Yang Melawat Kambing2 di Kandang~~

25 November 2009

Salam Aidiladha

Salam..

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua Muslimin dan Muslimat yang menziarahi blog Kelian farm..terimAa kasih diucapkan kepada semua dan semoga  Aidiladha kali ini memberi sinar rahmat dan kebahgiaan kepada semua..

Kepada yang menjalankan ibadah korban semoga beroleh keberkatan dan murah rezki daripada ibadah yang dijalankan..Tak kira lembu ka kambing ka kibas, bebiri atau seumpamanya, janji niat ikhlas, Insyaallah akan diterima segala ibadah yang dilakukan..

Selain itu kami juga memohon maaf atas segala keterlanjuran kata serta apa jua yang kami siarkan di blog ni yang menyinggung hati..Tapi kalo tersinggung tu kadang-kadang kita kena fikir apa sebab kita tersinggung atau terasa..Salah siapa??


Salam Aidiladha ikhlas dari kami Kelian Farm sekeluarga..

P/s nak buat ucapan panjang2 dah takdan sekarang ni..Taip kat cc..sep bajet..Pasni blog yang update suma ciput-ciput punya cerita..Selagi takdak line kat rumah selagi tu la payah nak buat kerja ni..Pesanan kami  di musim perayaan ni..Jangan main mercun dan jangan tangkap lembu kot depan dia..

16 November 2009

Anak kambing saya baru pandai jalan...

takdak kena mengena ngan kambing...

cuma aku sebagai sub-tokey/kooolie...

mahu memperkenalkan diri...

lalu mengupdet sedikit sebanyak info dalam kandang blog ini...

so aku masih baru dalam bidang ni, kalau ada salah, tolong-tolong la ajaukan...

11 November 2009

Masih ada kambing dalam kandang~~

Salam..


Banyak betoi problem untuk aku nak update blog ni..Hangin betoi..Sekarang aku dah tak bole update blog ni cam dulu..Telekom dah takmau pasang Line kat tempat aku..Depa kata terlampau banyak masalah..Ada plak..Aku bayaq bulan2 takdak masalah plak..La ni aku kena amik inisiatif lain untuk update umah aku ni di siber kafe..nak idopkan balik keghairahan aku dalam bidang penternakan ni bersama kawan-kawan ternak..


Anyway aku masih hidup..Projek aku still berjalan macam biasa walaupun dah tak seghairah dulu..Untuk makluman banyak kandang kat tempat aku dah banyak bungkuih..even big player dalam bidang ternakan ni pon ada yang tutup kedai dan kalo menten pon dah setengah nyawa..Realiti penternakan sekarang dan aku rasa bukan kat tempat aku saja yang jadi..Aku rasa satu negara ada masalah yang sama..Salah sapa???


Malas nak ulas dulu..Aku nak buat comeback ja dalam posting ni..Projek kambing aku still ada..Sekarang projek Kelian Farm tengah "re building" ..Aku percaya industri penternakan ni tak akan mati dan masih mampu menjana keuntungan asalkan ada kemahuan dan ubah cara pemikiran kita..Tempoh projek Kelian Farm sudah menjangkau hampir 4 tahun dan aku rasa sudah sampai masanya Kelian Farm perlu masuk ke arah tempoh matang dan stabil dalam Industri penternakan ni..Insyaallah dengan berkat sokongan serta dorongan family, rakan2 (sorry Jabatan Haiwan takdak langsung tolong aku..cuma aku kredit kpd beberapa orang pegawai cam Encik Zikri dan Encik Din dari JPV Grik yang banyak bantu aku walaupun depa takdak kena mengena pon dalam projek aku nih..) Kelian Farm akan dapat terus bertahan..Alhamdulillah sekarang ni projek dah menunjukkan tanda-tanda kebangkitan (Cam Arsenal dan Kedah i hope) dalam pengurusan serta profit..


Rakan-rakan yang masih lagi berjuang dalam bidang ni, teruskan berusaha dan sama-sama kita beroleh kejayaan..Insyaallah