Yang Melawat Kambing2 di Kandang~~

03 February 2008

Projek Ternakan Projek Tak Untung??

salam...

hampa baru angan angan nak buat projek ternakan..so nak kena mintak pandangan dan khidmat nasihat daripada orang yang arif dan juga jabatan jabatan serta pertubuhan yang berkaitan sebelum masuk dalam bidang ni...ini penting utk membolehkan kita mendapatkan seberapa banyak maklumat serta pengetahuan agar projek yang akan dilaksanakan akan berjaya..

tapi...

sekiranya anda berjumpa dengan seorang pegawai di jabatan berkenaan..seorang yang dikatakan berpengalaman luas dlm bidang penternakan dan lagi setahun nak pencen dan meminta khidmat nasihat daripada beliau tentang projek penternakan ni...dan jawapannya kepada kita "PROJEK INI TIDAK BOLEH JADI MEWAH..KENA BUAT KERJA LAIN UTK SUPORT PROJEK NI MCM MOTONG GETAH KA, TANAM SAYUR KA BARU BOLEH JALAN.." Hampa berani dak nak join dalam bidang ternakan ni???

Hahaha..kalo yang nak mula mesti gerun punya nak buat..nak kena pikir 8,9 kali lagi..kerja komitmen tinggi tapi dia punya sound mcm kerja ni tak berbaloi je..abis yang dah buat ni..yang berenti kerja sebab nak mandi peluh bela ternakan ni kiranya tak berbaloi ka??

aku sebenarnya tak pasti apa yng pegawai tu cakap..sebenarnya statement tu dr seorang pegawai jabatan berkaitan kepada bos aku (mak ayah aku) masa depa pi pasaitak puas ati dengan pemberian kambing pawah taun lepas..(boleh refer kat posting lepas)..aku tak pergi sebab aku ni kuli jadi kenala jaga kandang..bos bos aku sebenarnya tak perasan sangat statement tu sebab mikirkan dan ingin utarakan hal lain..tapi bila balik ja sembang dengan aku baru kami sedar..

apapun kami tak pasti maksud pegawai tersebut..ada beberapa kemunkinan..pertama mungkin beliau ingin nyatakan yang pojek ternakan ini memerlukan projek sampingan sebagai value added sebab projek ternakan ni pulangannya lambat..amik masa 3,4 tahun jugak..jadi pendapatan sampingan diperlukan utk rolling modal makanan, operasi dan sebagainya..

kemungkinan juga apa yang dimaksudkan beliau kalo setakat bela sikit sikit ni susah nak kaya atau mewah..kena ada sampingan seperti buat baja kompos, khidmat sembelihan dan lapah dan sebagainya utk membantu menmbahkan pendapatan..tapi bagi aku biar banyak atau sikit projek ternakan ianya tetap menguntungkan..sikit buat cara sikit..bila banyak, kenala kerja cara komersil..

dan mungkin dia bermaksud terus yang projek ni tak langsung menguntungkan..mungkin daripada pengalaman dia yang kerja dengan jabatan berkenaan selama berpuluh puluh tahun langsung tak nampak sebarang kemajuan dalam bidang penternakan..apa yang dikesali jika beliau bermaksud demikian, sepatutnya ada tindakan daripada mereka ni utk memajukan sektor ni..jika org yang diharapkan utk membantu tak yakin dengan apa yang nak dibantu, bagaimana nasib orang yang nak dibantu dan yang teruk lagi yang dah patut kena bantu...kalo tiada inisiatif utk memajukan sektor ni sebab tak untung dan rugi baik tutup jabatan dan salurkan peruntukkan kat kementerian lain yg lebih memajukan negara..tapi sekarang kerajaan jugak yang menyarankan utk memajukan sektor penternakan..mana satu yang betoi ni??

tak kisahlah apa yang sebenarnya dia maksudkan..kalo dia maksudkan positif mengenai bidang penternakan sepertimana yang dihuraikan mungkin dia kena cuba betulkan cara penyampaian serta komunikasi agar kita lebih faham dan jelas maksudnya..kalo maksud dia yang last sekali tu, kiranya sia sia sajalah dia berkeja dari mula kerja sampai nak pencen apa pun tak dapat..sorry agak kasar tapi mmg tu hakikatnya..

jadi apa yang perlu kita buat sebagai penternak dan bakal penternak ialah mendapatkan seberapa banyak maklumat mengenai ilmu penternakan dan juga memahami aliran serta konsep penternakan seperti kadar kelahiran, tempoh kelahiran, anggaran berat jualan dan sebagainya utk kita lebih yakin dengan bidang yang kita nak terjun..perlu ada..sebab jika kita dah join bidang ni, mungkin tiada jalan utk berpatah balik..modal pun dah besar..apa yang perlu buat lepas tu ialah buat hingga berjaya..semoga berjaya kepada penternak penternak..cheers..

p/s: pasai kambing pawah tu depa dah janji nak bagi tahun ini..kami berjuang serta bawak benda ni ke atas bukan atas dasar nak sangat apa yang nak beri..tapi perjuangan serta nak betulkan apa yang tak betul darui dulu lagi..semoga kita para penternak bersatu..(projek pawah ni sebenarnya dah lama dah bepuluh puluh tahun dah..cuba banyangkan kalo betul pojek ni berjalan, negara kita ni setakat kambing jamnapari, anglo, boer (mungkin baru) dah lama bersepah sepah tepi jalan sebab banyak sangat..tapi mana pi habih semua??)

4 orang mencari kambing:

syia said...

tapi kenape macam negatif sangat komen pegawai tu? boleh mematahkan semangat

Anonymous said...

Sebab pegawai tu tak nampak yang projek tu berdaya maju. Kalau dia nampak, dah lama dia berenti kerja buat projek ataupon dia buat projek sambil bekerja. Dia lagi banyak source untuk buat sesuatu projek sebab dia orang dalam. Memang ada perbezaan berborak dengan pegawai yang hanya makan gaji dengan pegawai yang kerja makan gaji dan buat projek dalam bidang dia secara part time.

Kuli Ladang said...

maceh sebab sudi kome..syia tak tau gak sebenarnya apa maksud dia tu..tp kalo betul mmg takleh pakai punya pegawai..ashraf..yup..satu lagi mungkin sebab dah lama dia kerja takda satu pun pojek penternakan yg boleh dibuat contoh..temasuk pojek kejaan jugak..mintak2 pojek yg nak mai ni ada la input dia kita boleh nampak..saya dah lawat blog syia dan asyraf..nice blog..banyak info..tq for d cabai asyraf..ingat nak belajar gak wat fertigasi.. n tq 4 d gaya tidor tu syia..saya tak tau plak gaya tidor sebab tak penah tengok pun saya tido camna..kalo da tidommg tak ingat donia punya..tp saya tido atas kusyen je..tido tempat lain tak selesa..tp kalo dah letih mane2 leh tdo..kandang kambing pon boleh jadi :)

Aidier said...

PROJEK TERNAKAN UNTUK DIJUAL..

Projek ini mengandungi :
- 1 kandang kambing 24x80
- 27 kolam simen beserta anak ikan keli(mampu keluarkan hasil 5 tan keli seminggu)
- 1 pam air
- sumber air gunung
- 1 rumah pekerja
- alatan perikanan yang lain
- rumput napier telah ditanam

LOKASI Ulu Yam

Yang nak jual hanya projek sahaja sebab tanah bukan milik tuan punya projek ini..kena sewa bulanan RM1000 / month...tanah seluas 4 ekar...

HARGA - RM300K (nego)

SEBAB UNTUK DIJUAL - pindah tempat baru ( dekat dgn tempat kediaman )..

HASIL - Hasil benih keli dlm rm30k/mth ..saiz kolam boleh keluarkan hasil keli besar 4tan/week

Pembeli projek ini akan menerima pokok cili 400beg yang sudah mula berbuah tanda saguhati daripada owner projek ini..

Sekian,terima kasih.


Aidier
0133673807