Yang Melawat Kambing2 di Kandang~~

23 May 2010

Feral di Kandang

Salamm..

Lama tak tulis..bizi skeet..dengan line pon tak bropa ada kat umah aku ni..So apa-apa update aku terpaksa buat kat CC yang terdekat..malas betul nak gi CC ni..takde privasi..

Banyak cerita yang aku buat selama tak update..Nak cerita pon aku lupa...Yang terbaru aku bawak masuk kambing ferall untuk trading..Tq bro Nizar ngan Adi boersaanen..1st time nak amik kambing kat KLIA..aku gi sana naik bas dari Kedah..selamba ngan bawak duit cash bebelas ribu gak naik bas..(Konfiden gila tak kena rompak ngan ragut)..Sebab pakai pon lebih kurang depa jugak..

Diringkaskan cerita..balik dari amik kambing ni, sampai kat Grik aku kena tahan UPP (Unit Pencegahan Penyeludupan)..Walaupun laluan tu kawasan panas, aku konfiden ja masuk sebab aku ada permit..Lepas2 diperiksa dengan depa, depa kata permit aku tak lengkap..Isunya tiada surat kuarantin dari Malaysia..Aku cakap la kalo dari Ausie mana perlu kuarantin..Tapi lepas dirujuk kat pegawai JPV Ipoh, aku terpaksa ditahan sebab depa kata kena ada surat kuarantin dari Malaysia..Abis..pastu apa yang aku kata seduit tak pakai..

Dekat 5 jam jugak la aku ngan kambing aku kena tahan..kesian kat kambing aku..dok berimpit2 dalam lori kat UPP tu..Haram betoi..lambat sebab kena tunggu pegawai dari Taiping mai plak..Last2 boleh lepas sebab memang sah..cuma ada 2,3 benda kecik yang sengaja diperbesarkan untuk menunjukkan siapa berkuasa..

Akhirnya kambing aku sampai di kandang setelah sehari suntuk kepenatan dan stress dalam lori..Dan mungkin kepenatan yang amat sangat, ada seekor yang mati malam keesokannya..Aku bukan kesal sangat yang mati..Dah benda idop, lawannya mati..aku reda dan terimanya sebagai dugaan..Cuma aku sedikit terkilan sebab, masa aku perlukan bantuan dulu, sapa pon tak datang jengok, bertanya kabar..Tapi bila bab yang menyusahkan aku ni, ramai betul nak join..dengar kabar kes aku ni sampai ke Putra Jaya...takpa la hampa pakat dok gaduh..Lastnya, aku dan kambing jadi mangsa..Mungkin post kali ni aku tak begitu panas, padahal hakikatnya, tengah menggelegak ni..aku kena laju je taip sebab rimas kat CC ni..nanti kalo ada kesempatan aku akan detailkan apa yang berlaku serta sikap orang-orang yang agak "bijaksana" dalam kes aku ni..teringin jugak nak tonjol kepala pegawai Ipoh yang suroh tahan aku tu..Kalo dah bodoh jangan jadi pegawai..Jadi ahli politik ke, artis ke, banyak lagi yang sesuai..sebab bodoh tu dah menyusahkan orang lain.. 

01 April 2010

Kelian Shop Online - Ubat Ternakan Utk Dijual

Ternakan merupakan makhluk hidup yang perlu makan dan minum untuk hidup..Ada kalanya, mereka juga akan sakit..Seperti manusia, ternakan juga memerlukan "Peti Pertolongan Cemas"..Tapi tak seperti peti pertolongan cemas yang kita ada kat rumah, ada beberapa jenis ubat yang mana mengikut saranan beberapa Pegawai Veterinar perlu ada di setiap kandang yang berskala sederhana dan besar..Yang kecik kambing 2,3 ekoq nak pakai pon boleh jugak..


Teramycin L.A 100 ml

Ubat antibiotik "broad spectrum" yang perlu ada di kandang ternakan..Boleh digunakan untuk pelbagai jenis penyakit seperti radang paru-paru, selsema, batuk, masalah dalaman yang tak dapat dikenal pasti dan pelbagai jenis penyakit lagi...Penggunaannya dengan cara suntikan di otot dan juga di bawah kulit..Kebiasaan diberikan dengan nisbah 1 ml untuk 10 kilogram..

Harga : RM 70

Dectomex (Doramex) 50 ml

Lebih dikenali dengan ubat 3 serangkai..Mujarab untuk penyakit cacing, kurap dan juga kutu yang terdapat kepada ternakan..Ianya digunakan dengan cara suntikan juga samada di otot atau daging dan juga di bawah kulit..Nisbah penggunaannya biasanya 1ml-2ml untuk ternakan (kambing..lembu lebih sikit..)

Harga : RM 80

Spay Luka Magtox (400 ml)

Digunakan untuk ternakan yang mengalami luka dan juga pendarahan luaran..Boleh juga digunakan untuk menghindar dan juga membunuh ulat lalat (maggot)..Biasa digunakan sebagai rawatan awal bagi mengelakkan luka tersebut menjadi lebih teruk akibat maggot..Penggunaan dengan cara semburan ke tempat yang luka dan kekerapan bergantung kepada luka tersebut.Saya juga biasa menggunakannya untuk merawat penyakit puru kambing saya..

Harga : RM 28
Pink Eye Spray

Digunakan untuk merawat mata ternakan yang bermasalah..Penggunaanya ialah dengan cara semburan di mata ternakan dan kekerapan bergantung kepada penyakit tersebut..Biasanya digunakan kepada kambing yang mengalami masalah mata seperti kekaburan, keputihan mata, mata tak boleh buka dan macam-macam lagi masalah yang melibatkan mata..

Harga : Rm 28

Mana nak dapat?? Kat Jabatan Haiwan pun tak dak?? Jangan Risau..Ubat-ubat ini akan sampai ke rumah saudara..tak payah letih-letih drive jauh dan penin mikir untuk beli ubat apa untuk letak di kandang dan yang penting SAVE MINYAK DAN DUIT UNTUK PERKARA LAIN..Kami akan menghantarnya terus ke rumah anda..

Cara Nak Oder??, Senang Saja:

1. Hubungi saya Nasri atau sms ja kat nombor ni = 0134001083

2. Kami akan berikan no acc yang berkenaan (Maybank atau Bank Islam)

3. Maklumkan tentang deposit bayaran ubatan yang dioder kepada kami melalui nombor di atas (sms pon boleh..)


4. Kami akan menghantar melalui pos atau kurier (Caj penghantaran tidak termasuk dengan harga belian barang..caj murah ja)

So untuk maklumat lanjut sila hubungi saya seperti nombor di atas..(Posting ni akan dok lama skit kat belah atas nih..post2 tebaru suma akan dok bawah post ni..saje kasi promo skit..hehe..nak tampong duit dedak kambing nih..)..Apa-pa pun untuk lebih keterangan serta khidmat nasihat tentang penggunaan ubat-ubat yang disyorkan di atas, sila rujuk kepada pegawai haiwan yang berdekatan..(Gambar-gambar dicopy dari laman web lain temasuk laman web dr dodon..Terdapat perbezaan dari segi bentuk botol ubat dan jenama..Tapi bahan, kandungan sama dengan ubat yang dijual serta pembuatnya adalah dari syarikat yang sama..)


24 March 2010

Tawaran Harga Borong Lembu

Salam..

Jualan Lembu Secara Borong

Kami dengan kerjasama Intan Farm menawarkan harga lembu borong yang menarik kepada penternak..Kalo nak beli boleh berurusan terus dengan kami di Pusat Kuarantin ternakan, Padang Besar, Perlis...Nak mai tengok dulu pon takdak masalah..

Berikut adalah senarai harga yang ditawarkan di ladang kami :

Lembu Jantan Untuk Sembelihan dan Akikah = RM 6.30 per Kg

Average : 215 KG (Saiz sedang)

Timbangan Berat akan di lakukan di Pusat Kuarantin Ternakan, Padang Besar, Perlis.


Kami juga menawarkan khidmat penghantaran ternakan ke kandang saudara di seluruh Malaysian dengan harga yang berpatutan..Kuantiti banyak harga boleh runding lagi...Bekalan sentiasa ada setiap bulan.. 

Untuk maklumat lanjut sila hubungi

Nasri 0134001083
Nazrin 0175773548

17 March 2010

Manusia Semakin Kejam!!!!!



OIE GRAS bermaksud hati berlemak (Fat liver) adalah menu makanan yang mewah berasal dari Perancis. Hidangan mewah ini berasal dari hati angsa yang diperoleh dari angsa yang di “paksa” makan secara berlebihan setiap harinya agar hatinya berubah menjadi hati berlemak akibat menderita penyakit “hati berlemak” (fatty liver).

Manusia menjadi KEJAM dan TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN demi untuk memenuhi hawa nafsu mereka. KEJAM! Itulah perkataan yang sesuai ditujukan kepada golongan manusia ini.

Semua perlakuan kejam oleh sekelompok manusia ini hanya untuk memperoleh hati angsa yang indah berwarna putih dan lebih besar dari yang normal. Gambar sebelah kiri adalah hati angsa berwarna putih yang besarnya di atas normal akibat angsa diberi makan secara berlebihan secara paksa, sedangkan gambar sebelah kanan (warna coklat) adalah hati angsa yang normal.



Betapa malangnya nasib makhluk Allah ini….

Sangkar yang dibuat memaksa angsa tak dapat memusingkan badannya maupun melangkah. Kakinya menjadi bengkak kerana setiap hari mereka terpaksa berdiri. Angsa-angsa ini tidak ada kesempatan untuk tidur karena lehernya berulang kali dipegang untuk di “paksa” makan.


Mereka di paksa untuk makan walaupun enggan makan..



Mereka yang masih bertahan hidup, menderita penyakit radang usus sehingga mudah terjadi pendarahan yang keluar bersama kotorannya. Tidak hanya penderitaan mulut luka, tenggorokkan luka, perut kesakitan, kaki bengkak, tidak tidur, tak dapat bergerak, mereka juga tak dapat hidup bebas untuk melihat langit atau sungai.


Mereka dipaksa makan sampai mati atau mereka mati kerana tak sanggup menahan penderitaan ini. Lihatlah mulut mereka penuh dengan makanan..


CREDITS: This post had been ORIGINALLY taken from http://info-gallery.blogspot.com... Pening aku nak wat post ni, mabuk sebab rasa geli, sakit dan kesian sangat2. Tapi sebab nak bagi kesedaran, aku gagahkan jugak...

26 February 2010

Kelian Farmville

Bestnya bila ingat kekambing kat kandang tu... sangat la comel dan wat kepala pusing jadi relax~~


Kalau wat homestay ala2 farmville (merujuk kepada FB) okayh ker???


20 February 2010

Mini Zoo Kelian Farm~~

Dah lama kelian farm sunyi dan sepi... I hate to see that... Kuli Ladang had called me from Baling said that telephone line in my home had been 'kidnapped' again!! Damn!! Terok btol those manusia.. I tot dah mati...

Kelian farm, dah makin besar, dari umah Kuli Ladang sendiri, sampaila ke kandang-kandang dan lain2 lain stuff.... So thanks to TOKEY BESAR aka madam di rumah yang kini sudah pun bergelar PENGETUA... Congrats!!

Kelian Farm, dah ada sebuah umah khas untuk Kuli Ladang beserta letrik dan air juga ASTRO untuk kemudahan beliau... Umah ni, memang dari awal lagi dah sedia ada, naik bersama kandang kambing yang pertama...

Kandang pulak dah masuk 3, boleh memuatkan sehingga 100-120 kambing... Tapi kalau kambing banyak pun, susah jugak sebab Kuli Ladang jer wat kije sensorang!!

Skang, kami juga dah ada koq, hehehe atau senang faham, kolam simen.. Awal2 dulu bela ikan keli, tapi tak dan sangat nak bela... so tukar kepada ikan hiasan, ikan laga...atau kedah panggil ikan karin!! (bukan adik bradik maya karin tau~~ ) Masih dalam permulaan, tapi sapa yang berminat, boleyhla kontek Kuli Ladang... Tak banyak sangat awal-awal ni, mungkin dalam 100 ekor, dapatla kot!!


Kami jugak ada bela ayam kampung dan ayam piru a.ka ayam belanda... Tak banyak sangat sebab masih baru... Sekarang tambah pulak dengan mini inkubator untuk menjadikan proses pengeraman berlaku dengan lebih baik.... 

ayam belanda/ayam piru


So, kalau korang ada berminat dengan apa2 stok yang kami ada... Just put on call for Kuli Ladang... Namanya Kuli Ladang, tapi senang citer, pengurus yang tak kurus la... Heheheh...


P/S: 

1- Kami juga punya ubat-ubat untuk ternakan... Kuli Ladang quite good in doctorin for those haiwansss... So, just ask him ok???

2- Kalau letak arnab n few binatang lagi, upgrade sikit umah Kuli Ladang, best per wat home stay~~

28 January 2010

Feral Aqiqah Untuk Dijual

Salam..

Kambing Feral Untuk Aqiqah Untuk Dijual Secara Borong...

Berat : 35-45 KG dan ke atas (Ada 50Kg pun kira harga sama..Daripada pengalaman kambing ni boleh jual RM600 ke atas)

Salin Gigi Sepasang

Jualan borong RM 500 per ekor (minimum 5 ekor)..Untuk pembelian dengan kuantiti yang lebih banyak, harga masih lagi boleh dirunding..Penghantaran juga disediakan (Tak termasuk caj pengangkutan)

Berminat?? hubungi saya

Nasri 0134001083


13 January 2010

Ruangan Untuk Penternak Kompleenn


Halloo..Hawa Yuu..

Hahaha sora Abang Kassim Pon Pon Raja Lawak sempoi gak..Walaupun tahapa-hapa dia punya lawak tapi aku suka..

Cukup bab raja lawak..skit ja promot dah la..trak dak komisen pon..tadi aku jalan-jalan keliling laman web..Saja masuk laman web Kementerian Pertanian atau MOA (walaupun aku menyampah nak baca apa yang depa tulis ataupun maklumkan)..ada la aku jumpa blog tok menteri kita ngan timbalan-timbalan dia..
Ada la gak ruangan untuk penternak, petani, serta pengusaha produk pertanian, membuat cadangan, pertanyaan, komen, rungutan dan juga tempat melepaskan emosi..

So aku rasa ni adalah salah satu platform yang agak baik untuk kita bincangkan masalah penternakan kambing dan juga ternakan lain untuk pengetahuan tok-tok menteri..(Tapi ntah depa baca ka dak Wallahualam)..Kalo nak tengok try bukak Blog Dato Johari, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas tani..Setakat ni semua aduan serta komen diberi maklumbalas walaupun tak pasti samada Dato sendiri atau Setiausaha dia yang balas..Tapi lepas tu ada la susulan daripada pihak bawahan ni..(Sekali suruh baru nak mai kandang puak ni pon..kalo tak harammm..) Kira ada susulan orait la tuh..

Tapi kalo pakat-pakat geng kita serbu blog tu pastu bincang tentang masalah penternakan ni mungkinla ada sinar baru dalam bidang penternakan ni..Selagi masalah kita tok menteri tak tau munkin takat tu je la usaha kita..Dedak dok naik ja..Nak minta pegawaia haiwan mai pantau atau mintak bantuan nasihat, boleh la dok pi 7, 8 kali naik pejabat..Kalo tok menteri harap-harap harga dedak tu turun bagi munasabah la skit..pegawai pon mai la takdan orang nak suroh mai..

Takat ni la kot..Anyway aku pon tak tulih komplen pa lagi kat dato..Idea nak tulih tu banyak (terutama bab-bab komplen dan tak puast atii..Huh manusia cam aku ni mana ada perasaan puas ati dengan apa yang ada..)Tengah pikiaq nak tulih cara emosi ka, atau nak tulih cara berhemah ala-ala surat minta bantuan subsidi kambing atau pun bahasa sempoi Pakcik Kasim..Hahaha..Hallo Datoo..Hawa Yuu..

05 January 2010

Kambing makan Rumput Ulam Soya..


Salam

Minggu ni aku oder dedak untuk stok bulan ni..Biasa aku oder stok makanan untuk sebulan..Kali oder dedak soya soon-soon naik lagi singgit..Takde keje lain soon-soon ni..Naik harga ja..Takkan sebab harga gula naik, hampa bok naik harga dedak..Pa kena mengena dedak ngan gula..Dedak campoq ngan gula ka??Apa kejadah suma nih?(Peh dah macam wartawan terjah dah..)

Dulu aku ingat lagi mase aku belajar-belajar bela kambing..Seguni dedak soya soon-soon 50KG tu baru RM 13..Peh masa tu memang mewah tak ingat rr..Agak bunyi mbeek skit oleh kambing-kambing terus kasi dedak..Makan sampai kenyang..Jangan bising-bising lagi..Peh tak sempat nak bunyi kambing makan dedak sampai ade yang tak bunyi terus..Punyila rakus bagi dedak soya ni..Senang kerja, Senang hati, Senang bos bok keluaq duit.. (Actually kambing tu tak bunyi terus sebab dia mati pasai kembong sebab kasi dedak banyak sangat..mase tu time aku baru belajaq jadi kuli orang)

Bila aku start bela sendiri, dedak dah naik RM16 untuk seguni 50KG..Time tu dah rasa naik banyak dah..Cam nak tempeleng ja apek jual dedak tu..Cepat ja dia naik harga..Pastu diikuti dengan kenaikan seterusnya dan seterusnya dan seterusnya dalam masa 3 tahun ja, dedak tu dah cecah nak dekat RM 50 per guni..Gila punya naik, tapi kerajaan buat senyap ja..(Mana hampa weii..Tidoq ka??) Yang best time tu ramai yang pakat buat Istana Kambing..(Ni suma nak menyahut seruan kerajaan la..)..Tapi sebab efek harga dedak yang dah serupa beli anak kambing, tu dah tak ramai dah pejuang dalam dunia penternakan kambing..ramai yang serender..(Ni pun salah kejaan gak..soh orang buat tu buat ni, galak tu galak ni, sistem tu sistem ni..tapi pemantauan takdak..Tidoq lagi depa ni..Keja makan tidoq, makan tidoq...camna perot tak kembong..hahah..balik2 kejaan gak salah..Aku??..salah pon kira buat muka tak bersalah dah la..)

Jabatan haiwan ada syorkan bagi fully 100% rumput..Senang depa kata la..hampa tak kena kerat rumput..Sehari aku kasi rumput 1 van plus dedak..Kalo tak bagi dedak, agak-agak dalam 1 setengah van jugak r..kalo depa buat aku rasa nak penuh stengah van tu pun dah terketaq lutut kot..Balik nak kena chopp lagi..Depa boleh la nasihat gitu gini kat ladang2 datok, datin, tan sri, puan sri..Ladang depa sekoq kambing sorang bangla..Ni kita suma kerja sindiri bikin kat ladang sendiri..

Huh agak emosi aku tulis..takdak emosi pon..saja-saja layan kepala..badan penat buat keja, kepala pon pusin-pusin la sebelum masuk bilik..Tapi aku rasa cam ada konspirasi nak bunuh para penternak dalam senyap (silent killer) dengan kenaikkan harga dedak sebelum ni..Humm..(Tu dia punya teori..time-time layan kepala nak lena..projek kambing 60 tahun akan datang pon dah boleh imagine..ada lagi ke??projek yang ade ka atau aku yang takdak??Gua pikir la sendrik)..Assalamualaikum..

29 December 2009

Chopper Rumput dan Tangan


Salam

Arini aku mesin batang jagong.minggu ni fuul batang jagong ja..kambing Alhamdulillah suma gumuk-gumuk sebab makan berlebih-lebih..Kambing makan lebih takpa jangan orang makan lebih dan membazir..Itu amalan syaitan..Sedap jugak la dapat batang jagong memandangkan kemarau dah mai dah kat tempat aku..

Tengah-tengah sedap menchopper batang-batang jagong sambil mengeluarkan lemak-lemak kat badan ni, ada la member ternak kat tempat aku datang ajak borak-borak..mentang-mentang la keja dah siap mai kacau aku keja..tapi ok gak sembang-sembang gosip panas bab ternakan..Kadang-kadang gosip artis pon kami tibai..Cuma tak ngumpat-ngumpat ja..

Dia kata member kami yang bela kambing kat putus tangan sebab kena mata chopper..berderau gak darah aku dengar cerita tu...dahla tengah sedap-sedap mesin jagong nih..Terus slow ja keja aku dari 100km sejam jadi 10km sejam..Time-time ni gak la dia nak bukak cerita tu..Kalo sambil cerita sambil tolong aku orait gak..ni sambil cerita sambil balot rokok daun n tengok ja aku buat keja..

Menurut cerita dia, Abang member aku yang putus tangan ni tak penah pon main chopper ni..Tapi nak jadi hari la tiba-tiba ja dia rasa nak tulong buat keja kat ladang kambing family depa..Dia try la potong rumput guna mesin chopper, tiba-tiba lagumana dia buat tangan dia termasuk dalam chopper tu..Tangan hancoq ladan doktot decide potong tangan tu..

Bagi aku, selain faktor kecuaian, kemalangan tu berlaku sebab ianya nak jadi..Abang tu bukannya dok situ pun..Dia nak tolong pun sekejap ja sementara nak balik rumah dia..Tapi tula tokwan aku penah kata "kemalangan tak bau"..Jadi nak pesan la kat member-member ternak dengan aku sekali agar berhati-hati semasa melakukan kerja seharian..bahaya ada di mana-mana..Sebelum wat keja baca la skit doa..Abih takdak pun Bismillah..Insyaallah kerja kita akan diberkati dan dilindungi..Aminn