Yang Melawat Kambing2 di Kandang~~

20 January 2008

Berkenaan dengan Projek Pembiakan Kambing Boer Nasional

Perak Akan Jadi Hub Ternakan Kambing Boer Negara, Kata Muhyiddin



TAIPING, 27 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan menjadikan Perak sebagai hub ternakan kambing baka Boer yang diimport dari Australia melalui projek Pusat Pembiakan Baka Kambing Boer Negara.Menteri berkenaan Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata projek yang akan dimulakan tahun depan itu merupakan pendekatan kerajaan bagi menambah bekalan kambing tempatan serta mengeksportnya ke pasaran antarabangsa terutama Asia Tengah."Bekalan kambing tempatan hanya lapan peratus berbanding 92 peratus yang diimport dan ia tidak mencukupi bagi menampung permintaan terutamanya pada musim perayaan selain penggunaan tinggi di restoran dan hotel," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Bukit Gantang di sini hari ini.


Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai hasil lawatan rasminya ke Brisbane, Australia yang berakhir semalam.Katanya projek seluas 1,200 hektar itu yang akan diusahakan Pusat Ternakan Haiwan di Pondok Tanjung, Selama dekat sini, bakal menggunakan peruntukan di bawah sektor ternakan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan.Muhyiddin berkata untuk menjayakan projek berkenaan kementerian menggalakkan penyertaan pihak swasta termasuk penternak kecil yang berkemampuan dari segi modal dan pengalaman bagi mencapai matlamat negara sebagai pengeluar utama kambing di rantau ini."Apa yang lebih penting projek ini adalah projek nasional dan kerajaan menyokong kuat dengan menyediakan kemudahan infrastruktur, kepakaran dan kemudahan sokongan termasuk rumah penyembelihan," katanya.


Beliau berkata kambing baka Boer merupakan baka terbaik kerana dagingnya tidak berbau dan berkualiti."Projek menternak itu merupakan langkah yang lebih baik daripada menternak lembu kerana seekor kambing Boer dewasa boleh mencapai berat sehingga 100 kilogram dalam tempoh singkat, cepat membiak dan sesuai dengan cuaca negara kita," katanya.Beliau berkata beberapa pihak di Australia bersedia membekalkan baka bagi projek berkenaan tetapi kementerian belum dapat menentukan jumlah baka yang diperlukan sama ada puluhan ribu atau ratusan ribu.


Hasil projek berkenaan mampu dilihat dalam tempoh dua hingga tiga tahun dan kementerian akan menyediakan kertas projek berkenaan dalam masa terdekat termasuk jumlah kos yang diperlukan, tambahnya.-- BERNAMA


p/s : aku cari jugak maklumat berkaitan dengan projek ni secara detail dalam internet seperti cara penawaran projek kepada peserta, syarat2 lain, maklumat terkini projek dan lain2....setakat ni tiada sebarang maklumat melainkan berita2 di suratkabar shj..seboleh2nya nak tau jugak apa sebenarnya projek ni takut berita saja gah dan hebat tapi takdak papapun..harap pihak yang terlibat sediakan info kepada org ramai bg mengetahui keadaaan semasa serta status projek sekarang ni terutamanya kepada penternak dan juga bakal pemohon..

18 January 2008

Awas..Penyakit Joint Ill

assalamualaikum..

been bz r lately..keje kena buat sorang2 ni jadi takdak masa sangat nak ngadap komputer ni..hari ni aku dapat pengajaran yang berguna utk dikongsi bersama..

sejak seminggu anak kambing aku seekor tak dapat bangun..lutut kakinya kian membengkak..aku ingat biasa ja penyakit bengkak bernanah ni..rupa-rupanya baru aku tau ini penyakit "joint ill" (kalo salah eja tolong betulkan..)

simptom utk sakit ini ialah kambing tak dapat bangun, dan kaki membengkak dan bernanah..biasanya penyakit ini menyerang anak kambing...kenapa dia serang anak kambing??SEBAB ANAK KAMBING TERSEBUT KEMUNGKINAN TALI PUSATNYA TIDAK DIPOTONG DAN TIDAK DI LETAKKAN IODIN UTK MEMATIKAN KUMAN DI PUSATNYA..

Jadi kepada penternak dan bakal penternak, tolong ambik berat tentang penjagaan serta pengurusan anak kambing yang mana tempoh kritikalnya sebelum 3 bulan..pastikan selepas lahir kambing mendapat susu kolestrom dari ibunya dengan cukup dan tali pusatnya dipotong dan disinfekkan (nyah kuman)..biasanya kuman akan masuk ke dalam badan anak kambing dari tali pusatnya yang berlendir selepas beranak..potong tali pusat tersebut kalo boleh selewat2nya sejam selepas dia beranak...

penjagaan serta pengurusan anak kambing yang baik membolehkan anak kambing tersebut dapat hidup dengan sihat..ada anak kambing yang hidup tapi tidak cergas kerana masalah pengurusan anak kambing semasa lahir ke 3 bulan yang kurang sempurna dan kurang prihatian..

berbalik anak kambing tadi..menurut member aku anak kambing ni kemungkinan akan tempang (itu pun kalo dia nak makan..tengok gaya macam tak nak makan ja)..nanah di kaki anak kambing tu mungkin akan merebak ke tempat lain..kalo nak boleh jalan pon mungkin dengan terapi dari kita dengan ajar dia berjalan kat tanah macam tatih anak berjalan la..

jadi sekali lagi pengurusan anak kambing 3 bulan ke bawah amat penting utk memastikan anak kambing itu dapat membesar dengan sihat dan cergas..jangan malas nak potong tali pusat anak tu..keje senang ja..tapi kalo tak buat efek dia cukup besar..kalo dah kene penyakit joint ill...huh susah la jugak nak pikir..nak sembelih anak lagi..nak biar kesian pulak tengok anak tu menderita..nak ajar dengan rawat anak kambing tu keje kita pulak tergendala sebab tumpuan kat dia lebih sangat..(semua ni nasihat utk aku dan rakan 2 penternak utk dijadikan pedoman dan iktibar)...

12 January 2008

Perlawaan Untuk Menjadi Usahawan Ternakan Kambing Boer

salam Maal Hijrah 1429..



Berita baik untuk semua yang berminat untuk memulakan serta membersarkan ternakan kambing boer..arini kat Utusan Malaysia (bahagian Sigap..ala soqkaba kecik tuuu)..Kementerian Peranan dan Industri Asas Tani dan Jabatan Haiwan telah mempelawa warganegara Malaysia yang berminat utk menternak kambing utk menyertai Usahawan Ternakan Projek Pembiakan Kambing Boer Nasional (NBBC)...borang dan syarat2 penyertan boleh rujuk kat laman web



htp://agrolink.moa.my/jph/dvs/nbbc-usahawan.html

Tarikh tutup permhonan 15/02/2008

Hantar permohonan ke

Urusetia National Boer Goat Breeding Pogram
Bahagian Pembangunan Sumber Teknologi Ternakan
Jabatan Perkhidmatan Haiwan
Wisma Tani, Blok Podium, Lot 4G1
Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62630 Purajaya

Selamat mencoba..peluang baik ni..tapi tak pasti la ladang ni..Kat Pondok Tanjung, Taiping kot..sapa2 ada maklumat tak??

02 January 2008

Selamat Tahun Baru 2008..


Selamat Tahun Baru Kepada Rakan-Rakan Seperjuangan Dalam Bidang Ternakan....



  • Semoga tahun 2008 ni lebih bermakna kepada kita semua terutamanya dalam penternakan..



  • Semoga projek lebih maju..



  • Semoga yang tak start projek lagi dah boleh mula projek ternakan kambing ni..tunggu apa lagi..



  • Semoga bisnes ternakan lebih untung (ala ongg..)



  • Semoga kita lebih diberkati dan dirahmati



  • Semoga apa yang kita hajati akan tercapai..Insyaallah..


Aminn..


Ikhlas Dari Kami Kelian Farm..