Yang Melawat Kambing2 di Kandang~~

20 January 2008

Berkenaan dengan Projek Pembiakan Kambing Boer Nasional

Perak Akan Jadi Hub Ternakan Kambing Boer Negara, Kata Muhyiddin



TAIPING, 27 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan menjadikan Perak sebagai hub ternakan kambing baka Boer yang diimport dari Australia melalui projek Pusat Pembiakan Baka Kambing Boer Negara.Menteri berkenaan Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata projek yang akan dimulakan tahun depan itu merupakan pendekatan kerajaan bagi menambah bekalan kambing tempatan serta mengeksportnya ke pasaran antarabangsa terutama Asia Tengah."Bekalan kambing tempatan hanya lapan peratus berbanding 92 peratus yang diimport dan ia tidak mencukupi bagi menampung permintaan terutamanya pada musim perayaan selain penggunaan tinggi di restoran dan hotel," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Bukit Gantang di sini hari ini.


Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai hasil lawatan rasminya ke Brisbane, Australia yang berakhir semalam.Katanya projek seluas 1,200 hektar itu yang akan diusahakan Pusat Ternakan Haiwan di Pondok Tanjung, Selama dekat sini, bakal menggunakan peruntukan di bawah sektor ternakan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan.Muhyiddin berkata untuk menjayakan projek berkenaan kementerian menggalakkan penyertaan pihak swasta termasuk penternak kecil yang berkemampuan dari segi modal dan pengalaman bagi mencapai matlamat negara sebagai pengeluar utama kambing di rantau ini."Apa yang lebih penting projek ini adalah projek nasional dan kerajaan menyokong kuat dengan menyediakan kemudahan infrastruktur, kepakaran dan kemudahan sokongan termasuk rumah penyembelihan," katanya.


Beliau berkata kambing baka Boer merupakan baka terbaik kerana dagingnya tidak berbau dan berkualiti."Projek menternak itu merupakan langkah yang lebih baik daripada menternak lembu kerana seekor kambing Boer dewasa boleh mencapai berat sehingga 100 kilogram dalam tempoh singkat, cepat membiak dan sesuai dengan cuaca negara kita," katanya.Beliau berkata beberapa pihak di Australia bersedia membekalkan baka bagi projek berkenaan tetapi kementerian belum dapat menentukan jumlah baka yang diperlukan sama ada puluhan ribu atau ratusan ribu.


Hasil projek berkenaan mampu dilihat dalam tempoh dua hingga tiga tahun dan kementerian akan menyediakan kertas projek berkenaan dalam masa terdekat termasuk jumlah kos yang diperlukan, tambahnya.-- BERNAMA


p/s : aku cari jugak maklumat berkaitan dengan projek ni secara detail dalam internet seperti cara penawaran projek kepada peserta, syarat2 lain, maklumat terkini projek dan lain2....setakat ni tiada sebarang maklumat melainkan berita2 di suratkabar shj..seboleh2nya nak tau jugak apa sebenarnya projek ni takut berita saja gah dan hebat tapi takdak papapun..harap pihak yang terlibat sediakan info kepada org ramai bg mengetahui keadaaan semasa serta status projek sekarang ni terutamanya kepada penternak dan juga bakal pemohon..

2 orang mencari kambing:

syia said...

eh 'TAIPING' tu dekat tempat syia tu. dorang nak buat ternakan dekat Taiping ke?

Kuli Ladang said...

ye la kot syia..kalo ikut tempat mmg la kat taiping tu..tp taktau lagi la camna projek tu nak jalan..nak join ke syia??bagus muda2 ternak kambing nih..