Yang Melawat Kambing2 di Kandang~~

29 August 2012

Dah jadi Jutawan Kambing?????

Salam Penternakan...


Lama tak tulih kat sini..baru-baru ni blog aku ni tak boleh nak log in..pasai pa pon tak tau la..keje tenet menenet ni memang la aku kurang arif..Ka geng geng JPV hack aku punya blog pasai aku kacau depa dulu??..Hahahha..Melawak ja..Depa ni baguihh..

Untuk 1st entry pas bopa lama aku tak tulih, aku memang banyak penda nak sembang kat sini...Tapi nak sembang la..Kalo kena tulih ni yang lemah skekk...Papapun bagi yang mengikuti perkembangan blog aku dari tahun 200 err ntah tak ingat..Tapi lama gak la..Camna hampa punya pogress dalam bidang ni..Hampa dok baca-baca cari maklumat lagi ka...atau dah start dengan keazaman yang membara ka, dah tinggai lagi RM2 5 kupang lagi nak cukup jutawan ka..Ka kandang dah jadi bangkai dah??..Hahah..Apapapun apa jua tindakan yang hampa amik, aku yakin itu adalah keputusan yang terbaik yang hampa ambik dan supaya Allah memberkati setiap usaha yang kita lakukan dan dipermudahkan jalan..

Sebut pasai jutawan..secara khususnya Jutawan Ternakan..lagi khususoon..Jutawan Kambing...Geng geng otai ternak kambing hampa dah sampai tahap mana??..Berapa ramai dah jutawan??..Hat ni la maklumat yang aku jarang (rasanya tak pernah kot) dengaq..Yang banyak dengaq projek bunkuiihh...Tak kira la projek Dato ka, Datin ka, Yb, ka Tokwan ka,..hat ni banyak..yang dok bunyi serender pon banyak..Kalau ikut dari segi stage atau tahap ni, patutnya ramai antara kita dah ada yg Mr Encik Juta Juta..kalau 5,6 tahun dok dalam bidang ni patutnya dah sedap dah..Tapi geng geng ni kalau jadi Encik Juta Juta ni bukan nak cerita kat orang pon..dok buat senyap ja..hat dok cerita depa kaya juta juta ni hat geng geng MLM, geng laboq laboq duit, geng gila pangkat ja..geng hat betoi betoi ka tadak dok cerita kat orang aih..nak bg orang serbu..hahah..

Aku rasa ada antara kita yg dah sampai tahap tu dalam geng ternak ni..Tapi aku tak rasa kekayaan depa ni mai secara direct dari penternakan semata secara tepatnya breeding la..maybe depa lebih kepada trading atau terjun dalam industri hiliran cam katering kambing, restoren dan produk2 berasaskan ternakan..sebab dari pengalaman aku yang tak sebarapa ni, bidang breeding ni susah skit untuk maju disebabkan kekurangan makanan dan kawasan, harga makanan yang melambung, tumbesaran ternakan tak sama cam tempat asai depa..(boer Malaya payah nak sama besaq ngan boer Ausie) dan yang penting dan yang aku takkan tinggai untuk blame ialah Kurang pemantauan dari jabatan haiwan tu sendri..hahahaha..(marah betoi hang ngan jabatan hewan noo..)

Ooo..lupa..ada geng kita hat jutawan dah..nak tengok hampa pi la kat Kg Pelet, tasek Gelugoq Seberang perai Penang www.puncakmutiara.com ..situ ada la jutawan ternak kambing..tak silap aku ladang dia Mutiara Farm kot..Tapi kaa..tempat dia bukan sebarang kandang..restoren la..tapi best la dia renovate dari kandang jadi restoren..memang best tempat tu..kambing pon depa buat lagi tp aku rasanya sebagai display ja la..sebab bila betoi2 oder makan kambing dia aku rasa kambing frozen gak..tapi memang sedap..cuba la try..dan cuba la p tengok..

Aku...??..emhh..dok tara tu la..tadak perkembangan apa pon..naik turun naik turun..sama ngan berat badan aku gak la...still dok bela lagi tapi lebih pada trading ja..Tapi trading pon payah gak la ni..harga ternak kian dahshat..harga dedak dah memang gila kerbau pendek  dasat dari dulu lagi..kadang kadang leh juai harga modai lebih sikit ja..tadak dah nak buat mewah cam dulu..(JPV kambing tak cukup nii...hampa lena dok main intenet kaaa...??)..silap silap mau pupus kambing ngan lembu ni kat malaysia..

Woke dulu kott..aku memang suka sembang tapi kalo bab tulih menulih ni..haramm laa..tapi ingat nak tulih-tulih lagi walaupun sikit..bagi semangat isim keja tu mai balik..Bai de weyy..tak lambat rasanya untuk aku ucap Selamat hari raya dan maaf zahir batin untuk semua hat masuk dalam blog aku ni..terima kasih kerana masih setia dok usha walaupun tak seganas dulu punya..dan terima kasih juga atas sokongan hampa yang diluahkan ataupun hanya membaca ja..dan tak terlalu awai kot untuk ucap Selamat Hari Merdeka untuk semua..dalam hal hal menyambut hari camni, aku rasa sentimen politik, perkauman, pemahaman, ideologi dan seumpamanya ketepikan dulu..bersatu untuk merasai nikmat kemerdekaan Malaysia ni..

9 orang mencari kambing:

Feral KK said...

Assalamualaikum Tuan kelian..

Lama xdengar kabaq naa..duk baca blog hang dr awai smpai la ni..lama jgak nk tnggu update blog.betui la apa hg duk kata.rmai yg bungkuih dri yg brjaya..cek pun baru lg mnternak nih..bela dlm ldg sawit ja..nk bela bg mkan dedak mampuih laa dedak mahai sgt la nih,tuan dia makan nasi pun lauk ikan kering jah..dia nak mkan sedap2 kalau hrga tinggi xpa..haha

Kuli Ladang said...

salam tuan..

tima kasih la dok sudi baca blog saya ni..hahaha..ikan kering pon sedap gak tuan kalau kena gaya..ok la ada kawasan cam kelapa sawit..bela lepas la setakat ni yang masih berjaya..hat intensif ngan semi ni agak kurang skit..suma sebabnya pasai makanan la

Feral KK said...

seronok baca pnglman kwn2 yg lama mnternak nih..mcm2 boleh belajaq.pasai makanan tula hat kacau nya..kena cari jgak la formula nk bg kos makanan utk hat yg bela intensif ni rendah cket..nak hrapkan Pihak Berwajib(hang taula sapa,haha) mmg xpndang dah dia kt kita hat kecik2 nih..cek bela semi-intensif dlm ldang..tngahari lepaih petang halau balik..bolehla cket2..

Anonymous said...

salam Tuan Kelian. dulu saya dok baca gak blog ni. la saya dah ada kambing sendiri. baru nak stat ja. dok beli bagi tambah, ada la dalam 16 ekoq. sekoq feral, lain2 semua kampung/kacuk. ni blog saya Projek Kambing Muda la dok keja di sarawak, mak la dok bagi makan kat rumah tu. hehe. kena tunggu transfer baru boleh bergiat aktif. bro Feral KK, saya pinjam gambar Pejantan Gagah, feral kacukan kampung tu.

Mazni Azmi said...

Aku rasa don jenal ni kerja oil and gas ni. Selamat berkambingan tuan

cikgu t-irah said...

tahniah waroq..all de best..

Anonymous said...

Saya peminat blog tuan.. Sampai ke la ni saya masih xdapat jawapan pasai apa kasut Abas buleh cayaq atas ekzos wak kang.. Tolong tuan saya buntu..
-kerusi patah-

Kuli Ladang said...

Salam Don Jenal ngan Tuan Fairul..Dah baca blog anda..Takpa..buat time la ni mmg best sebab dah banyak guidline jadi myb tak banyak mistake yg kita akan buat..lagipun kambing sekarang dah naik balik demand sebab kambing luaq pon rega dah kaw kaw..jadi masa emas untuk penternak kambing..cikgu t-rah ni Tahirah ka..??..kerusi patah masih digunakan lagi ka nama pena itu??

Anonymous said...

saya keja pembantu akauntan ja. la ni mmg kalut la psai dok jauh. nak p tengok kandang, mau setahun 3 4 kali ja. tu pun jenuh. haha.

Projek Kambing Muda