Yang Melawat Kambing2 di Kandang~~

29 April 2009

Kambing, Keli dan Cacing

Salam..

Alhamdulillah..Aku idup lagi..Lama tak update blog ni sebab modeminternet aku rosak..biasa hal2 camni adik aku ja handel..since dia pon takdak kat rumah, intenet kat sini terbengkalai la..
Tentang projek Kelian Farm, masih lagi berjalan dan beroperasi seperti biasa..Cuma baru2 ni ada masalah dengan cacing dan kutu..Kemungkinan besar disebabkan sistem lepas kat dalam kebun getah..Yang teruk kena anak-anak kambing..Ada yang kurus, tak selera makan..Ada gak la yang mati..So aku amik keputusan anak2 kambing aku tak lepas..Tapi ada gak yang curi-curi keluar ikut mak dia gi jalan-jalan dalm hutan tu..Selain tu aku bagi ubat cacing 3 serangkai pada yang betul-betul ketara kena cacing dan kutu tu..Aku juga mandikan kambing2 aku dengan "Tactic" tapi tak abis lagi bagi mandi kambing tu..Baru beberapa ekor ja..Sebab takdak kemudahan mandikan kambing yang efisyen..Humm kena pikir gak nak buat tempat mandi kat budak2 ni..

Untuk pojek ikan keli yang aku cuba "try test tengok" tu aku isytiharkan GAGAL..Sebabnya ikan keli aku walaupun umur dah sebulan lebih tapi masih lagi berada dalam keadaan berudu..Puncanya tak dapat makan dan dengan kata lain aku tak bagi makan langsung..Tapi ni bukan aku punya idea..Pogram bela keli 3 bulan sekali bagi makan ni kiranya famous la jugak sampai masuk Majalah 3..Tapi aku mulanya pelik gak, takkan tak bagi makan langsung boleh besar..Tapi tak try tak tahu kan..Sekarang dah try baru tahu..Tapi mungkin aku salah cara penggunaan makanan dia tu..Nasib bik tak banyak keluar modai..Tak sampai RM200..Tu pun kongsi..hehehe..Tapi sian jugak keli tu..tak makan langsung..Isyk kejamnya aku..

Satu lagi projek yang aku usahakan ialah ternakan cacing..Yang ni nampak berjaya..Sisa operasi ternakan seperti sisa rumput, tinja kambing berjaya dihadam oleh cacing-cacing aku ni dan diproses menjadi baja..Projek ni nampak berjaya dan nampak boleh dikomersilkan memandangkan kos operasi yang murah dan juga pembiakan yang efisyen..Cumanya aku rasa pihak tertentu cam Mardi, Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Vaterinar perlu buat kajian tentang penghasilan baja cacing atau vermikompos ni agar boleh menandingi penggunaan baja kimia dari segi kualiti dan tentu sekali KOS PENGGUNAAN baja kompos ni..Baru pengusaha serta penternak-penternak dapat memasarkan produk baja kompos ni..Sebabnya pengalaman aku sendiri, nak hasilkan baja ni memang takdak masalah..Banyak kaedah dan cara boleh pakai dalam penghasilan baja ni..Tapi mampukah kita menembusi pasaran produk ni..Kalo boleh pun adakah ada keuntungan di situ..Kesimpulan yang aku boleh buat, susah kita nak bergerak sorang-sorang dalam industri ni..Kena ramai kawan dan kenalan..

K dulu kot takat ni..Aku sebenarnya letih gak minggu ni..pekerja takdak so kene la kerja sorang-sorang jadi kuli kat kandang aku..Dari menyapu kandang sampai potong rumput dan bagi makan kat kambing aku yang dah dekat 150 ekor tu..Huh tertonggeng gak r aku buat kerja ni..kalo tak kerana minat aku rasa kalo sorang-sorang ni cabut jugak pinggang aku nih...