Yang Melawat Kambing2 di Kandang~~

07 November 2011

Sakit kepala layan Masalah

Salam...Lama tak tulih..nak mintak maap pon berbuih dah sebelum ni..sama ja la takdak perubahan mintak maap buat lagi, mintak maap buat lagi..lantak la kot..Asalkan aku tulih ni tak banyak mengguris banyak pihak..(Ada la skit2 kot)..hahaha...Tapi rasanya tak salah la mintak maap..mintak maap la nooooooooooooooooooooooo....

Sakit kepala...Banyak perkara yang berlaku di kandang sebelum sebelum ni membuatkan kepala disakiti dan juga dipeningi..Adoiii yaii..Masalah kesihatan, pengurusan, ekonomi, rumahtangga (yg ni takdak lagi..) cam cam la...Lagi best bilamana kita cuba merungkai permasalahan tersebut, lagi masalah tu terbelit tersimpoi..Huuh..Orang kata suma tu cobaan....Aku plak kata suma tu err cobaan la kot..

So dikemetotkan cerita aku cuba menyalahkan Jabatan haiwan Daerah Baling atas masalah masalah yang berlaku..Biasa laaa idup mesti ada kambing itam bila ada masalah..Hahaha..Aku pun tak pasti samada menyalahkan mereka dalam hal ni satu benda yang wajib, keperluan, ataupun tindakan yang kurang bijak tapi tak sampai lagi la tahap bodoh bangang..Kat sini aku boh emel2 yang aku antaq kat Timbalan Menteri Industri Asas Tani Dato Johari Baharom..So far ada la tindakan yang dia amik..Tq Dato

Yang ni 1st time aku antaq aduan kat dato..main2 ja aku tulih ni..ok Dato dah take note dengan suruh pegawai dia call aku


September 20, 2011 at 8:54 am  (Edit) 

Salam.. 

Yang Berbahagia Dato yang dihormati.. 
Saya merupakan lulusan siswazah IPTA dan telah menyahut seruan kerajaan dengan mengusahakan ternakan kambing di Baling, Kedah..Saya telah mengusahakan hampir 5 tahun..Apa yang saya kesalkan sepanjang tempoh tersebut pihak berwajib seperti Jabatan Perkhidmatan Vaterinar (JPV) tidak langsung membuat pemantauan apatah lagi menghulurkan bantuan yang sewajarnya kepada saya..Akibatnya saya masih lagi tidak mampu membawa projek saya ke tahap yang sepatutnya kerana banyak kelemahan serta kekurangan yang terdapat di dalam projek..Banyak tindakan saya ambil atas dasar “Try and error” dan hasilnya..banyak yang silap (error) dan saya mengalami kerugian yang agak tinggi..Saya pernah memohon bantuan dan juga permohonan pemantauan kepada JPV daerah dan negeri namun tak ada sebarang tindakan yang saya perolehi..Untuk pengetahuan Dato, bukan saya sahaja yang mengalami masalah yang sama, malah turut dirasai pengusaha-pengusaha kecil yang lain dan ada malah ramai yang telah gulung tikar..Projek penternakan ni bukannya modal yang sedikit..agak besar dan yang mengusahakannya ramai yang berpendapatan sederhana dan seperti saya tak ada pendapatan langsung semasa saya memulakan ternakan ni..Buat masa sekarang saya menghadapi masalah dengan bayaran pinjaman balik bank (SUTKS) kerana kurang hasil daripada projek dan terpaksa menelan kos yang tinggi untuk penambahbaikan akibat daripada kesilapan-kesilapan yang lalu..Saya juga menimbang untuk berhenti sementara daripada projek ini bagi mencari kerja untuk makan gaji akibat beban kewangan yang agak tinggi..namun disebabkan minat yang mendalam serta masih berharap agar projek yang dilaksanakan masih boleh maju, saya meneruskan lagi..Jadi saya berharap agar pihak Dato mengambil langkah yang sewajarnya bagi membantu menangani masalah ni..Kesudian Dato untuk berjumpa dengan pihak kami juga amat kami alukan bagi membincangkan masalah sebenar yang dihadapai oleh pihak kami terutamanya penternak2 di sekitar daerah Baling..Kalau ikutkan hati cadangan utama saya suruh tutup ja Jabatan Haiwan Baling ni..sakit ati sakit mata ja..Perabiskan duit kerajaan,,Peruntukan berjuta tapi satu sen pun tak turun kat kami ni..Tapi masih lagi ada rasa rasional dalam memberi pendapat kepada Dato..Jadi saya harap pihak Dato akan mengambil langkah sewajarnya bagi kelangsungan pogram penternakan kambing sepertimana yang telah diseru oleh kerajaan dan juga seruan kerajaan kepada sisiwazah untuk menceburi bidang penternakan..Sekian..Terima kasih atas keprihatinan dato 



Yang ni plak yang kedua aku bantai..yang hangin jugak la sebab pas aku buat aduan kat 2 minggu takdak respon dari JPV..Apa cerita bizi bebenor laa..Yang best tiada edit langsung kat aduan aku hahaha..


Salam.. 
dah seminggu aduan yang saya buat tapi masih tak berjawab..tindakan jauh sekali lah..Nampaknya aduan saya ni dah ditujukan kepada pengarah JPV..Tapi macam sama saja tindakan dengan orang bawahan dia..Tak hairan lah kalau "Bapa Borek, Anak Rintik"..Patutlah industri penternakan di Malaysia ni tak pernah maju..Dan tak akan maju sekiranya kelompok "barah organisasi" ni masih lagi ada..Mungkin pakat-pakat sibuk..sibuk dengan rumah terbuka..dan terkini sibuk dengan belanjawan 2012 ni..berapa gaji akan naik..Untung lah gaji naik..Kalau penternak rugi, jatuh muflis sebab projek lingkup, kalian peduli apa..Tak ada kena mengena pon dengan hidup kalian..Bila sampai peruntukkan dalam bidang penternakan..Belanja ikut suka..Patutlah melingkup ja duit kerajaan..Sampai lembu berpenyakit pon boleh bagi..Sibuk sangat ka JPV ni??..Apa yang sibuk sangat??..Beritahu kami projek apa yang hampa sibukkan??..Yang penting boleh sebutkan projek apa yang hampa bawa naik selama berpuluh puluh tahun ni..??..Yang ada sikit sikit pon tak terjaga, ada hati nak buat besar besar da mega mega??..Pengarah dapat Datuk..Apa sumbangan dia??..Kalau ikut hati ni macam macam lagi nak tulis..tapi yang nak tulis tu lagi tak sedap nak baca..Beginilah..JPV kena ingat..tak ada penternak..jawatan, Datuk, kenaikkan gaji dan macam macam lagi tak ada dalam kamus kalian..Tapi kami para penternak tak ada masalah sekiranya JPV tak wujud pon..Biasalah kalau masalah penternakan tu wujud tapi tak ada la sakit hati kalo yang diwujudkan tu untuk tolong tapi macam tak ada ja..senang kata..JPV tu wujud dengan wujudnya penternak tu sendiri, tapi kami tak perlukan JPV untuk wujud..Tapi kalau berasakan JPV tu masih relevan..buat kerja secara ikhlas dan amanah..Fikirkan rezki yang diperolehi itu mana sumbernya..Kalau rezki tu diperolehi dengan berkeja membantu penternak, buatlah kerja dengan betul..Tapi kalau dah berasa tak relevan sangat..payah bekeja dalam bidang pentenakan ni..malas nak layan orang macam kami ni..Tutup saja JPV..tak perlu ada..sama sama senang hati..Kami tak perlu mengharap..Kalian dari JPV pon tak kena maki..kan senang.. 
maaf kalau mengguris hati.. 


Hahaha..lepas tu la baru geng2 ni kelam kabut nak turun..tu pon bukan nak tolong menyelesaikan masalah..Tapi nak cari point nak boh aku balik..Alamak tak leh nak letak kat sini sebab tak leh copy..Tapi dalam surat pengarah JPV Kedah ke Pengarah Persekutuan, dia kata aduan aku ni tak berasas dan berniat jahat..Depa ada pernah bagi bantuan kambing dan rumput..depa ada pernah buat lawatan..Ladang aku di luar kawasan pemantauan depa, pagar kandang aku selalu berkunci dan sukar menghubungi aku..Haaahh..tu dia jawapan..dahlah takleh kena tegoq..menipu plak..bila masa aku dapat bantuan..selama ni pon aku tak penah boh kat blog aku dapat bantuan kambing ngan rumput...takleh nak hubung aku??pojek di luar kawasan??..Kurang waras punya jawapan...

Nantilah aku cita pasal hal ni...baca aku kmplen tu pon dah banyak...so far masih lagi beperang dengan depa..depa pon kalut sebab mungkin kena semboq..sebab emel aku nu sampai abih kat Menteri, KSU, pengarah dan suma geng2 depa yang terlibat..cuma SPRM ja tak report lagi..hahaha..kalau depa tak leh nak pejelas bantuan2 tu komfem sampai punya..dahla baru ni audit baik nya baru keluaq..Jawab la hampa..

Kepada geng2 ternak yang dok ada lagi, jangan takut nak komplen..bila rasa tak puas ati ja bila berurusan dengan puak2 ni, buat ja aduan..hak kita tu..depa memang dibayar untuk jaga kita bukan menyusah kita..Gunakan hak anda..Jumpa lain kali...bila tak tau...banyak benda ytang berlaku nak tulih dalam ni pon takdak mood..dah suma nak tulih hat tak syok ja..mintak2la pas ni perkara2 syok ja yang berlaku..amin

10 May 2011

Sate kambing atau Kambing Golek...

Salam...

Agak lama jugak la tak buat keja2 taip ni...alasan sama la..tak dan..So apa cerita geng2 ternak sekarang??..lembu dah naik harga...Kambing dah macam tak le jual sebab feral tinggi sangat...Macam-macam keluhan dan bunyi aku dengar..Tapi nak buat camna..life must go on..Apa jua cabaran..kena tempuh la..kalo lari maknanya tutup la projek...

Kelian Farm apa cerita pulak??..senang cerita apa yang depa dok bunyi-bunyi tu pon suma ada kat aku...Camna nak jual, dedak naik harga, isu penyakit, isu Jabatan Hewan tak mai (aku memang agak bengkak jugak la tengok cuepacs dok mintak macam2 tapi ada yang keja memang hampas la..tak semua, tapi kalo berasa jangan marah..muhasabah diri la sebab apa berasa..)..bla..bla bla..dan len-len lagi yang sewaktun denganyya..

So dah berapa lama ternak..ada perkembangan??..bagi Kelian Farm sendiri la..secara jujur tak banyak yang boleh dibanggakan sangat...Pasaran masih lagi bergantung pada kenduri kendara dan aqiqah..Jualan runcit secara harian masih lagi tak dapat dilaksanakan atas sebab faktor-faktor yang dah basi kalo nak cerita..Sekarang ni aku tengah dok pikiaq nak jadikan bidang ni berterusan..Dalam kata lain hari-hari kita boleh jual, secara runcit, yang penting MENGUNTUNGKAN...Boleh nak juai hari-hari, macam sembelih dan juai gantung kat market, tapi selama aku dok servey ni tak ramai yang berjaya dalam jualan camni..

Aku dok tepikiaq la beberapa idea untuk melestarikan industri ternakan kambing ni...Aku ada servey aktiviti pemprosesan ternakan daging cam sate, serunding dan lain-lain..So far memang boleh buat tapi dengan harga kambing yang tinggi, mampukah orang makan sate kambing saiz standad dengan harga RM1.50 ke RM2..orang nak oder pon 3,4 kali pikiaq..kalo nak murah kena campoq daging frozen import tapi masih lagi tak membantu konsistensi projek ternakan kambing aku..Baik amik fully daging import ja lagi murah...

Aku jugak ada dok pikiaq kalo nak buat end processing cam buat masak memasak berasaskan daging kambing cam ala2 restoren..tapi masih lagi problem yang sama..mahal..serta perlu memiliki kemahiran-kemahiran lain cam memasak..tak pun mencari orang memasak...Yang penting kos dia agak tinggi la...nak murah kena daging import jugak, jadi balik kepada masalah pertama iaitu mewujudkan kelangsungan projek ternakan kambing..

Jadi bagaimana??...tapi sebenaqnya boleh...aku ja yang pikiaq masalah tu sampai jadi cam tak boleh..senang cakap kalo tak try sapa nak tau..Macam aku masuk bidang ternakan dulu..tak try tak tau..dah try r amik la suma yang mai..telan bulat-bulat...Cuma untuk buat ni, banyak benda jugak la yang kena pikiaq dan rancang sebab dalam pemprosesan, masakan, banyak kemahiran yang aku tak tau dan perlu jugak tahu untuk terjun atau nak masuk dalam bidang yang seterusnya..

Jadi aku harap, kalo ada sapa-sapa yang berpengalaman atau idea untuk ni boleh la kita bincang atau bagi pendapat..Aku lebih teringin nak buat sate dengan upah orang masak masakan berasaskan kambing ni..cumanya nak kena mikir sapa nak lapah, sembelih, masak, pasaran, sapa nak makan dan lain-lain..memang tak try kita tak tau, tapi jangan lupa gak menilai risiko serta peluang yang ada...

Ok setakat ni dulu..so aku berharap aku akan dapat menyelesaikan masalah ni...Jadi kita tak perlu menumpukan membekalkan kambing untuk aqiqah dan korban semata-mata..aku harap ternakan kambing akan berkembang cam industri ternakan ayam..Mungkin kita boleh perbaiki sistem ternakan, (walaupun kos kita sebenarnya tak banyak boleh ubah melainkan bebas ragut)..

tulisan agak pening sebab ngantok..sory...


14 March 2011

Pagaq Letrik, susu ganti, dan Isu Pengurusan

Salam Penternakan...

Koi lama koi malas plak nak update..bukan apa..kadang buntu dengan apa yang nak update..Takkan nak syok sendiri nak tulis pasal diri sendiri kot..(lantak pi la ni hang punya  blog..)..Tapi maybe alasan klise macam "penat" dan "takdan" boleh lagi diterima kot..Untuk makluman sekali lagi aku sekarang menumpukan kepada pekerjaan sebagai ejen KS Vet..Kompeni yang membekalkan peralatan serta barang-barang vaterinar..Kelian Farm aku dah pilih beberapa orang untuk menjaga nya bagi sementara aku dok sebuk buat benda lain ni..

Untuk Kelian Farm..dari segi projek sedang berlaku transformasi dari segi tektikal operasi kepada pengurusan operasi..(Pehh bahasa apa ni..paham ka??)..Maksudnya, dari segi aku sendiri, dah kurang hands on di kandang, cuma monitor dan menyelia perkembangan projek..Bagi aku, sudah sampai masanya aku perlu bergerak lagi, walaupun yang masih ada ni lagi dok berteraboq lagi..takpa kita susun satu-satu..pendek kata sampai bila aku nak guna kederat nak potong rumput bagi makan kambing ja..nak juga merasa masuk ofis buat meeting projek juta-juta jugak..hahha..(tapi panjang kata, go n chop d grass broo till d golden age..)

Buat masa sekarang ni, idop aku agak tak karuan..terkejar sana, tekejar sini..tepon sana, tepon sini..(peehhh bizi la hang paklongg..cam orang lain tak bz)..Tapi aku mengaku la aku masih lagi dalam pembelajaran untuk menerima suasana camni..Insyaallah kalo dah boleh terima dengan suasana ni, ok la kot..

Ok..time untuk promot barang...Ada sesiapa nak cari pagar letrik..Kami ada pagaq letrik..boleh pi 18 KM..Rega Terbaik..hanya RM 560..Peh mana nak dapat..Tambah Rm100 untuk polywire dia..setel..dah boleh pagaq dah kawasan..Brand Gemini 120..12 V @ 2.6 watt..Untuk yang tak besa dengan pagaq letrik ni..jangan takut..pagaq ni bukan menyebabkan renjatan letrik..Hanya kejuta saja..Selamatt


Satu lagi susu ganti ternakan..RM 195 untuk 25 Kg...Murah dan menjimatkan...Boleh jual kat orang lagi..Hahaha..

berminat boleh hubungi aku Nasri (0134001083) atau terus ke kedai kompeni KS Vet di Bukit Kuda, Klang (0333429813)..tapi kalo boleh habaq la nama aku..ada la komisen kat aku lebih skit..hahaha

ok..kira ok la kot posting aku arini kot no...bole la..nanti aku update lg Insyaallah..Selagi aku berjiwa penternak...





17 February 2011

Q Rex untuk Rawatan FMD

Salamm..

Apa cerita??...Semoga semua sihat waalfiat dan sejahtera hendaknya...Dah macam nak berutus surat pulak ayat..Agak lama tak taip blog ni..kekok skit..(ideaa kasi mariii,,,!!)

Janji kata nak update tiap minggu??Ahahahaha...Soryy..Sekarang agak bizi dengan tugasan aku sebagai ejen bergerak KS Vet..Sat Utara, sat dok Selatan, Sat tak tau aku sendiri pon dok mana...tau2 dah ada kat kandang orang..hahaha..Baru la tau agak mencabar jugak kerja Salesman ni ...

Tapi buat masa sekarang operasi di kelian farm agak slow sikit...Dari segi marketing di Kelian Farm, tak dapat ditumpukan dengan sepenuhnya..Ramai kustomer aku komplen sebab Kelian Farm tak dapat bekalkan ternakan, bekalan makanan serta servis perkhidmatan macam dulu..sory sekali lagi kepada pihak berkenaan..

Untuk itu, kemungkinan besar Kelian Farm akan mengambil rakan kongsi untuk membantu aku dalam menguruskan operasi di Kelian farm..Aku tak tau samada itu idea yang terbaik tapi yang aku tau, kelian farm kini perlu mempunyai seseorang yang dapat membantu dalam menjalankan operaasi di Kelian Farm..(Nak kena menikah dah kot baru senang??)

Untuk hari ini, aku nak promot ubat untuk rawatan dan pencegahan FMD penyakit kuku dan mulut.. 

 

Q rex

Sebelum tu aku nak nyatakan di sini, FMD atau Penyakit Kuku dan Mulut ini tiada ubat yang khusus untuk merawatinya..Jadi Q Rex ini merupakan antibiotik yang mempunyai bahan yang dapat mengurangkan keaktifan virus yang yang menjadi punca masalah FMD ini..Selain itu antibiotik ini juga amat berkesan untuk masalah pernafasana, pneumonia, cirit, demam stress dan lain-lain..

Bahan aktif : Ceftiofur sodium 50mg

withdraw time..susu - 0 hari
                       daging - 8 hari

Penggunaan : lembu 1 ml untuk 50kg..Rawatan perlu dilakukan 3 hari berturut dalam masa 24 jam..

Harga : RM130 untuk 100ml

Untuk maklumat lanjut atau tempahan sila hubungi saya Nasri 013-4001083


Dapatkan nasihat doktor vateriner sebelum membuat rawatan untuk penyakit ini..

So setakat ni dulu kot..(hahaha tengah buntu ni..)..Jadi babai...Happy semua..

03 February 2011

Kelian Farm dan KS Vet

Salam...

Buat seketika pogram untuk mengemaskini blog ni sekian kalinya terbantut..Gara-gara aku dah tak sempat sebab sibuk bebenor la sekarang..tapi bukan kat kandang..Aku dah buat keja luar..Sekarang ini Kelian Farm merupakan ejen berdaftar kepada KS VET..KS VET merupakan kompeni yang membekalkan ubatan, mineral, peralatan,makanan tambahan dan lain-lain yang berkaitan dengan ternakan ruminan, binatang peliharaan dan juga unggas..So lepas ni banyak aku updat pasal ubat dan supplement la untuk promosi dan marketing..Camna dengan Kelian farm??dah tutup??no no no..masih lagi berjalan sepertimana biasa (walaupun mengendurkan sedikit aktiviti jual beli ternakan)..Cuma lebih menumpukan sikit dekat promosi KS VET dan hanya berurusan di kandang Kelian Farm pada hari Jumaat dan Sabtu..

Baru-baru ni di kawasan Utara ni ramai penternak terutamanya trader mengeluh sebab kekurangan bekalan kambing dan juga lembu..Kambing yang biasanya masuk melalui Ausie dan juga Siam agak sukar diperolehi..Sebab Ausie baru-baru ni mengalami banjir yang menyukarkan proses kemasukan ternakan dan di Siam pula, nilai mata wang Malaysia yang susut teruk menyebabkan kos kemasukan lembu dan kambing menjadi sangat tinggi..Seekor lembu di Kuarantin Padang Besar mencecah nilai RM 7 sekilo dan nilai kambing RM 17 sekilo..susah la nak jual sebab kalo dah masuk kandang harga maybe dah naik sampai RM8 untuk lembu dan RM 20 untuk kambing..sapa mau beli..kalo feedlot, dedak sekarang pon dah melambong tinggi..So banyak trader dan penternak menambil sikap selamat dengan membeli skit-sikit sebab takut tak laku..

Ok..since aku pon dah menjadi ahli keluarga KS Vet, so aku akan ceritakan sikit antara produk killer kompeni KS Vet..Salah satu produk yang mendapat sambutan ialah 

HEMATOFOS B12..


HEMATOFOS B12 merupakan produk dari agromarket yang dihasilkan di Peru..Mengandungi vitamin B12, iron, kobalt, sodium, dan pelbagai lagi supplemen tambahan untuk ternakan.

Lebih merupakan tonik kepada ternakan dan mempercepatkan serta merangsang tenaga kepada ternakan yang mengalami masalah  anemia, kurus, hilang selera makan, sokongan mengalami masalah serta penyakit, keguguran bulu, membantu pertumbuhan dan kenaikan badan ternakan, produksi dan juga sesuai untuk meningkatkan penampilan ternakan dalam sesebuah pameran atau pertandingan

dosage : lembu atau kuda : 10-12 ml, kambing atau biri-biri :1ml/10kg, binatang kecil (small animals) : 1ml/5kg

Jangan dilupa harganya : RM 60 per 100 ml (berbaloi dengan harganya)

Ramai penternak yang menggunakan HEMATOFOS B12 ini berpuas hati dengan produk ini dan sering menngunakannya dalam rawatan sokongan dan juga rawatan cacing (hahaha..standad ayat promosi, tapi ni hasil dari maklumbalas yang aku kumpul balik)..

So sekarang ni aku cover marketing sebelah utara..aku cover dari Taiping, Perak hingga Perlis termasuk Kedah dan Penang..Fokus kami adalah memberi penerangan tentang penggunaan ubatan dan juga peralatan yang betul kepada para penternak dan juga mendapatkan maklum balas tentang produk tersebut khasnya dan juga suasana industri penternakan di Malaysia amnya..Jadi bagi aku sendiri, ni peluang terbaik aku untuk berjumpa dengan ramai penternak dan membuat kawan, serta memperolehi pengalaman dalam bidang penternakan ni..So sesiapa yang berminat untuk membuat temujanji atau bertanyakan maklumat yang berkaitan, boleh hubungi saya

nasri 
KS Vet or Kelian Farm
0134001083

P/s : boleh membuat pesanan melalui sms atau call..caj melalui kurier dan pos tidak termasuk dengan pembelian

30 December 2010

Harimau membaham Garudaaa...

Salamm..

Mulanya kami dari Kelian Farm mengucapkan tahniah kepada pemain bola sepak negara dan juga coach Rajagopal (dato???) kerana berjaya membawa pulang Piala AFF ke Malaysia..Lebih manis kejayaan diperolehi dengan menewaskan Indonesia yang jelas memandang rendah dan enteng terhadap kita..Tak kira apa semua isu, apa jua cerita membabitkan 2 negara, samapi masalah rumahtangga pon, suma cerita panas..Sampai upin dan Ipin yang tak bersalah pon jadi tempat lepas geram..bangang betoll..Komfem isu laser tu 7 keturunan tak abih cerita..Tu tak masuk pemain import dari India lagi..Ingat import Sivaji d Boss ka???hahaha...Tahniah sekali lagi dan diharap skuad negara terus maju dan tidak leka dengan kejayaan yang dikecapi sekrang..Ayuh Malaysia...Kepada pemimpin politik jangan amik kesempatan dan tumpang glamor dengan kejayaan ni..Biarkan bola sepak malaysia bebas dari politik bodoh sesetengah orang...

Balik kepada cerita penternakan...Baru ni aku terbaca tentang projek penternakan Boer di Pondok Tanjong, Perak..Dah lama rasanya projek ni kata nak buat tapi pasai pa tak start sepenuhnya lagi..Apa yang berlaku..Humm musykill??..Poilitik lagi ka??..Dalam papper yang aku baca tu, projek Boer pondok Tanjong masih lagi mempelawa penternak-penternak untuk koin projek kat sana..Tapi tak cerita plak camna nak mohon,,Cam ajak-ajak ayam ja..Dulu aku pernah mohon gak tapi tak dak respon pon..Jadi aku nak mintak la pada pihak yang berkenaan supaya amik peserta yang nak betul-betul komit..jangan la dok perabih sangat duit kerajaan..Dan yang paling penting jangan la dok mencemarkan nama Industri Penternakan ni..Bagi la ada daya maju sikit penternakan Malaysia ni..

Untuk operasi mingguan Kelian farm, minggu ni kami buat disinfektan kandang..Disinfektan atau pembasmian kuman amat penting dalam bidang penternakan dan perlu dilakukan sebulan sekali..Disinfektan merupakan kaedah mencuci kandang dengan bahan pembasmi kuman..Campuran bahan membasmi kuman seperti Virodin dan Lindores dengan air dengan kadar yang tertentu dan disembur ke  seluruh kandang..Kaedah ini perlu dititikberatkan oleh ladang ternakan bagi memastikan punca penyakit, kuman atau bakteria dapat dibasmi atau dikurangkan..

Jadi la kot takat ni..Dok CC ni serabot..Tak leh nak pikir nak tulih apa..Tulisan pon serabot..Lecehhh..Sory minggu lepas takdan update..Ada kerja yang perlu diberehkan..Insyaallah jumpa lagi minggu depan..Selamat menternak di hujung minggu..Hidup Harimau Malaya...

16 December 2010

Update Mingguan Blog...dan Pogram Cacing

Salam..

Mulai minggu ni, Kelian Farm maya ni akan di update seminggu sekali..Setiap Khamis, Malam Jumaat....Setiap paparan mingguan di sini akan meliputi operasi mingguan Kelian farm, aktiviti-aktiviti penternakan di sini, jualan dan pembelian, pengiklanan serta tulisan santai..

Minggu ni dapat resault makmal tinja kambing yang JPV Baling amik bulan lepas..(aku dan JPV dah kawan baik..hahaha..jangan kutuk depa lagi..)..Keputusan positif cacing dan koksidosis..(betoi dak ejaan aku ni..)..Kacau nihh..banyak plak tu..dan pelbagai jenis..Mai mana suma ni..Dulu aku bela cacing rimau habih suma dah..Ghaib belaka..tup-tup ada plak dalam perot depa ni...Patut r ghaib cacing aku..depa ni makan kot...

Kesimpulan, suma masalah ni dari pengurusan makanan ternakan serta penyelengaraan kandang yang tidak memuaskan..Senang kata suma ni mai dari aku la...Isykk...

Untuk tu aku kena rawat kesemua kambing aku dengan Pogram Pembasmian Cacing..(Pandai-pandai ja aku buat nama pogram tu sendiri)..Jadi ni aku senaraikan ubat yang aku guna untuk pogram cacing untuk dikongsi (dan dibeli kalo nak pakai..hhahaha)..Agak berkesan

Jenis ubat
* Rawatan cacing
-Ubat BOVIMEC dengan kepekatan 1.5% (L.A) RM100
Kepekatan agak tinggi sesuai untuk kambing yang betul-betul problem kecacingan..Tak dapat setel dengan dos rendah...
Cara penggunaan: 1ml untuk 60-75kg (otot atau bawah kulit)

*Rawatan koksidosis (munkin datang dari ayam kat kandang ni..)RM30
-Ubat KOMBITRIM (sulfur base)
Cocok otot atau bawah kulit (1ml 10kg)
-Anti Stress Neo Tm..(boh dalam ayaq minum)

*Rawatan tambahan
-Multivitamin RM28
-Tactic RM6 Untuk 30ml (mandian ternakan serta kandang untuk cegah kutu, hama dan sekenit dengan kaedah penggunaan 10ml untuk 5 liter ayaq)
-lindores RM 3 Untuk 60ml (untuk cuci kandang dan disinfektan..60 ml untuk 6 liter ayaq  (1:100)

Sapa-sapa yang berminat dengan ubat yang saya senaraikan untuk pogram basmi cacing tu boleh koling-koling atau sms kat saya...

Ok la kot..takat tu dulu rasanya..Untuk makluman pogram rawatab cacing (tukaq nama lagi..ikut suka la..) perlu dilakukan 2 kali setahun..kalau teruk 3 bulan sekali....Selok-eloknya dapatkan dulu hasil ujian makmal darah dan tinja ternakan..mintak bantuan JPV berdektana (aku dah geng dengan depa dah..hahha)..Baru kita dapat tentukan jenis penyakit, cacing dan seterusnya ubat serta rawatan yang kita perlukan..

Sekian..babai..

P/S..PROMOSI HEBAT....AYAM PIRU UNTUK DIJUAL..JANTAN..RM15 SEKILO...CEPAT SEMENTARA STOK DOK ADA...
-
-

23 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin

Salam..lama tak tulih..takdak kesempatan..tapi nak tulih lebih-lebih pon takdak mood..Suasana kemeriahan dalam dunia penternakan dah makin kurang..Banyak yang dah give up..Berenti sekerat jalan..Adat bisnis, ada untung rugi..Tapi agak membengangkan juga bila mendegar.."Huh..Tara tu dah la Melayu buat bisnes..nak pi mana sangat.."Teruk sangat ka kita ni..Tapi yang cakap tu juga kulit tak la cerah sangat,..cam aku la jugak..tak tau la kaum apa walaupun cakap Melayu fasih..

Masih ada ruang lagi ka untuk pengusaha yang tinggal dan masih lagi berjuang..Bagi aku ada..Selagi ada kemahuan di situ ada jalan..Insyaallah, kepada sapa2 yang kekal dan masih lagi berjuang, masih ada harapan untuk kita terus maju dalam bidang ini kalo kena dengan caranya.., walaupun tanpa pertolongan JABATAN2 YANG BERTANGGUNGJAWAB..

Semalam ada terbaca pendapat, malah lebih jelas lagi rungutan mungkin dari seorang penternak dari Tanjong Karang dalam utusan, mengadu tentang masalah yang dihadapi dalam bidang penternakan serta kerenah-kerenah yang wujud oleh Jabatan yang tak perlu wujud pun..Insyaallah, kalo ada kesempatan saya akan back up komen tersebut untuk menyatakan sokongan serta komplen rasa tak puas ati dengan Kementerian ni..

Bisnes di Kelian Farm Alhamdulillah..nampak kemajuan, walaupun kandang agak serabut dan kelam kabut..Agenda utama Kelian Farm sekarang adalah kepada penumpuan jualan dan dalam bidang pembiakan kami mengambil keputusan untuk mengurangkan jumlah bilangan ternakan, agar ternakan lebih berkualiti dan sihat..

So, setakat tu saja kot..Kat cc..Kena curi lagi line..takdan nak pikiaq nak tulih apa..ingat nak hantam Jabatan haiwan..tapi rasanya malah lagi kot..dalam mood Hari Raya dan baru ja lepas posa ni..rilex dulu rr..Cari modai ngan pasai dulu..baru buleh boh..ok guys..all d best to uu..boleh ponya..jangan takot..

Maaf Zahir dan Batin dari kami Kelian Farm




17 July 2010

Koputra dan Curi Pasir

Salamm..

takdak cerita terbaruu..just nak maklum serta ulas beberapa perkara..

1st sekali dengaq kata persatuan dan koperasi penternak ruminan utara (PUTRA dan KOPUTRA) nak tutup..dengaq kabar-kabar angin je laa..Orang-orang kuat dah ramai belah tu yang macam tak aktif..Bagi aku senang ja..Yang mana nak belah tu biaq belah..Komfem depa belah tu sebab dah tak ada kepentingan kat depa lagi dalam ni..Bagi aku depa ni barah yang perlu disingkir..Kalo penternak serta pengusaha ternakan lain rasanya tak akan tinggalkan persatuan walaupun dia atau persatuan tu sendiri tak memberi apa-apa antara satu sama lain..sebabnya melalui persatuan kita boleh berhubung antara penternak-penternak yang lain dan kita juga berasa tak keseorangan dalam mengusahakan projek ni dalam keadaan bidang ni semakin merudum..Bukannya mengharapkan masuk persatuan ni akan dapat macam-macam serta jawatan-jawatan yang bukan-bukan..Pastu tak dapat apa, belah..padahal ternakan ada la 3,4 ekoq..tu pun pawah kat orang..sampah -sampah...barah camni perlu buang dari persatuan takut berjangkit kat orang lain..

ni satu lagi..layan berita..Ada berita pasai Paklong kita nih..Dato Noh Omaq..Buat sidang media ingatnya nak bagi apa-apa atau umum tentang bidang pertanian ni..tau-tau dok kalot curi pasiaq nuu..Adooii..Weh paklong..dok kalot penama..Kerja paklong pon banyak tak selesai lagi ni..Mai turun tengok nasib penternak, petani dan nelayan ni..Ramai lagi yang miskin dan perlukan bantuan serta khidmat yang lain daripada kementerian paklong..Ni kementerian sendiri pon banyak masalah..Lagi nak kacau hal orang..Please do someting Mr Menteri..Tak rasa ka Kementerian Pertanian ni bukan nak tolong orang, tapi banyak yang lagi miskin bila masuk bidang ni..dahla yang join bidang ni kebanyakkan yang miskin dan bukan golongan berada..Memang mungkin salah percaturan penternak tu sendiri yang mengakibatkan kandang serta bidang pertanian lain tak dapat diteruskan, tapi kalo DAH BANYAK SANGAT TUTUP KANDANG, TAK RASA KE KEMENTERIAN BERTANGGUNGJAWAB MENYEBABKAN MUSIBAH NI BERLAKU..MANA PEMANTAUAN, MANA KHIDMAT NASIHAT YANG DIPERLUKAN..Dulu sekali ada bicara tani..tapi pas sekali buat..dan respon pon kebanyakkan datang kasi hantam sama depa, tahun-tahun seterusnya dah tak buat da..Melepaskan batuk di Tangga..

Emosi..emosi..malam penuh emosi..Nasib baik hujan malam ni..

07 July 2010

Kambingku, Messi dan Ozil

Salam..

Camna kaki bola..Team hampa dah sampai mana dah..Haha..Aku pon skali bunkuih..Argentina dan Messi dah boleh baik kampung tengok kambing masing-masing..Anyway, sebulan ni adalah bulan yang agak azab bagi aku..Siang keja..Malam layan bola sampai pagi..So kalo mai kandang boleh nampak la penangan World Cup di Kelian Farm..Agak tunggang langgang jugak..Isykk..Mengenai tajok di atas..apa kena mengena kali..takdak kena mengena pon..saja ja..tak tau nak tulih apa..

Berkaitan dengan projek aku..Alhamdulillah..aku sekarang dah nampak sedikit laluan untuk beroleh pendapatan dalam bidang penternakan ni..Bagi aku untuk memperoleh pendapatan dalam bidang ni, kita jangan terlalu menumpukan terhadap soal pembiakan dan juga pembesaran projek..Bagi aku yang penting, apakah hasil yang kita peroleh daripada projek ataupun usaha kita..Dengan kata lain urusniaga perniagaan..Kalo ada 500 ekor ternakan, tapi orang tak tahu pun susah jugak nak jual..Tapi kalo ada sekor ja kambing, tapi orang datang mintak beli lembu, dan kita boleh menyediakannya, itulah hasil..Bagi aku la..

Cumanya..buat masa la ni, aku terpaksa mengutamakan pelanggan yang memerlukan barang-barang mereka sampai kadang-kadang terabai jugak ternakan..Ini kerana aku kerja seorang..Ramai bertanya mengapa tak amik kuli..Bagi aku dah ada pengalaman mempunyai 4 orang pekerja yang saling berganti..Agak sukar mereka melakukan tugasan yang diberikan sekiranya aku takdak..Bukannya depa culas, tapi masalah-masalah teknikal seperti pengangkutan, pengurusan rawatan, jual beli dan sebagainya..Sekarang ni aku kerja sorang-sorang..walaupun kadang-kadang tak sempat nak siap kerja sepenuhnya, aku boleh cover dengan pemberian dedak yang lebih sebab kos upah dah masuk dalam kos makanan..Sebagai contoh, seorang pekerja gaji RM15 sehari..kalo dia bekerja selama 30 hari, kos upah RM450..bagi aku kos upah ni kalo di"top up" dalam kos dedak, kita dah boleh dapat sekurang-kurang setengah tan dedak PKC plus Soya Hull..walaupun begitu tak bermakna aku kasi hantam dedak saja..Kalo hari free, aku kasi rumput lebih..Tapi tak gemuk-gemuk jugak..

Post kali ni sampai sini dulu kot..Line umah dah boleh pakai...Alhamdulillah..pasni boleh kontiniu-kontiniu tulih apa nak tulih..Takla dok perap kat CC tu..lemas aku..Hampa mesti pelik pasai pa aku rajin sangat hantam JPH tempat aku..Hampa penah tengok ayaq mata penternak kambing dak??..Ni bukan tajuk filem ka novel ka..ni betoi-betoi punya real depan aku masa aku sembang dari ati ke ati dengan penternak tu..Nanti la bagi aku ada touching shahdu skit kalo nak post tajok ni..heheh..kalo penternak lama terutama kambing tentu dah boleh agak pasai apa tertitisnya air mata penternak separa abad tu..peeh boleh biat novel..