Yang Melawat Kambing2 di Kandang~~

11 June 2008

Seminar Penternakan Kambing dan Integrasi Pisang dan Jagung





Sebelum ni aku dapat ramai panggilan dan juga pertanyaan mengenai kursus penternakan di Utara ni..Kerana kebanyakkan kursus serta seminar penternakan terutama penternakan kambing Boer ni banyak diadakan di belah KL, Selatan..belah Utara ni kurang skit..aku ada juga bercadang nak buat tapi keadaan masa dan juga tempat tak mengizinkan lagi..so biarla aku kosentret dengan penternakan ni..tp baru ni kawan aku Ustaz Yusof tepon aku dan beritahu yang dia akan menganjurkan Seminar Penternakan Kambing dan Integrasi Tanaman Jagung dan Pisang..so ni aku info skit pasal seminar yang dianjurkan ni..so rakan2 ternak dan pengusaha2 serta bakal pengusaha projek pisang dan jagung kat belah utara perlu amik peluang ni..boleh tambah maklumat dan kontek..murah pun murah..kursus lain kalo pegi beratus jugak la ni RM 50 je..so ni info dia..




Seminar Penternakan Kambing dan Integrasi (Tanaman Pisang dan Jagung)

Tempat : Ladang Ternakan Kambing Boer Imanuddin, Kg Memali, Baling, Kedah

Tarikh : 29HB Jun 2008 (Hari Ahad )

Masa : 8.00 pagi hingga 3.00 petang

Bayaran : RM 50 shj

sijil dan makanan akan disediakan oleh pihak penganjur..(Aku dengar ada gak makan2 kambing..tapi tak tau la masak apa)

Tempat Terhad..Untuk maklumat lanjut sila hubungi

Ustaz Yusof 0134620463

kontek aku pun boleh Nasri 0134001083


kalo nak book tempat boleh kontek Ustaz..bayaran boleh sembang dengan dia..ok













07 June 2008

Euro 2008


euro 08 dah start..aku antara tergolong dalam spesis kaki tengok bola..tapi lepas aku bekecimpung dan terjebak dalam arena perkambingan ni, aku dah mula slow bab2 bola ni..tapi sejak promosi euro 2,3 bulan lepas, aku kembali bersemangat nak tengok balik..tapi nak tengok kat mane??kalo tengok luar malam2 bute ni takut org kidnap kambing aku lak..pastu kalo lepak luar ni komfemsampai berembun baru aku balik..esok pagi2 nak kene wat keje lak..peh mau pengsan tgh ari nanti..tapi tak dapat dinafikan..bagi kaki bola, kemungkinan besar produktiviti kerja depa mungkin akan menurun..mungkin gak aku pun join sekali..huhu

jadi utk mengatasi masalah2 tu skit (tak banyak), aku oder astro kat kandang aku..jadi tengok bola kat kandang la..kambing pun Insyaallah selamat..kene plak kalo game yg boring boleh amik bantai pastu bola tu tengok aku..duit dan MINYAK PON DAPAT SAVE..dan aku juga akan menjadi seorang daripada penyumbang kekayaan serta harta kepada seorang lagi rakyat Malaysia iaitu Mr Ananda Krishnan dengan membayar bil setiap bulan..hahaha..



ok selamat menikmati euro 2008 kepada kaki2 bola..kambing jgn dilupa lak..makan kene sharp time dia..heheh sebut pasal makan ni...aku rase dedak akan cecah RM1 per kg dan mungkin lebih dari tu..aiihhh..(keluhan anak gembala)

05 June 2008

Minyak dan Fokus Penternakan..

Assalamualaikum..

wooo minyak naik lagii..banyak lak tuh.. naik minyak la jugak aku semalam..dengan jalan jem..tak penah2 jalan jem kat Baling ni..dan dengan kenaikan harga aku boleh komfem sikit ari lagi, dedak mesti naik harga punya..aku agak RM50 per 50kg..sekilo singgit..jadi agak2 aku kene wat pengiraan semula kos seharian operasi nih..dengan kata lain harga kambing juga mungkin akan naik..tunggu..

anyway aku malas nak sembang bab2 minyak naik, barang naik, badan naik..sume tu buat aku naik minyak dan naik angin..pepepon idop kene teruskan..pojek kambing Kelian Farm kena teruskan..tak boleh patah balik dah..kene fokus lebih dan perancangan semula supaya pojek aku tak terjejas dengan sume mende2 serabut ni..aku malas nak pikir..biaq pemimpin pikir dan selesaikan dengan apa cara pun samada kita boleh terima atau sebaliknya..pastu aku akan pikir masa nak ngundi nanti..hoohoo..

2,3 minggu lepas aku macam ilang kosentrasi..banyak benda aku cuba buat dan setelkan tapi sume bende tak jadi dan tergantung tengah jalan..pas2 ada member bantu kat kandang ni aku cuba nak buat bende lain..pertama aku nak setelkan tanah yang aku pajak utk tanam rumput..aku dengan konfidennya beli benih rumput walaupun tanah yg dipajak tu tak di balik@plough lagi..ingat arini sampai benih esok dah boleh traktor tanah..rupanya seminggu aku cari traktor tak jumpa..sume sibuk..meriah betul projek kat Malaysia sekarang..bangga aku..so tergendala la aku punya plan nak tanam rumput nih..dahla dengan tak hujan..ada jugak la yg kering benih tu..last arini baru aku start tanam..

kambing aku juga baru2 ni banyak yang kurus..aku heran gak tengok kambing kurus..ada cacing ke??last2 aku check, rupanya aku salah bajet pengiraan jumlah rumput..kambing banyak tp rumput sikit..member aku lupa tambah makanan lebih kat kambing yang baru masuk..aku pun lupa nak cakap la konon2 sebok sangat..pastu mesin rumput aku problem plak..peh tak makan rumput gak la 2,3 ari kambing ni..aku bg daun2 pokok utan kat kambing nih..tp nak angkut daun2 ni bukan senang..sepokok daun tu berapa banyak sangat..(daun balik angin tak banyak walaupun bagi 1 pokok kat kambing tu)..dedak aku kena kasi lebih la...tapi tak leh cover jugak..motor chopper yang rosak tu last2 bengang sangat nak baiki dia, aku terus beli motor baru..abis rm400 aku tp puas ati dari menunggu motor lama tu diperbaiki..

sekarang saye sudah menjadi normal..syukur Alhamdulillah (ayat nabil raja lawak)...aku muhasabah balik aku punyer keja dan perbetul balik operasi pojek nih..aku dah fokus balik..aritu aku mamai ape tah..maybe perancangan tak kena..jadi pasni aku kena betul2 rancang ape yg aku kene buat..ape yang perlu didahulu dan diutamakan dan apa yang perlu dikemudiankan..dan mungkin juga aku banyak sangat pegi kenduri kawin member2 aku musim cuti ni..tinggal member aku 2,3 org je masih lagi mengekalkan status single and available lagi..huhu..ape2pun kawin mesti dikahwinkan dulu..target sekor ibu beranak 8 bulan sekali..takleh miss..ok rehat dulu..t ada masa aku tulis lagi..apapun menternak kambing ni mengajar aku lebih fokus dan juga sabar..(ceee ayat motivasi utk diri nih..)..tapi btul bidang penternakan ni banyak cabaran serta risiko..aku harap rakan2 penternak yang sudah rasa cabaran dan keperitannya agar bersabar..aku selalu berpegang pada kata2 tokwan aku..bela kambing, lembu ayam ni kene ikhlas dan sabar..banyak kerenah, banyak songeh..benda boleh sakit, mati..tp kalo kta jaga elok2 Insyaallah ada la habuan utk kita jugak..amin..