Yang Melawat Kambing2 di Kandang~~

26 July 2009

takdak tajok lagi..tak abih lagi

Salam..



Aku dah kurang masa untuk mengadap blog ni lama2..Kehidupan aku la ni banyak kat kandang..Malam jadi pak guard kat sana..Kes kecurian ternakan agak kerap dan menjadi-jadi semenjak dua menjak ni..Risau gak la nak tinggal kandang lama-lama..Banyak benda serta isu yang nak aku kongsikan di sini tapi tengok kalo penting dan sempat je la yang boleh posting



Baru ni ada 3,4 orang penternak tepon aku mintak tolong cari buyer juai kambing depa sekandang..Jadi pada sapa-sapa yang nak mula bela mungkin sekarang masa yang sesuai..Bukan apa yang nak tutup kandang ni munkin juai harga borong..Ada pakcik ni mintak aku juai kambing dia, kayu-kayu kandang dengan mesin rumput sekali..Kira dah tak mau bela dah..Ada juga yang yang mintak aku tanyakan kepada rakan penternak untuk pawah, sewa atau beli kambing dia..Sapa-sapa yang berminat boleh kontek aku untuk maklumat lebih lanjut..Aku boleh bawak jumpa terus kepada tuan kandang tu..Senang deal dengan tuan kandang sendiri..Boer. Jamnapari, Kampung yang depa ada suma cantik-cantik...Boleh mai tengok sembang dulu....


Huh beriya-iya juga aku promot ni..Dapat komisen ka??Hahaha..Bukan dapat pa pun..Aku kesian tengok depa ni dan kambing tu..Yang bela dengan cara tak larat nak bela..Tapi kerja bagi kambing makan hari-hari..Kalo miss kesian gak kat kambing..Aku tengok ada pakcik ni sampai dah kurus sgt dah sebab dok main kambing ni..Dia pun dah berasa tak larat so amik keputusan juai kambing dia..


La ni makin ramai tutup kandang..Tambah pas-pas Pak Lah turun ni lagi banyak bunyi tutup kandang..Pa kena mengena kambing ngan Pak Lah??Pelaburan untuk kambing ni tak berbaloi ke??Banyak tu pelaburan pastu berenti sekerat jalan..


Aku cuba kaji permasalahan ni..bukan kaji formal sangat la cuma setakat bincang ngan penternak-penternak yg lain..Faktor utama yang aku boleh simpulkan ialah masalah pengurusan kerja dan masa..Kebanyakkan penternak kambing ni menjalankan sistem intensif dan juga ada yang semi intensif..Kerja yang berterusan sampai takda masa untuk bersosial dengan keluarga dan masyarakat setempat macam pi kenduri, ziarah orang mati, ziarah keluarga, cuti bersama family..yang tu antara penyebab ada antara kalangan penternak kita makin jemu dengan kehidupan dia yang balik-balik kat kambing dia ja..Faktor kerja yang memenatkan serta...rrr nanti aku sambung lagi post ni..hahaha..bukan pa nak tunjuk kata aku aktif lg tp tak sempat nak abihkan..tp aku janji akan abiskan post ni sebab banyak benda yang aku nak sampaikan terutama nak cerita masalah penternak tutup kandang ni...aku tengok masalah ni makin serius ni apa yang sebenarnya yang berlaku dalam penternakan kambing ni yang buat rane rakan2 aku mula patah semangat..


1 orang mencari kambing:

Anonymous said...

salam....mcm mn kalu aku nk buat projek ni jg??blh emel kat aku...raden_takasago@yahoo.com.my plzzzz