ternak kian dahshat..harga dedak dah memang gila kerbau pendek  dasat dari dulu lagi..kadang kadang leh juai harga modai lebih sikit ja..tadak dah nak buat mewah cam dulu..(JPV kambing tak cukup nii...hampa lena dok main intenet kaaa...??)..silap silap mau pupus kambing ngan lembu ni kat malaysia..

Woke dulu kott..aku memang suka sembang tapi kalo bab tulih menulih ni..haramm laa..tapi ingat nak tulih-tulih lagi walaupun sikit..bagi semangat isim keja tu mai balik..Bai de weyy..tak lambat rasanya untuk aku ucap Selamat hari raya dan maaf zahir batin untuk semua hat masuk dalam blog aku ni..terima kasih kerana masih setia dok usha walaupun tak seganas dulu punya..dan terima kasih juga atas sokongan hampa yang diluahkan ataupun hanya membaca ja..dan tak terlalu awai kot untuk ucap Selamat Hari Merdeka untuk semua..dalam hal hal menyambut hari camni, aku rasa sentimen politik, perkauman, pemahaman, ideologi dan seumpamanya ketepikan dulu..bersatu untuk merasai nikmat kemerdekaan Malaysia ni..

28 August 2012

test

test test..aritu lama tak masuk

14 January 2012

hhhhg

07 November 2011

Sakit kepala layan Masalah

Salam...Lama tak tulih..nak mintak maap pon berbuih dah sebelum ni..sama ja la takdak perubahan mintak maap buat lagi, mintak maap buat lagi..lantak la kot..Asalkan aku tulih ni tak banyak mengguris banyak pihak..(Ada la skit2 kot)..hahaha...Tapi rasanya tak salah la mintak maap..mintak maap la nooooooooooooooooooooooo....

Sakit kepala...Banyak perkara yang berlaku di kandang sebelum sebelum ni membuatkan kepala disakiti dan juga dipeningi..Adoiii yaii..Masalah kesihatan, pengurusan, ekonomi, rumahtangga (yg ni takdak lagi..) cam cam la...Lagi best bilamana kita cuba merungkai permasalahan tersebut, lagi masalah tu terbelit tersimpoi..Huuh..Orang kata suma tu cobaan....Aku plak kata suma tu err cobaan la kot..

So dikemetotkan cerita aku cuba menyalahkan Jabatan haiwan Daerah Baling atas masalah masalah yang berlaku..Biasa laaa idup mesti ada kambing itam bila ada masalah..Hahaha..Aku pun tak pasti samada menyalahkan mereka dalam hal ni satu benda yang wajib, keperluan, ataupun tindakan yang kurang bijak tapi tak sampai lagi la tahap bodoh bangang..Kat sini aku boh emel2 yang aku antaq kat Timbalan Menteri Industri Asas Tani Dato Johari Baharom..So far ada la tindakan yang dia amik..Tq Dato

Yang ni 1st time aku antaq aduan kat dato..main2 ja aku tulih ni..ok Dato dah take note dengan suruh pegawai dia call aku


September 20, 2011 at 8:54 am  (Edit) 

Salam.. 

Yang Berbahagia Dato yang dihormati.. 
Saya merupakan lulusan siswazah IPTA dan telah menyahut seruan kerajaan dengan mengusahakan ternakan kambing di Baling, Kedah..Saya telah mengusahakan hampir 5 tahun..Apa yang saya kesalkan sepanjang tempoh tersebut pihak berwajib seperti Jabatan Perkhidmatan Vaterinar (JPV) tidak langsung membuat pemantauan apatah lagi menghulurkan bantuan yang sewajarnya kepada saya..Akibatnya saya masih lagi tidak mampu membawa projek saya ke tahap yang sepatutnya kerana banyak kelemahan serta kekurangan yang terdapat di dalam projek..Banyak tindakan saya ambil atas dasar “Try and error” dan hasilnya..banyak yang silap (error) dan saya mengalami kerugian yang agak tinggi..Saya pernah memohon bantuan dan juga permohonan pemantauan kepada JPV daerah dan negeri namun tak ada sebarang tindakan yang saya perolehi..Untuk pengetahuan Dato, bukan saya sahaja yang mengalami masalah yang sama, malah turut dirasai pengusaha-pengusaha kecil yang lain dan ada malah ramai yang telah gulung tikar..Projek penternakan ni bukannya modal yang sedikit..agak besar dan yang mengusahakannya ramai yang berpendapatan sederhana dan seperti saya tak ada pendapatan langsung semasa saya memulakan ternakan ni..Buat masa sekarang saya menghadapi masalah dengan bayaran pinjaman balik bank (SUTKS) kerana kurang hasil daripada projek dan terpaksa menelan kos yang tinggi untuk penambahbaikan akibat daripada kesilapan-kesilapan yang lalu..Saya juga menimbang untuk berhenti sementara daripada projek ini bagi mencari kerja untuk makan gaji akibat beban kewangan yang agak tinggi..namun disebabkan minat yang mendalam serta masih berharap agar projek yang dilaksanakan masih boleh maju, saya meneruskan lagi..Jadi saya berharap agar pihak Dato mengambil langkah yang sewajarnya bagi membantu menangani masalah ni..Kesudian Dato untuk berjumpa dengan pihak kami juga amat kami alukan bagi membincangkan masalah sebenar yang dihadapai oleh pihak kami terutamanya penternak2 di sekitar daerah Baling..Kalau ikutkan hati cadangan utama saya suruh tutup ja Jabatan Haiwan Baling ni..sakit ati sakit mata ja..Perabiskan duit kerajaan,,Peruntukan berjuta tapi satu sen pun tak turun kat kami ni..Tapi masih lagi ada rasa rasional dalam memberi pendapat kepada Dato..Jadi saya harap pihak Dato akan mengambil langkah sewajarnya bagi kelangsungan pogram penternakan kambing sepertimana yang telah diseru oleh kerajaan dan juga seruan kerajaan kepada sisiwazah untuk menceburi bidang penternakan..Sekian..Terima kasih atas keprihatinan dato 



Yang ni plak yang kedua aku bantai..yang hangin jugak la sebab pas aku buat aduan kat 2 minggu takdak respon dari JPV..Apa cerita bizi bebenor laa..Yang best tiada edit langsung kat aduan aku hahaha..


Salam.. 
dah seminggu aduan yang saya buat tapi masih tak berjawab..tindakan jauh sekali lah..Nampaknya aduan saya ni dah ditujukan kepada pengarah JPV..Tapi macam sama saja tindakan dengan orang bawahan dia..Tak hairan lah kalau "Bapa Borek, Anak Rintik"..Patutlah industri penternakan di Malaysia ni tak pernah maju..Dan tak akan maju sekiranya kelompok "barah organisasi" ni masih lagi ada..Mungkin pakat-pakat sibuk..sibuk dengan rumah terbuka..dan terkini sibuk dengan belanjawan 2012 ni..berapa gaji akan naik..Untung lah gaji naik..Kalau penternak rugi, jatuh muflis sebab projek lingkup, kalian peduli apa..Tak ada kena mengena pon dengan hidup kalian..Bila sampai peruntukkan dalam bidang penternakan..Belanja ikut suka..Patutlah melingkup ja duit kerajaan..Sampai lembu berpenyakit pon boleh bagi..Sibuk sangat ka JPV ni??..Apa yang sibuk sangat??..Beritahu kami projek apa yang hampa sibukkan??..Yang penting boleh sebutkan projek apa yang hampa bawa naik selama berpuluh puluh tahun ni..??..Yang ada sikit sikit pon tak terjaga, ada hati nak buat besar besar da mega mega??..Pengarah dapat Datuk..Apa sumbangan dia??..Kalau ikut hati ni macam macam lagi nak tulis..tapi yang nak tulis tu lagi tak sedap nak baca..Beginilah..JPV kena ingat..tak ada penternak..jawatan, Datuk, kenaikkan gaji dan macam macam lagi tak ada dalam kamus kalian..Tapi kami para penternak tak ada masalah sekiranya JPV tak wujud pon..Biasalah kalau masalah penternakan tu wujud tapi tak ada la sakit hati kalo yang diwujudkan tu untuk tolong tapi macam tak ada ja..senang kata..JPV tu wujud dengan wujudnya penternak tu sendiri, tapi kami tak perlukan JPV untuk wujud..Tapi kalau berasakan JPV tu masih relevan..buat kerja secara ikhlas dan amanah..Fikirkan rezki yang diperolehi itu mana sumbernya..Kalau rezki tu diperolehi dengan berkeja membantu penternak, buatlah kerja dengan betul..Tapi kalau dah berasa tak relevan sangat..payah bekeja dalam bidang pentenakan ni..malas nak layan orang macam kami ni..Tutup saja JPV..tak perlu ada..sama sama senang hati..Kami tak perlu mengharap..Kalian dari JPV pon tak kena maki..kan senang.. 
maaf kalau mengguris hati.. 


Hahaha..lepas tu la baru geng2 ni kelam kabut nak turun..tu pon bukan nak tolong menyelesaikan masalah..Tapi nak cari point nak boh aku balik..Alamak tak leh nak letak kat sini sebab tak leh copy..Tapi dalam surat pengarah JPV Kedah ke Pengarah Persekutuan, dia kata aduan aku ni tak berasas dan berniat jahat..Depa ada pernah bagi bantuan kambing dan rumput..depa ada pernah buat lawatan..Ladang aku di luar kawasan pemantauan depa, pagar kandang aku selalu berkunci dan sukar menghubungi aku..Haaahh..tu dia jawapan..dahlah takleh kena tegoq..menipu plak..bila masa aku dapat bantuan..selama ni pon aku tak penah boh kat blog aku dapat bantuan kambing ngan rumput...takleh nak hubung aku??pojek di luar kawasan??..Kurang waras punya jawapan...

Nantilah aku cita pasal hal ni...baca aku kmplen tu pon dah banyak...so far masih lagi beperang dengan depa..depa pon kalut sebab mungkin kena semboq..sebab emel aku nu sampai abih kat Menteri, KSU, pengarah dan suma geng2 depa yang terlibat..cuma SPRM ja tak report lagi..hahaha..kalau depa tak leh nak pejelas bantuan2 tu komfem sampai punya..dahla baru ni audit baik nya baru keluaq..Jawab la hampa..

Kepada geng2 ternak yang dok ada lagi, jangan takut nak komplen..bila rasa tak puas ati ja bila berurusan dengan puak2 ni, buat ja aduan..hak kita tu..depa memang dibayar untuk jaga kita bukan menyusah kita..Gunakan hak anda..Jumpa lain kali...bila tak tau...banyak benda ytang berlaku nak tulih dalam ni pon takdak mood..dah suma nak tulih hat tak syok ja..mintak2la pas ni perkara2 syok ja yang berlaku..amin

10 May 2011

Sate kambing atau Kambing Golek...

Salam...

Agak lama jugak la tak buat keja2 taip ni...alasan sama la..tak dan..So apa cerita geng2 ternak sekarang??..lembu dah naik harga...Kambing dah macam tak le jual sebab feral tinggi sangat...Macam-macam keluhan dan bunyi aku dengar..Tapi nak buat camna..life must go on..Apa jua cabaran..kena tempuh la..kalo lari maknanya tutup la projek...

Kelian Farm apa cerita pulak??..senang cerita apa yang depa dok bunyi-bunyi tu pon suma ada kat aku...Camna nak jual, dedak naik harga, isu penyakit, isu Jabatan Hewan tak mai (aku memang agak bengkak jugak la tengok cuepacs dok mintak macam2 tapi ada yang keja memang hampas la..tak semua, tapi kalo berasa jangan marah..muhasabah diri la sebab apa berasa..)..bla..bla bla..dan len-len lagi yang sewaktun denganyya..

So dah berapa lama ternak..ada perkembangan??..bagi Kelian Farm sendiri la..secara jujur tak banyak yang boleh dibanggakan sangat...Pasaran masih lagi bergantung pada kenduri kendara dan aqiqah..Jualan runcit secara harian masih lagi tak dapat dilaksanakan atas sebab faktor-faktor yang dah basi kalo nak cerita..Sekarang ni aku tengah dok pikiaq nak jadikan bidang ni berterusan..Dalam kata lain hari-hari kita boleh jual, secara runcit, yang penting MENGUNTUNGKAN...Boleh nak juai hari-hari, macam sembelih dan juai gantung kat market, tapi selama aku dok servey ni tak ramai yang berjaya dalam jualan camni..

Aku dok tepikiaq la beberapa idea untuk melestarikan industri ternakan kambing ni...Aku ada servey aktiviti pemprosesan ternakan daging cam sate, serunding dan lain-lain..So far memang boleh buat tapi dengan harga kambing yang tinggi, mampukah orang makan sate kambing saiz standad dengan harga RM1.50 ke RM2..orang nak oder pon 3,4 kali pikiaq..kalo nak murah kena campoq daging frozen import tapi masih lagi tak membantu konsistensi projek ternakan kambing aku..Baik amik fully daging import ja lagi murah...

Aku jugak ada dok pikiaq kalo nak buat end processing cam buat masak memasak berasaskan daging kambing cam ala2 restoren..tapi masih lagi problem yang sama..mahal..serta perlu memiliki kemahiran-kemahiran lain cam memasak..tak pun mencari orang memasak...Yang penting kos dia agak tinggi la...nak murah kena daging import jugak, jadi balik kepada masalah pertama iaitu mewujudkan kelangsungan projek ternakan kambing..

Jadi bagaimana??...tapi sebenaqnya boleh...aku ja yang pikiaq masalah tu sampai jadi cam tak boleh..senang cakap kalo tak try sapa nak tau..Macam aku masuk bidang ternakan dulu..tak try tak tau..dah try r amik la suma yang mai..telan bulat-bulat...Cuma untuk buat ni, banyak benda jugak la yang kena pikiaq dan rancang sebab dalam pemprosesan, masakan, banyak kemahiran yang aku tak tau dan perlu jugak tahu untuk terjun atau nak masuk dalam bidang yang seterusnya..

Jadi aku harap, kalo ada sapa-sapa yang berpengalaman atau idea untuk ni boleh la kita bincang atau bagi pendapat..Aku lebih teringin nak buat sate dengan upah orang masak masakan berasaskan kambing ni..cumanya nak kena mikir sapa nak lapah, sembelih, masak, pasaran, sapa nak makan dan lain-lain..memang tak try kita tak tau, tapi jangan lupa gak menilai risiko serta peluang yang ada...

Ok setakat ni dulu..so aku berharap aku akan dapat menyelesaikan masalah ni...Jadi kita tak perlu menumpukan membekalkan kambing untuk aqiqah dan korban semata-mata..aku harap ternakan kambing akan berkembang cam industri ternakan ayam..Mungkin kita boleh perbaiki sistem ternakan, (walaupun kos kita sebenarnya tak banyak boleh ubah melainkan bebas ragut)..

tulisan agak pening sebab ngantok..sory...


14 March 2011

Pagaq Letrik, susu ganti, dan Isu Pengurusan

Salam Penternakan...

Koi lama koi malas plak nak update..bukan apa..kadang buntu dengan apa yang nak update..Takkan nak syok sendiri nak tulis pasal diri sendiri kot..(lantak pi la ni hang punya  blog..)..Tapi maybe alasan klise macam "penat" dan "takdan" boleh lagi diterima kot..Untuk makluman sekali lagi aku sekarang menumpukan kepada pekerjaan sebagai ejen KS Vet..Kompeni yang membekalkan peralatan serta barang-barang vaterinar..Kelian Farm aku dah pilih beberapa orang untuk menjaga nya bagi sementara aku dok sebuk buat benda lain ni..

Untuk Kelian Farm..dari segi projek sedang berlaku transformasi dari segi tektikal operasi kepada pengurusan operasi..(Pehh bahasa apa ni..paham ka??)..Maksudnya, dari segi aku sendiri, dah kurang hands on di kandang, cuma monitor dan menyelia perkembangan projek..Bagi aku, sudah sampai masanya aku perlu bergerak lagi, walaupun yang masih ada ni lagi dok berteraboq lagi..takpa kita susun satu-satu..pendek kata sampai bila aku nak guna kederat nak potong rumput bagi makan kambing ja..nak juga merasa masuk ofis buat meeting projek juta-juta jugak..hahha..(tapi panjang kata, go n chop d grass broo till d golden age..)

Buat masa sekarang ni, idop aku agak tak karuan..terkejar sana, tekejar sini..tepon sana, tepon sini..(peehhh bizi la hang paklongg..cam orang lain tak bz)..Tapi aku mengaku la aku masih lagi dalam pembelajaran untuk menerima suasana camni..Insyaallah kalo dah boleh terima dengan suasana ni, ok la kot..

Ok..time untuk promot barang...Ada sesiapa nak cari pagar letrik..Kami ada pagaq letrik..boleh pi 18 KM..Rega Terbaik..hanya RM 560..Peh mana nak dapat..Tambah Rm100 untuk polywire dia..setel..dah boleh pagaq dah kawasan..Brand Gemini 120..12 V @ 2.6 watt..Untuk yang tak besa dengan pagaq letrik ni..jangan takut..pagaq ni bukan menyebabkan renjatan letrik..Hanya kejuta saja..Selamatt


Satu lagi susu ganti ternakan..RM 195 untuk 25 Kg...Murah dan menjimatkan...Boleh jual kat orang lagi..Hahaha..

berminat boleh hubungi aku Nasri (0134001083) atau terus ke kedai kompeni KS Vet di Bukit Kuda, Klang (0333429813)..tapi kalo boleh habaq la nama aku..ada la komisen kat aku lebih skit..hahaha

ok..kira ok la kot posting aku arini kot no...bole la..nanti aku update lg Insyaallah..Selagi aku berjiwa penternak...





17 February 2011

Q Rex untuk Rawatan FMD

Salamm..

Apa cerita??...Semoga semua sihat waalfiat dan sejahtera hendaknya...Dah macam nak berutus surat pulak ayat..Agak lama tak taip blog ni..kekok skit..(ideaa kasi mariii,,,!!)

Janji kata nak update tiap minggu??Ahahahaha...Soryy..Sekarang agak bizi dengan tugasan aku sebagai ejen bergerak KS Vet..Sat Utara, sat dok Selatan, Sat tak tau aku sendiri pon dok mana...tau2 dah ada kat kandang orang..hahaha..Baru la tau agak mencabar jugak kerja Salesman ni ...

Tapi buat masa sekarang operasi di kelian farm agak slow sikit...Dari segi marketing di Kelian Farm, tak dapat ditumpukan dengan sepenuhnya..Ramai kustomer aku komplen sebab Kelian Farm tak dapat bekalkan ternakan, bekalan makanan serta servis perkhidmatan macam dulu..sory sekali lagi kepada pihak berkenaan..

Untuk itu, kemungkinan besar Kelian Farm akan mengambil rakan kongsi untuk membantu aku dalam menguruskan operasi di Kelian farm..Aku tak tau samada itu idea yang terbaik tapi yang aku tau, kelian farm kini perlu mempunyai seseorang yang dapat membantu dalam menjalankan operaasi di Kelian Farm..(Nak kena menikah dah kot baru senang??)

Untuk hari ini, aku nak promot ubat untuk rawatan dan pencegahan FMD penyakit kuku dan mulut.. 

 

Q rex

Sebelum tu aku nak nyatakan di sini, FMD atau Penyakit Kuku dan Mulut ini tiada ubat yang khusus untuk merawatinya..Jadi Q Rex ini merupakan antibiotik yang mempunyai bahan yang dapat mengurangkan keaktifan virus yang yang menjadi punca masalah FMD ini..Selain itu antibiotik ini juga amat berkesan untuk masalah pernafasana, pneumonia, cirit, demam stress dan lain-lain..

Bahan aktif : Ceftiofur sodium 50mg

withdraw time..susu - 0 hari
                       daging - 8 hari

Penggunaan : lembu 1 ml untuk 50kg..Rawatan perlu dilakukan 3 hari berturut dalam masa 24 jam..

Harga : RM130 untuk 100ml

Untuk maklumat lanjut atau tempahan sila hubungi saya Nasri 013-4001083


Dapatkan nasihat doktor vateriner sebelum membuat rawatan untuk penyakit ini..

So setakat ni dulu kot..(hahaha tengah buntu ni..)..Jadi babai...Happy semua..

03 February 2011

Kelian Farm dan KS Vet

Salam...

Buat seketika pogram untuk mengemaskini blog ni sekian kalinya terbantut..Gara-gara aku dah tak sempat sebab sibuk bebenor la sekarang..tapi bukan kat kandang..Aku dah buat keja luar..Sekarang ini Kelian Farm merupakan ejen berdaftar kepada KS VET..KS VET merupakan kompeni yang membekalkan ubatan, mineral, peralatan,makanan tambahan dan lain-lain yang berkaitan dengan ternakan ruminan, binatang peliharaan dan juga unggas..So lepas ni banyak aku updat pasal ubat dan supplement la untuk promosi dan marketing..Camna dengan Kelian farm??dah tutup??no no no..masih lagi berjalan sepertimana biasa (walaupun mengendurkan sedikit aktiviti jual beli ternakan)..Cuma lebih menumpukan sikit dekat promosi KS VET dan hanya berurusan di kandang Kelian Farm pada hari Jumaat dan Sabtu..

Baru-baru ni di kawasan Utara ni ramai penternak terutamanya trader mengeluh sebab kekurangan bekalan kambing dan juga lembu..Kambing yang biasanya masuk melalui Ausie dan juga Siam agak sukar diperolehi..Sebab Ausie baru-baru ni mengalami banjir yang menyukarkan proses kemasukan ternakan dan di Siam pula, nilai mata wang Malaysia yang susut teruk menyebabkan kos kemasukan lembu dan kambing menjadi sangat tinggi..Seekor lembu di Kuarantin Padang Besar mencecah nilai RM 7 sekilo dan nilai kambing RM 17 sekilo..susah la nak jual sebab kalo dah masuk kandang harga maybe dah naik sampai RM8 untuk lembu dan RM 20 untuk kambing..sapa mau beli..kalo feedlot, dedak sekarang pon dah melambong tinggi..So banyak trader dan penternak menambil sikap selamat dengan membeli skit-sikit sebab takut tak laku..

Ok..since aku pon dah menjadi ahli keluarga KS Vet, so aku akan ceritakan sikit antara produk killer kompeni KS Vet..Salah satu produk yang mendapat sambutan ialah 

HEMATOFOS B12..


HEMATOFOS B12 merupakan produk dari agromarket yang dihasilkan di Peru..Mengandungi vitamin B12, iron, kobalt, sodium, dan pelbagai lagi supplemen tambahan untuk ternakan.

Lebih merupakan tonik kepada ternakan dan mempercepatkan serta merangsang tenaga kepada ternakan yang mengalami masalah  anemia, kurus, hilang selera makan, sokongan mengalami masalah serta penyakit, keguguran bulu, membantu pertumbuhan dan kenaikan badan ternakan, produksi dan juga sesuai untuk meningkatkan penampilan ternakan dalam sesebuah pameran atau pertandingan

dosage : lembu atau kuda : 10-12 ml, kambing atau biri-biri :1ml/10kg, binatang kecil (small animals) : 1ml/5kg

Jangan dilupa harganya : RM 60 per 100 ml (berbaloi dengan harganya)

Ramai penternak yang menggunakan HEMATOFOS B12 ini berpuas hati dengan produk ini dan sering menngunakannya dalam rawatan sokongan dan juga rawatan cacing (hahaha..standad ayat promosi, tapi ni hasil dari maklumbalas yang aku kumpul balik)..

So sekarang ni aku cover marketing sebelah utara..aku cover dari Taiping, Perak hingga Perlis termasuk Kedah dan Penang..Fokus kami adalah memberi penerangan tentang penggunaan ubatan dan juga peralatan yang betul kepada para penternak dan juga mendapatkan maklum balas tentang produk tersebut khasnya dan juga suasana industri penternakan di Malaysia amnya..Jadi bagi aku sendiri, ni peluang terbaik aku untuk berjumpa dengan ramai penternak dan membuat kawan, serta memperolehi pengalaman dalam bidang penternakan ni..So sesiapa yang berminat untuk membuat temujanji atau bertanyakan maklumat yang berkaitan, boleh hubungi saya

nasri 
KS Vet or Kelian Farm
0134001083

P/s : boleh membuat pesanan melalui sms atau call..caj melalui kurier dan pos tidak termasuk dengan pembelian

30 December 2010

Harimau membaham Garudaaa...

Salamm..

Mulanya kami dari Kelian Farm mengucapkan tahniah kepada pemain bola sepak negara dan juga coach Rajagopal (dato???) kerana berjaya membawa pulang Piala AFF ke Malaysia..Lebih manis kejayaan diperolehi dengan menewaskan Indonesia yang jelas memandang rendah dan enteng terhadap kita..Tak kira apa semua isu, apa jua cerita membabitkan 2 negara, samapi masalah rumahtangga pon, suma cerita panas..Sampai upin dan Ipin yang tak bersalah pon jadi tempat lepas geram..bangang betoll..Komfem isu laser tu 7 keturunan tak abih cerita..Tu tak masuk pemain import dari India lagi..Ingat import Sivaji d Boss ka???hahaha...Tahniah sekali lagi dan diharap skuad negara terus maju dan tidak leka dengan kejayaan yang dikecapi sekrang..Ayuh Malaysia...Kepada pemimpin politik jangan amik kesempatan dan tumpang glamor dengan kejayaan ni..Biarkan bola sepak malaysia bebas dari politik bodoh sesetengah orang...

Balik kepada cerita penternakan...Baru ni aku terbaca tentang projek penternakan Boer di Pondok Tanjong, Perak..Dah lama rasanya projek ni kata nak buat tapi pasai pa tak start sepenuhnya lagi..Apa yang berlaku..Humm musykill??..Poilitik lagi ka??..Dalam papper yang aku baca tu, projek Boer pondok Tanjong masih lagi mempelawa penternak-penternak untuk koin projek kat sana..Tapi tak cerita plak camna nak mohon,,Cam ajak-ajak ayam ja..Dulu aku pernah mohon gak tapi tak dak respon pon..Jadi aku nak mintak la pada pihak yang berkenaan supaya amik peserta yang nak betul-betul komit..jangan la dok perabih sangat duit kerajaan..Dan yang paling penting jangan la dok mencemarkan nama Industri Penternakan ni..Bagi la ada daya maju sikit penternakan Malaysia ni..

Untuk operasi mingguan Kelian farm, minggu ni kami buat disinfektan kandang..Disinfektan atau pembasmian kuman amat penting dalam bidang penternakan dan perlu dilakukan sebulan sekali..Disinfektan merupakan kaedah mencuci kandang dengan bahan pembasmi kuman..Campuran bahan membasmi kuman seperti Virodin dan Lindores dengan air dengan kadar yang tertentu dan disembur ke  seluruh kandang..Kaedah ini perlu dititikberatkan oleh ladang ternakan bagi memastikan punca penyakit, kuman atau bakteria dapat dibasmi atau dikurangkan..

Jadi la kot takat ni..Dok CC ni serabot..Tak leh nak pikir nak tulih apa..Tulisan pon serabot..Lecehhh..Sory minggu lepas takdan update..Ada kerja yang perlu diberehkan..Insyaallah jumpa lagi minggu depan..Selamat menternak di hujung minggu..Hidup Harimau Malaya...

16 December 2010

Update Mingguan Blog...dan Pogram Cacing

Salam..

Mulai minggu ni, Kelian Farm maya ni akan di update seminggu sekali..Setiap Khamis, Malam Jumaat....Setiap paparan mingguan di sini akan meliputi operasi mingguan Kelian farm, aktiviti-aktiviti penternakan di sini, jualan dan pembelian, pengiklanan serta tulisan santai..

Minggu ni dapat resault makmal tinja kambing yang JPV Baling amik bulan lepas..(aku dan JPV dah kawan baik..hahaha..jangan kutuk depa lagi..)..Keputusan positif cacing dan koksidosis..(betoi dak ejaan aku ni..)..Kacau nihh..banyak plak tu..dan pelbagai jenis..Mai mana suma ni..Dulu aku bela cacing rimau habih suma dah..Ghaib belaka..tup-tup ada plak dalam perot depa ni...Patut r ghaib cacing aku..depa ni makan kot...

Kesimpulan, suma masalah ni dari pengurusan makanan ternakan serta penyelengaraan kandang yang tidak memuaskan..Senang kata suma ni mai dari aku la...Isykk...

Untuk tu aku kena rawat kesemua kambing aku dengan Pogram Pembasmian Cacing..(Pandai-pandai ja aku buat nama pogram tu sendiri)..Jadi ni aku senaraikan ubat yang aku guna untuk pogram cacing untuk dikongsi (dan dibeli kalo nak pakai..hhahaha)..Agak berkesan

Jenis ubat
* Rawatan cacing
-Ubat BOVIMEC dengan kepekatan 1.5% (L.A) RM100
Kepekatan agak tinggi sesuai untuk kambing yang betul-betul problem kecacingan..Tak dapat setel dengan dos rendah...
Cara penggunaan: 1ml untuk 60-75kg (otot atau bawah kulit)

*Rawatan koksidosis (munkin datang dari ayam kat kandang ni..)RM30
-Ubat KOMBITRIM (sulfur base)
Cocok otot atau bawah kulit (1ml 10kg)
-Anti Stress Neo Tm..(boh dalam ayaq minum)

*Rawatan tambahan
-Multivitamin RM28
-Tactic RM6 Untuk 30ml (mandian ternakan serta kandang untuk cegah kutu, hama dan sekenit dengan kaedah penggunaan 10ml untuk 5 liter ayaq)
-lindores RM 3 Untuk 60ml (untuk cuci kandang dan disinfektan..60 ml untuk 6 liter ayaq  (1:100)

Sapa-sapa yang berminat dengan ubat yang saya senaraikan untuk pogram basmi cacing tu boleh koling-koling atau sms kat saya...

Ok la kot..takat tu dulu rasanya..Untuk makluman pogram rawatab cacing (tukaq nama lagi..ikut suka la..) perlu dilakukan 2 kali setahun..kalau teruk 3 bulan sekali....Selok-eloknya dapatkan dulu hasil ujian makmal darah dan tinja ternakan..mintak bantuan JPV berdektana (aku dah geng dengan depa dah..hahha)..Baru kita dapat tentukan jenis penyakit, cacing dan seterusnya ubat serta rawatan yang kita perlukan..

Sekian..babai..

P/S..PROMOSI HEBAT....AYAM PIRU UNTUK DIJUAL..JANTAN..RM15 SEKILO...CEPAT SEMENTARA STOK DOK ADA...
-
-

23 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin

Salam..lama tak tulih..takdak kesempatan..tapi nak tulih lebih-lebih pon takdak mood..Suasana kemeriahan dalam dunia penternakan dah makin kurang..Banyak yang dah give up..Berenti sekerat jalan..Adat bisnis, ada untung rugi..Tapi agak membengangkan juga bila mendegar.."Huh..Tara tu dah la Melayu buat bisnes..nak pi mana sangat.."Teruk sangat ka kita ni..Tapi yang cakap tu juga kulit tak la cerah sangat,..cam aku la jugak..tak tau la kaum apa walaupun cakap Melayu fasih..

Masih ada ruang lagi ka untuk pengusaha yang tinggal dan masih lagi berjuang..Bagi aku ada..Selagi ada kemahuan di situ ada jalan..Insyaallah, kepada sapa2 yang kekal dan masih lagi berjuang, masih ada harapan untuk kita terus maju dalam bidang ini kalo kena dengan caranya.., walaupun tanpa pertolongan JABATAN2 YANG BERTANGGUNGJAWAB..

Semalam ada terbaca pendapat, malah lebih jelas lagi rungutan mungkin dari seorang penternak dari Tanjong Karang dalam utusan, mengadu tentang masalah yang dihadapi dalam bidang penternakan serta kerenah-kerenah yang wujud oleh Jabatan yang tak perlu wujud pun..Insyaallah, kalo ada kesempatan saya akan back up komen tersebut untuk menyatakan sokongan serta komplen rasa tak puas ati dengan Kementerian ni..

Bisnes di Kelian Farm Alhamdulillah..nampak kemajuan, walaupun kandang agak serabut dan kelam kabut..Agenda utama Kelian Farm sekarang adalah kepada penumpuan jualan dan dalam bidang pembiakan kami mengambil keputusan untuk mengurangkan jumlah bilangan ternakan, agar ternakan lebih berkualiti dan sihat..

So, setakat tu saja kot..Kat cc..Kena curi lagi line..takdan nak pikiaq nak tulih apa..ingat nak hantam Jabatan haiwan..tapi rasanya malah lagi kot..dalam mood Hari Raya dan baru ja lepas posa ni..rilex dulu rr..Cari modai ngan pasai dulu..baru buleh boh..ok guys..all d best to uu..boleh ponya..jangan takot..

Maaf Zahir dan Batin dari kami Kelian Farm




17 July 2010

Koputra dan Curi Pasir

Salamm..

takdak cerita terbaruu..just nak maklum serta ulas beberapa perkara..

1st sekali dengaq kata persatuan dan koperasi penternak ruminan utara (PUTRA dan KOPUTRA) nak tutup..dengaq kabar-kabar angin je laa..Orang-orang kuat dah ramai belah tu yang macam tak aktif..Bagi aku senang ja..Yang mana nak belah tu biaq belah..Komfem depa belah tu sebab dah tak ada kepentingan kat depa lagi dalam ni..Bagi aku depa ni barah yang perlu disingkir..Kalo penternak serta pengusaha ternakan lain rasanya tak akan tinggalkan persatuan walaupun dia atau persatuan tu sendiri tak memberi apa-apa antara satu sama lain..sebabnya melalui persatuan kita boleh berhubung antara penternak-penternak yang lain dan kita juga berasa tak keseorangan dalam mengusahakan projek ni dalam keadaan bidang ni semakin merudum..Bukannya mengharapkan masuk persatuan ni akan dapat macam-macam serta jawatan-jawatan yang bukan-bukan..Pastu tak dapat apa, belah..padahal ternakan ada la 3,4 ekoq..tu pun pawah kat orang..sampah -sampah...barah camni perlu buang dari persatuan takut berjangkit kat orang lain..

ni satu lagi..layan berita..Ada berita pasai Paklong kita nih..Dato Noh Omaq..Buat sidang media ingatnya nak bagi apa-apa atau umum tentang bidang pertanian ni..tau-tau dok kalot curi pasiaq nuu..Adooii..Weh paklong..dok kalot penama..Kerja paklong pon banyak tak selesai lagi ni..Mai turun tengok nasib penternak, petani dan nelayan ni..Ramai lagi yang miskin dan perlukan bantuan serta khidmat yang lain daripada kementerian paklong..Ni kementerian sendiri pon banyak masalah..Lagi nak kacau hal orang..Please do someting Mr Menteri..Tak rasa ka Kementerian Pertanian ni bukan nak tolong orang, tapi banyak yang lagi miskin bila masuk bidang ni..dahla yang join bidang ni kebanyakkan yang miskin dan bukan golongan berada..Memang mungkin salah percaturan penternak tu sendiri yang mengakibatkan kandang serta bidang pertanian lain tak dapat diteruskan, tapi kalo DAH BANYAK SANGAT TUTUP KANDANG, TAK RASA KE KEMENTERIAN BERTANGGUNGJAWAB MENYEBABKAN MUSIBAH NI BERLAKU..MANA PEMANTAUAN, MANA KHIDMAT NASIHAT YANG DIPERLUKAN..Dulu sekali ada bicara tani..tapi pas sekali buat..dan respon pon kebanyakkan datang kasi hantam sama depa, tahun-tahun seterusnya dah tak buat da..Melepaskan batuk di Tangga..

Emosi..emosi..malam penuh emosi..Nasib baik hujan malam ni..

07 July 2010

Kambingku, Messi dan Ozil

Salam..

Camna kaki bola..Team hampa dah sampai mana dah..Haha..Aku pon skali bunkuih..Argentina dan Messi dah boleh baik kampung tengok kambing masing-masing..Anyway, sebulan ni adalah bulan yang agak azab bagi aku..Siang keja..Malam layan bola sampai pagi..So kalo mai kandang boleh nampak la penangan World Cup di Kelian Farm..Agak tunggang langgang jugak..Isykk..Mengenai tajok di atas..apa kena mengena kali..takdak kena mengena pon..saja ja..tak tau nak tulih apa..

Berkaitan dengan projek aku..Alhamdulillah..aku sekarang dah nampak sedikit laluan untuk beroleh pendapatan dalam bidang penternakan ni..Bagi aku untuk memperoleh pendapatan dalam bidang ni, kita jangan terlalu menumpukan terhadap soal pembiakan dan juga pembesaran projek..Bagi aku yang penting, apakah hasil yang kita peroleh daripada projek ataupun usaha kita..Dengan kata lain urusniaga perniagaan..Kalo ada 500 ekor ternakan, tapi orang tak tahu pun susah jugak nak jual..Tapi kalo ada sekor ja kambing, tapi orang datang mintak beli lembu, dan kita boleh menyediakannya, itulah hasil..Bagi aku la..

Cumanya..buat masa la ni, aku terpaksa mengutamakan pelanggan yang memerlukan barang-barang mereka sampai kadang-kadang terabai jugak ternakan..Ini kerana aku kerja seorang..Ramai bertanya mengapa tak amik kuli..Bagi aku dah ada pengalaman mempunyai 4 orang pekerja yang saling berganti..Agak sukar mereka melakukan tugasan yang diberikan sekiranya aku takdak..Bukannya depa culas, tapi masalah-masalah teknikal seperti pengangkutan, pengurusan rawatan, jual beli dan sebagainya..Sekarang ni aku kerja sorang-sorang..walaupun kadang-kadang tak sempat nak siap kerja sepenuhnya, aku boleh cover dengan pemberian dedak yang lebih sebab kos upah dah masuk dalam kos makanan..Sebagai contoh, seorang pekerja gaji RM15 sehari..kalo dia bekerja selama 30 hari, kos upah RM450..bagi aku kos upah ni kalo di"top up" dalam kos dedak, kita dah boleh dapat sekurang-kurang setengah tan dedak PKC plus Soya Hull..walaupun begitu tak bermakna aku kasi hantam dedak saja..Kalo hari free, aku kasi rumput lebih..Tapi tak gemuk-gemuk jugak..

Post kali ni sampai sini dulu kot..Line umah dah boleh pakai...Alhamdulillah..pasni boleh kontiniu-kontiniu tulih apa nak tulih..Takla dok perap kat CC tu..lemas aku..Hampa mesti pelik pasai pa aku rajin sangat hantam JPH tempat aku..Hampa penah tengok ayaq mata penternak kambing dak??..Ni bukan tajuk filem ka novel ka..ni betoi-betoi punya real depan aku masa aku sembang dari ati ke ati dengan penternak tu..Nanti la bagi aku ada touching shahdu skit kalo nak post tajok ni..heheh..kalo penternak lama terutama kambing tentu dah boleh agak pasai apa tertitisnya air mata penternak separa abad tu..peeh boleh biat novel..



27 June 2010

Jabatan Sampah

Salam..

La dah tunjuk pukoi 1.11 a.m...lagi sejam nak tunggu game Mexico ngan Argentina..boring kat kandang, dan nak ilang rasa ngantok, aku mai la CC ni utk tgk pa ada dalam umah aku..so far ada lagi orang yang sudi tengok..Tq diucapkan..

Camna ngan bisnes kawan2..terutama geng kambing la..banyak stok lagi nak jual??Posa dah nak dekat ni..Tak jual abess ni terok gak r nak membele ni..Tempat aku kurang aktif sket meniaga baru2 ni..Tak beberapa rancak..Mungkin delay sebab tembung ngan kenduri2 besar..

Baru ni aku ada pi pejabat haiwan..Saja jalan-jalan cari pasal sambil sambil nak tanya camna nak wat permit..Kebetulan ada kambing aku nak keluar ke Grik, so aku tanyalah..(wat2 rajin)..Tak banyak pon..2 ekor je utk sembelihan..

Tapi jawapan yang aku dapat memang dah agak dan memang nak cari pasal ni..Sume permit boleh buat kat pejabat..Tapi nuu kena amik kat Aloq star..2 jam dari tempat aku..Padahal nak gi Grik tu sejam je..Apa crita??Takkan tak leh proceed dari sini..Main faks dah la..kambing yang nak untuk sepuluh dua puluh ringgit dah kena tanggung kos kat 100 dah kalo gi amik kat sana..Bodo betoi la depa buat ke..Lepas tu siap tanya ada kenai sapa2 ka dekat Aloq Setaq utk mudah keja..Aku cakap kenai Rozita Che Wan ja kat Aloq Setaq..Aku pon tak tau pasai apa aku bg jawapan tu..geng tu pon blur..ingat aku mabok kot..

Hangat hati betoi la..benda yang mudah dan senang, pon nak bagi payah penternak..bukan aku nak jual utk bela..nak sembelih makan..tak yah wat ujian darah pon..Baik suroh aku pegi Putrajaya amik permit tu..boleh gak aku round2 KL ke mana2 ka..dah alang2 nak nyusahkan aku..

Dulu aku dah tanya pegawai kat Putrajaya tentang permit ni..dia cakap bole siap kat pejabat haiwan daerah ja..ni dak..suma nak hantaq ke Aloq Setaq..Kalo camni hampa tutup je la pejabat tu..Tak la orang sakit ati..Nasib baik mood aku baik gak aritu..(sebab orang nak beli kambing la)..kalo dak komfem sumpah seranah ponya..Abis kalo camni ponya gaya, no wonder la orang bawak kambing seludup or tak dak permit..Dah nak masuk cara baik pon macam haram lagi..Bagi aku Jabatan Haiwan kat Baling ni adalah JABATAN SAMPAHH..Tak Payah ada lagi baguss..

Hahha sorry agak panas dan emosi sket post ni..saja nak kasi bukak mata aku ni..takot layu tengok bola..aku supporter Argentina..Bukan sebab Messi..Dari Maradona, Ortega, Batistuta, Crespo, Requelme dan Messi adalah kesinambungan individu hebat dalam pasukan Argentina..Kepada England..Naik kapal terbang balik nanti hati2 ya..jangan sedih2..Hahahhaha..Aku suka..


23 May 2010

Feral di Kandang

Salamm..

Lama tak tulis..bizi skeet..dengan line pon tak bropa ada kat umah aku ni..So apa-apa update aku terpaksa buat kat CC yang terdekat..malas betul nak gi CC ni..takde privasi..

Banyak cerita yang aku buat selama tak update..Nak cerita pon aku lupa...Yang terbaru aku bawak masuk kambing ferall untuk trading..Tq bro Nizar ngan Adi boersaanen..1st time nak amik kambing kat KLIA..aku gi sana naik bas dari Kedah..selamba ngan bawak duit cash bebelas ribu gak naik bas..(Konfiden gila tak kena rompak ngan ragut)..Sebab pakai pon lebih kurang depa jugak..

Diringkaskan cerita..balik dari amik kambing ni, sampai kat Grik aku kena tahan UPP (Unit Pencegahan Penyeludupan)..Walaupun laluan tu kawasan panas, aku konfiden ja masuk sebab aku ada permit..Lepas2 diperiksa dengan depa, depa kata permit aku tak lengkap..Isunya tiada surat kuarantin dari Malaysia..Aku cakap la kalo dari Ausie mana perlu kuarantin..Tapi lepas dirujuk kat pegawai JPV Ipoh, aku terpaksa ditahan sebab depa kata kena ada surat kuarantin dari Malaysia..Abis..pastu apa yang aku kata seduit tak pakai..

Dekat 5 jam jugak la aku ngan kambing aku kena tahan..kesian kat kambing aku..dok berimpit2 dalam lori kat UPP tu..Haram betoi..lambat sebab kena tunggu pegawai dari Taiping mai plak..Last2 boleh lepas sebab memang sah..cuma ada 2,3 benda kecik yang sengaja diperbesarkan untuk menunjukkan siapa berkuasa..

Akhirnya kambing aku sampai di kandang setelah sehari suntuk kepenatan dan stress dalam lori..Dan mungkin kepenatan yang amat sangat, ada seekor yang mati malam keesokannya..Aku bukan kesal sangat yang mati..Dah benda idop, lawannya mati..aku reda dan terimanya sebagai dugaan..Cuma aku sedikit terkilan sebab, masa aku perlukan bantuan dulu, sapa pon tak datang jengok, bertanya kabar..Tapi bila bab yang menyusahkan aku ni, ramai betul nak join..dengar kabar kes aku ni sampai ke Putra Jaya...takpa la hampa pakat dok gaduh..Lastnya, aku dan kambing jadi mangsa..Mungkin post kali ni aku tak begitu panas, padahal hakikatnya, tengah menggelegak ni..aku kena laju je taip sebab rimas kat CC ni..nanti kalo ada kesempatan aku akan detailkan apa yang berlaku serta sikap orang-orang yang agak "bijaksana" dalam kes aku ni..teringin jugak nak tonjol kepala pegawai Ipoh yang suroh tahan aku tu..Kalo dah bodoh jangan jadi pegawai..Jadi ahli politik ke, artis ke, banyak lagi yang sesuai..sebab bodoh tu dah menyusahkan orang lain..