Yang Melawat Kambing2 di Kandang~~

23 July 2008

Kambing Kampung Makin Pupus??


Salam..

Semalam aku baru jual kambing kampung..Suma 8 ekor..4 ekor ibu, 2 dara, 1 teruna (peh ade teruna gak kambing nih), dan sekor anak kemetot baru 2 minggu..Aku jual harga borong RM 1300..Peh memang murah..Kambing tu plak memang tip top punya kondisi nya..Sampai customer-customer aku berebut la siap tawar menawar ngan aku lagi..yang bestnya tawar menawar dia bukan aku yang bagi diskaun..Tapi depa yang up lagi sampai RM1500 sebab nak suruh bagi kat depa..Tapi pasai aku dah janji dah ngan kawan aku untuk bagi kat dia walaupun janji dalam tepon, aku kena la tunaikan gak..Rugila jugak tawaran dari pakcik yang mai kemudian tu..Moral of d story, untuk urusan ni pasni aku kena buat konsep sapa cepat dia dapat..Hahaha..

Tapi pas jual semalam, taktau la bila nak masuk balik kambing kampung kat kandang aku ni..Untuk pengetahuan semua, aku dah stop cari kambing kampung betina untuk stok trading..Buka takdak permintaan tapi susah nak dapat..Harga pun dah tak menentu..Kejap murah kejap mahal gila..Kalo dapat sekor pun susah gak nak jual sebab biasa penternak nak banyak..sekor2 ni nak amik buat abih duit minyak ja depa kata..tapi nak dapat dalam 10 ekor, aku plak abis duit minyak..masuk 3, 4 kampung baru dapat sekor..Sekarang stok kambing kampung aku, aku tunggu orang yang bebal nak bela dan nak jual sekandang..Yang tu baru aku boleh amik jual..Kesimpulannya stok kambing kampung makin susah nak dapat, harga makin naik dan kambing kampung makin pupus???Tapi bukan pupus..Aku rasa sedang mengalami kambing tu mengalami evolusi dalam pembakaan yang mana pasanganya terdiri daripada Boer, Jamna, Anglo dan geng2 heavyweight yang lain di kandang baru yang lebih teratur..Jantan kampung camna???Yang jantan kampung siap sedia untuk disembelih dan dikekahkan la..(Cam biasa..aku masih lagi mengalami masalah camna nak masukkan gambar ke dalam komputer..Ini antara masalah yang paling kompleks yang aku alami dalam mengendalikan blog kambing aku ni..Member aku bantai gelak ja pas aku cita masalah ni..bukan nak mai tolong pon..so nak bagi colourfull post ni aku letak gambar kartun plak..nak amik gambar org lin nanti takot kene saman lak)

20 July 2008

Jamnapari Nak Dijual...Sapa nak belii..

Salam..


Ada sahabat penternakan aku di Baling ni nak menjual kambing baka Jamnaparinya..Ada 9 ekor semuanya..

1. 5 Ekor Ibu (Purata berat dalam 40 Kg)



2. 4 Ekor Anak


Harga yang diletakkan untuk kambing-kambing tersebut ialah RM 5000..Mahai?? Tak mahai mana lah kalo dikira dengan kualiti bakanya.. Jangan bimbang..Boleh runding lagi dengan kawan tu..Kambing pun baka Jamnapari baik punya gred dia..

Boleh sesuaikan diri dengan sistem intensif, semi dan juga lepas untuk ragutan..Sesuai untuk dijadikan baka terutama yang mengusahakan projek ternakan Lambing Baka Jamnapari..

Maklumat atau pertanyaan, sila hubungi

En Malik 013 4775506

Takpun nak tepon atau nak tanya saya pun boleh tapi tak boleh kasi tawar menawar la bukan saya yang punya..Tolong kawan-kawan ja..(Gambar tak boleh nak letak sebab komputer masalah..Again aku cedok some gambar Jamna dari web U Keng Farming..lebih kurang ja gambar kambing tu..Kambing ni pun asal dari U Keng ni gak..memang elok la..)



08 July 2008

Kusus Kambing dan Jagung

Salam..


Wah bangga aku leh up date lagi arini..Konon-kononye rajin la aku nih..Konon-konon..Takder mende sangat aku nak crita pun..Cuma aku nak kongsi iklan kusus penternakan kambing serta integrasi jagung kat Aloq Setaq hujung bulan nih..So kepada penternak2 serta bakal penternak terutamanya yang berada di kat Utara ni, apa lagi.. (hehe pomot cam aku dapat komisen ja dengan depa ni..Aku pun tak kenai depa..Saja nak kongsi maklumat untuk suma...)

Kalo beminat boleh layari blog ni.. www.integrasiagro.blogspot.com Aku tak hurai panjang la sebab aku pun tak tahu apa dalam kusus tu dan dalam blog dia pun daha ada detail ngan nombo kontek sekali..Aku cedok ni dalam Sokaba Metro kemarin ja..(So Azli boleh la tengok maklumat tu..)

Hari ni stok ubat aku yang nak juai tu dah sampai..So pasni aku akan iklankan la jenis2 ubat tu dan terangkan skit2 kegunaan ubat tu melalui pengalaman aku dan tunjuk ajar dari orang yang bijak pandai la dalam bidang veterinar ni..So ubat2 yang aku jual nanti kiranya ubat2 yang aku kategorikan ubat yang perlu ada untuk setiap pojek penternakan samada kecil, sederhana dan juga besar..

Nak cite pasai life aku arini takde mende yang spesel pun..Just citer aku ngan kambing je la sama ngan penternak2 yang lain..So aku pun takde pengalaman menarik arini jadi aku rasa aku stop sini lu kot..cam biasa la sedikit moto utk membakar semangat para penternak..Maju Penternak, Duit Banyak..(Uii??)..Assalamualaikum..

07 July 2008

Komputer Kene Birus Ebolaa..

Salam..

Aku baru nak semangat nak rajin-rajin kan tangan aku untuk up-date aku punya blog ni..Alih-alih komputer aku macam kena virus..adeh hilang moral dan semangat jitu aku untuk memulakan semula misi mengupdate blog ni..(Alasan ja nihhh..)..Ni ada sikit-skit sisa-sisa semangat aku coretkan skit la tentang penternakan serta dunia aku ngan kambing untuk semua untuk dijadikan rujukan..

Baru-baru aku explore web site tentang penternakan..Terjumpa borang tentang permohonan untuk menjadi peserta dalam projek pembiakan Boer Nasional kat Pondok Tanjung, Taiping dulu..Aku pun ada apply gak..Dah lama tak dengaq crita..Senyap ja..Aku tak tau la apa dah jadi ngan borang aku tu..Mana punya bakul la masuk..Pojek tu pun dah tak dengaq pogress dia camna dah..Pas pilihanraya aritu la tak dengaq crita..aihh..Merajok ka??

Kandang baru aku yang berukuran 20x48 ' tu dah 50% siap..Kos memang rendah dan berbanding kandang lama aku (20x40') aku rasa kos kali ni lagi murah..nanti aku update gambar kandang aku dan kalo nak tanya pasal kayu-kayu yang murah boleh la kontek aku...Dah macam banglo utk kambing..Kenapa banglo??heheh ..Nanti hampa tengok sendiri la..Ooo aku baru perasan dah lama aku tak up-date gambar2 kambing dan kandang aku..Kena amik gambar lain la ni..Gambar dulu dah hilang dah..takda la kenangan untuk aku tatap gambar2 dulu xspecially masa tengah buat kandang yang mula-mula dan kambing pertama masuk Kelian Farm..Sentimental value tuuu..Tu la kelemahan pakai kamera yang kena save dalam komputer..Komputer jahanam, abis sume dokumen, gambar serta maklumat ilang..(Ceh sekali diri sendiri yang tak ingat nak save dalam cd atau buat hard copy, lagi mau salah komputer..)

Pasni juga aku nak serious running aku punya pojek jual ubat ternakan aku melalui online..Hehehe orang cakap terutama member2 aku suma aku nak sapu..suma nak buat duit..Yup aku mengaku la aku pun nak buat duit skit2 utk tampung aku punya kos penternakan aku..Tapi yang lebih penting aku nak kongsi pengalaman aku sebagai penternak dalam penggunaan ubatan kepada ternakan sebagai pencegahan serta rawatan penyakit..Kadang-kadang penternak nak beli ubat utk ternakan depa tapi tak tau nak beli ubat apa..Kadang-kadang kita tanya khidmat nasihat Orang Jabatan haiwan, depa sendiri pun tak berapa arif nak sugest ubat apa..In case la kot2 ada ternakit yang kena penyakit dan penyakit tu memang biasa kena. kita dah boleh prepare dengan ubat yang kita ada..kalo nak tunggu orang Pejabat Haiwan, kadang2 tak boleh mai aritu..Kita kenala paham depa ni sibuk sebab bilangan penternak makin ramai..depa takdan la nak handel semua..(Huhu aku up skit JPH..Asik aku dok bantai depa ja dalm blog nih..ikhlas ke??Hahaha

So kali ni setakat ni dulu..Pon dah banyak dah tu..aku pun bukannya boleh tulis lama-lama nih..Tangan kreemm satgi..(Alasan lagi..)..Ok selamat maju jaya kepada penternak..Don't give up guys..

03 July 2008

Refresh Otak..Camna Nak Mula Balik Ni Nak Update Blog

Salam penternakan semua..
Lama tak update blog ni..huh alasan yg sama dan lapok la..bz..tp dah takleh pakai dah alasan tu..nak mikir alasan lain pon dah tak mampu..(kerjenya mencari alasan ja..). Cuma bulan lepas aku agak letih ngan Kambing di siang hari, malam lak aku bantai tengok Euro 2008..Nasib sebulan ja, kalo 2 bulan mau biru mata aku nih..kalo dah kaki bola (cam awek iklan Mc Donald tu), memang tak leh miss punya tengok live..kalo ulangan tu bleh gak tengok tapi dah takder fill..kiranya waktu tu aku rest 3,4 jam je temasuk tido waktu siang..huh memang penat tp nak buat camne..sendiri badan sendir tanggung la..sib baik la kambing dalam keadaan baik dan tip top lagi (hahaha angkat bakul sendiri nampak)

Buat post kali ni aku just cerita skit2 la apa yang aku ngan farm aku buat selama aku tak update blog ni..lepas ada member tolong kat kandang ni, badan aku rasa cam lemah jer..ngantok, rasa nak demam, rasa malas dan ramai lagi la sifat2 buruk yang ada kat aku masa tu..Euro tu sepasal lah, tapi aku rasa sebenarnya badan aku tak banyak kerja cam dulu..dulu setakat kambing sekandang 80-90 ekor aku running sorang je operasi harian (hahah ayat riak lah ni)..dari cuci kandang, amik rumput, boh baja, bagi makan kambing hingga cucuk kambing suma aku wat sorang..tp sekarang kalo member aku cuti, rasa lemah je badan nak buat suma tu...mungkin dah ada sifat sorang bos (hahah bos camtu ke??) dalam diri aku ni..tau arah je..tp kalo sdr buat dah tak bleh..tapi ni pengalaman aku selama 2 tahun dok ngan kambing ni, terutama mase aku wat keje sorang2 aku tak penah demam atau sakit teruk2 (ada sekali demam teruk tu pun masa aku hadiri kursus penternakan..3 hari kursus 3 hari demam..balik je terus sehat boleh potong rumput lagi pas balik petang tu)..mungkin disebabkan badan yang sihat sebab bekerja..mungkin juga berkat dari kambing tu sendiri yang mendoakan kesejahteraan tuan dia (tuan dia sakit dia pun sakit sekali la..)

Minggu lepas juga aku hadiri Seminar mengenai Intensif Ternakan yang akan diberikan kepada penternak..kepada penternak2 boleh dapat maklumat dengan Jabatan haiwan Daerah saudara semua mengenai skim ni..Aku nak ceritakan di sini mungkin tak sempat tapi secara ringkas penternak akan mendapat intensif ternakan yang dijualnya utk tujuan sembelihan..yg trader memang tak layak..sekilo kambing kalo tak silap RM 0.90 per kg tap amik berat daging je la..(45% dari berat badan..) aku kalkelet lebih kurang RM 10 r bagi seko kambing penternak dapat..tp tu tak tolak permit sembelihan lagi kena bayar..silap2 takdapa dapat..lembu kurang skit dari kambing tapi tak ingat berapa..sebab fail aku kene amik masa tgh makan..(kes makan tak ingat dunia r ni)..aku juga pi seminar Kambing dan Integrasi yang dianjurkan oleh kawan penternakan aku, Ustaz yusof..sambutan menggalakkan juga..dapatlah ilmu dan juga kontek rakan2 pada hari tu..nasihat aku utk penternak2 baru dan bakal penternak jangan malas mencari ilmu..kalo ada seminar atau kursus pi tapi bergantung pada kemampuan masing2 la..sediakan ilmu yang secukupnya utk masuk bidang ni..Penternakan banyak cerita2 indah dan manis, tp kena ingat cerita tak sedap dengar, sedih dan juga tragis memang banyak juga walaupun tak banyak diperkatakan..Risiko bidang penternakan memang tinggi..Tiada ilmu silap2 makan diri (wah ayat..)

Kadang baru dan juga pojek rumput napier aku yang seluas 3 relong tu pun on pogres..kos kasar kayu aku digunakan utk kandang baru aku (48' x 24' ) berjumlah lebih kurang RM4k..peh murah gak tu..tp tak siap lagi tapi bajet semua kos kandang aku tu mungkin tak lebih RM 12K..murah ke mahal r?? Kalo murah boleh la order kayu kat aku tapi kalo yang jauh kena la ingat kos transport..kalo yang belah Utara ni boleh diusahakan..Ternakan aku juga bertambah..baru ni massuk lagi 7 ekor Cross Saanen..Peh terdetik gak nak bukak kilang susu kambing nih 20 tahun lagi..(peh lama sangat)..

jadi setakat tu dulu kot aku rasa wat mase ni..bagi fresh balik otak ni cari idea nak update blog..aku rasa aku punya moto tu nak kene tuka cam sama je ngan orang punya..tp aku perati blog2 penternakan ni dah banyak..bravo la..org dah makin pandang dengan bidang penternakan nih..boleh la kita pakat2 konsi pengalaman dan maklumat masing2..tp aku juga perati geng2 old timer blogger ni dah makin slow..pakat sebok kot..aku rajin gak ronda2 blog orng nak cari maklumat serta info ttg penternakan..tq la kepada suma..ok chow dulu..nt update lagi..