Yang Melawat Kambing2 di Kandang~~

22 December 2008

Kambing Kawah 2

Salam penternakan........

Aku sebenarnya dah lupa yang aku ada cakap nak cita pasal Kes Kambing Pawah 2..Ni kiranya sambungan posting Kambing Kawah aku tahun lepas..Aku dah takdak mood sebenarnya nak cerita kes ni..kiranya nak tutup buku nak buka buku baru r konon2..Pi mai pi mai crita ni last2 dok tang tu jugak..Bising2 pun last2 aku punya borang depa buang kot mana pun tak tau...Ni crita dia aku kena penangan politik kampung yang depa amalkan la..Mr somebody mintak apa suma bagi..Mr Nobody cam aku ni.."Hang sapa r??oo bela kambing...awat tak keja keelang??..keja askar la ni pun banyak gak gaji dia.??bela kambin ni susah woo..tak untung pun..."..Huh welcome to d real world..

Untuk permohonan kali ni dah 3 kali dah aku mintak dan dah 3 kali aku rejek..2 kali jadi pemain simpanan..Huh kalo main bola dah masuk dah dalam masa 2 tahun ni..Selepas aku bising2 pasal kes ni tahun lepas, depa janji utk bagi kat aku tahun ni.."I kata I bagi, I bagi la.."Lebih kurang ayat tu la pegawai JPV Daerah tu cakap kat aku..So aku tunggu la untuk sekian kalinya..Dan untuk ke sekian lagi kalinya aku hampa lagi dengan jawapan yang diberikan untuk tahun ni..Dengan alasan pegawai yang nak janjikan kamben dengan aku ni dah ditukarkan..Peh aku masih ingat masa dia janji tu sume staff kat situ dengar..Depa boleh buat tak tahu ja..Yang "best"nya masa permohonan aku kali ni kandang aku pun depa tak mai penilaian pun..Tau2 je dah jadi simpanan..Aku sound gak staff tu..Kalo hampa tak mai buat penilaian, camna hampa bubuh nama aku jadi simpanan..Hampa tau ka aku ada kandang ka dak..Ni kalo aku buat laporan BPR ni hampa berani ka..Lebih kurang gitu la ayat aku sound depa..Tapi dengan muka selamba ala2 cuak skit..depa kata eh kami tau hang ada kandang..org len pun ada kandang..so kami bagi la kat depa dulu..nak crita panjang2 lagi malas gak senang crita aku tak dapat dan aku takleh terima penjelasan yg diberikan sebab depa sendiri tak mai kandang aku untuk pemantauan..

Aku sebenarnya tak hadap sangat dengan kamben 5 ekor tu..Ntah2 aku dapat aku jual ja macam orang lain yang dapat..Tapi sebenarnya aku lebih frust terhadap tanggungjawab JPV daerah aku ni kepada penternak tempatan..Aku ni kiranya antara muka yang familiar kat JPV tapi tiap kali nak isi borang apa2 pun, soalan yang sama gak yang ditanya kat aku nama aku dan kandang kat mana..Selama ni aku dok pi tunjuk muka yang tu la soalan yang depa tanya..Tapi kali ni depa dah ingat dah nama aku..baguih la..tu pun ingat sebab kena bambu dengan pihak atasan kot..

Aku lebih mengharapkan khidmat nasihat daripada depa..Dari mula aku buat, aku selalu rujuk kat depa dan mintak pandangan..Tapi banyak pandangan yang diberikan berdasarkan teori sebab takdak pemantauan pun kat kandang aku..Walaupun aku dah mintak banyak kali mai kandang aku, macam2 alasan depa bagi..Sibuk, Meeting, Staff tak cukup, Meeting, Entertain, Jumpa orang besaq2 (aku pun besaq gak)...Takkan la dalam 365 hari yang ada dalam setahun tu, 3,4 kali nak tengok kandang aku pun susah ka..Ada kandang org lain depa boleh pi seminggu sekali..Boleh borak 3,4 jam plak..walaupun ternakan ada 3,4 ekoq ja..Huh..Bila aku tanya tentang penyakit atau simptom2 penyakit on call depa hanya jawab "cacing kot, stress kot..dan banyak lagi kot.."Takdak la rasa nak amik sampel tinja kat kandang aku, buat post mortem ka..Kalo depa tak mau buat aku boleh buat bagi kat depa..Ni kes malas nak buat keja2 remeh la nih...

Aku tak puas ati lagi..Aku ngan bos (mak ayah aku) terus call JPV negeri Kedah..Aku cal Dr. Razak pengarah JPV Kedah..2,3 kali jugak r call baru dapat..(susah no kalo nak jumpa org besaq2 ni..)eh silap time tu bos aku yg tepon..Kami xplain ttg masalah yg kami hadapi..Dia terkejut gak dengaq masalah ni..Tapi setau aku masalah birokrasi dan kroni kat jabatan ni dah lama..takkan org tak bagi tau..Maybe dia baru ja kot kat JPV..Tak kesahlah..Janji dia amik action apa yang kami bagi tau..So setakat ni team negeri dah datang kandang aku seminggu lepas tu dan depa dah janji nak buat pogram Permanian Beradas (A.I)..Tapi setakat ni takdak apa pogres lagi..Mungkin bulan ni depa sibuk sebab pakat2 nak tutup buku, dan pospon aku punya pogram..Takpa la tunggu la bulan depan dan aku akan folo up benda2 camni..
Aku dah slow dah lepas depa dah janji nak buat pogram A.I kat tempat aku ni..Dan mungkin aku dah tak berapa nak harap apa yang depa janjikan..Kalo lagi berharap mungkin aku lebih frust kalo tak dapat lagi..Sekarang lepas action yang aku amik baru2 ni dan pogram yang depa janji nak buat mungkin aku slow dulu nak push depa..Aku nak tunggu dan lihat (anyway back up plan dah ada)..Kalo tak dapat or jadi gak mungkin aku bawa isu ni ke atas atau media..Surat untuk Pengarah JPV Persekutuan pun dah ada..Kat Tok Pa pun dah ada gak..Cuma nak antar ja..Heheh..Pepun aku tunggu kot2 ada perubahan kat depa ni..Macam aku cakap tadi aku tak harap suma subsidi, bantuan, duit yang depa ada tu suma bagi kat aku..Kalo dapat Alhamdulillah..Tapi kalo khidmat nasihat serta pemantauan yang berterusan dapat depa berikan kepada penternak aku rasa dah cukup banyak membantu dalam meningkatkan produktiviti serta daya saing projek ternakan..Tak payah la dok kalot2 bagi kambing pawah kat orang..dahla bagi yang tak mau bela..3,4 bulan bela pastu tutup kedai..Tumpula kat projek penternakan yang sedia ada terutamanya yang betul2 nak majukan bidang ternakan ni..
Aku rasa aku tulis post ni tak cukup marah..Anyway aku pun tulis ikut dan ja..Tapi kemungkinan ramai gak penternak yang senasib dengan aku..Tapi tak semuanya JPV kat Malaysia perangai sopa itu ja..Ada yang baguih dan superb lagi..Aku tulis ni suma aku rujuk dengan apa2 atau sapa2 yang berkenaan dengan aku ja..Jadi sapa2 atau staf2 JPV yang terlibat dengan aku ni jangan marah la plak..Tapi kalo terasa cuba muhasabah diri balik sebab apa yang terasa..Dah la kot emosi untuk ari ini..Emosi banyak2 pun bukan ada pekdah pun..Banyak lagi keja kena buat..Anyway kot mana pun aku dengan rakan2 penternak tu sendiri yang akan menentukan nasib projek kita sendiri dan bukan orang lain..Semoga projek ternakan kita akan lebih maju..Insyaallah..





18 December 2008

Mencegah Lebih Baik Dari Merawat

Salam Penternakan..


Kambing kita sakit..Apa lagi cocok r paha dia dengan antibiotik dengan b12..Satel untuk aritu..Pastu ada sekor lagi yang kena..cocok lagi..esok elok balik..seko lagi kena pastu..cocok lagi..pas cocok terus abisss...Kerja kita cocok ja kambing..Tapi pernahkah kita terpikir apa yang menyebabkan kita menyocok kambing kita ari2 tu..Jenuh la ari2 cocok kambinnn...

Kita sering membuat rawatan terhadap ternakan kita yang mempunyai masalah kesihatan..Rawatan ternakan merupakan salah satu perkara yang perlu diambil perhatian dalam projek penternakan..Namun begitu ada kalanya rawatan ternakan menyebabkan kos yang tinggi..Dan kadang-kadang rawatan yang diberikan tidak dapat membantu menyelesaikan masalah kesihatan ternakan tersebut menyebabkan kambing tersebut mengalami masalah yang lebih serius atau mati..Dan semua ini akan melibatkan kos yang tinggi dan juga kerugian kepada projek..


"Mencegah Lebih Baik Dari Merawat"..Ungkapan ini seringkali kita dengar tetapi kadang-kadang kita jarang mempraktikkannya dalam kehidupan seharian..Termasuk juga dalam perlaksanaan operasi harian projek ternakan..Kita seringkali bertanyakan tentang rawatan yang sesuai, ubat yang sesuai, baka yang tahan lasak dari penyakit dan sebagainya untuk mengatasi masalah kesihatan terhadap ternakan kita..Tetapi kita perlu ingat..Lumrah benda bernyawa akan mati akhirnya..Yang sihat akan sakit..Setahan lasak mana sekalipun baka ternakan tersebut tidak akan dapat lari daripada 2 perkara tersebut..Cuma bergantung kepada kita sebagai pengusaha dan juga penternak untuk mengatasi atau mengurangkan masalah kesihatan tersebut..Biar ternakan tersebut mati dengan cara yang baik (disembelih) dan menguntungkan kita..


Rawatan sememangnya perlu untuk menghadapi masalah kesihatn ternakan tersebut..tetapi dengan kos yang tinggi dan juga cara kerja yang rumit dan leceh kadang2 kita terpaksa mengambil inisiatif lain seperti menyembelih ternakan terssebut bagi mengelakkan kerugian yang lebih besar kepada pengusaha..Salah satu kaedah yang seringkali kita abaikan ialah langkah pencegahan..Kaedah pencegahan merupakan langkah yang penting yang perlu diambil oleh para pengusaha ternakan..Kaedah ini bukan sahaja murah, tetapi juga merupakan antara faktor utama dalam menentukan kejayaan sesebuah projek ternakan..


Sebagai contoh pemberian ubat cacing secara berkala (sebulan sekali atau 3 bulan sekali dll) merupakan pencegahan terbaik bagi mengelakkan masalah kecacingan terhadap ternakan..Ini kerana kebanyakkan masalah ternakan di malaysia adalah disebabkan oleh cacing..Dan kebanyakkan rawatan cacing sekarang tidak lagi berkesan kepada cacing yang sudah tahan (Imune) dengan ubat2 cacing yang ada..Yang berkesan pun sekarang ubat2 yang mahal dan yang "super" gitu..Tapi padan r harga..Jadi dengan kaedah pencegahan cacing rawatan dengan ubat yang murah dan senang didapati di Jabatan Perkhidmatan Vaterinar berdekatan dah cukup utk mengatasi masalah ni..Ubat diberikan kepada semua ternakan dan tak tunggu dah sakit baru nak bagi..Jadi dengan pencegahan yang dilakukan dapat membantu mengurangkan masalah cacing terhadap ternakan..

Selain tu, antara pencegahan yang perlu dibuat ialah Pembasmian Kuman di kandang (Disinfektan Kandang)..Rasanya jarang antara penternak kita terutamanya yang berskala sederhana dan kecil membuat pogram ni di kandang mereka..Mungkin tiada pendedehan atau tak mengetahui kepentingan pogram disinfektan ni..Kebanyakkan kuman serta bakteria memang wujud di kawasan kandang kita..Ternakan kita sememangnya jenis makhluk bernyawa yang tak reti nak buang air kecil dan besar di tempat yang sepatutnya..Berasa nak lepas, lepas jer..Kandang yang jadi tempat tidor depa pun jadi jamban depa..Nak buat camna dah memang depa ni tak berakal..Jadi najis2 ternakan ni sememangnya kotor dan juga mempunyai bakteria, cacing dan juga kuman yang boleh mendatangkan masalah kesihatan terhadap ternakan kita..Jadi pencegahan melalui disinfektan kandang secara sebulan sekali dengan menggunakan ubat pembasmi kuman (antiseptik) seperti dettol, lindores, omnycide dan sebagainya membantu mencegah2 penyakit ternakan seperti penyakit kulit, tetanus, serangan hama dan kulat dan juga sebaigainya..Dengan kos yang murah dan senang untuk dilakukan dapat membantu mengurangkan masalah kesihatan ternakan serta meningkatkan produktiviti projek ternakan berbanding kaedah rawatan yang melibatkan kos, masa dan juga belum tentu berkesan terhadap ternakan tersebut..

Ada beberapa lagi kaedah pencegahan seperti mandi kutu, disinfektan untuk masuk ke kandang, melepaskan ternakan untuk bersenam dan sebagainya..Mungkin akan aku ceritakan di post2 yang lain Insyaallah..Post kali ni aku nak "hailite" tentang kepentingan Pogram Pencegahan ni..Dan aku juga tulis post ni untuk sedarkan diri aku sendiri yang sebernarnya juga malas nak buat pogram2 ni..Semoga aku sedar dengan tulisan aku sendiri ni..Amiinn..

15 December 2008

Line Intenet dah Ada Balik..

Salam Penternakan.......

Ahahahak...Aku mulakan post kali ni dengan salam dan ayat ketawa ala-ala sms..Pasai apa?? Heh sebab hari ni start ada balik line intenet kat umah aku..pehh akhirnya penantian ku berakhir..Tq TM sebab pasang balik..Tapi tak tau la sampai bila mende alah ni nak tahan..kutu2 ni pantang tengok ja kabel2 baguih punya dok terentang kat kabel kira nak balas ja..tambah2 time tengah getah harga jatuh ni..yang mana bagi duit lebih yang tu jalan dulu la..

Lupa lak..Aku rasa belum terlambat bagi aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua penternak serta pengunjung blog aku yang beragama Islam..Semoga Aidiladaha kali ini memberi keberkatan daripada korban yang dilakukan kepada semua..dan memberi sikit duit raya lebih kepada rakan2 penternakan hasil jualan ternakan korban..Aku taun ni tak jual ternakan untuk korban sebab aku sibuk uruskan ternakan aku sendiri..Aku sekarang stop sat buat trading ni sebab kekurangan modal dan susah nak cari ternakan..

Rupa-rupanya post aku tentang kambing saanen aku sebelum ni dapat respon ramai gak..Ramai yang tanya aku berapa harga aku jual kambing saanen tu..Untuk makluman aku tak jual kambing saanen sebab aku nak jadikan induk untuk kandang aku..lagipun Saanen tu bukan pure pun cuma kacukan dengan baka2 lain yang orang lama bela kambing dapat..Dan saanen ni juga payah nak cari kat kawasan Utara ni..So sapa2 yang ada ternakan kambing Saanen atau kambing2 lain, takdak masalah nak promosi dalam blog aku ni..Blog aku memang aku wujudkan untuk berkongsi maklumat dan juga pasaran..

Setelah lama tak bukak emel, terutamanya dalam forum dalam kambingboer@yahoogroup , sekali bukak dah tak hapa2 emel yang masuk..Kalo tak sebelum tu forum tu antara penyumbang maklumat serta ilmu untuk aku dalam bidang penternakan nih..Sekarang ni sume emel yang masuk sume yang merapu2 dari insurans sampai ke ubat kuat Maajun salasa..Aku pun dah malas nak bukak emel aku tu sebab cemuih sangat nak delete emel2 bangang tuh..So aku bercadang nak buat emel baru untuk gantikan emel yang dah kena virus ni..(tapi kalo ada cara lain untuk hapuskan emel tu aku buat yang tu dulu..hehehe nampak sangat aku ni buta IT)..Dan aku juga nak tahu sekarang ni sahabat2 penternakan ni join forum mana untuk gantikan forum kambingboer@yahoogroup ni..Kalo ada sapa yang tau bole bagitau kat sini..Sebenarnya join forum2 online camnila banyak membantu aku selama ni dalam membangunkan projek penternakan kambing di Kelian Farm..

Err apa aku nak tulis lagi r..sebenarnya aku tak prepare utk tulis blog malam ni..Cuma nak teruja nak test intenet ni ja..Tapi kalo line clear aku akan update blog aku sekerap yang mungkin..jadi kenala selalu buka untuk dapatkan maklumat pasai pojek penternakan kambing yang aku buat serta gosip2 terkini dalam bidang nih..So setakat ni dulu kot..heheh Line dah ada kelik..

03 December 2008

Aku update blog kat CC..Serabot

Salam...

Peh lama dah tak update kandang aku nih..pas2 penyamun kidnap line tepon umah aku 4 bulan dah masuk bulan ni, takdak lagi la sambungan line pastu oleh pihak TM..depa dah merajuk kot..tapi yang bala aku la kena bayaq bulan2 gak..adoo

Start ari ni aku cuba update blog aku tiap minggu..kalo boleh la..aku kena la update kat cc kat pekan..banyak benda nak crita dan nak cari maklumat...

Kalo yang dah folo lama blog aku tentu ingat crita kambing pawah post tahun lepas..tq sebab masih lagi bersama dengan blog aku ni walaupun dah lama tak bukak..Kambing Pawah...Heheheh..Masih lagi crita lama..Aku tak dapat lagi walaupun sekoq..Peh kali betul2 buat aku naik sheikh...peh nak crita panjang..minggu depan aku buat satu slot utk gosip terbaru ni..Huh ada orang kata kat aku buat pa nak kambing 4,5 ekoq tu..beli ja..suma nak harap orang bagi..bila nak maju..peh berdesup telinga aku...apa yang aku respon??minggu depan aku crita..nak tulis lama2 kena bayaq lebih plak kat toke cc ni..(hehehe tetap dengan alasan)

Tentang kandang baru aku tu dah berisi dengan kambing2 baru..2 Bulan ni adalah bulan rezki buat aku..kat2 30 ekor anak aku dapat 2 bulan lepas..Jenuh gak aku nak jaga..Itu yang dipanggil Tiada Perancangan Keluarga Kambing..tapi pasni mesti slow kelahiran bulan2..Kawan aku dari Jabatan Perkhidmatan Vaterinar (Sudah tukar ka??) ada plan kat aku camna nak rancang kelahiran anak2 kambing untuk setiap bulan..Praktikal jugak kalo nak buat dan nanti aku crita utk post lain kali...Jangan Marah r...

Bulan 12 ni mungkin kandang aku terpilih utk pogram A.I atau permanian beradas utk kambing2 aku..(Ni hasil dari kes kambing pawah r ni...heheh)..Tapi tah jadi ke tak tau r..Ntah2 nak amik ati aku ja..Tapi aku akan pastikan pogram ni akan jadi gak..Nanti aku folo up dengan depa..

Baru2 ni jugak mengamalkan sistem semi intensif utk 1 geng kandang lama aku..Aku lepas kat kebun getah belakang kandang aku..Aku start lepas masa rumput aku kurang sebab kambing baru masuk kandang baru dan juga sebab ada banyak gak anak2 kambing aku terbantut..Jadi aku try la lepas kot2 nak pulih balik badan dia..Hasilnya memang baik..Kambing aku dah kurang kena penyakit serta kematian dan juga nampak lebih sihat serta ceria cam toke dia gak..

Setakat ni dulu kot..Aku sebenarnya malas la nak update kat cc ni..serabot semcam ja..nak mikir dan bekarya pun susah..camna otak nak jalan..sebelah aku layan couter strike..depan layan fifa..huh punya serabot..Tapi mikirkan sampai bila aku tak update blog aku ni so gagah jugak r tulis..kalo rasa tulisan aku utk post kali ni bunyi semacam je tu bermakna kepala aku pun dah masuk dengan anasir bola, bunyi senapang dan meriam kat dalam ni..hehe..jumpa minggu depan..Insyaallah minggu depan posting mungkin baik slit sebab aku akan tulih kat komputer aku dulu n mai sini baru edit..