Yang Melawat Kambing2 di Kandang~~

01 December 2009

Kisah korban lagi..

Salam Satu Malaysia..

Dah macam pemberita RTM dah rasanya dengan salam tu..Anyway camna dengan Raya Korban lepas..Ramai geng-geng ternak yang buat korban dan ramai jugak yang dapat bonus lebih dengan jualan ternakan untuk korban..Aku korban gak tapi bukan korban ternakan..Tapi korban raya dengan dok kat kandang dah pas semayang raya..Takdak orang nak kerja so akula tukang bagi makan ternakan aku...Jadi kepada sapa-sapa yang bercita-cita terutama geng muda remaja cam aku ni kalo nak jadi penternak atau bahasa bestnya usahawan ternak, kena pikir masak-masak..Sanggup ka tak raya semata-mata jaga lembu dengan kambing ja..bangla pon boleh cabut woo..Hahhah..(Kalo sapa-sapa yang rasakan aku takut-takutkan depa untuk terjun bidang penternakan, kira betullah tu..Kalo kata-kata perangsang dan cabaran pun kira betullah jugak..Berasa mana nak ambik, ambikla..)

Tahun ni, kat Baling ramai gak yang amik bahagian dalam ibadat Korban..Aku agak ada la kat ratus-ratus ekor dalam seluruh daerah Baling..Tapi kebanyakkan ternakan yang dikorbankan adalah lembu..kambing, bebiri dan seangkatan rasanya agak kurang dapat sambutan kat sini..Rasanya dengan harga kambing yang jauh lebih tinggi menyebabkan permintaan untuk kambing dan bebiri kurang..Mungkin jugak dari segi tradisi masyarakat sini yang lebih gemarkan lembu untuk dikorbankan yang mana melibatkan masyarakat setempat dengan jumlah bilangan yang agak ramai untuk tujuan gotong royong dan mengeratkan silaturahim..Lain daripada tu aku rasa promosi untuk ternakan kambing dan bebiri juga agak kurang banyak banner serta iklan korban kat sini banyak yang jual lembu..Mungkin daripada pemerhatian aku kali ni dapat membantu aku untuk memasarkan lebih banyak kambing dan bebiri dari Kelian Farm untuk tahun depan Insyaallah kalo umur panjang

Anyway, line dah pasang balik kat umah..Boleh la lepak lama-lama kat kandang aku ni dan kemas-kemas apa yang patut..tapi tak tau la berapa lama boleh tahan..Aku rasa kat tempat aku ni dah kena pasang 3G untuk wayerless..Dah tak sesuai dah kabel-kabel kat sini..Boh pi la camna pon, geng 69 ni kompem kasi pecah punya..

Sebelum aku tutup pagar kandang aku ni, aku nak iklan skit..Ada rakan-rakan ternak kat sini nak jual ternakan depa secara borong..Harga tutup kandang..Ada yang siap dengan pakej mesin rumput, chopper, kayu kandang dan lain-lain yang depa..Ada 4,5 orang penternak yang ingin menjual ternakan depa borong sekandang..kalo nak group sikit-sikit pon boleh bincang lagi..Untuk maklumat lanjut boleh hubungi aku...K..Tq

0 orang mencari kambing: