Yang Melawat Kambing2 di Kandang~~

17 February 2011

Q Rex untuk Rawatan FMD

Salamm..

Apa cerita??...Semoga semua sihat waalfiat dan sejahtera hendaknya...Dah macam nak berutus surat pulak ayat..Agak lama tak taip blog ni..kekok skit..(ideaa kasi mariii,,,!!)

Janji kata nak update tiap minggu??Ahahahaha...Soryy..Sekarang agak bizi dengan tugasan aku sebagai ejen bergerak KS Vet..Sat Utara, sat dok Selatan, Sat tak tau aku sendiri pon dok mana...tau2 dah ada kat kandang orang..hahaha..Baru la tau agak mencabar jugak kerja Salesman ni ...

Tapi buat masa sekarang operasi di kelian farm agak slow sikit...Dari segi marketing di Kelian Farm, tak dapat ditumpukan dengan sepenuhnya..Ramai kustomer aku komplen sebab Kelian Farm tak dapat bekalkan ternakan, bekalan makanan serta servis perkhidmatan macam dulu..sory sekali lagi kepada pihak berkenaan..

Untuk itu, kemungkinan besar Kelian Farm akan mengambil rakan kongsi untuk membantu aku dalam menguruskan operasi di Kelian farm..Aku tak tau samada itu idea yang terbaik tapi yang aku tau, kelian farm kini perlu mempunyai seseorang yang dapat membantu dalam menjalankan operaasi di Kelian Farm..(Nak kena menikah dah kot baru senang??)

Untuk hari ini, aku nak promot ubat untuk rawatan dan pencegahan FMD penyakit kuku dan mulut.. 

 

Q rex

Sebelum tu aku nak nyatakan di sini, FMD atau Penyakit Kuku dan Mulut ini tiada ubat yang khusus untuk merawatinya..Jadi Q Rex ini merupakan antibiotik yang mempunyai bahan yang dapat mengurangkan keaktifan virus yang yang menjadi punca masalah FMD ini..Selain itu antibiotik ini juga amat berkesan untuk masalah pernafasana, pneumonia, cirit, demam stress dan lain-lain..

Bahan aktif : Ceftiofur sodium 50mg

withdraw time..susu - 0 hari
                       daging - 8 hari

Penggunaan : lembu 1 ml untuk 50kg..Rawatan perlu dilakukan 3 hari berturut dalam masa 24 jam..

Harga : RM130 untuk 100ml

Untuk maklumat lanjut atau tempahan sila hubungi saya Nasri 013-4001083


Dapatkan nasihat doktor vateriner sebelum membuat rawatan untuk penyakit ini..

So setakat ni dulu kot..(hahaha tengah buntu ni..)..Jadi babai...Happy semua..

03 February 2011

Kelian Farm dan KS Vet

Salam...

Buat seketika pogram untuk mengemaskini blog ni sekian kalinya terbantut..Gara-gara aku dah tak sempat sebab sibuk bebenor la sekarang..tapi bukan kat kandang..Aku dah buat keja luar..Sekarang ini Kelian Farm merupakan ejen berdaftar kepada KS VET..KS VET merupakan kompeni yang membekalkan ubatan, mineral, peralatan,makanan tambahan dan lain-lain yang berkaitan dengan ternakan ruminan, binatang peliharaan dan juga unggas..So lepas ni banyak aku updat pasal ubat dan supplement la untuk promosi dan marketing..Camna dengan Kelian farm??dah tutup??no no no..masih lagi berjalan sepertimana biasa (walaupun mengendurkan sedikit aktiviti jual beli ternakan)..Cuma lebih menumpukan sikit dekat promosi KS VET dan hanya berurusan di kandang Kelian Farm pada hari Jumaat dan Sabtu..

Baru-baru ni di kawasan Utara ni ramai penternak terutamanya trader mengeluh sebab kekurangan bekalan kambing dan juga lembu..Kambing yang biasanya masuk melalui Ausie dan juga Siam agak sukar diperolehi..Sebab Ausie baru-baru ni mengalami banjir yang menyukarkan proses kemasukan ternakan dan di Siam pula, nilai mata wang Malaysia yang susut teruk menyebabkan kos kemasukan lembu dan kambing menjadi sangat tinggi..Seekor lembu di Kuarantin Padang Besar mencecah nilai RM 7 sekilo dan nilai kambing RM 17 sekilo..susah la nak jual sebab kalo dah masuk kandang harga maybe dah naik sampai RM8 untuk lembu dan RM 20 untuk kambing..sapa mau beli..kalo feedlot, dedak sekarang pon dah melambong tinggi..So banyak trader dan penternak menambil sikap selamat dengan membeli skit-sikit sebab takut tak laku..

Ok..since aku pon dah menjadi ahli keluarga KS Vet, so aku akan ceritakan sikit antara produk killer kompeni KS Vet..Salah satu produk yang mendapat sambutan ialah 

HEMATOFOS B12..


HEMATOFOS B12 merupakan produk dari agromarket yang dihasilkan di Peru..Mengandungi vitamin B12, iron, kobalt, sodium, dan pelbagai lagi supplemen tambahan untuk ternakan.

Lebih merupakan tonik kepada ternakan dan mempercepatkan serta merangsang tenaga kepada ternakan yang mengalami masalah  anemia, kurus, hilang selera makan, sokongan mengalami masalah serta penyakit, keguguran bulu, membantu pertumbuhan dan kenaikan badan ternakan, produksi dan juga sesuai untuk meningkatkan penampilan ternakan dalam sesebuah pameran atau pertandingan

dosage : lembu atau kuda : 10-12 ml, kambing atau biri-biri :1ml/10kg, binatang kecil (small animals) : 1ml/5kg

Jangan dilupa harganya : RM 60 per 100 ml (berbaloi dengan harganya)

Ramai penternak yang menggunakan HEMATOFOS B12 ini berpuas hati dengan produk ini dan sering menngunakannya dalam rawatan sokongan dan juga rawatan cacing (hahaha..standad ayat promosi, tapi ni hasil dari maklumbalas yang aku kumpul balik)..

So sekarang ni aku cover marketing sebelah utara..aku cover dari Taiping, Perak hingga Perlis termasuk Kedah dan Penang..Fokus kami adalah memberi penerangan tentang penggunaan ubatan dan juga peralatan yang betul kepada para penternak dan juga mendapatkan maklum balas tentang produk tersebut khasnya dan juga suasana industri penternakan di Malaysia amnya..Jadi bagi aku sendiri, ni peluang terbaik aku untuk berjumpa dengan ramai penternak dan membuat kawan, serta memperolehi pengalaman dalam bidang penternakan ni..So sesiapa yang berminat untuk membuat temujanji atau bertanyakan maklumat yang berkaitan, boleh hubungi saya

nasri 
KS Vet or Kelian Farm
0134001083

P/s : boleh membuat pesanan melalui sms atau call..caj melalui kurier dan pos tidak termasuk dengan pembelian