Yang Melawat Kambing2 di Kandang~~

23 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin

Salam..lama tak tulih..takdak kesempatan..tapi nak tulih lebih-lebih pon takdak mood..Suasana kemeriahan dalam dunia penternakan dah makin kurang..Banyak yang dah give up..Berenti sekerat jalan..Adat bisnis, ada untung rugi..Tapi agak membengangkan juga bila mendegar.."Huh..Tara tu dah la Melayu buat bisnes..nak pi mana sangat.."Teruk sangat ka kita ni..Tapi yang cakap tu juga kulit tak la cerah sangat,..cam aku la jugak..tak tau la kaum apa walaupun cakap Melayu fasih..

Masih ada ruang lagi ka untuk pengusaha yang tinggal dan masih lagi berjuang..Bagi aku ada..Selagi ada kemahuan di situ ada jalan..Insyaallah, kepada sapa2 yang kekal dan masih lagi berjuang, masih ada harapan untuk kita terus maju dalam bidang ini kalo kena dengan caranya.., walaupun tanpa pertolongan JABATAN2 YANG BERTANGGUNGJAWAB..

Semalam ada terbaca pendapat, malah lebih jelas lagi rungutan mungkin dari seorang penternak dari Tanjong Karang dalam utusan, mengadu tentang masalah yang dihadapi dalam bidang penternakan serta kerenah-kerenah yang wujud oleh Jabatan yang tak perlu wujud pun..Insyaallah, kalo ada kesempatan saya akan back up komen tersebut untuk menyatakan sokongan serta komplen rasa tak puas ati dengan Kementerian ni..

Bisnes di Kelian Farm Alhamdulillah..nampak kemajuan, walaupun kandang agak serabut dan kelam kabut..Agenda utama Kelian Farm sekarang adalah kepada penumpuan jualan dan dalam bidang pembiakan kami mengambil keputusan untuk mengurangkan jumlah bilangan ternakan, agar ternakan lebih berkualiti dan sihat..

So, setakat tu saja kot..Kat cc..Kena curi lagi line..takdan nak pikiaq nak tulih apa..ingat nak hantam Jabatan haiwan..tapi rasanya malah lagi kot..dalam mood Hari Raya dan baru ja lepas posa ni..rilex dulu rr..Cari modai ngan pasai dulu..baru buleh boh..ok guys..all d best to uu..boleh ponya..jangan takot..

Maaf Zahir dan Batin dari kami Kelian Farm




17 July 2010

Koputra dan Curi Pasir

Salamm..

takdak cerita terbaruu..just nak maklum serta ulas beberapa perkara..

1st sekali dengaq kata persatuan dan koperasi penternak ruminan utara (PUTRA dan KOPUTRA) nak tutup..dengaq kabar-kabar angin je laa..Orang-orang kuat dah ramai belah tu yang macam tak aktif..Bagi aku senang ja..Yang mana nak belah tu biaq belah..Komfem depa belah tu sebab dah tak ada kepentingan kat depa lagi dalam ni..Bagi aku depa ni barah yang perlu disingkir..Kalo penternak serta pengusaha ternakan lain rasanya tak akan tinggalkan persatuan walaupun dia atau persatuan tu sendiri tak memberi apa-apa antara satu sama lain..sebabnya melalui persatuan kita boleh berhubung antara penternak-penternak yang lain dan kita juga berasa tak keseorangan dalam mengusahakan projek ni dalam keadaan bidang ni semakin merudum..Bukannya mengharapkan masuk persatuan ni akan dapat macam-macam serta jawatan-jawatan yang bukan-bukan..Pastu tak dapat apa, belah..padahal ternakan ada la 3,4 ekoq..tu pun pawah kat orang..sampah -sampah...barah camni perlu buang dari persatuan takut berjangkit kat orang lain..

ni satu lagi..layan berita..Ada berita pasai Paklong kita nih..Dato Noh Omaq..Buat sidang media ingatnya nak bagi apa-apa atau umum tentang bidang pertanian ni..tau-tau dok kalot curi pasiaq nuu..Adooii..Weh paklong..dok kalot penama..Kerja paklong pon banyak tak selesai lagi ni..Mai turun tengok nasib penternak, petani dan nelayan ni..Ramai lagi yang miskin dan perlukan bantuan serta khidmat yang lain daripada kementerian paklong..Ni kementerian sendiri pon banyak masalah..Lagi nak kacau hal orang..Please do someting Mr Menteri..Tak rasa ka Kementerian Pertanian ni bukan nak tolong orang, tapi banyak yang lagi miskin bila masuk bidang ni..dahla yang join bidang ni kebanyakkan yang miskin dan bukan golongan berada..Memang mungkin salah percaturan penternak tu sendiri yang mengakibatkan kandang serta bidang pertanian lain tak dapat diteruskan, tapi kalo DAH BANYAK SANGAT TUTUP KANDANG, TAK RASA KE KEMENTERIAN BERTANGGUNGJAWAB MENYEBABKAN MUSIBAH NI BERLAKU..MANA PEMANTAUAN, MANA KHIDMAT NASIHAT YANG DIPERLUKAN..Dulu sekali ada bicara tani..tapi pas sekali buat..dan respon pon kebanyakkan datang kasi hantam sama depa, tahun-tahun seterusnya dah tak buat da..Melepaskan batuk di Tangga..

Emosi..emosi..malam penuh emosi..Nasib baik hujan malam ni..

07 July 2010

Kambingku, Messi dan Ozil

Salam..

Camna kaki bola..Team hampa dah sampai mana dah..Haha..Aku pon skali bunkuih..Argentina dan Messi dah boleh baik kampung tengok kambing masing-masing..Anyway, sebulan ni adalah bulan yang agak azab bagi aku..Siang keja..Malam layan bola sampai pagi..So kalo mai kandang boleh nampak la penangan World Cup di Kelian Farm..Agak tunggang langgang jugak..Isykk..Mengenai tajok di atas..apa kena mengena kali..takdak kena mengena pon..saja ja..tak tau nak tulih apa..

Berkaitan dengan projek aku..Alhamdulillah..aku sekarang dah nampak sedikit laluan untuk beroleh pendapatan dalam bidang penternakan ni..Bagi aku untuk memperoleh pendapatan dalam bidang ni, kita jangan terlalu menumpukan terhadap soal pembiakan dan juga pembesaran projek..Bagi aku yang penting, apakah hasil yang kita peroleh daripada projek ataupun usaha kita..Dengan kata lain urusniaga perniagaan..Kalo ada 500 ekor ternakan, tapi orang tak tahu pun susah jugak nak jual..Tapi kalo ada sekor ja kambing, tapi orang datang mintak beli lembu, dan kita boleh menyediakannya, itulah hasil..Bagi aku la..

Cumanya..buat masa la ni, aku terpaksa mengutamakan pelanggan yang memerlukan barang-barang mereka sampai kadang-kadang terabai jugak ternakan..Ini kerana aku kerja seorang..Ramai bertanya mengapa tak amik kuli..Bagi aku dah ada pengalaman mempunyai 4 orang pekerja yang saling berganti..Agak sukar mereka melakukan tugasan yang diberikan sekiranya aku takdak..Bukannya depa culas, tapi masalah-masalah teknikal seperti pengangkutan, pengurusan rawatan, jual beli dan sebagainya..Sekarang ni aku kerja sorang-sorang..walaupun kadang-kadang tak sempat nak siap kerja sepenuhnya, aku boleh cover dengan pemberian dedak yang lebih sebab kos upah dah masuk dalam kos makanan..Sebagai contoh, seorang pekerja gaji RM15 sehari..kalo dia bekerja selama 30 hari, kos upah RM450..bagi aku kos upah ni kalo di"top up" dalam kos dedak, kita dah boleh dapat sekurang-kurang setengah tan dedak PKC plus Soya Hull..walaupun begitu tak bermakna aku kasi hantam dedak saja..Kalo hari free, aku kasi rumput lebih..Tapi tak gemuk-gemuk jugak..

Post kali ni sampai sini dulu kot..Line umah dah boleh pakai...Alhamdulillah..pasni boleh kontiniu-kontiniu tulih apa nak tulih..Takla dok perap kat CC tu..lemas aku..Hampa mesti pelik pasai pa aku rajin sangat hantam JPH tempat aku..Hampa penah tengok ayaq mata penternak kambing dak??..Ni bukan tajuk filem ka novel ka..ni betoi-betoi punya real depan aku masa aku sembang dari ati ke ati dengan penternak tu..Nanti la bagi aku ada touching shahdu skit kalo nak post tajok ni..heheh..kalo penternak lama terutama kambing tentu dah boleh agak pasai apa tertitisnya air mata penternak separa abad tu..peeh boleh biat novel..



27 June 2010

Jabatan Sampah

Salam..

La dah tunjuk pukoi 1.11 a.m...lagi sejam nak tunggu game Mexico ngan Argentina..boring kat kandang, dan nak ilang rasa ngantok, aku mai la CC ni utk tgk pa ada dalam umah aku..so far ada lagi orang yang sudi tengok..Tq diucapkan..

Camna ngan bisnes kawan2..terutama geng kambing la..banyak stok lagi nak jual??Posa dah nak dekat ni..Tak jual abess ni terok gak r nak membele ni..Tempat aku kurang aktif sket meniaga baru2 ni..Tak beberapa rancak..Mungkin delay sebab tembung ngan kenduri2 besar..

Baru ni aku ada pi pejabat haiwan..Saja jalan-jalan cari pasal sambil sambil nak tanya camna nak wat permit..Kebetulan ada kambing aku nak keluar ke Grik, so aku tanyalah..(wat2 rajin)..Tak banyak pon..2 ekor je utk sembelihan..

Tapi jawapan yang aku dapat memang dah agak dan memang nak cari pasal ni..Sume permit boleh buat kat pejabat..Tapi nuu kena amik kat Aloq star..2 jam dari tempat aku..Padahal nak gi Grik tu sejam je..Apa crita??Takkan tak leh proceed dari sini..Main faks dah la..kambing yang nak untuk sepuluh dua puluh ringgit dah kena tanggung kos kat 100 dah kalo gi amik kat sana..Bodo betoi la depa buat ke..Lepas tu siap tanya ada kenai sapa2 ka dekat Aloq Setaq utk mudah keja..Aku cakap kenai Rozita Che Wan ja kat Aloq Setaq..Aku pon tak tau pasai apa aku bg jawapan tu..geng tu pon blur..ingat aku mabok kot..

Hangat hati betoi la..benda yang mudah dan senang, pon nak bagi payah penternak..bukan aku nak jual utk bela..nak sembelih makan..tak yah wat ujian darah pon..Baik suroh aku pegi Putrajaya amik permit tu..boleh gak aku round2 KL ke mana2 ka..dah alang2 nak nyusahkan aku..

Dulu aku dah tanya pegawai kat Putrajaya tentang permit ni..dia cakap bole siap kat pejabat haiwan daerah ja..ni dak..suma nak hantaq ke Aloq Setaq..Kalo camni hampa tutup je la pejabat tu..Tak la orang sakit ati..Nasib baik mood aku baik gak aritu..(sebab orang nak beli kambing la)..kalo dak komfem sumpah seranah ponya..Abis kalo camni ponya gaya, no wonder la orang bawak kambing seludup or tak dak permit..Dah nak masuk cara baik pon macam haram lagi..Bagi aku Jabatan Haiwan kat Baling ni adalah JABATAN SAMPAHH..Tak Payah ada lagi baguss..

Hahha sorry agak panas dan emosi sket post ni..saja nak kasi bukak mata aku ni..takot layu tengok bola..aku supporter Argentina..Bukan sebab Messi..Dari Maradona, Ortega, Batistuta, Crespo, Requelme dan Messi adalah kesinambungan individu hebat dalam pasukan Argentina..Kepada England..Naik kapal terbang balik nanti hati2 ya..jangan sedih2..Hahahhaha..Aku suka..


23 May 2010

Feral di Kandang

Salamm..

Lama tak tulis..bizi skeet..dengan line pon tak bropa ada kat umah aku ni..So apa-apa update aku terpaksa buat kat CC yang terdekat..malas betul nak gi CC ni..takde privasi..

Banyak cerita yang aku buat selama tak update..Nak cerita pon aku lupa...Yang terbaru aku bawak masuk kambing ferall untuk trading..Tq bro Nizar ngan Adi boersaanen..1st time nak amik kambing kat KLIA..aku gi sana naik bas dari Kedah..selamba ngan bawak duit cash bebelas ribu gak naik bas..(Konfiden gila tak kena rompak ngan ragut)..Sebab pakai pon lebih kurang depa jugak..

Diringkaskan cerita..balik dari amik kambing ni, sampai kat Grik aku kena tahan UPP (Unit Pencegahan Penyeludupan)..Walaupun laluan tu kawasan panas, aku konfiden ja masuk sebab aku ada permit..Lepas2 diperiksa dengan depa, depa kata permit aku tak lengkap..Isunya tiada surat kuarantin dari Malaysia..Aku cakap la kalo dari Ausie mana perlu kuarantin..Tapi lepas dirujuk kat pegawai JPV Ipoh, aku terpaksa ditahan sebab depa kata kena ada surat kuarantin dari Malaysia..Abis..pastu apa yang aku kata seduit tak pakai..

Dekat 5 jam jugak la aku ngan kambing aku kena tahan..kesian kat kambing aku..dok berimpit2 dalam lori kat UPP tu..Haram betoi..lambat sebab kena tunggu pegawai dari Taiping mai plak..Last2 boleh lepas sebab memang sah..cuma ada 2,3 benda kecik yang sengaja diperbesarkan untuk menunjukkan siapa berkuasa..

Akhirnya kambing aku sampai di kandang setelah sehari suntuk kepenatan dan stress dalam lori..Dan mungkin kepenatan yang amat sangat, ada seekor yang mati malam keesokannya..Aku bukan kesal sangat yang mati..Dah benda idop, lawannya mati..aku reda dan terimanya sebagai dugaan..Cuma aku sedikit terkilan sebab, masa aku perlukan bantuan dulu, sapa pon tak datang jengok, bertanya kabar..Tapi bila bab yang menyusahkan aku ni, ramai betul nak join..dengar kabar kes aku ni sampai ke Putra Jaya...takpa la hampa pakat dok gaduh..Lastnya, aku dan kambing jadi mangsa..Mungkin post kali ni aku tak begitu panas, padahal hakikatnya, tengah menggelegak ni..aku kena laju je taip sebab rimas kat CC ni..nanti kalo ada kesempatan aku akan detailkan apa yang berlaku serta sikap orang-orang yang agak "bijaksana" dalam kes aku ni..teringin jugak nak tonjol kepala pegawai Ipoh yang suroh tahan aku tu..Kalo dah bodoh jangan jadi pegawai..Jadi ahli politik ke, artis ke, banyak lagi yang sesuai..sebab bodoh tu dah menyusahkan orang lain.. 

01 April 2010

Kelian Shop Online - Ubat Ternakan Utk Dijual

Ternakan merupakan makhluk hidup yang perlu makan dan minum untuk hidup..Ada kalanya, mereka juga akan sakit..Seperti manusia, ternakan juga memerlukan "Peti Pertolongan Cemas"..Tapi tak seperti peti pertolongan cemas yang kita ada kat rumah, ada beberapa jenis ubat yang mana mengikut saranan beberapa Pegawai Veterinar perlu ada di setiap kandang yang berskala sederhana dan besar..Yang kecik kambing 2,3 ekoq nak pakai pon boleh jugak..


Teramycin L.A 100 ml

Ubat antibiotik "broad spectrum" yang perlu ada di kandang ternakan..Boleh digunakan untuk pelbagai jenis penyakit seperti radang paru-paru, selsema, batuk, masalah dalaman yang tak dapat dikenal pasti dan pelbagai jenis penyakit lagi...Penggunaannya dengan cara suntikan di otot dan juga di bawah kulit..Kebiasaan diberikan dengan nisbah 1 ml untuk 10 kilogram..

Harga : RM 70

Dectomex (Doramex) 50 ml

Lebih dikenali dengan ubat 3 serangkai..Mujarab untuk penyakit cacing, kurap dan juga kutu yang terdapat kepada ternakan..Ianya digunakan dengan cara suntikan juga samada di otot atau daging dan juga di bawah kulit..Nisbah penggunaannya biasanya 1ml-2ml untuk ternakan (kambing..lembu lebih sikit..)

Harga : RM 80

Spay Luka Magtox (400 ml)

Digunakan untuk ternakan yang mengalami luka dan juga pendarahan luaran..Boleh juga digunakan untuk menghindar dan juga membunuh ulat lalat (maggot)..Biasa digunakan sebagai rawatan awal bagi mengelakkan luka tersebut menjadi lebih teruk akibat maggot..Penggunaan dengan cara semburan ke tempat yang luka dan kekerapan bergantung kepada luka tersebut.Saya juga biasa menggunakannya untuk merawat penyakit puru kambing saya..

Harga : RM 28
Pink Eye Spray

Digunakan untuk merawat mata ternakan yang bermasalah..Penggunaanya ialah dengan cara semburan di mata ternakan dan kekerapan bergantung kepada penyakit tersebut..Biasanya digunakan kepada kambing yang mengalami masalah mata seperti kekaburan, keputihan mata, mata tak boleh buka dan macam-macam lagi masalah yang melibatkan mata..

Harga : Rm 28

Mana nak dapat?? Kat Jabatan Haiwan pun tak dak?? Jangan Risau..Ubat-ubat ini akan sampai ke rumah saudara..tak payah letih-letih drive jauh dan penin mikir untuk beli ubat apa untuk letak di kandang dan yang penting SAVE MINYAK DAN DUIT UNTUK PERKARA LAIN..Kami akan menghantarnya terus ke rumah anda..

Cara Nak Oder??, Senang Saja:

1. Hubungi saya Nasri atau sms ja kat nombor ni = 0134001083

2. Kami akan berikan no acc yang berkenaan (Maybank atau Bank Islam)

3. Maklumkan tentang deposit bayaran ubatan yang dioder kepada kami melalui nombor di atas (sms pon boleh..)


4. Kami akan menghantar melalui pos atau kurier (Caj penghantaran tidak termasuk dengan harga belian barang..caj murah ja)

So untuk maklumat lanjut sila hubungi saya seperti nombor di atas..(Posting ni akan dok lama skit kat belah atas nih..post2 tebaru suma akan dok bawah post ni..saje kasi promo skit..hehe..nak tampong duit dedak kambing nih..)..Apa-pa pun untuk lebih keterangan serta khidmat nasihat tentang penggunaan ubat-ubat yang disyorkan di atas, sila rujuk kepada pegawai haiwan yang berdekatan..(Gambar-gambar dicopy dari laman web lain temasuk laman web dr dodon..Terdapat perbezaan dari segi bentuk botol ubat dan jenama..Tapi bahan, kandungan sama dengan ubat yang dijual serta pembuatnya adalah dari syarikat yang sama..)


24 March 2010

Tawaran Harga Borong Lembu

Salam..

Jualan Lembu Secara Borong

Kami dengan kerjasama Intan Farm menawarkan harga lembu borong yang menarik kepada penternak..Kalo nak beli boleh berurusan terus dengan kami di Pusat Kuarantin ternakan, Padang Besar, Perlis...Nak mai tengok dulu pon takdak masalah..

Berikut adalah senarai harga yang ditawarkan di ladang kami :

Lembu Jantan Untuk Sembelihan dan Akikah = RM 6.30 per Kg

Average : 215 KG (Saiz sedang)

Timbangan Berat akan di lakukan di Pusat Kuarantin Ternakan, Padang Besar, Perlis.


Kami juga menawarkan khidmat penghantaran ternakan ke kandang saudara di seluruh Malaysian dengan harga yang berpatutan..Kuantiti banyak harga boleh runding lagi...Bekalan sentiasa ada setiap bulan.. 

Untuk maklumat lanjut sila hubungi

Nasri 0134001083
Nazrin 0175773548

17 March 2010

Manusia Semakin Kejam!!!!!



OIE GRAS bermaksud hati berlemak (Fat liver) adalah menu makanan yang mewah berasal dari Perancis. Hidangan mewah ini berasal dari hati angsa yang diperoleh dari angsa yang di “paksa” makan secara berlebihan setiap harinya agar hatinya berubah menjadi hati berlemak akibat menderita penyakit “hati berlemak” (fatty liver).

Manusia menjadi KEJAM dan TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN demi untuk memenuhi hawa nafsu mereka. KEJAM! Itulah perkataan yang sesuai ditujukan kepada golongan manusia ini.

Semua perlakuan kejam oleh sekelompok manusia ini hanya untuk memperoleh hati angsa yang indah berwarna putih dan lebih besar dari yang normal. Gambar sebelah kiri adalah hati angsa berwarna putih yang besarnya di atas normal akibat angsa diberi makan secara berlebihan secara paksa, sedangkan gambar sebelah kanan (warna coklat) adalah hati angsa yang normal.



Betapa malangnya nasib makhluk Allah ini….

Sangkar yang dibuat memaksa angsa tak dapat memusingkan badannya maupun melangkah. Kakinya menjadi bengkak kerana setiap hari mereka terpaksa berdiri. Angsa-angsa ini tidak ada kesempatan untuk tidur karena lehernya berulang kali dipegang untuk di “paksa” makan.


Mereka di paksa untuk makan walaupun enggan makan..



Mereka yang masih bertahan hidup, menderita penyakit radang usus sehingga mudah terjadi pendarahan yang keluar bersama kotorannya. Tidak hanya penderitaan mulut luka, tenggorokkan luka, perut kesakitan, kaki bengkak, tidak tidur, tak dapat bergerak, mereka juga tak dapat hidup bebas untuk melihat langit atau sungai.


Mereka dipaksa makan sampai mati atau mereka mati kerana tak sanggup menahan penderitaan ini. Lihatlah mulut mereka penuh dengan makanan..


CREDITS: This post had been ORIGINALLY taken from http://info-gallery.blogspot.com... Pening aku nak wat post ni, mabuk sebab rasa geli, sakit dan kesian sangat2. Tapi sebab nak bagi kesedaran, aku gagahkan jugak...

26 February 2010

Kelian Farmville

Bestnya bila ingat kekambing kat kandang tu... sangat la comel dan wat kepala pusing jadi relax~~


Kalau wat homestay ala2 farmville (merujuk kepada FB) okayh ker???


20 February 2010

Mini Zoo Kelian Farm~~

Dah lama kelian farm sunyi dan sepi... I hate to see that... Kuli Ladang had called me from Baling said that telephone line in my home had been 'kidnapped' again!! Damn!! Terok btol those manusia.. I tot dah mati...

Kelian farm, dah makin besar, dari umah Kuli Ladang sendiri, sampaila ke kandang-kandang dan lain2 lain stuff.... So thanks to TOKEY BESAR aka madam di rumah yang kini sudah pun bergelar PENGETUA... Congrats!!

Kelian Farm, dah ada sebuah umah khas untuk Kuli Ladang beserta letrik dan air juga ASTRO untuk kemudahan beliau... Umah ni, memang dari awal lagi dah sedia ada, naik bersama kandang kambing yang pertama...

Kandang pulak dah masuk 3, boleh memuatkan sehingga 100-120 kambing... Tapi kalau kambing banyak pun, susah jugak sebab Kuli Ladang jer wat kije sensorang!!

Skang, kami juga dah ada koq, hehehe atau senang faham, kolam simen.. Awal2 dulu bela ikan keli, tapi tak dan sangat nak bela... so tukar kepada ikan hiasan, ikan laga...atau kedah panggil ikan karin!! (bukan adik bradik maya karin tau~~ ) Masih dalam permulaan, tapi sapa yang berminat, boleyhla kontek Kuli Ladang... Tak banyak sangat awal-awal ni, mungkin dalam 100 ekor, dapatla kot!!


Kami jugak ada bela ayam kampung dan ayam piru a.ka ayam belanda... Tak banyak sangat sebab masih baru... Sekarang tambah pulak dengan mini inkubator untuk menjadikan proses pengeraman berlaku dengan lebih baik.... 

ayam belanda/ayam piru


So, kalau korang ada berminat dengan apa2 stok yang kami ada... Just put on call for Kuli Ladang... Namanya Kuli Ladang, tapi senang citer, pengurus yang tak kurus la... Heheheh...


P/S: 

1- Kami juga punya ubat-ubat untuk ternakan... Kuli Ladang quite good in doctorin for those haiwansss... So, just ask him ok???

2- Kalau letak arnab n few binatang lagi, upgrade sikit umah Kuli Ladang, best per wat home stay~~