Tentang projek aku, masalah yang lama dan sama jugak masih berulang..RUMPUT TAK CUKUUUUPP!!..Peh letih betul nak atasi masalah ni..Anyway sekarang ni rumput aku tak cukup sebab kemarau di tempat aku ditambah keadaan "el Nino" yang membuatkan keadaan panas dan kering..(tah aku je yang rasa kot..cover line konon2 rumput tak cukup sebab panas la)..Dengan keadaan aku sebagai d lonely bangla's soldier kat kandang aku peh agak perit la untuk memenuhkan kehendak serta nafsu makan kambing aku yang semakin besar..Bagi skit2 tak cukup plus siap "buat-buat" perut kempis lagi..Konon-konon perli aku r tu..
dan sekarang keadaan semakin meruncing..Aku terpaksa "cut" separuh jumlah rumput napier yang biasa aku bagi kepada ternakan..Sebagai alternatif untuk mengatasi masalah ni, aku terpaksa lebihkan dedak dan sebahagian kambing aku terpaksa lepas untuk ragut dalam kawasan kebun getah..Tapi bagi aku lepas ragut bebas ni tak berapa bagus untuk kambing sangat terutama dalam kawasan getah sebab banyak kambing aku mengalami masalah tempiras dan kutu serta luka-luka akibat duri, dawai kawat dan juga kau atau ranting tajam yang tercucuk..kadang-kadang sampai berulat baru gak perasan..Tapi keadaan la ni menyebabkan aku terpaksa mengambil risiko untuk lepas kambing pada sebelah petang..Jadi kepada sapa-sapa yang bercadang nak melawat Kelian Farm, kalo boleh mai la belah pagi skit..Sebab sebelah petang aku kena ligan kambing aku dalam kebun tu..
Sebut pasal lepas kambing ni, baru tadi aku setel masalah aku pasai kambing aku ni..Since aku kerja sorang ni, ditambah plak dengan makanan tak cukup, aku kena buat banyak gak r kerja..Banyak kerja tu takpa lagi tapi kena jugak buat 2 kerja dalam satu-satu masa..Aku kena lepas kambing aku untuk ragut dan kemudian bagi makan kambing yang tak reti nak pijak tanah..So aku lepas kambing dalam 15 minit baru aku kejar depa sebab bagi makan geng-geng yang fobia dengan tanah ni..Baru-baru ni aku lepas kambing cam biasa dan aku bagi makan kambing..Pas tu baru cari depa..tapi lama gak nak cari sebab bangsa kambing ni kalo dah bagi lepas bukan nak dok kat umah..Nu umah Makcik bedah ujung kampung depa pi..Nak jadi cerita kambing aku masuk kebun getah orang..Pokok baru 2 tahun..Yang masalahnya bukan kambing aku makan getah depa..Depa ni punya baguih pi sagat tanduk kat batang pokok getah pakcik tu dengan alasan tandok depa gatai la kot..Aku sampai ja tempat tu takdan nak halau keluaq, kat 10 pokok gak r pokok disagat depa ni..Adoihh naya orang ni..Oleh kerana aku ni tergolong dalam orang yang agak baguih juga la..(Hahaha baguih sgt la)..aku pi la cari tuan yanah tu..Jumpa gak..Alhamdulillah setel gak..Nasib baik pakcik tu pun ok..Ok pun kena ganti jugak r pokok yang askar aku kerjakan tu..Isyk..naya betoi..
0 orang mencari kambing:
Post a Comment