Yang Melawat Kambing2 di Kandang~~

17 March 2009

Kambing dan Keli

Salam..

Sory sebab lama tak update..Peh memang seksa jugak kena sakit cikungunya ni..sampai la aku tak pulih2 lg..time malam ja dia mai sakit..jd sebab tu aku agak berat nak update blog nih..

Musim kemarau dah abih..Alhamdulillah..Tapi utk menyegarkan balik rumput2 dan tunggu dia besaq balik amik masa kat sebulan jugak..Musim kemarau baru ni jugak musim muram projek aku..Dari segi peningkatan kos dan juga pengurusan ternakan yang agak lemah terutama dari segi pengurusan anak..ada jugak la yang mati..Peh tuan kambing sakit..dengan kambing2 dia pun nak sakit..betapa akrabnya aku dengan kambingku..hehehe.

Tapi ada juga berita yang agak mengembirakan dari Kelian Farm..Tadi baru saja aku selesai pogram A.I atau Permanian Beradas utk beberapa ekor kambing aku..Aku juga mencuba sendiri pengalaman menyuntik benih sperma kambing kepada seekor kambing aku..Memang satu pengalaman dan juga ilmu yang sukar utk diperolehi..terima kasih yang tak terhingga kepada En Amir, Cik Idayu, dan juga team JPV Negeri Kedah kerana membantu menjayakan pogram A.I di Kelian Farm..

Selain itu Kelian Farm juga telah dipilih untuk dijalankan pogram Jadual Lawatan Terancang (LTJ..Tp pasai bunyi LTJ r??Ke aku yang salah translet??)..Pogram ni akan dijalankan oleh JPV Daerah dan antara pogram yang akan dilakukan ialah Lawatan Berjadual, Pogram Timbangan ternakan. Pogram Rawatan dan Kesihatan dan lain2 lagi..Terima kasih kepada JPV daerah Baling kerana sudi mengambil Kelian Farm untuk pogram ini..:)

Esok aku akan mulakan karier aku yang ntah ke berapa r..sebagai penternak Ikan Keli..Esok aku akan masukkan sebanyak 2000 ekor anak Ikan Keli ke dalam kolah air dekat kandang aku..Projek ini masih diklasifikasikan sebagai projek try n error..heheh gitulah kaedah penyelidikan aku dalam dunia penternakan ni..Try n error n Try again n error again til succed??Harap2 lepas ni kedua2 projek aku akan berjalan dengan lancar dan Kelian Farm akan bertambah maju lagi..Amin

1 orang mencari kambing:

Anonymous said...

Salam...Saya membekal garam gunung untuk jilatan ternakan ke seluruh Malaysia dengan harga borong.Diimpot terus dari Pakistan.Call 0133914176