Yang Melawat Kambing2 di Kandang~~

29 December 2009

Chopper Rumput dan Tangan


Salam

Arini aku mesin batang jagong.minggu ni fuul batang jagong ja..kambing Alhamdulillah suma gumuk-gumuk sebab makan berlebih-lebih..Kambing makan lebih takpa jangan orang makan lebih dan membazir..Itu amalan syaitan..Sedap jugak la dapat batang jagong memandangkan kemarau dah mai dah kat tempat aku..

Tengah-tengah sedap menchopper batang-batang jagong sambil mengeluarkan lemak-lemak kat badan ni, ada la member ternak kat tempat aku datang ajak borak-borak..mentang-mentang la keja dah siap mai kacau aku keja..tapi ok gak sembang-sembang gosip panas bab ternakan..Kadang-kadang gosip artis pon kami tibai..Cuma tak ngumpat-ngumpat ja..

Dia kata member kami yang bela kambing kat putus tangan sebab kena mata chopper..berderau gak darah aku dengar cerita tu...dahla tengah sedap-sedap mesin jagong nih..Terus slow ja keja aku dari 100km sejam jadi 10km sejam..Time-time ni gak la dia nak bukak cerita tu..Kalo sambil cerita sambil tolong aku orait gak..ni sambil cerita sambil balot rokok daun n tengok ja aku buat keja..

Menurut cerita dia, Abang member aku yang putus tangan ni tak penah pon main chopper ni..Tapi nak jadi hari la tiba-tiba ja dia rasa nak tulong buat keja kat ladang kambing family depa..Dia try la potong rumput guna mesin chopper, tiba-tiba lagumana dia buat tangan dia termasuk dalam chopper tu..Tangan hancoq ladan doktot decide potong tangan tu..

Bagi aku, selain faktor kecuaian, kemalangan tu berlaku sebab ianya nak jadi..Abang tu bukannya dok situ pun..Dia nak tolong pun sekejap ja sementara nak balik rumah dia..Tapi tula tokwan aku penah kata "kemalangan tak bau"..Jadi nak pesan la kat member-member ternak dengan aku sekali agar berhati-hati semasa melakukan kerja seharian..bahaya ada di mana-mana..Sebelum wat keja baca la skit doa..Abih takdak pun Bismillah..Insyaallah kerja kita akan diberkati dan dilindungi..Aminn

24 December 2009

Cartoon 4 Goat's Lovers



Salamm Penternakan..

Boring-boring takdak idea nak tulis blog..Just share gambaq katon kambing..Mungkin boleh buat semangat skit nak bela kambing exspecially for goat lovers..we'll never walk alone..(p/s aku bukan lieverpool fan..hahaha)















Ni kalo bole buat t-shirt ni best ni..Ari-ari pakai baju ni buat motivasi (jangan basooh untuk dapat feel)..

16 December 2009

Pelbagai Benih Rumput Ada Dijual


Salam

Ni ada Apromosi skit..Pada member-member ternakan yang nak tanam rumput terutamanya rumput untuk ragutan, kami di Kelian Farm ada menjual pelbagai jenih benih rumput untuk ditanam..Berikut adalah jenis benih rumput dan harga bagi sekilo..

1) Purple Guinea            = RM 37 per Kg
2) Stylo CIAT                 = RM 38 per Kg
3) Paspalum Atratum      = RM 37 per Kg
4) Paspalum Plicatulum  = RM 37  per Kg
5) Bracharia Ruziziensis  = RM 38 per Kg
6) Hamata Stylo             = RM 38   per Kg

Cuma benih item ke 5 saja bergantung kepada stok yang agak terhad..Pembelian secara pukal atau melebihi 10 KG akan diberikan diskaun yang istimewa dan boleh dirunding..Kaedah penanaman turut disertakan semasa pembelian..Berminat? Untuk maklumat lanjut sila hubungi saya..Boleh membuat pesanan melalui SMS (emel kurang sikit sebab line dah takdak balik..kena curik balik)

Nasri kelian Farm
0134001083

08 December 2009

Rani Dalam Kenangan..CT di Kelian Farm

Salam

Dulu aku ada post kenderaan pelbagai guna aku di Kelian farm terutama bab angkut rumput... Setelah beberapa purnama aku gasak dan lenjan dia habis-habisan, aku rasa dah tiba masanya Iswarani (nama manja Iswara Turbo aku) berehat dan meneruskan kehidupannya kembali sebagai kereta rempit seperti biasa... Hahha..

So, inilah penggantinya... Nissan VanEvo C20 Baekk Punyer untuk dilanyak di Kelian Farm..Tugas CT (nama manja van ni) adalah untuk mengangkut rumput rampai untuk diberi kepada ternakan... Selain itu CT juga berupaya mengangkut kambing sebanyak 15 ekor (maksimum) ke mana jua destinasi sekiranya kaburator enjin tidak mengalami permasalahan yang serius..CT juga berupaya membawa periuk belanga untuk tujuan majlis kenduri jika ada permintaan sewa van untuk angkut barang..Tugas seperti angkut baja, angkut tinja kambing, anak lembu, pasukan futsal kampung aku juga antara tugas-tugas yang pernah dilaksanakan oleh CT..Kiranya CT ni tahan lasak, kukuh serta bergaya untuk melaksanakan tugas di Kelian Farm..Cuma CT masih lagi tak berjaya memikat anak-anak dara untuk tumpang bersama-sama..hahaha


Segak Bergaya..


Tahan Lasak dan Tahan Maki

Jadi kepada Iswarani, terima kasih atas segala pengorbanan serta penat lelah enjin dan minyak yang digunakan untuk membantu operasi di Kelian farm.. Jasamu akan dikenang sampai bila-bila..Sedikit memori bersama Rani (nama lagi manja) bersama Kelian farm di sini..


Kenagan Bersamamu


Semoga berjaya dengan tugas yang baru

TORA datang lagi!!

Bukan, bukan tora, sebenarnya, aku nak cakap....

HEheheheh...

Dengan ini cek nak habaq, internet dah boleyh on, kira INTERNET yang kembali, setelah puas mngamok2 kat operator... (mau tak, dah line tepon takdak, skali kol operator 100 tu, mau makan singgit kedit aku!!dah kalau sepuluh kali??)

Jadi, lepas ni, boleyh la aku updet~

Hehehe ekceli, bukan aku, Kuli Ladang yang updet, hehehehe~~

01 December 2009

Kisah korban lagi..

Salam Satu Malaysia..

Dah macam pemberita RTM dah rasanya dengan salam tu..Anyway camna dengan Raya Korban lepas..Ramai geng-geng ternak yang buat korban dan ramai jugak yang dapat bonus lebih dengan jualan ternakan untuk korban..Aku korban gak tapi bukan korban ternakan..Tapi korban raya dengan dok kat kandang dah pas semayang raya..Takdak orang nak kerja so akula tukang bagi makan ternakan aku...Jadi kepada sapa-sapa yang bercita-cita terutama geng muda remaja cam aku ni kalo nak jadi penternak atau bahasa bestnya usahawan ternak, kena pikir masak-masak..Sanggup ka tak raya semata-mata jaga lembu dengan kambing ja..bangla pon boleh cabut woo..Hahhah..(Kalo sapa-sapa yang rasakan aku takut-takutkan depa untuk terjun bidang penternakan, kira betullah tu..Kalo kata-kata perangsang dan cabaran pun kira betullah jugak..Berasa mana nak ambik, ambikla..)

Tahun ni, kat Baling ramai gak yang amik bahagian dalam ibadat Korban..Aku agak ada la kat ratus-ratus ekor dalam seluruh daerah Baling..Tapi kebanyakkan ternakan yang dikorbankan adalah lembu..kambing, bebiri dan seangkatan rasanya agak kurang dapat sambutan kat sini..Rasanya dengan harga kambing yang jauh lebih tinggi menyebabkan permintaan untuk kambing dan bebiri kurang..Mungkin jugak dari segi tradisi masyarakat sini yang lebih gemarkan lembu untuk dikorbankan yang mana melibatkan masyarakat setempat dengan jumlah bilangan yang agak ramai untuk tujuan gotong royong dan mengeratkan silaturahim..Lain daripada tu aku rasa promosi untuk ternakan kambing dan bebiri juga agak kurang banyak banner serta iklan korban kat sini banyak yang jual lembu..Mungkin daripada pemerhatian aku kali ni dapat membantu aku untuk memasarkan lebih banyak kambing dan bebiri dari Kelian Farm untuk tahun depan Insyaallah kalo umur panjang

Anyway, line dah pasang balik kat umah..Boleh la lepak lama-lama kat kandang aku ni dan kemas-kemas apa yang patut..tapi tak tau la berapa lama boleh tahan..Aku rasa kat tempat aku ni dah kena pasang 3G untuk wayerless..Dah tak sesuai dah kabel-kabel kat sini..Boh pi la camna pon, geng 69 ni kompem kasi pecah punya..

Sebelum aku tutup pagar kandang aku ni, aku nak iklan skit..Ada rakan-rakan ternak kat sini nak jual ternakan depa secara borong..Harga tutup kandang..Ada yang siap dengan pakej mesin rumput, chopper, kayu kandang dan lain-lain yang depa..Ada 4,5 orang penternak yang ingin menjual ternakan depa borong sekandang..kalo nak group sikit-sikit pon boleh bincang lagi..Untuk maklumat lanjut boleh hubungi aku...K..Tq