Salam...Lama tak tulih..nak mintak maap pon berbuih dah sebelum ni..sama ja la takdak perubahan mintak maap buat lagi, mintak maap buat lagi..lantak la kot..Asalkan aku tulih ni tak banyak mengguris banyak pihak..(Ada la skit2 kot)..hahaha...Tapi rasanya tak salah la mintak maap..mintak maap la nooooooooooooooooooooooo....
Sakit kepala...Banyak perkara yang berlaku di kandang sebelum sebelum ni membuatkan kepala disakiti dan juga dipeningi..Adoiii yaii..Masalah kesihatan, pengurusan, ekonomi, rumahtangga (yg ni takdak lagi..) cam cam la...Lagi best bilamana kita cuba merungkai permasalahan tersebut, lagi masalah tu terbelit tersimpoi..Huuh..Orang kata suma tu cobaan....Aku plak kata suma tu err cobaan la kot..
So dikemetotkan cerita aku cuba menyalahkan Jabatan haiwan Daerah Baling atas masalah masalah yang berlaku..Biasa laaa idup mesti ada kambing itam bila ada masalah..Hahaha..Aku pun tak pasti samada menyalahkan mereka dalam hal ni satu benda yang wajib, keperluan, ataupun tindakan yang kurang bijak tapi tak sampai lagi la tahap bodoh bangang..Kat sini aku boh emel2 yang aku antaq kat Timbalan Menteri Industri Asas Tani Dato Johari Baharom..So far ada la tindakan yang dia amik..Tq Dato
Yang ni 1st time aku antaq aduan kat dato..main2 ja aku tulih ni..ok Dato dah take note dengan suruh pegawai dia call aku
September 20, 2011 at 8:54 am (Edit)
Salam..
Yang Berbahagia Dato yang dihormati..
Saya merupakan lulusan siswazah IPTA dan telah menyahut seruan kerajaan dengan mengusahakan ternakan kambing di Baling, Kedah..Saya telah mengusahakan hampir 5 tahun..Apa yang saya kesalkan sepanjang tempoh tersebut pihak berwajib seperti Jabatan Perkhidmatan Vaterinar (JPV) tidak langsung membuat pemantauan apatah lagi menghulurkan bantuan yang sewajarnya kepada saya..Akibatnya saya masih lagi tidak mampu membawa projek saya ke tahap yang sepatutnya kerana banyak kelemahan serta kekurangan yang terdapat di dalam projek..Banyak tindakan saya ambil atas dasar “Try and error” dan hasilnya..banyak yang silap (error) dan saya mengalami kerugian yang agak tinggi..Saya pernah memohon bantuan dan juga permohonan pemantauan kepada JPV daerah dan negeri namun tak ada sebarang tindakan yang saya perolehi..Untuk pengetahuan Dato, bukan saya sahaja yang mengalami masalah yang sama, malah turut dirasai pengusaha-pengusaha kecil yang lain dan ada malah ramai yang telah gulung tikar..Projek penternakan ni bukannya modal yang sedikit..agak besar dan yang mengusahakannya ramai yang berpendapatan sederhana dan seperti saya tak ada pendapatan langsung semasa saya memulakan ternakan ni..Buat masa sekarang saya menghadapi masalah dengan bayaran pinjaman balik bank (SUTKS) kerana kurang hasil daripada projek dan terpaksa menelan kos yang tinggi untuk penambahbaikan akibat daripada kesilapan-kesilapan yang lalu..Saya juga menimbang untuk berhenti sementara daripada projek ini bagi mencari kerja untuk makan gaji akibat beban kewangan yang agak tinggi..namun disebabkan minat yang mendalam serta masih berharap agar projek yang dilaksanakan masih boleh maju, saya meneruskan lagi..Jadi saya berharap agar pihak Dato mengambil langkah yang sewajarnya bagi membantu menangani masalah ni..Kesudian Dato untuk berjumpa dengan pihak kami juga amat kami alukan bagi membincangkan masalah sebenar yang dihadapai oleh pihak kami terutamanya penternak2 di sekitar daerah Baling..Kalau ikutkan hati cadangan utama saya suruh tutup ja Jabatan Haiwan Baling ni..sakit ati sakit mata ja..Perabiskan duit kerajaan,,Peruntukan berjuta tapi satu sen pun tak turun kat kami ni..Tapi masih lagi ada rasa rasional dalam memberi pendapat kepada Dato..Jadi saya harap pihak Dato akan mengambil langkah sewajarnya bagi kelangsungan pogram penternakan kambing sepertimana yang telah diseru oleh kerajaan dan juga seruan kerajaan kepada sisiwazah untuk menceburi bidang penternakan..Sekian..Terima kasih atas keprihatinan dato
Yang ni plak yang kedua aku bantai..yang hangin jugak la sebab pas aku buat aduan kat 2 minggu takdak respon dari JPV..Apa cerita bizi bebenor laa..Yang best tiada edit langsung kat aduan aku hahaha..
Salam..
dah seminggu aduan yang saya buat tapi masih tak berjawab..tindakan jauh sekali lah..Nampaknya aduan saya ni dah ditujukan kepada pengarah JPV..Tapi macam sama saja tindakan dengan orang bawahan dia..Tak hairan lah kalau "Bapa Borek, Anak Rintik"..Patutlah industri penternakan di Malaysia ni tak pernah maju..Dan tak akan maju sekiranya kelompok "barah organisasi" ni masih lagi ada..Mungkin pakat-pakat sibuk..sibuk dengan rumah terbuka..dan terkini sibuk dengan belanjawan 2012 ni..berapa gaji akan naik..Untung lah gaji naik..Kalau penternak rugi, jatuh muflis sebab projek lingkup, kalian peduli apa..Tak ada kena mengena pon dengan hidup kalian..Bila sampai peruntukkan dalam bidang penternakan..Belanja ikut suka..Patutlah melingkup ja duit kerajaan..Sampai lembu berpenyakit pon boleh bagi..Sibuk sangat ka JPV ni??..Apa yang sibuk sangat??..Beritahu kami projek apa yang hampa sibukkan??..Yang penting boleh sebutkan projek apa yang hampa bawa naik selama berpuluh puluh tahun ni..??..Yang ada sikit sikit pon tak terjaga, ada hati nak buat besar besar da mega mega??..Pengarah dapat Datuk..Apa sumbangan dia??..Kalau ikut hati ni macam macam lagi nak tulis..tapi yang nak tulis tu lagi tak sedap nak baca..Beginilah..JPV kena ingat..tak ada penternak..jawatan, Datuk, kenaikkan gaji dan macam macam lagi tak ada dalam kamus kalian..Tapi kami para penternak tak ada masalah sekiranya JPV tak wujud pon..Biasalah kalau masalah penternakan tu wujud tapi tak ada la sakit hati kalo yang diwujudkan tu untuk tolong tapi macam tak ada ja..senang kata..JPV tu wujud dengan wujudnya penternak tu sendiri, tapi kami tak perlukan JPV untuk wujud..Tapi kalau berasakan JPV tu masih relevan..buat kerja secara ikhlas dan amanah..Fikirkan rezki yang diperolehi itu mana sumbernya..Kalau rezki tu diperolehi dengan berkeja membantu penternak, buatlah kerja dengan betul..Tapi kalau dah berasa tak relevan sangat..payah bekeja dalam bidang pentenakan ni..malas nak layan orang macam kami ni..Tutup saja JPV..tak perlu ada..sama sama senang hati..Kami tak perlu mengharap..Kalian dari JPV pon tak kena maki..kan senang..
maaf kalau mengguris hati..
Hahaha..lepas tu la baru geng2 ni kelam kabut nak turun..tu pon bukan nak tolong menyelesaikan masalah..Tapi nak cari point nak boh aku balik..Alamak tak leh nak letak kat sini sebab tak leh copy..Tapi dalam surat pengarah JPV Kedah ke Pengarah Persekutuan, dia kata aduan aku ni tak berasas dan berniat jahat..Depa ada pernah bagi bantuan kambing dan rumput..depa ada pernah buat lawatan..Ladang aku di luar kawasan pemantauan depa, pagar kandang aku selalu berkunci dan sukar menghubungi aku..Haaahh..tu dia jawapan..dahlah takleh kena tegoq..menipu plak..bila masa aku dapat bantuan..selama ni pon aku tak penah boh kat blog aku dapat bantuan kambing ngan rumput...takleh nak hubung aku??pojek di luar kawasan??..Kurang waras punya jawapan...
Nantilah aku cita pasal hal ni...baca aku kmplen tu pon dah banyak...so far masih lagi beperang dengan depa..depa pon kalut sebab mungkin kena semboq..sebab emel aku nu sampai abih kat Menteri, KSU, pengarah dan suma geng2 depa yang terlibat..cuma SPRM ja tak report lagi..hahaha..kalau depa tak leh nak pejelas bantuan2 tu komfem sampai punya..dahla baru ni audit baik nya baru keluaq..Jawab la hampa..
Kepada geng2 ternak yang dok ada lagi, jangan takut nak komplen..bila rasa tak puas ati ja bila berurusan dengan puak2 ni, buat ja aduan..hak kita tu..depa memang dibayar untuk jaga kita bukan menyusah kita..Gunakan hak anda..Jumpa lain kali...bila tak tau...banyak benda ytang berlaku nak tulih dalam ni pon takdak mood..dah suma nak tulih hat tak syok ja..mintak2la pas ni perkara2 syok ja yang berlaku..amin