Yang Melawat Kambing2 di Kandang~~

02 March 2008

TQ

salam...lama dah tak jengok rumah sendiri..da bersawang dah nampak..ingat2 nak kena update lagi blog ni kasi kemas sikit...



1st sekali nak ucapan tima kaih banyak2 pada rakan2 serta pengunjung2 blog Kelian Farm ni kerana sudi menjenguk singgah ke blog ni setiap hari hingga hit blog ni dah melebihi 10000..tima kasih sekali lagi dan berharap apa yang aku kongsikan di blog ni kalo tak banyak pun 1% manfaat serta ilmu yang ada kat blog ni dapat dikongsi bersama2 pengunjung rumahku kira jadilah..semoga dapat dijadikan sedikit pedoman kepada aku dan juga kalian utk mendapatkan maklumat serta pengetahuan dalam bidang penternakan supaya kita lebih maju



semakin hari semakin sibuk aku di ladang Kelian Farm..Alhamdulillah rezeki semakin bertambah tapi kerja pun makin banyakla..jadi tak sempat nak ngadap komputer ni...tp baru2 ni pun komputer takde, jadi lama juga la tak jengok umah ni..tapi bila dah angau bab kambing dan angau intenet, sari tak tengok blog sendiri dan juga blog serta forum rakan2 penternakan dah tak tentu arah dah..macam banyak je yang kita terlepas..inikan sebulan tak tengok blog...bukak2 je dah macam2 topik yang dibincangkan..rasa macam kerdilnya ilmu ni..kat blog pun banyak respon dan pertanyaan..insyaallah nanti akan jawab juga satu2..(bab kambing kerinting dengan kambing menyalak tu pasal baka..tak jadi hal..memang dah lumrah kambing tu)..anyway tq again 4 supporting Kelian Farm yang setahun jagung dan masih merangkak lagi..sokongan rakan2 walaupun tak pernah berjumpa amat saya hargai..



aku pun dah boleh buka intenet ni sebab adik aku balik bwk laptop dengan wayerless dia..kalo nak pakai streamyx dah tak boleh sebab kabel tepon dah kene rembat (biol betul la mangkok ni..idop buat nyusahkan rakyat Malaysia)..jadi seminggu 2 ni bole la update skit blog..tu pun tak tentu kalo tak kene demam raya bole la luang skit masa nak tolis..kalo tak pukul 2 pagi atas pokok nyor pacak bendela..hahaha..



ok sebelum tutup post ni, ada iklan sikit la..sapa2 beminat atau ada anak yg beminat nak mengikuti kusus penternakan ruminan SKM Tahap 1 macam budak2 yang aku promot sebelum ni, borang dia dah keluar arini (Ahad 2 Mac)..dalam mingguan page 21..molek benola sapa2 yang muda trang tang tang mcm aku ni join kusus ni sebab banyak faedah serta kemudahan yang disediakan..pembelajaran komprehensif dan menarik..praktikal banyak, makan percuma, tempat tinggal percuma, pakaian ladang percuma, pendek kata seronok r dok sana..apa lagi jgn lepaskan peluang..(wah lebih la aku rpomot ni..boleh claim ni)..ok kot setakat ni dulu..banyak benda nak crita sampai satu pun tak boleh nak crita..anyway tima kasih sekali lagi kepada semua...HIDUP PENTENAK KAMBING SEJATI (peh boleh buat pembakar semangat ayat ni...kalo boleh laungkan ayat ni time penamaan calon baru2 ni....hahaha..mungkin baru dorang tau ada mat kambing selain mat rempit yang perlu diberi perhatian..)Selamat Mengundi..

0 orang mencari kambing: