Yang Melawat Kambing2 di Kandang~~

05 January 2009

Selamat Tahun Baru..Azam Pun Baru..

Salam Penternakan...

Selamat tahun baru Hijrah dan Masihi aku ucapkan kepada semua rakan penternak dan juga pelawat2 yang mai ziarah blog aku ni..Semoga tahun ni apa yang diimpikan akan tercapai..Dan juga azam tahun lepas yang tak dapat ditunaikan, dapat "dikampoi" balik tahun ni..

Aku juga ada azam baru jugak tahun ni untuk diri aku sendiri dan juga projek ternakan aku..Bagi projek aku bajet tahun ni dapat lebih sedikit income dari kandang aku, meningkatkan kualiti ternakan aku dengan meningkatkan pogram kesihatan kat ladang, mengurangkan kos makanan dan beberapa lagi azam..Cuma aku tak detail lagi sebab aku perlu perancangan teliti bukan sekadar azam sahaja..Untuk aku sendiri, hehehe...mungkin bukan perancangan untuk kawin..Mungkin nak tambahkan duit poket lebih aku untuk tahun ni..

Tahun baru 2009 ni munkin menjanjikan sesuatu yang menarik untuk ladang aku..Untuk pengetahuan semua, ladang aku dah dikunjungi oleh team JPV Negeri Kedah untuk pogram Amik Darah Ternakan dan Tagging untuk rekod ternakan pada 31hb Disember tahun lepas dan akan disusuli dengan pogram Permanian Beradas (A.I)..Ni mungkin hasil dari komplain aku pasal kambing pawah baru ni kat depa..Alhamdulillah..Yang ni ja yang kami harapkan daripada JPV sendiri..Bukan subsidi dan bantuan lain sangat untuk diharapkan..sekadar datang memantau ternakan pun dah cukup menaikkan semangat serta moral kami untuk meneruskan projek kami..Tapi kalo bagi yg len pun lagi bagus hhaha..Orang bagi kita amik ja..Kat bawah ni ada gambar pogram tu sikit..


Amik Tinja untuk check cacing dan penyakit lain

Amik darah Untuk Blood Test

Kedah lawan Selangor sapa menang ha??

Dalam blog Kelian Farm ni juga aku akan membuat perubahan sikit utk nampak lebih teratur dan berilmiah..Mungkin 80% daripada perubahan tersebut adalah dari segi pengisian blog ni dan kurangkan cerita2 karut kat sini..

Sebelum aku abiskan posting aku kali ni, aku berharap dan menyeru kepada rakan2 sekalian agar berdoa memohon perlindungan serta kemenangan kepada Saudara kita di luar sana yang sedang berperang mempertahankan Islam dan juga mempertahankan tanah air sendiri..La ni aku dah tak berapa nak tengok berita sebab sedih, bengang, geram dengan apa yang berlaku tapi apa pun kita tak boleh buat..Sekadar berdoa dari jauh dan buat apa yang patut untuk jatuhkan musuh Islam walaupun sikit..Semoga Islam beroleh kemenangan..Amin..Takbir




0 orang mencari kambing: