Yang Melawat Kambing2 di Kandang~~

07 July 2010

Kambingku, Messi dan Ozil

Salam..

Camna kaki bola..Team hampa dah sampai mana dah..Haha..Aku pon skali bunkuih..Argentina dan Messi dah boleh baik kampung tengok kambing masing-masing..Anyway, sebulan ni adalah bulan yang agak azab bagi aku..Siang keja..Malam layan bola sampai pagi..So kalo mai kandang boleh nampak la penangan World Cup di Kelian Farm..Agak tunggang langgang jugak..Isykk..Mengenai tajok di atas..apa kena mengena kali..takdak kena mengena pon..saja ja..tak tau nak tulih apa..

Berkaitan dengan projek aku..Alhamdulillah..aku sekarang dah nampak sedikit laluan untuk beroleh pendapatan dalam bidang penternakan ni..Bagi aku untuk memperoleh pendapatan dalam bidang ni, kita jangan terlalu menumpukan terhadap soal pembiakan dan juga pembesaran projek..Bagi aku yang penting, apakah hasil yang kita peroleh daripada projek ataupun usaha kita..Dengan kata lain urusniaga perniagaan..Kalo ada 500 ekor ternakan, tapi orang tak tahu pun susah jugak nak jual..Tapi kalo ada sekor ja kambing, tapi orang datang mintak beli lembu, dan kita boleh menyediakannya, itulah hasil..Bagi aku la..

Cumanya..buat masa la ni, aku terpaksa mengutamakan pelanggan yang memerlukan barang-barang mereka sampai kadang-kadang terabai jugak ternakan..Ini kerana aku kerja seorang..Ramai bertanya mengapa tak amik kuli..Bagi aku dah ada pengalaman mempunyai 4 orang pekerja yang saling berganti..Agak sukar mereka melakukan tugasan yang diberikan sekiranya aku takdak..Bukannya depa culas, tapi masalah-masalah teknikal seperti pengangkutan, pengurusan rawatan, jual beli dan sebagainya..Sekarang ni aku kerja sorang-sorang..walaupun kadang-kadang tak sempat nak siap kerja sepenuhnya, aku boleh cover dengan pemberian dedak yang lebih sebab kos upah dah masuk dalam kos makanan..Sebagai contoh, seorang pekerja gaji RM15 sehari..kalo dia bekerja selama 30 hari, kos upah RM450..bagi aku kos upah ni kalo di"top up" dalam kos dedak, kita dah boleh dapat sekurang-kurang setengah tan dedak PKC plus Soya Hull..walaupun begitu tak bermakna aku kasi hantam dedak saja..Kalo hari free, aku kasi rumput lebih..Tapi tak gemuk-gemuk jugak..

Post kali ni sampai sini dulu kot..Line umah dah boleh pakai...Alhamdulillah..pasni boleh kontiniu-kontiniu tulih apa nak tulih..Takla dok perap kat CC tu..lemas aku..Hampa mesti pelik pasai pa aku rajin sangat hantam JPH tempat aku..Hampa penah tengok ayaq mata penternak kambing dak??..Ni bukan tajuk filem ka novel ka..ni betoi-betoi punya real depan aku masa aku sembang dari ati ke ati dengan penternak tu..Nanti la bagi aku ada touching shahdu skit kalo nak post tajok ni..heheh..kalo penternak lama terutama kambing tentu dah boleh agak pasai apa tertitisnya air mata penternak separa abad tu..peeh boleh biat novel..



0 orang mencari kambing: