Yang Melawat Kambing2 di Kandang~~

30 December 2010

Harimau membaham Garudaaa...

Salamm..

Mulanya kami dari Kelian Farm mengucapkan tahniah kepada pemain bola sepak negara dan juga coach Rajagopal (dato???) kerana berjaya membawa pulang Piala AFF ke Malaysia..Lebih manis kejayaan diperolehi dengan menewaskan Indonesia yang jelas memandang rendah dan enteng terhadap kita..Tak kira apa semua isu, apa jua cerita membabitkan 2 negara, samapi masalah rumahtangga pon, suma cerita panas..Sampai upin dan Ipin yang tak bersalah pon jadi tempat lepas geram..bangang betoll..Komfem isu laser tu 7 keturunan tak abih cerita..Tu tak masuk pemain import dari India lagi..Ingat import Sivaji d Boss ka???hahaha...Tahniah sekali lagi dan diharap skuad negara terus maju dan tidak leka dengan kejayaan yang dikecapi sekrang..Ayuh Malaysia...Kepada pemimpin politik jangan amik kesempatan dan tumpang glamor dengan kejayaan ni..Biarkan bola sepak malaysia bebas dari politik bodoh sesetengah orang...

Balik kepada cerita penternakan...Baru ni aku terbaca tentang projek penternakan Boer di Pondok Tanjong, Perak..Dah lama rasanya projek ni kata nak buat tapi pasai pa tak start sepenuhnya lagi..Apa yang berlaku..Humm musykill??..Poilitik lagi ka??..Dalam papper yang aku baca tu, projek Boer pondok Tanjong masih lagi mempelawa penternak-penternak untuk koin projek kat sana..Tapi tak cerita plak camna nak mohon,,Cam ajak-ajak ayam ja..Dulu aku pernah mohon gak tapi tak dak respon pon..Jadi aku nak mintak la pada pihak yang berkenaan supaya amik peserta yang nak betul-betul komit..jangan la dok perabih sangat duit kerajaan..Dan yang paling penting jangan la dok mencemarkan nama Industri Penternakan ni..Bagi la ada daya maju sikit penternakan Malaysia ni..

Untuk operasi mingguan Kelian farm, minggu ni kami buat disinfektan kandang..Disinfektan atau pembasmian kuman amat penting dalam bidang penternakan dan perlu dilakukan sebulan sekali..Disinfektan merupakan kaedah mencuci kandang dengan bahan pembasmi kuman..Campuran bahan membasmi kuman seperti Virodin dan Lindores dengan air dengan kadar yang tertentu dan disembur ke  seluruh kandang..Kaedah ini perlu dititikberatkan oleh ladang ternakan bagi memastikan punca penyakit, kuman atau bakteria dapat dibasmi atau dikurangkan..

Jadi la kot takat ni..Dok CC ni serabot..Tak leh nak pikir nak tulih apa..Tulisan pon serabot..Lecehhh..Sory minggu lepas takdan update..Ada kerja yang perlu diberehkan..Insyaallah jumpa lagi minggu depan..Selamat menternak di hujung minggu..Hidup Harimau Malaya...

16 December 2010

Update Mingguan Blog...dan Pogram Cacing

Salam..

Mulai minggu ni, Kelian Farm maya ni akan di update seminggu sekali..Setiap Khamis, Malam Jumaat....Setiap paparan mingguan di sini akan meliputi operasi mingguan Kelian farm, aktiviti-aktiviti penternakan di sini, jualan dan pembelian, pengiklanan serta tulisan santai..

Minggu ni dapat resault makmal tinja kambing yang JPV Baling amik bulan lepas..(aku dan JPV dah kawan baik..hahaha..jangan kutuk depa lagi..)..Keputusan positif cacing dan koksidosis..(betoi dak ejaan aku ni..)..Kacau nihh..banyak plak tu..dan pelbagai jenis..Mai mana suma ni..Dulu aku bela cacing rimau habih suma dah..Ghaib belaka..tup-tup ada plak dalam perot depa ni...Patut r ghaib cacing aku..depa ni makan kot...

Kesimpulan, suma masalah ni dari pengurusan makanan ternakan serta penyelengaraan kandang yang tidak memuaskan..Senang kata suma ni mai dari aku la...Isykk...

Untuk tu aku kena rawat kesemua kambing aku dengan Pogram Pembasmian Cacing..(Pandai-pandai ja aku buat nama pogram tu sendiri)..Jadi ni aku senaraikan ubat yang aku guna untuk pogram cacing untuk dikongsi (dan dibeli kalo nak pakai..hhahaha)..Agak berkesan

Jenis ubat
* Rawatan cacing
-Ubat BOVIMEC dengan kepekatan 1.5% (L.A) RM100
Kepekatan agak tinggi sesuai untuk kambing yang betul-betul problem kecacingan..Tak dapat setel dengan dos rendah...
Cara penggunaan: 1ml untuk 60-75kg (otot atau bawah kulit)

*Rawatan koksidosis (munkin datang dari ayam kat kandang ni..)RM30
-Ubat KOMBITRIM (sulfur base)
Cocok otot atau bawah kulit (1ml 10kg)
-Anti Stress Neo Tm..(boh dalam ayaq minum)

*Rawatan tambahan
-Multivitamin RM28
-Tactic RM6 Untuk 30ml (mandian ternakan serta kandang untuk cegah kutu, hama dan sekenit dengan kaedah penggunaan 10ml untuk 5 liter ayaq)
-lindores RM 3 Untuk 60ml (untuk cuci kandang dan disinfektan..60 ml untuk 6 liter ayaq  (1:100)

Sapa-sapa yang berminat dengan ubat yang saya senaraikan untuk pogram basmi cacing tu boleh koling-koling atau sms kat saya...

Ok la kot..takat tu dulu rasanya..Untuk makluman pogram rawatab cacing (tukaq nama lagi..ikut suka la..) perlu dilakukan 2 kali setahun..kalau teruk 3 bulan sekali....Selok-eloknya dapatkan dulu hasil ujian makmal darah dan tinja ternakan..mintak bantuan JPV berdektana (aku dah geng dengan depa dah..hahha)..Baru kita dapat tentukan jenis penyakit, cacing dan seterusnya ubat serta rawatan yang kita perlukan..

Sekian..babai..

P/S..PROMOSI HEBAT....AYAM PIRU UNTUK DIJUAL..JANTAN..RM15 SEKILO...CEPAT SEMENTARA STOK DOK ADA...
-
-