Yang Melawat Kambing2 di Kandang~~

28 January 2010

Feral Aqiqah Untuk Dijual

Salam..

Kambing Feral Untuk Aqiqah Untuk Dijual Secara Borong...

Berat : 35-45 KG dan ke atas (Ada 50Kg pun kira harga sama..Daripada pengalaman kambing ni boleh jual RM600 ke atas)

Salin Gigi Sepasang

Jualan borong RM 500 per ekor (minimum 5 ekor)..Untuk pembelian dengan kuantiti yang lebih banyak, harga masih lagi boleh dirunding..Penghantaran juga disediakan (Tak termasuk caj pengangkutan)

Berminat?? hubungi saya

Nasri 0134001083


13 January 2010

Ruangan Untuk Penternak Kompleenn


Halloo..Hawa Yuu..

Hahaha sora Abang Kassim Pon Pon Raja Lawak sempoi gak..Walaupun tahapa-hapa dia punya lawak tapi aku suka..

Cukup bab raja lawak..skit ja promot dah la..trak dak komisen pon..tadi aku jalan-jalan keliling laman web..Saja masuk laman web Kementerian Pertanian atau MOA (walaupun aku menyampah nak baca apa yang depa tulis ataupun maklumkan)..ada la aku jumpa blog tok menteri kita ngan timbalan-timbalan dia..
Ada la gak ruangan untuk penternak, petani, serta pengusaha produk pertanian, membuat cadangan, pertanyaan, komen, rungutan dan juga tempat melepaskan emosi..

So aku rasa ni adalah salah satu platform yang agak baik untuk kita bincangkan masalah penternakan kambing dan juga ternakan lain untuk pengetahuan tok-tok menteri..(Tapi ntah depa baca ka dak Wallahualam)..Kalo nak tengok try bukak Blog Dato Johari, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas tani..Setakat ni semua aduan serta komen diberi maklumbalas walaupun tak pasti samada Dato sendiri atau Setiausaha dia yang balas..Tapi lepas tu ada la susulan daripada pihak bawahan ni..(Sekali suruh baru nak mai kandang puak ni pon..kalo tak harammm..) Kira ada susulan orait la tuh..

Tapi kalo pakat-pakat geng kita serbu blog tu pastu bincang tentang masalah penternakan ni mungkinla ada sinar baru dalam bidang penternakan ni..Selagi masalah kita tok menteri tak tau munkin takat tu je la usaha kita..Dedak dok naik ja..Nak minta pegawaia haiwan mai pantau atau mintak bantuan nasihat, boleh la dok pi 7, 8 kali naik pejabat..Kalo tok menteri harap-harap harga dedak tu turun bagi munasabah la skit..pegawai pon mai la takdan orang nak suroh mai..

Takat ni la kot..Anyway aku pon tak tulih komplen pa lagi kat dato..Idea nak tulih tu banyak (terutama bab-bab komplen dan tak puast atii..Huh manusia cam aku ni mana ada perasaan puas ati dengan apa yang ada..)Tengah pikiaq nak tulih cara emosi ka, atau nak tulih cara berhemah ala-ala surat minta bantuan subsidi kambing atau pun bahasa sempoi Pakcik Kasim..Hahaha..Hallo Datoo..Hawa Yuu..

05 January 2010

Kambing makan Rumput Ulam Soya..


Salam

Minggu ni aku oder dedak untuk stok bulan ni..Biasa aku oder stok makanan untuk sebulan..Kali oder dedak soya soon-soon naik lagi singgit..Takde keje lain soon-soon ni..Naik harga ja..Takkan sebab harga gula naik, hampa bok naik harga dedak..Pa kena mengena dedak ngan gula..Dedak campoq ngan gula ka??Apa kejadah suma nih?(Peh dah macam wartawan terjah dah..)

Dulu aku ingat lagi mase aku belajar-belajar bela kambing..Seguni dedak soya soon-soon 50KG tu baru RM 13..Peh masa tu memang mewah tak ingat rr..Agak bunyi mbeek skit oleh kambing-kambing terus kasi dedak..Makan sampai kenyang..Jangan bising-bising lagi..Peh tak sempat nak bunyi kambing makan dedak sampai ade yang tak bunyi terus..Punyila rakus bagi dedak soya ni..Senang kerja, Senang hati, Senang bos bok keluaq duit.. (Actually kambing tu tak bunyi terus sebab dia mati pasai kembong sebab kasi dedak banyak sangat..mase tu time aku baru belajaq jadi kuli orang)

Bila aku start bela sendiri, dedak dah naik RM16 untuk seguni 50KG..Time tu dah rasa naik banyak dah..Cam nak tempeleng ja apek jual dedak tu..Cepat ja dia naik harga..Pastu diikuti dengan kenaikan seterusnya dan seterusnya dan seterusnya dalam masa 3 tahun ja, dedak tu dah cecah nak dekat RM 50 per guni..Gila punya naik, tapi kerajaan buat senyap ja..(Mana hampa weii..Tidoq ka??) Yang best time tu ramai yang pakat buat Istana Kambing..(Ni suma nak menyahut seruan kerajaan la..)..Tapi sebab efek harga dedak yang dah serupa beli anak kambing, tu dah tak ramai dah pejuang dalam dunia penternakan kambing..ramai yang serender..(Ni pun salah kejaan gak..soh orang buat tu buat ni, galak tu galak ni, sistem tu sistem ni..tapi pemantauan takdak..Tidoq lagi depa ni..Keja makan tidoq, makan tidoq...camna perot tak kembong..hahah..balik2 kejaan gak salah..Aku??..salah pon kira buat muka tak bersalah dah la..)

Jabatan haiwan ada syorkan bagi fully 100% rumput..Senang depa kata la..hampa tak kena kerat rumput..Sehari aku kasi rumput 1 van plus dedak..Kalo tak bagi dedak, agak-agak dalam 1 setengah van jugak r..kalo depa buat aku rasa nak penuh stengah van tu pun dah terketaq lutut kot..Balik nak kena chopp lagi..Depa boleh la nasihat gitu gini kat ladang2 datok, datin, tan sri, puan sri..Ladang depa sekoq kambing sorang bangla..Ni kita suma kerja sindiri bikin kat ladang sendiri..

Huh agak emosi aku tulis..takdak emosi pon..saja-saja layan kepala..badan penat buat keja, kepala pon pusin-pusin la sebelum masuk bilik..Tapi aku rasa cam ada konspirasi nak bunuh para penternak dalam senyap (silent killer) dengan kenaikkan harga dedak sebelum ni..Humm..(Tu dia punya teori..time-time layan kepala nak lena..projek kambing 60 tahun akan datang pon dah boleh imagine..ada lagi ke??projek yang ade ka atau aku yang takdak??Gua pikir la sendrik)..Assalamualaikum..