Yang Melawat Kambing2 di Kandang~~

29 December 2009

Chopper Rumput dan Tangan


Salam

Arini aku mesin batang jagong.minggu ni fuul batang jagong ja..kambing Alhamdulillah suma gumuk-gumuk sebab makan berlebih-lebih..Kambing makan lebih takpa jangan orang makan lebih dan membazir..Itu amalan syaitan..Sedap jugak la dapat batang jagong memandangkan kemarau dah mai dah kat tempat aku..

Tengah-tengah sedap menchopper batang-batang jagong sambil mengeluarkan lemak-lemak kat badan ni, ada la member ternak kat tempat aku datang ajak borak-borak..mentang-mentang la keja dah siap mai kacau aku keja..tapi ok gak sembang-sembang gosip panas bab ternakan..Kadang-kadang gosip artis pon kami tibai..Cuma tak ngumpat-ngumpat ja..

Dia kata member kami yang bela kambing kat putus tangan sebab kena mata chopper..berderau gak darah aku dengar cerita tu...dahla tengah sedap-sedap mesin jagong nih..Terus slow ja keja aku dari 100km sejam jadi 10km sejam..Time-time ni gak la dia nak bukak cerita tu..Kalo sambil cerita sambil tolong aku orait gak..ni sambil cerita sambil balot rokok daun n tengok ja aku buat keja..

Menurut cerita dia, Abang member aku yang putus tangan ni tak penah pon main chopper ni..Tapi nak jadi hari la tiba-tiba ja dia rasa nak tulong buat keja kat ladang kambing family depa..Dia try la potong rumput guna mesin chopper, tiba-tiba lagumana dia buat tangan dia termasuk dalam chopper tu..Tangan hancoq ladan doktot decide potong tangan tu..

Bagi aku, selain faktor kecuaian, kemalangan tu berlaku sebab ianya nak jadi..Abang tu bukannya dok situ pun..Dia nak tolong pun sekejap ja sementara nak balik rumah dia..Tapi tula tokwan aku penah kata "kemalangan tak bau"..Jadi nak pesan la kat member-member ternak dengan aku sekali agar berhati-hati semasa melakukan kerja seharian..bahaya ada di mana-mana..Sebelum wat keja baca la skit doa..Abih takdak pun Bismillah..Insyaallah kerja kita akan diberkati dan dilindungi..Aminn

0 orang mencari kambing: