Salam penternakan..
Agak lama gak la aku tak post apa2 dlm blog ni..Minggu lepas aku kena penyakit malas..Tapi bukan kerana sikap malas..Ini disebabkan penyakit chikungunnya yang aku kena baru2 ni..Walaupun dah sembuh 3 minggu lepas, namun penyakit ni mai balik baru2 ni..Kali ni dia attack sendi2 di tangan aku menyebabkan pergerakan tangan aku berasa sakit..Jadi aku nasihatkan kepada pengunjung2 blog ni supaya berhati2 dengan demam chikungunnya ni kerana walaupun tak bawak maut atau menyebabkan cacat ke lumpuh ke tapi kalo dah kena pehh nak buat keja ladang cukup payah kerana sendi2 susah nak gerakkan..Tambah yang bela ternakan sorang2..Ade yang kena jual kambing nanti..Untuk pengetahuan penyakit ni boleh bertahan dalam badan sekurang2nya antara 6 bulan hingga setahun..Cuma dia tak attack sepanjang masa la..Kejap kena kejap sehat..Sekarang aku sudah kembali sehat dan normal..Syukur Alhamdullilah..
Dah macam jurucakap klinik kesihatan dah aku..Berbalik kepada projek ternakan..Sekarang tgh kemarau dan ternakan aku kurang mendapat makanan hijau daripada sumber rumput dan daun..Rumput napier aku kurang 3 kali ganda daripada biasa semasa kemarau ni..Aku terpaksa upah orang untuk menghantar pelepah sawit untuk ternakan aku..Nak ikutkan kos memang la tinggi tapi tula antara sumber hijau yang masih boleh aku dapat selain melepaskan ternakan aku meragut..Nak ragut pun rumput mati..Camna nak jalan..
Tapi daripada pemerhatian aku penggunaan molases dan sagu rumbia dalam makanan ternakan membantu ternakan mengekalkan tenaga dan berat badan yang stabil walaupun kekurangan sumber rumput dan daun hijau..Sagu depa tibai sambai tinggal kulit batang rumbia ja..Molases aku beri dengan mencampurkan dalam air minuman..Kekurangan makanan hijau dan keadaan siang yang agak panas menyebabkan kambing dalam keadaan stress..Jadi untuk mengelakkan keadaan lebih buruk akibat stress, aku mengambil inisiatif dengan memberikan anti stress, memastikan air minuman sentiasa ada dalam takung air..
Kemarau kali ni menyebabkan kos aku meningkat dengan banyak..Malas nak cerita takut lemah semangat..Nampaknya aku kurang bersedia untuk menghadapi kemarau ni walaupun dah tanam rumput yang banyak..Mungkin penggunaan silaj, silaj tower, silaj bunker dan juga jerami padi sedikit sebanyak dapat membantu mengatasi maslah kekurangan makanan ni..Pas ni aku kena kaji balik apa yang mat salleh bagi kat boer depa masa time salji turun..Aku rasa pemberian rumput hay saja tak membantu ternakan tersebut..Munkin ada support tambahan yang lain utk diberikan..ok kat sini ja kot utk post ni..nt ada idea aku kongsi lg..salam..
1 orang mencari kambing:
cari duit lebih...!
Dapatkan buku ''Rahsia&Peluang Menjadi Penternak Jutawan'' di http://penternakjutawan.blogspot.com/
Post a Comment