Yang Melawat Kambing2 di Kandang~~

21 January 2009

Kemarau Di Utara..

Salam...

Kat belah Utara ni dah musim kemarau..Bermakna musim ni adalah musim yang agak mencabar bagi para penternak dalam melaksanakan operasi harian..Aku sendiri mengalami masalah dalam musim ni..

Biasanya kemarau di Utara dalam musim akan berlaku sekitar bulan Januari sehingga penghujung bulan Mac..Dekat2 100 hari jugak la..Lama tuh..Dan dengan kedatangan kemarau ni menyebabkan pertumbuhan rumput2 yang ditanam akan terbantut dan tergendala..Dahla aku pun mengalami masalah air..Datang lagi kemarau ni..Puh sakit jugak la..

Jadi untuk musim ni aku dah sediakan pelan kecemasan darurat bagi makanan ternakan..Antara pelan yang aku buat ialah:

1. Menyediakan makanan alternatif seperti pemberian sagu, pelepah sawit dan melebihkan penggunaan dedak

2. Melepaskan kambing2 aku ke kebub getah di belakang kandang..Ada la dekat 50 ekar..Tapi kalo nak lepas pastikan dapat keizinan tuan tanah tu.

3. Menyediakan molases kepada ternakan untuk menambahkan tenaga..Pemberian molases ni nampak biasanya digunakan oleh penternak di Afrika yang mengalami masalah kekurangan makanan dan air bagi menambahkan tenaga mereka

4. Menyediakan air yang secukupnya..

So setakat ni kaedah2 yang aku amik nampak membantu dalam menangani situasi mencabar ni..Tapi ni baru permulaan kemarau..Berapa lama lagi kaedah ni mampu bertahan pun aku tak pasti..dahla kaedah2 ni melibatkan kos yang agak tinggi..Tak kesahlah janji ternakan aku survive..

Selain tu penggunaan silaj dan sisa buangan pertanian juga membantu dalam menangani masalah ni..Masalahnya ladang napier aku sendiri tak mampu memberikan lebihan untuk di buat silaj masa musim hujan yang lalu (tu la masa hujan dulu tak manfaatkan sepenuhnya tanah2 yang ada untuk tanam rumput)..Sisa pertanian seperti hampas soya, batang jagung, dedak padi hancur dan sebagainya juga sekarang cukup laku dan susah untuk didapati..

Apa2 pun aku harap musim kemarau ni ada la sikit hujan untuk rumput aku bertahan..Jangan rumput pun mati dah la..Kalo tak jenuh kena tanam lain..

0 orang mencari kambing: