Yang Melawat Kambing2 di Kandang~~

03 July 2008

Refresh Otak..Camna Nak Mula Balik Ni Nak Update Blog

Salam penternakan semua..
Lama tak update blog ni..huh alasan yg sama dan lapok la..bz..tp dah takleh pakai dah alasan tu..nak mikir alasan lain pon dah tak mampu..(kerjenya mencari alasan ja..). Cuma bulan lepas aku agak letih ngan Kambing di siang hari, malam lak aku bantai tengok Euro 2008..Nasib sebulan ja, kalo 2 bulan mau biru mata aku nih..kalo dah kaki bola (cam awek iklan Mc Donald tu), memang tak leh miss punya tengok live..kalo ulangan tu bleh gak tengok tapi dah takder fill..kiranya waktu tu aku rest 3,4 jam je temasuk tido waktu siang..huh memang penat tp nak buat camne..sendiri badan sendir tanggung la..sib baik la kambing dalam keadaan baik dan tip top lagi (hahaha angkat bakul sendiri nampak)

Buat post kali ni aku just cerita skit2 la apa yang aku ngan farm aku buat selama aku tak update blog ni..lepas ada member tolong kat kandang ni, badan aku rasa cam lemah jer..ngantok, rasa nak demam, rasa malas dan ramai lagi la sifat2 buruk yang ada kat aku masa tu..Euro tu sepasal lah, tapi aku rasa sebenarnya badan aku tak banyak kerja cam dulu..dulu setakat kambing sekandang 80-90 ekor aku running sorang je operasi harian (hahah ayat riak lah ni)..dari cuci kandang, amik rumput, boh baja, bagi makan kambing hingga cucuk kambing suma aku wat sorang..tp sekarang kalo member aku cuti, rasa lemah je badan nak buat suma tu...mungkin dah ada sifat sorang bos (hahah bos camtu ke??) dalam diri aku ni..tau arah je..tp kalo sdr buat dah tak bleh..tapi ni pengalaman aku selama 2 tahun dok ngan kambing ni, terutama mase aku wat keje sorang2 aku tak penah demam atau sakit teruk2 (ada sekali demam teruk tu pun masa aku hadiri kursus penternakan..3 hari kursus 3 hari demam..balik je terus sehat boleh potong rumput lagi pas balik petang tu)..mungkin disebabkan badan yang sihat sebab bekerja..mungkin juga berkat dari kambing tu sendiri yang mendoakan kesejahteraan tuan dia (tuan dia sakit dia pun sakit sekali la..)

Minggu lepas juga aku hadiri Seminar mengenai Intensif Ternakan yang akan diberikan kepada penternak..kepada penternak2 boleh dapat maklumat dengan Jabatan haiwan Daerah saudara semua mengenai skim ni..Aku nak ceritakan di sini mungkin tak sempat tapi secara ringkas penternak akan mendapat intensif ternakan yang dijualnya utk tujuan sembelihan..yg trader memang tak layak..sekilo kambing kalo tak silap RM 0.90 per kg tap amik berat daging je la..(45% dari berat badan..) aku kalkelet lebih kurang RM 10 r bagi seko kambing penternak dapat..tp tu tak tolak permit sembelihan lagi kena bayar..silap2 takdapa dapat..lembu kurang skit dari kambing tapi tak ingat berapa..sebab fail aku kene amik masa tgh makan..(kes makan tak ingat dunia r ni)..aku juga pi seminar Kambing dan Integrasi yang dianjurkan oleh kawan penternakan aku, Ustaz yusof..sambutan menggalakkan juga..dapatlah ilmu dan juga kontek rakan2 pada hari tu..nasihat aku utk penternak2 baru dan bakal penternak jangan malas mencari ilmu..kalo ada seminar atau kursus pi tapi bergantung pada kemampuan masing2 la..sediakan ilmu yang secukupnya utk masuk bidang ni..Penternakan banyak cerita2 indah dan manis, tp kena ingat cerita tak sedap dengar, sedih dan juga tragis memang banyak juga walaupun tak banyak diperkatakan..Risiko bidang penternakan memang tinggi..Tiada ilmu silap2 makan diri (wah ayat..)

Kadang baru dan juga pojek rumput napier aku yang seluas 3 relong tu pun on pogres..kos kasar kayu aku digunakan utk kandang baru aku (48' x 24' ) berjumlah lebih kurang RM4k..peh murah gak tu..tp tak siap lagi tapi bajet semua kos kandang aku tu mungkin tak lebih RM 12K..murah ke mahal r?? Kalo murah boleh la order kayu kat aku tapi kalo yang jauh kena la ingat kos transport..kalo yang belah Utara ni boleh diusahakan..Ternakan aku juga bertambah..baru ni massuk lagi 7 ekor Cross Saanen..Peh terdetik gak nak bukak kilang susu kambing nih 20 tahun lagi..(peh lama sangat)..

jadi setakat tu dulu kot aku rasa wat mase ni..bagi fresh balik otak ni cari idea nak update blog..aku rasa aku punya moto tu nak kene tuka cam sama je ngan orang punya..tp aku perati blog2 penternakan ni dah banyak..bravo la..org dah makin pandang dengan bidang penternakan nih..boleh la kita pakat2 konsi pengalaman dan maklumat masing2..tp aku juga perati geng2 old timer blogger ni dah makin slow..pakat sebok kot..aku rajin gak ronda2 blog orng nak cari maklumat serta info ttg penternakan..tq la kepada suma..ok chow dulu..nt update lagi..

11 June 2008

Seminar Penternakan Kambing dan Integrasi Pisang dan Jagung





Sebelum ni aku dapat ramai panggilan dan juga pertanyaan mengenai kursus penternakan di Utara ni..Kerana kebanyakkan kursus serta seminar penternakan terutama penternakan kambing Boer ni banyak diadakan di belah KL, Selatan..belah Utara ni kurang skit..aku ada juga bercadang nak buat tapi keadaan masa dan juga tempat tak mengizinkan lagi..so biarla aku kosentret dengan penternakan ni..tp baru ni kawan aku Ustaz Yusof tepon aku dan beritahu yang dia akan menganjurkan Seminar Penternakan Kambing dan Integrasi Tanaman Jagung dan Pisang..so ni aku info skit pasal seminar yang dianjurkan ni..so rakan2 ternak dan pengusaha2 serta bakal pengusaha projek pisang dan jagung kat belah utara perlu amik peluang ni..boleh tambah maklumat dan kontek..murah pun murah..kursus lain kalo pegi beratus jugak la ni RM 50 je..so ni info dia..




Seminar Penternakan Kambing dan Integrasi (Tanaman Pisang dan Jagung)

Tempat : Ladang Ternakan Kambing Boer Imanuddin, Kg Memali, Baling, Kedah

Tarikh : 29HB Jun 2008 (Hari Ahad )

Masa : 8.00 pagi hingga 3.00 petang

Bayaran : RM 50 shj

sijil dan makanan akan disediakan oleh pihak penganjur..(Aku dengar ada gak makan2 kambing..tapi tak tau la masak apa)

Tempat Terhad..Untuk maklumat lanjut sila hubungi

Ustaz Yusof 0134620463

kontek aku pun boleh Nasri 0134001083


kalo nak book tempat boleh kontek Ustaz..bayaran boleh sembang dengan dia..ok













07 June 2008

Euro 2008


euro 08 dah start..aku antara tergolong dalam spesis kaki tengok bola..tapi lepas aku bekecimpung dan terjebak dalam arena perkambingan ni, aku dah mula slow bab2 bola ni..tapi sejak promosi euro 2,3 bulan lepas, aku kembali bersemangat nak tengok balik..tapi nak tengok kat mane??kalo tengok luar malam2 bute ni takut org kidnap kambing aku lak..pastu kalo lepak luar ni komfemsampai berembun baru aku balik..esok pagi2 nak kene wat keje lak..peh mau pengsan tgh ari nanti..tapi tak dapat dinafikan..bagi kaki bola, kemungkinan besar produktiviti kerja depa mungkin akan menurun..mungkin gak aku pun join sekali..huhu

jadi utk mengatasi masalah2 tu skit (tak banyak), aku oder astro kat kandang aku..jadi tengok bola kat kandang la..kambing pun Insyaallah selamat..kene plak kalo game yg boring boleh amik bantai pastu bola tu tengok aku..duit dan MINYAK PON DAPAT SAVE..dan aku juga akan menjadi seorang daripada penyumbang kekayaan serta harta kepada seorang lagi rakyat Malaysia iaitu Mr Ananda Krishnan dengan membayar bil setiap bulan..hahaha..



ok selamat menikmati euro 2008 kepada kaki2 bola..kambing jgn dilupa lak..makan kene sharp time dia..heheh sebut pasal makan ni...aku rase dedak akan cecah RM1 per kg dan mungkin lebih dari tu..aiihhh..(keluhan anak gembala)

05 June 2008

Minyak dan Fokus Penternakan..

Assalamualaikum..

wooo minyak naik lagii..banyak lak tuh.. naik minyak la jugak aku semalam..dengan jalan jem..tak penah2 jalan jem kat Baling ni..dan dengan kenaikan harga aku boleh komfem sikit ari lagi, dedak mesti naik harga punya..aku agak RM50 per 50kg..sekilo singgit..jadi agak2 aku kene wat pengiraan semula kos seharian operasi nih..dengan kata lain harga kambing juga mungkin akan naik..tunggu..

anyway aku malas nak sembang bab2 minyak naik, barang naik, badan naik..sume tu buat aku naik minyak dan naik angin..pepepon idop kene teruskan..pojek kambing Kelian Farm kena teruskan..tak boleh patah balik dah..kene fokus lebih dan perancangan semula supaya pojek aku tak terjejas dengan sume mende2 serabut ni..aku malas nak pikir..biaq pemimpin pikir dan selesaikan dengan apa cara pun samada kita boleh terima atau sebaliknya..pastu aku akan pikir masa nak ngundi nanti..hoohoo..

2,3 minggu lepas aku macam ilang kosentrasi..banyak benda aku cuba buat dan setelkan tapi sume bende tak jadi dan tergantung tengah jalan..pas2 ada member bantu kat kandang ni aku cuba nak buat bende lain..pertama aku nak setelkan tanah yang aku pajak utk tanam rumput..aku dengan konfidennya beli benih rumput walaupun tanah yg dipajak tu tak di balik@plough lagi..ingat arini sampai benih esok dah boleh traktor tanah..rupanya seminggu aku cari traktor tak jumpa..sume sibuk..meriah betul projek kat Malaysia sekarang..bangga aku..so tergendala la aku punya plan nak tanam rumput nih..dahla dengan tak hujan..ada jugak la yg kering benih tu..last arini baru aku start tanam..

kambing aku juga baru2 ni banyak yang kurus..aku heran gak tengok kambing kurus..ada cacing ke??last2 aku check, rupanya aku salah bajet pengiraan jumlah rumput..kambing banyak tp rumput sikit..member aku lupa tambah makanan lebih kat kambing yang baru masuk..aku pun lupa nak cakap la konon2 sebok sangat..pastu mesin rumput aku problem plak..peh tak makan rumput gak la 2,3 ari kambing ni..aku bg daun2 pokok utan kat kambing nih..tp nak angkut daun2 ni bukan senang..sepokok daun tu berapa banyak sangat..(daun balik angin tak banyak walaupun bagi 1 pokok kat kambing tu)..dedak aku kena kasi lebih la...tapi tak leh cover jugak..motor chopper yang rosak tu last2 bengang sangat nak baiki dia, aku terus beli motor baru..abis rm400 aku tp puas ati dari menunggu motor lama tu diperbaiki..

sekarang saye sudah menjadi normal..syukur Alhamdulillah (ayat nabil raja lawak)...aku muhasabah balik aku punyer keja dan perbetul balik operasi pojek nih..aku dah fokus balik..aritu aku mamai ape tah..maybe perancangan tak kena..jadi pasni aku kena betul2 rancang ape yg aku kene buat..ape yang perlu didahulu dan diutamakan dan apa yang perlu dikemudiankan..dan mungkin juga aku banyak sangat pegi kenduri kawin member2 aku musim cuti ni..tinggal member aku 2,3 org je masih lagi mengekalkan status single and available lagi..huhu..ape2pun kawin mesti dikahwinkan dulu..target sekor ibu beranak 8 bulan sekali..takleh miss..ok rehat dulu..t ada masa aku tulis lagi..apapun menternak kambing ni mengajar aku lebih fokus dan juga sabar..(ceee ayat motivasi utk diri nih..)..tapi btul bidang penternakan ni banyak cabaran serta risiko..aku harap rakan2 penternak yang sudah rasa cabaran dan keperitannya agar bersabar..aku selalu berpegang pada kata2 tokwan aku..bela kambing, lembu ayam ni kene ikhlas dan sabar..banyak kerenah, banyak songeh..benda boleh sakit, mati..tp kalo kta jaga elok2 Insyaallah ada la habuan utk kita jugak..amin..

02 May 2008

Benih Napier Taiwan Untuk Dijual

Post kali ni pasai iklan..n maybe lama kot sebab esok dah adik aku nak balik..jadi blog ni terpaksa bercuti panjang lagi kot pasni...

aku nak iklan benih napier taiwan member aku..kat Utara ni dalam pemerhatian aku masih kurang lagi pembekal2 benih rumput..kalo nak oder banyak kena oder sampai KL, Seremban dan belah2 selatan nuh..jadi untuk menyenangkan para penternak terutama di sebelah Utara ni untuk dapatkan benih rumput, kami akan membekalkan benih rumput taiwan dengan harga yang berpatutan..

Benih Rumput Taiwan

Harga biasa = RM1.50 per kilo

Dan untuk pembelian 1 tan ke atas harga boleh dirunding utk mendapatkan harga yang berpatutan dengan kuantiti tersebut..

Untuk maklumat lanjut sila hubungi


Nasri 0134001083

Salleh 0195594382

01 May 2008

Woming Wap Dulu..

Peh tajuk tah hapa2 tah..gasak ja la..janji isi kandungan tupenting kan..fuhh lepas gak gian aku nak tengok blog2 ngan crita2 pasal penternakan terutama skali kambing la..tahniah kpd penternak2 semua..dah banyak dah blog2 pasal ternakan ni..banyak maklumat yang berguna boleh dilayari..kat 2 bulan gak la tak bukak blog ni..tau2 bukak ja dah ada post baru pasal birthday mak aku..ni kes bukan pasai line takdak..line dah ok..cuma komputer ja tak ok..dengan kata lain komputer takdak..ada line intenet tapi takdak tempat cucuk dia..sangap jugak la tak bukak intenet dan tengok info best pasal pertanian dan penternakan..ari2 info baru..kalo bdah 2 bulan tak tengok intenet, dah banyak la info aku miss..ni pun sebab adik aku balik cuti jadi bole la guna sat..pahni sangap la balik..aihh bila nak beli komputer baru ni....

sebulan 2 ni banyak jugak la urusan aku dengan kandang baru, loan, cari org mau kerja (cari org kg ja takmau pakai pemain import lagi)dan len2 lagi..tapi hampeh satu apa takleh setel lagi..suma nak buat serentak camna nak selesai..buat satu2 la baru bleh setel..ni kes aku tak rancang elok2 la..

dedak naik lagi..pehh..sakit perut toi pikiaq benda ni..dah dengaq kawan2 lain komplen tak bole nak "survive" sebab kos tinggi..cam kat sini soya "ah soon soon" dah cecah RM45..tapi kalau pikiaq balik memang la kos dedak kita sampai ratus2 sebulan walaupun ada 20-30 ekoq ja..dahla pulangan lambat..jugak jumlah kos sekoq makan per hari serta tempoh menternak sebelum jual...baru tak rasa sangat kita beli dedak tu..aku ada cerita pasal "coasting"2 ni dalam post lepas..boleh refer la balik kalo rajin..boleh untung lagi..rasa tak untung up skit harga daging tapi jangan la melampau2 sangat..bg sama2 la boleh merasa..satu lagi cara dengan tanam rumput sebanyak mungkin..walaupun bela kambing 10-20 ekor je..tapi tanam rumput biaq 3-4 hektar pun takpe..tak rugi..lebih rumput boleh jual..benih pun leh jual gak..dah ade yang buat dah pojek ni tak bela apa2 pun..dah nampak maju dah pojek dia dengan jual rumput ja..

baru2 ni jugak aku ada join forum "Bicara Tani" anjuran MOA..tapi aku pi bukan nak denganq sangat..dengan sikit niat"jahat", aku pi la 2,3 org member aku yg dah start ternakan..kami pi bukan nak dengaq sangat apa yg depa nak crita tu tapi nak luahkan apa yang dok pendam selama ni cam urusan Jabatan Haiwan, Pihak Bank dan Institusi kewangan, serta pihak2 lain..dan betoi la apa yg aku sangka..forum tu keseluruhannya "tak best"..penceramah bagi nota pastu baca balik kat depan..aku pun mau kalo ceramah camtu pastu dapat duit lak tu..pastu isi tah apa2 dan melalut ja..cara penyampaian pun tak kena..tempat aku ni petani dan penternak kebanyakkan org kampung ngaji tak tinggi mana..ni ceramah suma bawak istilah tinggi..kesian aku tgk pakcik sebelah aku nganga ja time sembang bab gahp la, e-dagang la, agri bazaar la..bg aku suma maklumat tu penting utk terangkan kat penternak dan petani tapi cerita tu bg sesuai la dengan keadaan majlis..aku kecewa jugakla penceramah cam lepas tangan dan main baca ja isi yg ada..janji cepat abis..time sesi soal jawab pun apa yg kita suarakan suma dia patah balik kat penterna dan petani..tak gi kursus la, ada tapisan yang ketat la...tapi time soal jawab tu ramai gak la yg lahirkan tak puas ati..aku ingat aku sorang ja..rupanya punya la banyak aku nak tanya sume orang lain dah angkat tanya..pasal birokrasi la, ketulusan dalam pemberian bantuan la cam2 lagi..nampak jugak la dah ramai bole tampil ke depan dan bersuara so takla pihak2 berkaan amik senang dengan industri pertanian..ini promosi kerajaan pasai pertanian berapi2 tapi sayang time perlaksanaan abis ancor..yg tanggung risiko dan rugi kita jugak..aku dok satu slot ja pastu makan balik..pi jaga kambing aku lagi syok..lagipun penceramah mcm takmau dengaq luahan petani dan penternak, jadi masalah tu pi sana pi sini dok situ gak la..depa ni nak kena tulih dalam sokabaq baru nak buat keja kot..rasa nak try r sekali komplen dalam paper ni tgk apa reaksi depa..

ok stop dulu kot wat masa ni..nak tulih post ni pon kat2 sejam setegah..ok bg panas sikit2 dulu..cam kata coach bola aku dulu kasi "wominwap" dulu..nanti laju skit taip2 tu.ade info dan yg paling penting ade komputer aku share la pendapat dan pandangan aku pasai dunia ternakan ni..Insyaallah..ok salam..

16 April 2008


HAPPY BIRTHDAY CIKGU NATIKAH


Warga Kelian Farm ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir yang ke 52 pada 15 haribulan April yang lalu buat pemegang sher terbesar di Kelian Farm, Cikgu Natikah. Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab mengeluarkan modal dalam membangunkan Kelian Farm. Pasas nya boleh juga dikatakan ahli lelap tetapi beliau sangat mengambil berat tentang keadaan pembangunan kandang dan kesihatan2 kambing secara tidak langsung.


Selain itu, belaulah orang yang mengambil tempat untuk 'menjaga' dan 'mengasuh' baby2 kambing yang kehilangan ibu. Walaupun brgelar seorang guru, beliau tidak kisah bergelumang dengan bau kambing untuk memastikan anak kambing tersebut sihat. Dan beliau agak sentimental bila kambing2 yang dikenali dan di'nama'kan akan dijual,disembelih atau mati...


walaubagaimanapun, jasa beliau amatlah besar dan dihargai oleh seluruh warga kelian farm.... semoga dirahmati Allah selalu..




12 March 2008

Sannen at Kelian Farm..New Penghuni (omputih cakap penghuni ape??)

Assalamualaikum dan salam penternakan...

peh apa nak citer r..kena update gak tp otak makin tepu r nak update apa...bukan takde maklumat tapi maklumat yang ada kena upload..skrg ni aku punya intenert fuhh boleh tahan lembap la laju dia..nak upload gambar pun susah gak..itu yang suram je rumah aku ni..bila tah geng telekom ni nak baiki kabel tepon kat umah aku ni..dah lama sangat ni...depa mogok ke tunjuk perasaan protes (hahaha)

n then aku baru perasan salah satu penyebab otak aku pun tepu sebab ada sarang tebuan berapa kilo tah tasa kepala aku..rupanya dari raya poasa lepas aku tak gunting rambut..kalo panjang mengurai ikal mayang cam Maya Karin ke takpe gak..ini satu spesis ngan geng "timaaa kaseeeeeyyyy"..hahaha..malam ni pas Magrib gak aku gi tebas sarang tebuan ni..sebab waktu ni la aku free...time lain tu sebok hape tah..(peh dah takde citer sampai bab rambut pon citer..tp penampilan penternak kena ada beb..baru org pandang tinggi..ini serabai je, org tengok pun keje ni lekeh..kasi up skit profesion penternak ni..)

minggu ni jugak aku dapat durian runtuh..baru ni ada penternak tempatan jual kambing cross saanen dia kat aku..1 ekor bapak 4 ibu dan dara langsam RM2400.aku tak cakap banyak abis je amik rumput utk kambing aritu terus amik duit pegi amik kambing tu..tunggu 2,3 jam lagi mungkin org dah sapu..tula kelebihan bila berkawan dengan penternak2 tempatan..kot mana dulu dia cari kawan2 utk jual ternakan dia baru cari org lain sebab dia dah tau cara kita bela serta pengurusan camna..org2 lama bele ni kalo nak jual pun dia tengok orang gak..bukan pakai jual borong je..dia pun sayang kambing dia tapi dah tak larat nak jaga..dah tua..paling besar ibu saanen tu rasa2 aku kat 65-70KG ada la berat dia.susu sekali perah satu tetek (sory bahasa mybe kasar tp ni proses pembelajaran dan pemahaman kena jelaskan) kat2 seliter..kalo perah pagi petang mau2 kat 3 liter lebih jugak la..banyak r tu..kenyang anak2 kambing di sekitarnya..yang kecil pun dara tu 6 bulan 30Kg ada la kot..tapi biasanya kambing baka susu ni memang besar..kambing kalo ikut itung per ekor jatuh seekor RM480 ..peh mana nak cari harga tu skrg utk saanen..rezki aku la tu..pun dah lama aku ngidam kambing pakcik tu..dulu dah kecek2 tapi tak dapat..

anyway 1 nasihat aku utk situasi camni kita kene la ready kandang tu utk kemasukan ternakan in case ada kambing nak jual murah..ini dah ada orang offer murah baru kelam kabut nak tengok kandang, nak letak mana..kandang boleh muat lagi 10 ekor, tapi petak2 dah penuh, masuk kambing ni ke petak ni nanti gaduh..alih ke petak ni nanti kalah makan pulak..jadi kalo tengok kandang kita tu boleh muat lagi utk kemasukan ternakan, ajar2 la kambing tu berjiran2 dengan kambing petak sebelah..cara yang selalu aku amalkan ialah bila abis bagi makan, kambing dah kenyang, aku cuba masukkan seekor2 ternakan ke petak lain ikut kesesuaian..time makan alih balik..amik masa lama la jugak kambing2 ni boleh terima kehadiran jiran baru ni..satu lagi dengan cara menyediakan tempat atau palong makan yang banyak agar yang kalah makan boleh makan di tempat lain..ini petak kandang boleh duduk sampai 10 ekor, tp time makan boleh makan 5,6 ekor je..yang lain jadi labu labi tengok Pak Incik dengan Mak Incik makan rumput..

Ok setakat ni dulu..post kali ni aku rasa ayat aku tunggang langgang..sama gak cam post dulu..hahaha..seperti mana aku penah cakap aku bukan penulis ke pengkarya ke..ni la bahsa aku..utk share2 skit ape yang ada n amik ilmu serta nasihat yng diberikan kepada aku melalui blog n rumah ni..nnt ada maklumat lg, ada masa aku share lg..ari2 bukak tp bukan ari2 ada time nak tulis..

10 March 2008

Raya Dah Abih Dah..

salam...



"raya" baru ja lepas..banyak la jugak kezotan kezotan yg dapat kita tengok..apa2 pun semua tu menunjukkan negara kta demokrasi dan seluruh rakyat bebas mengamalkan sistem demokrasi ni..aku pun turut teruja untuk pru kali ni sebab ni 1st time aku g pangkah dan buang aku punya pangkah dalam peti azimat tu...



aku bukan nak citer sangat pasal pru baru ni..analisis ke sebab2 BN kalah ke ape2 ke, sebab bukan bidang aku..nak sembang kat kedai kopi boleh habuan sembang ngan paklong2 kat kedai tu..tp posting kali ni aku nak citer skit la pasal kemeriahan pilihan raya baru ni..barula aku rasa apa pasai org seronok sangat..selain menentukan pucuk pimpinan yang disukai serta menyatakan suara melalui undian, aku dapati pilihanraya ni juga menunjukkan sikap serta amalan rakyat Malaysia seperti semangat gotong royong, tolong menolong, bantu membantu..susah nak jumpa semangat "lain macam" ni pada tahun2 biasa..



aku seronok tengok budak2 ni pasang bendera, poster, banner dll padahal member "lawan" pun dok pasang kat sebelah jalan sana..kalo ikut adat dah kate nama parti dan ideologi lain2 susala nak betegor sapa..ini tak..aku tengok elok ja sambil melawak2 sesama depa..yg terasa simpan dalam ja la tp ada point balas balik..tp dalam suasana meriah la..



jap tadi aku balik umah, dah tak meriah dah cam baru ni..sunyi je jalan..kalo tak mase nak balik kandang tu singgah jap markas ke, bilik gerakan ke, (sume aku balun..bukan talam 2 muke tp berkawan..parti2 ni masing2 la tp bab berkawan ni kenala semua)...pekena kopi ke, teh ke..borak2 pilihanraya skit, gosip2 skit, bincang bab pojek kambing (yg ni panjang bejela..2 jam baru bab pengenalan ternakan)..time nak kat pilihan raya lagi best buat bakar2 ayam, kenduri2 skit..time ade ceramah2 aku chow dulu..hahaha..bukan ape balik tengok kambing la pulak..



pepepun sume dah lepas..yg menang tahniah dan jalankan kewajipan utk "BEKERJA UNTUK RAKYAT"..yang kalah tu, terimalah dengan hati terbuka..(cam dato koh tsu koon..sedih betul aku tgk muka die..)..cuba muhasabah diri balik apa kelemahan kita yang buat kita kalah..apepepun rakyat telah bersuara..(takut jugak aku tengok suara rakyat ni)..ok dahla sembang bab election ni..pasni kosentret balik bab kambing nih...

02 March 2008

TQ

salam...lama dah tak jengok rumah sendiri..da bersawang dah nampak..ingat2 nak kena update lagi blog ni kasi kemas sikit...



1st sekali nak ucapan tima kaih banyak2 pada rakan2 serta pengunjung2 blog Kelian Farm ni kerana sudi menjenguk singgah ke blog ni setiap hari hingga hit blog ni dah melebihi 10000..tima kasih sekali lagi dan berharap apa yang aku kongsikan di blog ni kalo tak banyak pun 1% manfaat serta ilmu yang ada kat blog ni dapat dikongsi bersama2 pengunjung rumahku kira jadilah..semoga dapat dijadikan sedikit pedoman kepada aku dan juga kalian utk mendapatkan maklumat serta pengetahuan dalam bidang penternakan supaya kita lebih maju



semakin hari semakin sibuk aku di ladang Kelian Farm..Alhamdulillah rezeki semakin bertambah tapi kerja pun makin banyakla..jadi tak sempat nak ngadap komputer ni...tp baru2 ni pun komputer takde, jadi lama juga la tak jengok umah ni..tapi bila dah angau bab kambing dan angau intenet, sari tak tengok blog sendiri dan juga blog serta forum rakan2 penternakan dah tak tentu arah dah..macam banyak je yang kita terlepas..inikan sebulan tak tengok blog...bukak2 je dah macam2 topik yang dibincangkan..rasa macam kerdilnya ilmu ni..kat blog pun banyak respon dan pertanyaan..insyaallah nanti akan jawab juga satu2..(bab kambing kerinting dengan kambing menyalak tu pasal baka..tak jadi hal..memang dah lumrah kambing tu)..anyway tq again 4 supporting Kelian Farm yang setahun jagung dan masih merangkak lagi..sokongan rakan2 walaupun tak pernah berjumpa amat saya hargai..



aku pun dah boleh buka intenet ni sebab adik aku balik bwk laptop dengan wayerless dia..kalo nak pakai streamyx dah tak boleh sebab kabel tepon dah kene rembat (biol betul la mangkok ni..idop buat nyusahkan rakyat Malaysia)..jadi seminggu 2 ni bole la update skit blog..tu pun tak tentu kalo tak kene demam raya bole la luang skit masa nak tolis..kalo tak pukul 2 pagi atas pokok nyor pacak bendela..hahaha..



ok sebelum tutup post ni, ada iklan sikit la..sapa2 beminat atau ada anak yg beminat nak mengikuti kusus penternakan ruminan SKM Tahap 1 macam budak2 yang aku promot sebelum ni, borang dia dah keluar arini (Ahad 2 Mac)..dalam mingguan page 21..molek benola sapa2 yang muda trang tang tang mcm aku ni join kusus ni sebab banyak faedah serta kemudahan yang disediakan..pembelajaran komprehensif dan menarik..praktikal banyak, makan percuma, tempat tinggal percuma, pakaian ladang percuma, pendek kata seronok r dok sana..apa lagi jgn lepaskan peluang..(wah lebih la aku rpomot ni..boleh claim ni)..ok kot setakat ni dulu..banyak benda nak crita sampai satu pun tak boleh nak crita..anyway tima kasih sekali lagi kepada semua...HIDUP PENTENAK KAMBING SEJATI (peh boleh buat pembakar semangat ayat ni...kalo boleh laungkan ayat ni time penamaan calon baru2 ni....hahaha..mungkin baru dorang tau ada mat kambing selain mat rempit yang perlu diberi perhatian..)Selamat Mengundi..