Yang Melawat Kambing2 di Kandang~~

10 May 2011

Sate kambing atau Kambing Golek...

Salam...

Agak lama jugak la tak buat keja2 taip ni...alasan sama la..tak dan..So apa cerita geng2 ternak sekarang??..lembu dah naik harga...Kambing dah macam tak le jual sebab feral tinggi sangat...Macam-macam keluhan dan bunyi aku dengar..Tapi nak buat camna..life must go on..Apa jua cabaran..kena tempuh la..kalo lari maknanya tutup la projek...

Kelian Farm apa cerita pulak??..senang cerita apa yang depa dok bunyi-bunyi tu pon suma ada kat aku...Camna nak jual, dedak naik harga, isu penyakit, isu Jabatan Hewan tak mai (aku memang agak bengkak jugak la tengok cuepacs dok mintak macam2 tapi ada yang keja memang hampas la..tak semua, tapi kalo berasa jangan marah..muhasabah diri la sebab apa berasa..)..bla..bla bla..dan len-len lagi yang sewaktun denganyya..

So dah berapa lama ternak..ada perkembangan??..bagi Kelian Farm sendiri la..secara jujur tak banyak yang boleh dibanggakan sangat...Pasaran masih lagi bergantung pada kenduri kendara dan aqiqah..Jualan runcit secara harian masih lagi tak dapat dilaksanakan atas sebab faktor-faktor yang dah basi kalo nak cerita..Sekarang ni aku tengah dok pikiaq nak jadikan bidang ni berterusan..Dalam kata lain hari-hari kita boleh jual, secara runcit, yang penting MENGUNTUNGKAN...Boleh nak juai hari-hari, macam sembelih dan juai gantung kat market, tapi selama aku dok servey ni tak ramai yang berjaya dalam jualan camni..

Aku dok tepikiaq la beberapa idea untuk melestarikan industri ternakan kambing ni...Aku ada servey aktiviti pemprosesan ternakan daging cam sate, serunding dan lain-lain..So far memang boleh buat tapi dengan harga kambing yang tinggi, mampukah orang makan sate kambing saiz standad dengan harga RM1.50 ke RM2..orang nak oder pon 3,4 kali pikiaq..kalo nak murah kena campoq daging frozen import tapi masih lagi tak membantu konsistensi projek ternakan kambing aku..Baik amik fully daging import ja lagi murah...

Aku jugak ada dok pikiaq kalo nak buat end processing cam buat masak memasak berasaskan daging kambing cam ala2 restoren..tapi masih lagi problem yang sama..mahal..serta perlu memiliki kemahiran-kemahiran lain cam memasak..tak pun mencari orang memasak...Yang penting kos dia agak tinggi la...nak murah kena daging import jugak, jadi balik kepada masalah pertama iaitu mewujudkan kelangsungan projek ternakan kambing..

Jadi bagaimana??...tapi sebenaqnya boleh...aku ja yang pikiaq masalah tu sampai jadi cam tak boleh..senang cakap kalo tak try sapa nak tau..Macam aku masuk bidang ternakan dulu..tak try tak tau..dah try r amik la suma yang mai..telan bulat-bulat...Cuma untuk buat ni, banyak benda jugak la yang kena pikiaq dan rancang sebab dalam pemprosesan, masakan, banyak kemahiran yang aku tak tau dan perlu jugak tahu untuk terjun atau nak masuk dalam bidang yang seterusnya..

Jadi aku harap, kalo ada sapa-sapa yang berpengalaman atau idea untuk ni boleh la kita bincang atau bagi pendapat..Aku lebih teringin nak buat sate dengan upah orang masak masakan berasaskan kambing ni..cumanya nak kena mikir sapa nak lapah, sembelih, masak, pasaran, sapa nak makan dan lain-lain..memang tak try kita tak tau, tapi jangan lupa gak menilai risiko serta peluang yang ada...

Ok setakat ni dulu..so aku berharap aku akan dapat menyelesaikan masalah ni...Jadi kita tak perlu menumpukan membekalkan kambing untuk aqiqah dan korban semata-mata..aku harap ternakan kambing akan berkembang cam industri ternakan ayam..Mungkin kita boleh perbaiki sistem ternakan, (walaupun kos kita sebenarnya tak banyak boleh ubah melainkan bebas ragut)..

tulisan agak pening sebab ngantok..sory...