Salam
Dulu aku ada post kenderaan pelbagai guna aku di Kelian farm terutama bab angkut rumput... Setelah beberapa purnama aku gasak dan lenjan dia habis-habisan, aku rasa dah tiba masanya Iswarani (nama manja Iswara Turbo aku) berehat dan meneruskan kehidupannya kembali sebagai kereta rempit seperti biasa ... Hahha..
So, inilah penggantinya... Nissan VanEvo C20 Baekk Punyer untuk dilanyak di Kelian Farm..Tugas CT (nama manja van ni) adalah untuk mengangkut rumput rampai untuk diberi kepada ternakan... Selain itu CT juga berupaya mengangkut kambing sebanyak 15 ekor (maksimum) ke mana jua destinasi sekiranya kaburator enjin tidak mengalami permasalahan yang serius..CT juga berupaya membawa periuk belanga untuk tujuan majlis kenduri jika ada permintaan sewa van untuk angkut barang..Tugas seperti angkut baja, angkut tinja kambing, anak lembu, pasukan futsal kampung aku juga antara tugas-tugas yang pernah dilaksanakan oleh CT..Kiranya CT ni tahan lasak, kukuh serta bergaya untuk melaksanakan tugas di Kelian Farm..Cuma CT masih lagi tak berjaya memikat anak-anak dara untuk tumpang bersama-sama..hahaha
Segak Bergaya..
Tahan Lasak dan Tahan Maki
Jadi kepada Iswarani, terima kasih atas segala pengorbanan serta penat lelah enjin dan minyak yang digunakan untuk membantu operasi di Kelian farm.. Jasamu akan dikenang sampai bila-bila..Sedikit memori bersama Rani (nama lagi manja) bersama Kelian farm di sini..
Kenagan Bersamamu
Semoga berjaya dengan tugas yang baru
1 orang mencari kambing:
Wahaha..kesian Rani kan..Alamak..kenapa bg nama CT..wehehhe..sbb model tu C ek...okehh bok..smg lebih berjaya lepas ni...chaiyok
Post a Comment