Yang Melawat Kambing2 di Kandang~~

28 August 2020

Kelian Farm - Ladang Kambing untuk 1 Malaysia

Dalam kerancakan suasana sekarang dalam industri penternakan kambing, banyak ladang serta penternak muncul untuk membangunkan industri penternakan yang sudah lama ditinggalkan. Kelian Farm yang terletak di utara semenanjung juga wujud untuk sama-sama memeriahkan industri ini. Kewujudan Kelian Farm bukanlah dalam bentuk persaingan kepada ladang-ladang serta penternak-penternak yang sedia ada tetapi lebih kepada membantu dalam meningkatkan pengeluaran daging kambing dalam negara yang masih lagi kekurangan daging kambing tempatan.

Ladang ini memulakan operasinya kira-kira setengah tahun yang lepas dan lebih kepada proses pembelajaran dalam bidang penternakan. Ia merupakan projek usaha keluarga dengan penglibatan ahli-ahli keluarga terlibat dalam pengurusan, perancangan hinggalah kerja harian seperti pemberian makanan dan sebagainya.

Dengan kemahiran serta pengalaman yang diperolehi, kini Kelian Farm memulakan operasinya dengan operasi ternakan berkonsepkan penternakan kambing Boer secara komersil

Kelian Farm juga menawarkan perkhidmatan jualan dan belian kambing baka, korban, aqiqah, serta perkhidmatan jualan makanan serta ubat-ubatan ternakan dengan harga yang berpatutan.

Dengan wujudnya blog sebegini diharapkan dapat membantu kami, penternak-penternak, bakal penternak serta yang berminat dalam menambahkan serta berkongsi pengetahuan dan maklumat dalam bidang penternakan ini di samping mewujudkan hubungan penternakan dan juga merapatkan ukhwah sesama kita..wassalam


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Kelian Farm,
Kg. Carok Kelian,
Mukim Pulai, 09100 Baling,
Kedah.
013-4001083 (Nasri)