Yang Melawat Kambing2 di Kandang~~

27 March 2009

Cacing dan Kambing

Salam..

Bunyi cam nak sembang isu kesihatan ternakan..Tak ni isu lain..Isu yang boleh menjana pendapatan sampingan untuk penternak..

Hari ni Kelian Farm mengorak satu lagi lankah ke hadapan dengan memulakan "Projek Penternakan Cacing Untuk vermikompos" secara kecil-kecilan..Ada orang mempersoalkan aku mengapa cacing..Bukan leh makan pun..Pasaran pun dah kurang rancak..Jadi mengapa amik risiko??

Pertama sekali ramai yang bertanya kepada aku mengapa tak buat baja organik atau kompos..Padahal aku dah pi banyak kursus mengenai baja kompos ni..dan dah boleh hafal dah formula2 dia..Tapi aku mempunyai satu penyakit buat masa ni yang menghalang aku untuk buat..Iaitu penyakit "tak dan" ataupun tak sempat..Aku tak sempat nak menguruskan projek baja kompos secara sendirian..Nak amik orang pun rasa2nya tak berbaloi sebab masih belum tahu lagi potensi pasaran baja kompos ni..Ada kata senang pasarkan dan ada yang sebaliknya..jadi aku tak mahu amik risiko untuk buat secara besar2an..tapi nak buat sikit2 tak baloi..Last2 baru aku terpikir tentang cacing ni..baik aku beli sekilo dua letak kat tempat aku dan jadikan depa ni sebagai pekerja baja kompos aku sepenuh masa..Jimat masa dan kos..Dengan modal Rm 250, aku dapat sebatilion cacing untuk memulakan projek baja vermikompos di Kelian Farm..

Selain itu, aku berpendapat penternakan cacing di tempat aku adalah praktikal..Penjagaan cacing ni tak begitu rumit dan tak memerlukan ruang yang luas..Makanan untuk cacing juga mudah diperolehi di kandang aku..Tinja kambing adalah antara ramuan utama dan tinja kambing ni dah berlonggok-longgok dan bertan-tan di kandang aku ni..Selain tu makanan cacing juga terdiri daripada jerami..Tapi aku menggantikan jerami padi tu dengan sisa2 rumput makanan ternakan yang tak habis dan juga sampah2 sisa rumput masa chop rumput dengan mesin chopper..cuma kena cari abuk kayu dan juga "e.m" kalo nak letak..

Buat masa la ni aku tak target untuk komersilkan lagi projek ni..Baru buat percubaan..tapi aku rasa projek ternakan cacing ni praktikal dengan projek ternakan kambing ni..Selain makanan cacing tu dah ada, baja yang dihasilkan boleh aku letak kat rumput2 aku..terutamanya yang kurang subur..Sambil2 tu boleh juga aku riki2 pasaran baja vermikompos ni..kalo ada permintaan baru aku besarkan secara berperingkat..lagipun kerja senagng ja..Just bagi makan cacing tu untuk arahkan depa ni kerja..tak perlu panduan yang kompleks untuk arahkan depa ni bekerja..

Ooo tentang ternakan ikan keli aku tu dah masuk seminggu dah..Sebenarnya aku sedang cuba kaedah 3 bulan dengan hanya sekali beri makan..Aku ada juga berbincang dengan penternak ikan yang lain dan juga terbaca forum tentang kaedah yang pernah disiarkan dalam majalah 3 baru2 ni..Ada yang komen positif dan ramai juga yang berpendapat sebaliknya..Aku tak nak komen apa lagi..Sebelum ni aku pun dah cakap yang prjek ni try n error..kalo ok aku boleh proceed..kalo tak jadi, rugila sikit..tp tak la teruk mana.sgt..Tapi tak cuba tak tahu..Anyway setakat ni, ikan keli tu tak berapa nampak sangat tapi yang biak banyaknya tu pokok keladi bunting yang aku letak dalam tu..hehe pasni buat pojek pokok keladi bunting untuk makanan kambing aku..

So Kelian Farm ni dah macam ala2 mini zoo penternakan dah..heheha..banyak juga benda yang boleh aku kongsikan..Tapi teringat masa pegang cacing penuh satu tupperware tu..dulu time aku kecik2 bila nak pegi mancing pengang 5,6 ekor takde hal punya..tapi kalo dah sekilo lebih tu, hehe aku pegang gak..siap gaul2 kan dalam dia punya medium lagi..Peh laki mana boleh jatuh saham..Tapi ada gak r rasa kegelian dia tu.hehehe

Sebelum aku abiskan post ni, aku nak iklan skit yang aku nak jual sekor bapak saanen kat kandang aku nih..Tip top lagi kondisi dia..Selain tu ada juga kawan penternak kat sini nak jual kambing cross dia dalam 13 ekor tu secara borong..memang murah..nanti aku postkan iklan2 ni untuk posting hadapan..

0 orang mencari kambing: