Yang Melawat Kambing2 di Kandang~~

12 March 2008

Sannen at Kelian Farm..New Penghuni (omputih cakap penghuni ape??)

Assalamualaikum dan salam penternakan...

peh apa nak citer r..kena update gak tp otak makin tepu r nak update apa...bukan takde maklumat tapi maklumat yang ada kena upload..skrg ni aku punya intenert fuhh boleh tahan lembap la laju dia..nak upload gambar pun susah gak..itu yang suram je rumah aku ni..bila tah geng telekom ni nak baiki kabel tepon kat umah aku ni..dah lama sangat ni...depa mogok ke tunjuk perasaan protes (hahaha)

n then aku baru perasan salah satu penyebab otak aku pun tepu sebab ada sarang tebuan berapa kilo tah tasa kepala aku..rupanya dari raya poasa lepas aku tak gunting rambut..kalo panjang mengurai ikal mayang cam Maya Karin ke takpe gak..ini satu spesis ngan geng "timaaa kaseeeeeyyyy"..hahaha..malam ni pas Magrib gak aku gi tebas sarang tebuan ni..sebab waktu ni la aku free...time lain tu sebok hape tah..(peh dah takde citer sampai bab rambut pon citer..tp penampilan penternak kena ada beb..baru org pandang tinggi..ini serabai je, org tengok pun keje ni lekeh..kasi up skit profesion penternak ni..)

minggu ni jugak aku dapat durian runtuh..baru ni ada penternak tempatan jual kambing cross saanen dia kat aku..1 ekor bapak 4 ibu dan dara langsam RM2400.aku tak cakap banyak abis je amik rumput utk kambing aritu terus amik duit pegi amik kambing tu..tunggu 2,3 jam lagi mungkin org dah sapu..tula kelebihan bila berkawan dengan penternak2 tempatan..kot mana dulu dia cari kawan2 utk jual ternakan dia baru cari org lain sebab dia dah tau cara kita bela serta pengurusan camna..org2 lama bele ni kalo nak jual pun dia tengok orang gak..bukan pakai jual borong je..dia pun sayang kambing dia tapi dah tak larat nak jaga..dah tua..paling besar ibu saanen tu rasa2 aku kat 65-70KG ada la berat dia.susu sekali perah satu tetek (sory bahasa mybe kasar tp ni proses pembelajaran dan pemahaman kena jelaskan) kat2 seliter..kalo perah pagi petang mau2 kat 3 liter lebih jugak la..banyak r tu..kenyang anak2 kambing di sekitarnya..yang kecil pun dara tu 6 bulan 30Kg ada la kot..tapi biasanya kambing baka susu ni memang besar..kambing kalo ikut itung per ekor jatuh seekor RM480 ..peh mana nak cari harga tu skrg utk saanen..rezki aku la tu..pun dah lama aku ngidam kambing pakcik tu..dulu dah kecek2 tapi tak dapat..

anyway 1 nasihat aku utk situasi camni kita kene la ready kandang tu utk kemasukan ternakan in case ada kambing nak jual murah..ini dah ada orang offer murah baru kelam kabut nak tengok kandang, nak letak mana..kandang boleh muat lagi 10 ekor, tapi petak2 dah penuh, masuk kambing ni ke petak ni nanti gaduh..alih ke petak ni nanti kalah makan pulak..jadi kalo tengok kandang kita tu boleh muat lagi utk kemasukan ternakan, ajar2 la kambing tu berjiran2 dengan kambing petak sebelah..cara yang selalu aku amalkan ialah bila abis bagi makan, kambing dah kenyang, aku cuba masukkan seekor2 ternakan ke petak lain ikut kesesuaian..time makan alih balik..amik masa lama la jugak kambing2 ni boleh terima kehadiran jiran baru ni..satu lagi dengan cara menyediakan tempat atau palong makan yang banyak agar yang kalah makan boleh makan di tempat lain..ini petak kandang boleh duduk sampai 10 ekor, tp time makan boleh makan 5,6 ekor je..yang lain jadi labu labi tengok Pak Incik dengan Mak Incik makan rumput..

Ok setakat ni dulu..post kali ni aku rasa ayat aku tunggang langgang..sama gak cam post dulu..hahaha..seperti mana aku penah cakap aku bukan penulis ke pengkarya ke..ni la bahsa aku..utk share2 skit ape yang ada n amik ilmu serta nasihat yng diberikan kepada aku melalui blog n rumah ni..nnt ada maklumat lg, ada masa aku share lg..ari2 bukak tp bukan ari2 ada time nak tulis..

10 March 2008

Raya Dah Abih Dah..

salam...



"raya" baru ja lepas..banyak la jugak kezotan kezotan yg dapat kita tengok..apa2 pun semua tu menunjukkan negara kta demokrasi dan seluruh rakyat bebas mengamalkan sistem demokrasi ni..aku pun turut teruja untuk pru kali ni sebab ni 1st time aku g pangkah dan buang aku punya pangkah dalam peti azimat tu...



aku bukan nak citer sangat pasal pru baru ni..analisis ke sebab2 BN kalah ke ape2 ke, sebab bukan bidang aku..nak sembang kat kedai kopi boleh habuan sembang ngan paklong2 kat kedai tu..tp posting kali ni aku nak citer skit la pasal kemeriahan pilihan raya baru ni..barula aku rasa apa pasai org seronok sangat..selain menentukan pucuk pimpinan yang disukai serta menyatakan suara melalui undian, aku dapati pilihanraya ni juga menunjukkan sikap serta amalan rakyat Malaysia seperti semangat gotong royong, tolong menolong, bantu membantu..susah nak jumpa semangat "lain macam" ni pada tahun2 biasa..



aku seronok tengok budak2 ni pasang bendera, poster, banner dll padahal member "lawan" pun dok pasang kat sebelah jalan sana..kalo ikut adat dah kate nama parti dan ideologi lain2 susala nak betegor sapa..ini tak..aku tengok elok ja sambil melawak2 sesama depa..yg terasa simpan dalam ja la tp ada point balas balik..tp dalam suasana meriah la..



jap tadi aku balik umah, dah tak meriah dah cam baru ni..sunyi je jalan..kalo tak mase nak balik kandang tu singgah jap markas ke, bilik gerakan ke, (sume aku balun..bukan talam 2 muke tp berkawan..parti2 ni masing2 la tp bab berkawan ni kenala semua)...pekena kopi ke, teh ke..borak2 pilihanraya skit, gosip2 skit, bincang bab pojek kambing (yg ni panjang bejela..2 jam baru bab pengenalan ternakan)..time nak kat pilihan raya lagi best buat bakar2 ayam, kenduri2 skit..time ade ceramah2 aku chow dulu..hahaha..bukan ape balik tengok kambing la pulak..



pepepun sume dah lepas..yg menang tahniah dan jalankan kewajipan utk "BEKERJA UNTUK RAKYAT"..yang kalah tu, terimalah dengan hati terbuka..(cam dato koh tsu koon..sedih betul aku tgk muka die..)..cuba muhasabah diri balik apa kelemahan kita yang buat kita kalah..apepepun rakyat telah bersuara..(takut jugak aku tengok suara rakyat ni)..ok dahla sembang bab election ni..pasni kosentret balik bab kambing nih...

02 March 2008

TQ

salam...lama dah tak jengok rumah sendiri..da bersawang dah nampak..ingat2 nak kena update lagi blog ni kasi kemas sikit...



1st sekali nak ucapan tima kaih banyak2 pada rakan2 serta pengunjung2 blog Kelian Farm ni kerana sudi menjenguk singgah ke blog ni setiap hari hingga hit blog ni dah melebihi 10000..tima kasih sekali lagi dan berharap apa yang aku kongsikan di blog ni kalo tak banyak pun 1% manfaat serta ilmu yang ada kat blog ni dapat dikongsi bersama2 pengunjung rumahku kira jadilah..semoga dapat dijadikan sedikit pedoman kepada aku dan juga kalian utk mendapatkan maklumat serta pengetahuan dalam bidang penternakan supaya kita lebih maju



semakin hari semakin sibuk aku di ladang Kelian Farm..Alhamdulillah rezeki semakin bertambah tapi kerja pun makin banyakla..jadi tak sempat nak ngadap komputer ni...tp baru2 ni pun komputer takde, jadi lama juga la tak jengok umah ni..tapi bila dah angau bab kambing dan angau intenet, sari tak tengok blog sendiri dan juga blog serta forum rakan2 penternakan dah tak tentu arah dah..macam banyak je yang kita terlepas..inikan sebulan tak tengok blog...bukak2 je dah macam2 topik yang dibincangkan..rasa macam kerdilnya ilmu ni..kat blog pun banyak respon dan pertanyaan..insyaallah nanti akan jawab juga satu2..(bab kambing kerinting dengan kambing menyalak tu pasal baka..tak jadi hal..memang dah lumrah kambing tu)..anyway tq again 4 supporting Kelian Farm yang setahun jagung dan masih merangkak lagi..sokongan rakan2 walaupun tak pernah berjumpa amat saya hargai..



aku pun dah boleh buka intenet ni sebab adik aku balik bwk laptop dengan wayerless dia..kalo nak pakai streamyx dah tak boleh sebab kabel tepon dah kene rembat (biol betul la mangkok ni..idop buat nyusahkan rakyat Malaysia)..jadi seminggu 2 ni bole la update skit blog..tu pun tak tentu kalo tak kene demam raya bole la luang skit masa nak tolis..kalo tak pukul 2 pagi atas pokok nyor pacak bendela..hahaha..



ok sebelum tutup post ni, ada iklan sikit la..sapa2 beminat atau ada anak yg beminat nak mengikuti kusus penternakan ruminan SKM Tahap 1 macam budak2 yang aku promot sebelum ni, borang dia dah keluar arini (Ahad 2 Mac)..dalam mingguan page 21..molek benola sapa2 yang muda trang tang tang mcm aku ni join kusus ni sebab banyak faedah serta kemudahan yang disediakan..pembelajaran komprehensif dan menarik..praktikal banyak, makan percuma, tempat tinggal percuma, pakaian ladang percuma, pendek kata seronok r dok sana..apa lagi jgn lepaskan peluang..(wah lebih la aku rpomot ni..boleh claim ni)..ok kot setakat ni dulu..banyak benda nak crita sampai satu pun tak boleh nak crita..anyway tima kasih sekali lagi kepada semua...HIDUP PENTENAK KAMBING SEJATI (peh boleh buat pembakar semangat ayat ni...kalo boleh laungkan ayat ni time penamaan calon baru2 ni....hahaha..mungkin baru dorang tau ada mat kambing selain mat rempit yang perlu diberi perhatian..)Selamat Mengundi..