Yang Melawat Kambing2 di Kandang~~

21 January 2009

Kemarau Di Utara..

Salam...

Kat belah Utara ni dah musim kemarau..Bermakna musim ni adalah musim yang agak mencabar bagi para penternak dalam melaksanakan operasi harian..Aku sendiri mengalami masalah dalam musim ni..

Biasanya kemarau di Utara dalam musim akan berlaku sekitar bulan Januari sehingga penghujung bulan Mac..Dekat2 100 hari jugak la..Lama tuh..Dan dengan kedatangan kemarau ni menyebabkan pertumbuhan rumput2 yang ditanam akan terbantut dan tergendala..Dahla aku pun mengalami masalah air..Datang lagi kemarau ni..Puh sakit jugak la..

Jadi untuk musim ni aku dah sediakan pelan kecemasan darurat bagi makanan ternakan..Antara pelan yang aku buat ialah:

1. Menyediakan makanan alternatif seperti pemberian sagu, pelepah sawit dan melebihkan penggunaan dedak

2. Melepaskan kambing2 aku ke kebub getah di belakang kandang..Ada la dekat 50 ekar..Tapi kalo nak lepas pastikan dapat keizinan tuan tanah tu.

3. Menyediakan molases kepada ternakan untuk menambahkan tenaga..Pemberian molases ni nampak biasanya digunakan oleh penternak di Afrika yang mengalami masalah kekurangan makanan dan air bagi menambahkan tenaga mereka

4. Menyediakan air yang secukupnya..

So setakat ni kaedah2 yang aku amik nampak membantu dalam menangani situasi mencabar ni..Tapi ni baru permulaan kemarau..Berapa lama lagi kaedah ni mampu bertahan pun aku tak pasti..dahla kaedah2 ni melibatkan kos yang agak tinggi..Tak kesahlah janji ternakan aku survive..

Selain tu penggunaan silaj dan sisa buangan pertanian juga membantu dalam menangani masalah ni..Masalahnya ladang napier aku sendiri tak mampu memberikan lebihan untuk di buat silaj masa musim hujan yang lalu (tu la masa hujan dulu tak manfaatkan sepenuhnya tanah2 yang ada untuk tanam rumput)..Sisa pertanian seperti hampas soya, batang jagung, dedak padi hancur dan sebagainya juga sekarang cukup laku dan susah untuk didapati..

Apa2 pun aku harap musim kemarau ni ada la sikit hujan untuk rumput aku bertahan..Jangan rumput pun mati dah la..Kalo tak jenuh kena tanam lain..

12 January 2009

Sehari di Ladang Napier Kelian farm

Salam Penternakan....

Hari ni aku post gambar2 ladang rumput napier aku..Hari ni 1st time aku tak gi kandang sebab demam..Kemungkinan aku kena demam "Cikukunnya"..(Payah betul nak eja..)..Demam dan sakit sendi kalo kena demam ni..Alhamdulillah dermam aku dah kebah..Cuma sendi ni ja terasa sakit lagi..dan memang kalo kena demam ni sakit sendi dia yg lambat nak lega.Jadi posting gambar adalah jalan senang utk aku update blog aku..enjoy

Ni gambar rumput di tanah yang aku pajak baru2 ni..Semuanya 4 ekar..baru guna 2 ekar je

Memperkenalkan Traktor Serba Guna Kelian Farm..Peh kesian aku tgk kereta aku ni..Insyaallah ada duit aku buat lain kereta ni..Banyak jasa kereta ni dengan Kelian Farm..Kambing dah berpuluh ekor dalam bonet tu dia dah angkut..



Aku pasti ada sebahagian rakan penternak yang menagalami nasib serupa dengan aku..Hahaha..Nanti la ada rezki elok juga nanti kereta ni..Untuk rakan2 ternak di Utara..Kemarau dah mai dah..Rumput dan makanan utk kambing camna??Aku pun dah start gelabah nih..Sekarang tgh cari makanan alternatif macam sagu rumbia, pelepah sawit dan hampas soya..Mintak2 la kemarau ni ada hujan gak sikit dan makanan aku boleh suport kat kambing sampai bulan 3 nanti..

05 January 2009

Selamat Tahun Baru..Azam Pun Baru..

Salam Penternakan...

Selamat tahun baru Hijrah dan Masihi aku ucapkan kepada semua rakan penternak dan juga pelawat2 yang mai ziarah blog aku ni..Semoga tahun ni apa yang diimpikan akan tercapai..Dan juga azam tahun lepas yang tak dapat ditunaikan, dapat "dikampoi" balik tahun ni..

Aku juga ada azam baru jugak tahun ni untuk diri aku sendiri dan juga projek ternakan aku..Bagi projek aku bajet tahun ni dapat lebih sedikit income dari kandang aku, meningkatkan kualiti ternakan aku dengan meningkatkan pogram kesihatan kat ladang, mengurangkan kos makanan dan beberapa lagi azam..Cuma aku tak detail lagi sebab aku perlu perancangan teliti bukan sekadar azam sahaja..Untuk aku sendiri, hehehe...mungkin bukan perancangan untuk kawin..Mungkin nak tambahkan duit poket lebih aku untuk tahun ni..

Tahun baru 2009 ni munkin menjanjikan sesuatu yang menarik untuk ladang aku..Untuk pengetahuan semua, ladang aku dah dikunjungi oleh team JPV Negeri Kedah untuk pogram Amik Darah Ternakan dan Tagging untuk rekod ternakan pada 31hb Disember tahun lepas dan akan disusuli dengan pogram Permanian Beradas (A.I)..Ni mungkin hasil dari komplain aku pasal kambing pawah baru ni kat depa..Alhamdulillah..Yang ni ja yang kami harapkan daripada JPV sendiri..Bukan subsidi dan bantuan lain sangat untuk diharapkan..sekadar datang memantau ternakan pun dah cukup menaikkan semangat serta moral kami untuk meneruskan projek kami..Tapi kalo bagi yg len pun lagi bagus hhaha..Orang bagi kita amik ja..Kat bawah ni ada gambar pogram tu sikit..


Amik Tinja untuk check cacing dan penyakit lain

Amik darah Untuk Blood Test

Kedah lawan Selangor sapa menang ha??

Dalam blog Kelian Farm ni juga aku akan membuat perubahan sikit utk nampak lebih teratur dan berilmiah..Mungkin 80% daripada perubahan tersebut adalah dari segi pengisian blog ni dan kurangkan cerita2 karut kat sini..

Sebelum aku abiskan posting aku kali ni, aku berharap dan menyeru kepada rakan2 sekalian agar berdoa memohon perlindungan serta kemenangan kepada Saudara kita di luar sana yang sedang berperang mempertahankan Islam dan juga mempertahankan tanah air sendiri..La ni aku dah tak berapa nak tengok berita sebab sedih, bengang, geram dengan apa yang berlaku tapi apa pun kita tak boleh buat..Sekadar berdoa dari jauh dan buat apa yang patut untuk jatuhkan musuh Islam walaupun sikit..Semoga Islam beroleh kemenangan..Amin..Takbir