Yang Melawat Kambing2 di Kandang~~

24 March 2010

Tawaran Harga Borong Lembu

Salam..

Jualan Lembu Secara Borong

Kami dengan kerjasama Intan Farm menawarkan harga lembu borong yang menarik kepada penternak..Kalo nak beli boleh berurusan terus dengan kami di Pusat Kuarantin ternakan, Padang Besar, Perlis...Nak mai tengok dulu pon takdak masalah..

Berikut adalah senarai harga yang ditawarkan di ladang kami :

Lembu Jantan Untuk Sembelihan dan Akikah = RM 6.30 per Kg

Average : 215 KG (Saiz sedang)

Timbangan Berat akan di lakukan di Pusat Kuarantin Ternakan, Padang Besar, Perlis.


Kami juga menawarkan khidmat penghantaran ternakan ke kandang saudara di seluruh Malaysian dengan harga yang berpatutan..Kuantiti banyak harga boleh runding lagi...Bekalan sentiasa ada setiap bulan.. 

Untuk maklumat lanjut sila hubungi

Nasri 0134001083
Nazrin 0175773548

17 March 2010

Manusia Semakin Kejam!!!!!



OIE GRAS bermaksud hati berlemak (Fat liver) adalah menu makanan yang mewah berasal dari Perancis. Hidangan mewah ini berasal dari hati angsa yang diperoleh dari angsa yang di “paksa” makan secara berlebihan setiap harinya agar hatinya berubah menjadi hati berlemak akibat menderita penyakit “hati berlemak” (fatty liver).

Manusia menjadi KEJAM dan TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN demi untuk memenuhi hawa nafsu mereka. KEJAM! Itulah perkataan yang sesuai ditujukan kepada golongan manusia ini.

Semua perlakuan kejam oleh sekelompok manusia ini hanya untuk memperoleh hati angsa yang indah berwarna putih dan lebih besar dari yang normal. Gambar sebelah kiri adalah hati angsa berwarna putih yang besarnya di atas normal akibat angsa diberi makan secara berlebihan secara paksa, sedangkan gambar sebelah kanan (warna coklat) adalah hati angsa yang normal.



Betapa malangnya nasib makhluk Allah ini….

Sangkar yang dibuat memaksa angsa tak dapat memusingkan badannya maupun melangkah. Kakinya menjadi bengkak kerana setiap hari mereka terpaksa berdiri. Angsa-angsa ini tidak ada kesempatan untuk tidur karena lehernya berulang kali dipegang untuk di “paksa” makan.


Mereka di paksa untuk makan walaupun enggan makan..



Mereka yang masih bertahan hidup, menderita penyakit radang usus sehingga mudah terjadi pendarahan yang keluar bersama kotorannya. Tidak hanya penderitaan mulut luka, tenggorokkan luka, perut kesakitan, kaki bengkak, tidak tidur, tak dapat bergerak, mereka juga tak dapat hidup bebas untuk melihat langit atau sungai.


Mereka dipaksa makan sampai mati atau mereka mati kerana tak sanggup menahan penderitaan ini. Lihatlah mulut mereka penuh dengan makanan..


CREDITS: This post had been ORIGINALLY taken from http://info-gallery.blogspot.com... Pening aku nak wat post ni, mabuk sebab rasa geli, sakit dan kesian sangat2. Tapi sebab nak bagi kesedaran, aku gagahkan jugak...